Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cuti-cuti Malaysia @ Mersing

  • jojo
  • 16 years ago
  • 4,399

 

Hari Jumaat minggu lepas, aku dan beberapa orang rakan-rakan "road trip" berlepas ke Mersing untuk siri pertama Cuti-cuti Malaysia. Bertempat di Coconut Beach Inn, kitorang bertolak pukul 1 pagi ikut jalan dalam dan sampai ke Muadzam Pahang pukul 5:30 pagi untuk rehat dan qada hajat.

http://www.kapasitor.net/images/travel/3.jpg

Perjalanan diteruskan menghala ke Endau dan tiba ke rumah Abg Wan pada pukul 7 pagi. Lepas breakfast kat Jety, terus menghala ke Coconut Beach Inn untuk sessi qada tido.

http://www.kapasitor.net/images/travel/2.jpg

Best gile! Cantiikkkkkkkkk pantai dia. Kawasan tempat tu pon mmg besttt !!

http://www.kapasitor.net/images/travel/4.jpg

Kitorang sempat main volleyball, futsal pantai, mandi-manda dan melompat-lompat. Kat sini jugak ada tempat utk memancing, tido dlm hemog dengan ditemani oleh buaian angin laut yg damai dan bbq seafood yg murah!

http://www.kapasitor.net/images/travel/5.jpg

Tengok la, betapa seronoknye kitorang. Bukan senang nak bercuti-cuti Malaysia dalam keadaan sibuk dengan kerja harian. Tapi tak pe, janji seronok. Penat sikit pon tak pe. Serius, penat perjalanan jauh akan terubat bila korang dapat tgk pantai yg cantik, angin yg sedap dan perempuan cantik.

btul tak?

http://www.kapasitor.net/images/travel/6.jpg

Terima kasih kepada Abang Wan dan Nana kerana menjemput kami untuk sessi kali ini. Tak lupa kepada geng-geng road trip junkie Cuti-cuti Malaysia (Pak Wan, Tariq, Ad, Yus, Johana, Duku, Nabila, Jojo, Che Pah) kerana sudi meluangkan masa weekend anda untuk sessi kali ini.

Kepada pemilik chalet atau mana-mana agensi yang berminat, sila hubungi jojo untuk sessi Cuti-cuti Malaysia yang berikutnya.

(Terima kasih kepada duku @ pixturepixture.net utk gambar2 yg cantik) 

Baca perbualan