Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Mari mendalami puisi

 

Keluhan perindu


Akhir ini,

Dia tidak lagi disini

Menantiku dengan harum kasturi

Dengan kesucian kelopak melati

Mungkin dia telah pergi

Terpetik duniawi

Meninggalkan ku mati

Sendiri..

 

 

 

 

Akhir ini
Maksud ini jelas mengatakan waktu.

Dia tidak lagi disini

Maksud ini juga jelas mengatakan situasi


Menantiku dengan harum kasturi

Disini, menantiku dengan harum kasturi, Dads rasa ramai yang tak dapat tangkap maksud disebalik kata-kata nie. Untuk maksud "harum kasturi" sebagaimana layaknya harum atau bau kasturi ( dulu adalah wangian diraja dan persembahan untuk makluk ghaib seperti bunian) membawa maksud, bertapa wanita itu terlalu yang teramat sangat menyanjungi dan menhargai perhubungan yang terjaling antara mereka. Tanpa sebarang cacat cela dan sedikit pun kekurangan.


Dengan kesucian kelopak melati

Disini juga, Dengan kesucian kelopak melati. ( bunga melati adalah hiasan sanggul dan mandian puteri raja juga berkait dengan alam ghaib dan juga di gunakan dalam perubatan untuk menaikan seri) Membawa maksud bertapa sucinya, berharganya dan teristimewanya wanita yang dimaksudkan.jadi cubalah bayangkan bertapa teristimewanya wanita itu pada perindu. Secara ringkas, wanita itu umpama puteri kayangan yang langsung tiada cacat cela walau hanya sekelumit hama sekalipun kekurangan pada perindu tak kira dari segi zahir atau batin. (wow... melampaunya)



Mungkin dia telah pergi

Walaupun ringkas ayat nie, tapi cukup untuk mengambarkan kekecewaan, dan maksudnya jelas.


Terpetik duniawi

Ramai yang suka ayat nie.. Sebab ramai yang faham. Terpetik membawa maksud " terikut atau terpengaruh,dan untuk maksud duniawi adalah kehendak dunia yang penuh dengan pancaroba atau noda atau perkara-perkara yang tak elok yang menjerumuskan pada kesesatan, kealpaan dan sebagainya yang berkait.


Meninggalkan ku mati

Sendiri..

Siapa tahu maksud nie? Meninggalkan ku mati bermaksud bertapa hancurnya perasaan, harapan, dan impian yang teramat-amat. Penambahan perkataan sendiri pula adalah untuk menyokong dan menguatkan lagi maksud kehancuran tu, sehingga tiada sebarang kata lagi untuk mengambarkanya.

 

Habis bahagian huraian puisi.

 

 

Ok.. Dads buat ini adalah sebagai runjukan pada sesetengah penulis yang kini terlalu asyik mengarang puisi puisi panjang. Yang kadang dads rasa puisi itu adalah kosong, bayangkan.. hanya untuk menjelaskan sebiji epal yang masam memerlukan berbaris baris ayat. yang kadang buat kita muak atau langsung tak faham apa sebenarnya yang ingin di sampaikan. Dads ada komen beberapa puisi mengatakan watak utama tenggelam. Sebenarnya di sebabkan perkara seperti ini.

 

Dan lagi.. Kita sebagai pembaca.. Apabila menhayati puisi.. Berapa perenggan puisi yang kita hayati. Tapi kalau Dads yang membaca. Hanya 4 perenggan sahaja yang mampu dads hayati, dan selebihnya sekadar membaca. Melainkan kalau 4 perenggan yang dads baca tu mampu mengetar atau menarik hati dads untuk terus membaca baru dads mampu untuk menhayati perenggan seterusnya.. Tu pun paling banyak 2 perenggan sahaja, dan selebihnya hanyalah sekadar membaca atau menjeling..

 

Ermm... Mengenai puisi pendek nie satu perkara lagi, Kalau yang lebih dari 3 baris tu dads ok lagi. Tapi yang 3 baris terkurang nie. Tak puas baca satu, Dan kadang dads tak dapat tangkap pun maksud puisi ini. Dan Dads juga tak dapat nak feel pun membaca. Kadang tu rasa nak je suruh dorang nie panjangkan puisi tu sekurangnya cukup untuk 1 perenggan, kalau betul puisi tu bermutu atau terlalu kretif. Tapi entahlah.. Sebab yang menulis nie dari golongan bijak pandai, mungkin Dads belum sampai ke tahap nie kot.


Ini satu lagi yang dads perhatikan ( sebenarnya dah terlupa, fai ingatkan) kepada penulis penulis yang over kretif, dengan karya-karya yang terlampau puitis, dengan pengunaan- pengunaan kosakata, watak-watak, tempat-tempat dan objeb atau simbol-simbol tertentu (metafora) dalam puisi. Kalau boleh buatlah satu penjelasan kat bawah puisi-puisi tu agar orang yang membaca boleh faham. sebab kita di kapasitor ada dari kepelbagaian peringkat fahaman, umur, kaum dan gred-gred( boleh ke masuk gred-gred nie). jadi bukan semua tahu dan boleh faham apa yang kita tulis kalau bukan kita sendiri yang menjelaskan perkara-perkara tersebut.


Nie nasihat untuk semua. Menulislah dengan hati, jiwa, roh dan akal.. Sebab ia mampu menhasilkan satu karya yang cukup istimewa. Jangan paksa diri apabila menulis. begitu juga dengan waktu. jangan letak sebarang waktu dalam menulis. biarlah penulisan itu sendiri yg menentukan waktu tu.. Kita akan mampu buat yang terbaik. Buang kata kata AKU TAK DAPAT BUAT, AKU TAK BOLEH BUAT, AKU TAK SEHEBAT SI POLAN SI POLAN NIE. Sebab perasaan macam nie hanya akan melemahkan karya penulisan. Tanamkan AKU MENULIS DENGAN APA YANG AKU RASA, DENGAN HATI DAN PERASAAN. Satu lagi, sila terima komen komen yang diberi dan jadikan ia panduan. Bukan saja saja mereka nie nak komen. Semua tu adalah ilmu yang harus kita ambil.

 

Ok laa... good luck.. dah panjang sangat berleter.




ps: Dads dah semak apa yang dads tulis nie, tapi kalau masih ada kesilapan dari segi ejaan atau penyampaian sila nyatakan dalam komen? ( dads orang ganu, sebot sipe sipe je, tu kadang ejaan byak silap)

 

Baca perbualan