spacer
spacer
  • Home
  • Perincian
  • Tentatif
  • Layout
  • Krew
  • PROMOSI!
  • Press Release

Ayuh, mari beramai-ramai!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Tiba hari yang dijanji.
Datang tika yang ditunggu.
Sampai masa yang dinanti.

Ulang tahun Kapasitor ke-4 akan diadakan seperti yang dirancang dan diwar-warkan sebelum ini. Jika mempunyai masa lapang, ayuh kita datang beramai-ramai ke majlis ini:

Tarikh: 31 Januari 2009
Hari: Sabtu
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10pagi - 6petang
Masuk: PERCUMA

Kepada yang berminat untuk menceburkan diri dalam dunia penulisan boleh hadir pada sessi bengkel penulisan daripada Serunaifaqir (pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Exxon Mobil 2006-2007) dan Epri Tsaqib (penulis antologi puisi "Ruang Lengang" dari Indonesia).

Juga, terdapat pameran lukisan, puisi-puisi kreatif dalam Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, persembahan puisi akustik, deklamasi sajak, persembahan muzik kebudayaan dari Kumpulan Gendang Gemala Kasturi dan The Bagpiperz dan penampilan istimewa Black Coffee Honey penyanyi baru mereka Ayusherly serta banyak lagi acara menarik bakal disajikan kepada pengunjung.

Jadi, isi masa lapang anda hujung minggu ini dengan aktiviti yang bermanfaat. Terbuka kepada orang awam tidak kira tua, muda, miskin atau kaya ;)

Jumpa di Annexe!

p/s: mari lihat sedikit persiapan awal menjelang majlis ulang tahun ini

Alin, Lan dan Acol

Ucu, Lann dan Alin

Ucu

Nia dan Ayu

Nia, Ayu, Alin dan Lann

Toroy, Acol, Ucu dan Lan

Acol


Johari Rahmad
Founder & Chief Architect of Kapasitor
Dikemaskini: 27 Januari 2009: 7:00 petang

Perincian Program

Program: Apresiasi Seni dan Maya
Tarikh: 31 Januari 2009 (Sabtu)
Tempat: Annexe Central Market
Masa: 10:00 pagi – 6:00 petang
Pakaian: Santai/Kasual
Tiket: PERCUMA

Tentatif Program

31 January 2009 (Sabtu)

Ulang Tahun ke-4 Kapasitor
Lokasi : Annexe Central Market
Tiket : Percuma!

10:00am - 6:00pm: Pameran Lukisan & Fotografi
10:00am - 11:30am: Workshop 1-Panduan Penulisan dan Penghantaran Karya oleh Serunaifaqir (biodata)
11:30am - 1:00pm: Workshop 2-Bedah Puisi "Ruang Lengang" oleh Epri Tsaqib (biodata)
1:00pm - 2:00pm: Rehat/Makan Tengah Hari
2:00pm - 2:30pm: Perasmian Ulang Tahun Kapasitor ke-4

  • Persembahan
  • 2:30 – 2:45: Persembahan 1 - Zuraidah
  • 2:45 – 3:00: Persembahan 2 – Ahnep
  • 3:00 – 3:15: Persembahan 3 – Syud, putri_alya, my_ellye
  • 3:15 – 3:30: Persembahan 4 – Epri Tsaqib
  • 3:30 – 3:45: Persembahan 5 – Siti Aishah
  • 3:45 – 4:00: Persembahan 6 – Upenyu
  • 4:00 - 4:15: Persembahan 7 – Black Coffee Honey
  • 4:15 – 4:30: Persembahan 8 – Acan Greyorked
  • 4:30 – 4:45: Persembahan 9 – Gendang Silat Gemala Kasturi
  • 4:45 – 5:00: Persembahan 10 – The Bagpiperz
  • 5:00 – 6:00: Beramah mesra dengan tetamu
  • 6:00pm: Bersurai

1 Februari 2009 (Ahad)

Bengkel Penulisan Puisi Bersama Epri Tsaqib
Lokasi : Malaysia Airports Training Centre KLIA
Yuran : Percuma untuk ahli Kapasitor

9,00 pg - Pendaftaran
10.00 pg -Bedah Puisi "Ruang Lengang" Epri Tsaqib
12.45 tgh- Makan tengahari
2.00 ptg - Bengkel Penulisan Puisi oleh Epri Tsaqib
4.00 ptg - Minum Ringan
4.30 ptg - Sambung bengkel
6.30 ptg - Tamat Bengkel
Peserta digalakan menempah Buku Antalogi Puisi Ruang Lengang oleh Epri Tsaqib (untuk acara bedah puisi) pada harga RM12.00.

Layout Galeri

Kadar sewa untuk pameran (art exhibition): RM100

Sila gunakan imej ini untuk membantu promosi majlis ulang tahun ini

Ulang tahun Kapasitor ke-4

Kenyataan akhbar dalam English terdapat di akhir artikel ini.

Pada 31 Januari 2009, Kapasitor.net akan menganjurkan ulang tahun ke empatnya di Annexe, Central Market. Majlis ini akan mengumpulkan ahli-ahli dan seluruh sidang komunitinya pada hari itu.

Kapasitor.net adalah satu platform yang mana ahli-ahlinya dibenarkan menyumbang karya dalam bentuk puisi, cerita pendek, novel, lukisan dan foto dan seterusnya membenarkan mereka membentuk kumpulan peminat mereka tersendiri. Ahli-ahli yang mempunyai minat dan bakat yang sama dapat bertukar pandangan, idea dan berinteraksi sesama sendiri.

Ketika majlis ini, karya-karya yang terbaik di Kapasitor akan dipaparkan dan ditontonkan kepada orang awam sepanjang hari dari pukul 10 pagi hingga ke 6 petang.

Pada hari yang sama juga, terdapat 2 bengkel penulisan akan dijalankan. Yang pertama adalah bengkal Penulisan dan Penghantaran Karya oleh saudara Khairul Hafiz bin Abdul Rahman yang dikenali sebagai Serunaifaqir. Beliau merupakan penulis novel Dewangga Sakti dan pernah memenangi Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) – Exxon Mobil 2007 dan Hadiah Sastera Darul Takzim 2006.

Bengkel berikutnya adalah bedah puisi oleh seorang pemuisi dari Indonesia yang bernama Epri Abdurrahman Rafi’. Antologi puisi beliau yang bertajuk “Ruang Lengang” akan dikupas dalam sessi ini. Antologi ini yang telah diterbitkan pada tahun 2008 telahpun diulang cetak dalam empat bahasa iaitu Bahasa Perancis, German, Sepanyol dan English.

Di sebelah tengah hari pula, satu siri persembahan akan berlangsung pada pukul 2 petang hingga 6 petang. Ahli-ahli portal Kapasitor akan diberi peluang membuat persembahan. Turut menjadi sorotan penting dalam persembahan ini adalah penampilan Gendang Silat Gemala Kasturi, Black Coffee Honey dan juga Bagpiperz.

Kapasitor.net adalah portal dari Malaysia yang memenangi anugerah tempatan dan antarabangsa. Diasaskan oleh Muhammad Johari Rahmad, portal ini telah menarik sejumlah 2100 ahli kreatif dan semakin bertambah. Portal ini mempunyai 3 seksyen iaitu penulisan yang terbahagi kepada Bahasa Melayu, English dan Bahasa Indonesia, seni lukis dan musik. Ahli-ahli portal ini rata-ratanya berumur 15 ke 40 tahun dan datang dari segenap Nusantara serta dunia seperti Brunei, Singapura, Jepun, Eropah dan Malaysia terutamanya.

Portal ini telah memenangi Special Mention Award daripada International Center for New Media (ICNM) yang berpusat di Austria untuk World Summit Award 2007 yang berlangsung di Venice, Itali. Turut mendapat pencalonan akhir dalam MSC APICTA 2008 dalam kategori e-komuniti serta jemputan ke EU E-Inclusion Award pada tahun yang sama.

Kapasitor 4th Anniversary

On 31st January 2009, Kapasitor.net will organize a fourth year anniversary in Annexe, Central Market. The event will gather members as well as administrators of the community on that day.

Kapasitor.net is a platform where members will be able to post their articles, poetries, short stories, novels and artworks thus garner their fan base as well as mingle with other registered members on the website. Members can exchange information, ideas and create collaborations with the others who share mutual interest and talent.

During the event, the most rated and commented articles in Kapasitor will be featured. Visitors can check out the articles that will be posted on the walls. Artworks from the members will also be featured throughout the day.

There will also be two workshops during the day where members will be able to learn on how to write and publish articles. The first workshop will be conducted by Khairul Hafiz Bin Abdul Rahman also known as Serunaifaqir. There will also be a session where Epri Abdurrahman Rafi’, an Indonesian poet will be promoting his book “Ruang Lengang” during the workshop. Serunaifaqir is a writer and has published several books including Dewangga Sakti and received awards including Hadiah Penghargaan Cerpen Remaja dan Umum, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) – Exxon Mobil 2007 and Hadiah Sastera Darul Takzim 2006, among others. Epri Abdurrahman Rafi’ or his pen name Epri Tsaqib, has published a poetry compilation in June 2008 that has been translated into four languages, which are France, German, Spain and English.

Performances will kick start at 2pm and last til 6pm on the day. Members from the portal will be performing as well as performances by Gendang Silat Gemala Kasturi, Black Coffee Honey and Bagpiperz.

The event is as a token of appreciation for the members who have been supporting the portal for four years. This event is expected to bring the members together and share our celebration for the day.

Kapasitor.net is an award winning portal based in Malaysia. Founded by Muhammad Johari Rahmad, the portal now has more than 2100 members and still growing. The portal has three main sections for members to post their articles. The sections are writing, artwork and music sections which can be posted in three languages namely Malay, English and Indonesia’s language. The visitors are mainly those between the ages of 15 to 40 years old. The fan base includes those from Malaysia, Brunei, Singapore, Japan and Germany among others.

The portal has received Special Mention Award from World Summit Award in Italy in 2007, shortlisted in MSC Apicta 2008 as well as received invitation to participate in the EU Inclusion award 2008.

Muat turun borang
Maklumat tentang workshop
i) Workshop ini adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai
ii) Jurucakap:
Siapa yang akan membuat persembahan?
Donation
  • CIMB Bank:
    KARYAMEDIA ENTERPRISE
    1246-0000183-10-2
Merchandise
spacer