spacer
spacer

Bengkel Pencerahan Dalam Menggarap Cerpen

Serunai Faqir

Biodata :

Serunai Faqir atau Khairul adalah bekas graduan UKM dalam bidang perundangan. Beliau merupakan seorang penggiat seni dan budaya yang aktif terutama dalam pergendangan Melayu. Mempunyai sijil Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) dan sijil Akademi Seni dan Warisan Negara (ASWARA) dalam bidang Wayang Kulit.

Berkhidmat selama sembilan tahun sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik, sebelum bekerja sebagai editor, penulis dan tenaga pengajar Gendang Silat bebas selama tiga tahun dan setahun sebagai editor tetap di sebuah syarikat penerbitan. Kini bekerja sendiri sebagai penulis sepenuh masa dan menjadi peneraju utama syarikat Astaka Villa Aksara (AVA), sebuah syarikat yang mengendalikan pelbagai bengkel.

Menulis sejak di bangku sekolah lagi dalam bidang puisi namun mulai serius berkarya dalam tahun 2001 dan karya beliau banyak tersiar di majalah terbitan DBP, media dan akhbar arus perdana. Bermula dengan KEPEZI, beliau mengorak langkah dalam dunia penulisan cerpen, artikel dan kini giat dalam menghasikan novel. Antara karya beliau yang diterbitkan adalah Lagukan Senandung Itu (DBP), Kumpulan Cerpen ‘Mencari Gayung’ (DBP), Dewangga Sakti I & II (PTS), Mantera Hitam (Alaf21), Dewangga Sakti 2, Mantera Hitam 2 (Akan terbit).

Karya beliau pernah memenangi hadiah, antaranya, Hadiah Sastera Cerpen Berunsur Islam DBP 2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006, 2007, 2008, 2009 dan Hadiah Sastera Darul Ta’azim 2007 & 2009.

Aktiviti beliau boleh dilawati di laman :

http://serunaifaqir72.blogspot.com

http://ejenmanuskrip.blogspot.com

Emel : serunaifaqir@yahoo.com

Share
Share
Contact Us
Perincian Aktiviti
  • Hari: Sabtu
  • Tarikh: 16 Oktober 2010
  • Tempat: FnD Mindspot @ Taman Tun Dr Ismail (Facebook)
  • Bayaran: RM80/seorang
  • Masa: 9pagi - 4ptg
  • Penceramah: Serunai Faqir
  • Hubungi: jojo | 016 231 2025
spacer