Tanah pusaka,
Usahlah gadaikannya
Nanti mereka datang lagi
Kerana tidak pernah lelah bahang haloba
Untuk membolos segala yang bukan hak mereka.
Ayuh bangsaku,
Berwas-was dan berjaga-jaga
Dalam setiap langkah kita bertatih
Usahlah kita leka dan lalai
Layarkan bahtera perjuangan kita.
Rahmat dan bahagia tanah ini
Adalah untuk kita!
Hak kita!
Musuh di hadapan
Alah jangan kita sekali
Nescaya kita kekal merdeka.
Hasil nukilan,
Ng Sin Hui