divider

Ini tanah merdeka

Font size:

Ini tanah merdeka
apa harganya?
ketuanan penduduk asalnya

ini tanah merdeka
siapa pemiliknya?
bangsa penguasa ekonominya

ini tanah merdeka
mana muda-mudinya?
bersaing ke liang lahat gayanya

ini tanah merdeka
benarkah ini tanah merdeka?
jika benar merdeka
siapa mentadbir pengisiannya?

jika muda-mudinya bersaing ke liang lahat
penduduk asalnya bagai tukul dengan pahat
sekali diketuk, sekali melompat
merdekakah tanah ini?
merdekakah jiwa ini?
merdekakah minda ini?

jangan anggap dirimu umpama lukut
masuk tidak genap, keluar tidak ganjil
yakinlah engkau adalah titisan hujan
lemah semasa kecil
gagah semasa besar

jika sekelumit kebaikan hari ini
bisa menjadi satu revolusi masa depan
ayuh kita lakukan berdikit-dikit
kerana kita ini titisan hujan

ini tanah merdeka
siapa penggeraknya?
aku, kau dan kita semua
titisan hujan yang bakal menjadi bah

Nukilan,
Mangifera


PermalinkShare |
Go to top

Image Post Lain-lain Puisi Kemerdekaan
Amanat Pahlawan Merdeka
Bebaskan Dirimu
Dari Tenggara
Esok Yang Lebih Indah Daripada Semalam
Ini Tanah Merdeka
Ku Cium Harum Merdeka
Laungan Merdeka

CommentsComment