Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Soyuzers... (Part 1+1/2)

  • 11
  • Jo3y
  • 16 years ago
  • 3,171
  • FREE

 

Lamunannya mati andar. Jiman mengelus-elus rambutnya sebelum menoleh kiri dan kanan seperti mencari sesuatu. Aneh. Seperti ada seseorang memanggil nama penuhnya, Najiman Salleh.

" Ah, perasaan ku sahaja," getusnya. Jiman lalu menopang dagu. Keindahan bulan buatan yang bertukar warna itu menyerlah. Kelihatan seperti warna kuning kebiru-biruannya tergantung di horizon. Pandangannya tertancap padu, terkasima akan keindahan ciptaan manusia sebelum pandangan fikirannya berambal-ambalan ke kaki memori.

* * * *

Global gempar. Seluruh dunia sudah dicanangkan bahawa asteroid dalam Lingkaran Quipper di antara Marikh dan Musytari talah terkeluar dari orbitnya dan menuju tepat ke arah bumi. Asteroid yang dinamai Emelda itu meluncur laju di ruang vakum angkasa dangan anggaran kelajuan 1430 batu nautika per jam. Penduduk bumi mempunyai masa tiga hari untuk menyelamatkan diri. Mana mungkin! Masa yang senteng. Sedangkan asteroid tersebut meluncur pantas untuk menghilangkan Bumi dari lakaran peta sistem suria.

Dalam keadaan yang genting itu, radar satelit berjaya mengesan sesuatu yang merupakan peluang untuk menyelamatkan zuriat dari Bumi. Satu jasad hitam berdiameter dua kilometer dengan kelajuan yang amat perlahan sedang bergerak mendekati Musytari, menjauhi pusat solar. Keadaan ini mengingatkan ahli astronomi mengenai cara satelit Voyager dilepakan iaitu dengan menggunakan lokasi planet-planet jovian yang sangat tertib. Persidangan ahli kaji angkasa terpaksa dilakukan demi mencari satu kata putus. Mesyuarat kilat tersebut mencapai kesepakatan. Asteroid terakhir yang berkelajuan sangat lambat iaitu sekitar 5 batu nautika per jam, berdiameter sebesar Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan Malaysia dan Singapura, akan ditebuk. 25 orang akan dijadikan benih untuk hidup di planet baru dan Jiman terlibat. Ibulah yang paling gembira menerima berita itu sedangkan ibu jugalah yang akan berduka, menjadi korban kiamat besar.

* * * *

"Amboi, termenung jauh nampak!" terdengar satu suara menyapa dari belakang.

Lamunannya terpanggung serta-merta

"Teringatkan siapa tu?" tanya suara itu lagi.

"Eh, Lina!" terpacul nama itu dari mulut Jiman. "Tiada apa-apa," jawabnya kemudian.

Lina merupakan rakan karib Jiman sejak kecil lagi. Rupanya ala-ala model. Matanya yang alis, hidungnya yang mancung bak seludang, pipinya yang pauh, dan rambut hitamnya yang ikal mayang boleh menyebabkan sesiapa yang melihat terpikat. Nurlina terpilih menjayakan misi ini bersama ibunya, seorang rakyat Belgium manakala dia sendiri adalah warganegara Filipina.

Taktala Lina leka bercerita, Jiman asyik tersenyum memandang ketulusan hati sahabatnya. Suka duka dikongsi bersama. Hal ini mengajar Jiman erti persahabatan.

Asteroid ini dahulunya cuma dihuni 25 orang tetapi kini populasinya meningkat kepada 60 orang. Lebih sekali ganda jumlah penduduk awalnya.

Lina yang dahulunya keseorangan, kini talah menjadi kakak kepada dua orang adik tirinya hasil perkahwinan ibunya dengan seorang lelaki Itali, Gianzluca Bazzani. Namun Jiman tetap sebatang kara.

"Man, bangun! Sudah pukul 7.00 pagi ni. Sebentar lagi kita akan melintasi Galaksi Seyfert, bangunlah. Semua orang sudah bersedia di tetingkap," Kamel cuba mengejutkan Jiman tetapi harapannya poros. Jiman bukannya hendak membuka mata, sebaliknya terus mengatupnya rapat. kamel akhirnya berlalu pergi. Bosan dengan sikap Jiman.

Jiman masih diulit mimpi. Dia menyelubungkan dirinya dengan selimut kapas. Suhu pagi itu memang sangat sejuk, tidak seperti pagi-pagi biasa. Tiada sesiapa pun yang menduga, kesejukan luar biasa yang dirasai pada pagi tahun ke-20 perjalanan itu menjadi alamat kepada bencana yang bakal menimpa koloni kecil yang menghuni Soyuzers.

Kesejukan memang biasa dirasai setiap pagi kerana sesisik di sekeliling asteroid akan dibuka untuk melepaskan haba dari dalam Soyuzers ke persekitaran. Bagi mengelakkan udara terbebas keluar melalui tujuh lubang yang diliputi jendela menyerupai sisik itu, jaringan-jaringan sintetik dipasang agar tenaga dalam bentuk getaran sahaja yang akan terbebas keluar. Tenaga-tenaga ini meliputi tenaga cahaya, haba dan bunyi namun, sesisik yang dibuka selama satu minit dalam kitar 24 jam ini, mengundang bahaya. Tanpa lapisan atmosfera, gelombang radikal bebas seperti sinar gamma, gelombang radio, sinar-X, dan gelombang lampau ungu akan masuk tanpa ditapis. Sinar-sinar latar belakang ini mampu mengakibatkan beberapa implikasi negatif kepada penghuni Soyuzers.

Dalam kesejukan pagi itu, Jiman sekali lagi membuka kotak memorinya. Mengintai terusan kisah 20 tahun lalu.

* * * *

Asteroid yang telah siap ditebuk menggunakan pisau pemotong berlian itu, sedia dihuni. Sesisik dan tetingkap dibina supaya pemandangan sepanjang perjalanan dapat diperhatikan. Tetingkap ini terdiri daripada lapisan kaca kalis pecah setebal 9 inci dan dilapisi filem penapis cahaya bagi memastikan gelombang cahaya dalam julat nampak sahaja yang masuk. Asteroid ini tidak dilengkapi dengan enjin dan cuma bergantung kepada kedudukan Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun. Kedudukan planet-planet jovian ini akan dieksploitasi bagi memberikan momentum pergerakan untuk trajektori perjalanan yang berterusan.

Akhirnya, 25 orang yang terpilih diangkut ke dalam pesawat ulang-alik. Jiman yang berumur lima tahun pada waktu itu hanya merenung wajah ibu sebelum berangkat pergi. Masih terngiang-ngiang di dalam fikiran Jiman, janji ibu untuk menyusuli perjalanan Jiman menuju ke planet baru.

Dalam perjalanan itu, tidak terlihat oleh Jiman akan asteroid yang bersaiz Titanic seperti yang diuar-uarkan. Jiman berdoa semoga semuanya selamat dan dipelihara Tuhan. Memang benar kata ibu, perjalanan ini mengambil masa yang lama tetapi menyeronokkan. Pada peringkat eksposisi perjalanan, asteroid ini ditunda ke dalam orbit Musytari dengan pesawat dan dibiarkan berlegar di atmosfera Musytari. Kehidupan di situ amat menyeksakan. Dalam keadaan tanpa graviti, mereka terpaksa menikmati makanan dalam bentuk pes yang meloyakan, dan masa tidur yang tidak tetap.

Setelah tiga tahun mengorbit Musytari, momontem pergerakan telah menghasilkan halaju lepas bagi graviti Musytari menyebabkan asteroid terlepas dari orbit dan menuju ke arah Zuhal. Tarikan graviti dari Zuhal menambahkan halaju pergerakan asteroid menyebabkan asteroid berpenghuni ini meluncur laju mengatasi daya graviti Zuhal. Sekali lagi, halaju lepas graviti planet dicapai dan seterusnya, asteroid ini meluncur ke arah Uranus untuk mengulangi gerakan yang mengagumkan itu dan menuju ke arah Neptun.

Kini, setelah hampir 20 tahun, kelajuan negara ini mencapai separuh kelajuan cahaya. Akibat pergerakan yang pantas ini, daya graviti wujud. Kelihatan Soyuzers berputar pada paksi yang tidak menentu.

* * * *

Jiman melurut selimut yang menyelubunginya sebelum menjegah ke luar seperti seekor kura-kura. Selimut itu digumpalkan di hujung kaki.

"Panasnya...tadi sejuk ," Jiman merengus.

"Man, kau masih belum bangun lagi? Rugi betul kau. Kalau tidak dapatlah engkau melihat Galaksi Seyfert. Kita juga telah melintasi Bintang Algol. Cantik sungguh pemandangannya," Kamel cuba menceritakan pengalamannya namun tidak diendahkan Jiman.

"Malaslah aku nak layan kau. Aku nak pergi mandi dahulu. Jangan lupa bagi makan pada anak ikan Ophiocehalus Striatus aku," Jiman mengarah.

"Nama melayu, ikan haruan sahaja... melayu mudah lupa."

"Cis, jaga sedikit mulut kau tu. Aku sahaja nak praktikkan nama tu," Jiman mengacu penumbuknya ke arah Kamel, menyebabkan Kamel terdiam.

"Sorry," Rakyat jerman itu mengundur diri sebaik sahaja memohon maaf.

Jiman ke bilik mandi. Dia menekan punat air suam dan memutarkan tombol suhu kepada 45 0C . Badannya terasa segar bila disentuh siraman air dari pili. Selesai mandi, Jiman bersiap-siap memakai kemeja lengan pendeknya dan menyarung jeans hitam. Kemas. Baru setapak kakinya dihayun keluar, satu gegaran yang maha dahsyat menjatuhkan tubuhnya ke lantai. Jiman terbaring beberapa ketika sebelum fikirannya mulai stabil. Keadaan gelap. Dia bingkas ke almari di kanan biliknya dan pantas mencapai lampu suluh yang terletak di sudut bawah almari. Dia segera bergegas keluar dimana ramai orang sedang panik dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Beberapa orang pegawai turut keluar dalam keadaan panik seperti penghuni-penghuni lain. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Diam.

Keadaan yang gelap tadi mulai terang secara perlahan-lahan. Lampu fluorescent di dinding asteroid mula menunjukkan tanda-tanda aktif .Dalam keadaan terang bulan itu Jiman nampak sesuatu yang pasti tiada yang menyedarinya. Kesemua kerusi dalam dewan makan,tempat dimana penduduk disini mendapatkan makanan terangkat satu persatu dan dirinya mulai terasa ringan. Bayangan tentang siksanya kehidupan tanpa graviti hidup kembali dan ianya menjadi kenyataan kini. Seluruh penduduk mengharapkan asteroid ini berputar pada paksinya sendiri biarpun tidak bergerak.

Sewaktu jeritan manusia bergema membingitkan telinga, semua penghuni asteroid itu mula kehilangan berat dan terapung-apung di udara. Keadaan kian gamat apabila diumumkan bahawa pembersih udara tidak dapat berfungsi tanpa elektrik. Keadaan berikutan elektrik dijana dari medan graviti asteroid. Kini yang tergambar di benak masing-masing hanya maut! Dalam keadaan tanpa graviti, proses baik pulih adalah sukar malahan mungkin sifar.

Para pegawai mula beredar ke bilik tenaga untuk membincangkan cara menghasilkan tenaga penting iaitu elektrik. Jiman secara senyap, menyusup ke bilik tersebut yang berada dibawah lantai asteroid dengan bantuan cangkuk besi di dinding dan lantai asteroid. Dia mengintai di balik mesin-mesin yang tidak berbunyi. Dari riak perbincangan mereka,nyata yang lebih membimbangkan ialah keretakan yang mungkin terhasil impak dari perlanggaran yang dahsyat itu. Mana tidaknya, asteroid ini yang pada mulanya berkelajuan 2/3 kelajuan cahaya telah terhenti serta-merta dan kini sedang pegun di cakerawala. Terlintas di fikiran Jiman mengenai penghasilan elektrik dari medan magnet pabila terlihat ketulan magnet yang terapung diatas meja bersebelahannya.

Keadaan sunyi dan tunggang-langgang bagai baru diserang naga. Semua penghuni menguncikan diri di dalam bilik masing-masing dan menolak keluar kesemua perkakasan bagi mengelak kecederaan akibat barangan yang tajam dan berbahaya. Jiman menguak tubuhnya ke arah tetingkap. Dia melepaskan magnet dalam genggaman tangannya dan merenung jauh ke arah alam semesta di luar. Tubuhnya terus terdorong kearah tetingkap dengan satu kuakan kecil. Kepalanya terhantuk ke cermin dan tubuhnya serta merta berhenti.

"Aduh," tangannya menggosok-gosok dahinya yang terhantuk.

Pemandangan di luar kelihatan seperti imaginasi, indah tetapi maya. Dia berpusing ke belakang dan...

‘kelekuk'

Dia terjerit kecil bukan kerana sakit tetapi mungkin terkejut. Magnet yang dilepaskannya tadi meluncur tepat ke dahinya. Singgahan magnet tersebut tidak terasa. Magnet tersebut melekap di cermin tetingkap. Jiman kagum. Diambilnya kembali magnet itu dan dilepaskan pada sisi yang berlainan dengan sisi yang melekap di tetingkap. Aneh, magnet tersebut berputar dan melekap pada sisi yang sama seperti sebelumnya.

"Nampaknya ada medan magnet di luar. Asteroid mungkin meluncur semula" hatinya melonjak gembira.

Saat gelojak kegembiraan menempati segenap isipadu hatinya, kesukaannya bertukar rupa. Takut bercampur bimbang menerajui jiwa kecilnya.

"Objek apakah yang mempunyai medan graviti sekuat ini? Tak mungkin sebuah planet!" kepastiannya logik berdasarkan pengetahuannya. "Lohong hitam ataupun bintang gergasi," sukmanya bersuara membersitkan kebimbangan.

Matanya dibulatkan untuk merenung ke luar tingkap. Cahaya yang banyak dan terpisah di luar direnungnya tanpa mengetahui yang mana satu harus dilihat. Mata fikirannya mencari di manakah objek yang memiliki medan sekuat ini. Tiada objek tanpa cahaya yang ada berdekatan. Cuma bintang dan setiap satunya bersaiz gergasi. Jiman melalui bilik tenaga sekali lagi dalam perjalanannya untuk kembali ke biliknya. Hingar-bingar mesin tenaga memenuhi segenap ruang sebaik sahaja Jiman melalui hadapan bilik tersebut. Hatinya kembali girang. Tekaannya benar. Bintang-bintang dalam kluster ini merupakan bintang gergasi yang menghasilkan medan magnet tersendiri yang mana telah menjadi sumber penghasilan tenaga oleh mesin janakuasa.

Kerana terlalu letih, Jiman terlelap di dalam beg tidur yang diikat pada dinding bilik. Dia hanya tersedar apabila ketukan bergema bertalu-talu di pintu bilik.

"Man, bangun! Soyuzers sudah mula bergerak," satu suara memaklumkan situasi terbaru asteroid tersebut. Jiman pantas meleraikan ikatan sleep-belt pada pinggang dan kakinya. Belumpun sempat ikatan terakhir dirungkaikan, wasap tebal menyelubungi menyebabkan dia hampir lemas. Wasap tersebut berasal dari salah satu sisi asteroid yang mula terbakar. Kebakaran itu diakibatkan oleh suhu tinggi hasil pergeseran dengan lapisan udara sebuah planet yang sedang dilintasi.

"Bumi baru! Bumi baru!" beberapa orang lelaki terkinja-kinja melihat kejayaan mereka menemui planet baru.

Professor Rizalman yang turut menyaksikan keajaiban itu hanya tersengih. "Kita masih belum berjaya kerana Soyuzers akan terbakar sepenuhnya sebelum sampai ke permukaan planet ini!"

Suhu di dalam asteroid semakin meningkat dengan suhu luar yang mencecah 3000 0C, Soaring temperature untuk pendaratan masuk sesebuah kapal angkasa. Dari kejauhan, kelihatan permukaan planet tersebut kehitam-hitaman dan bertompok-tompok ungu. Jiman yang masih terikat, sudah mula keletihan. Suhu panas menyebabkan dia sukar bernafas. Pandangannya kian kabur dan peparunya dipenuhi wap panas yang menyebabkan penghidratan cecair yang melampau. Jiman pengsan.



Professor Rizalman menginjak-injak tanah di bawah tapak kasutnya. Dia sungguh teruja apabila dapat lagi menyentuh tanah selepas dua puluh tahun mengimpikannya. Dia melemparkan pandangannya jauh melihat asap tebal berkepul-kepul naik ke udara. Soyuzers berjaya mendarat di sebuah kawasan yang selamat iaitu di dalam lautan selut yang cetek. Selut tersebut berwarna hitam dan mempunyai komposisi cecair dan bendasing dalam nisbah 3:1. Tiga bahagian cecair dengan satu bahagian campuran bendasing. Takat kelikatan cairan itu cukup sesuai untuk mengurangkan halaju Soyuzers seefektif payung terjun bahkan lebih efektif lagi.

Lelaki separuh abad itu mengeluarkan dua tiub kaca dari tas yang dibawanya. Satu tiub kaca itu berisi sampel tanah dari bumi. Dia membenamkan tiub kaca yang kosong untuk mendapatkan sampel tanah planet tersebut lantas membandingkannya dengan sampel tanah dari Bumi. Geofizikalnya sangat sesuai dari segi peratus kelembapan dan kepadatan humus. Dia tersenyum. Misi yang dibina sekian lama tidak sia-sia.



tamat part 1+1/2 so ada 1/2 part lagi ekk...

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Fantasi

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) wakaka... rasa tak yakin lak dengan citer yang aku 2lis neyh.. tau naper ader 1/2 part lagi? sebab...
    aku emangnya ada keberatan untuk menamatkan kisah. apa2 kisah pun memang tak mampu nak tamatkan. so, kalau boleh, komen tu letak la cadangan untuk menamatkan cerita. aku ni ngah study lagi so, lagi 1/2 part tu akan publish agak lama lagi la... mb 10-20 tahun lagi. haha :>
  • 2) halo jo3y,

    sy dah edit post awak. kalo awak wrote this story using word processor (lotus notes, ms word), digalakkan awak paste menggunakan butang khas dlm toolbar kapasitor tu.

    thanks.
  • 3) Jangan lupa bagi makan pada anak ikan Ophiocehalus Striatus aku," Jiman mengarah.
    "Nama melayu, ikan haruan sahaja... melayu mudah lupa."----> amat lah suke part ni! haha..;p

    bagus2..amatlah fantasi..dan nama Jiman sungguh klasik! hee..
    teruskan menulis..

    p.s: trima kasih pd jojo kerna membetulkn setting cerpen ini sebentar td..;)
  • 4) menarik!
  • 5) wahhh . joey! kapasitor dahagakan karya-karya seperti ini. kau harus selalu menulis sebegini. hehehe. fiksyen yang digarap penuh ilmu. suka! suka!

    adakah kau kesan positif daripada projek ke angkasa dr. SMS, pengikut setia TV series berkaitan fiksyen angkasa lepas ... atau memang produk berkualiti sistem pendidikan dan bahan bacaan di negara kita?

    kudos!
  • 6) er..mndi air panas 45 C.. kulit jiman kulit gajah hape?? hahaha..panas weh~~ melecur kulit..edes2

    bravo jo3y!!!

    even agak komplikated dan otak pon hampir tepu mengekstrak segala mcm istilah angkasa..tp best! huhuu =)

  • (Penulis)
    7) Adeh!! kantoi. rumah sayer takder heating sytem... tu yang bantai 45 C... hehe.. thanks..

    (dulu nak letak 102 C sebab orang sauna biasa pakai suhu ni ;> )

    thanks sis jojo bagi tips and tlg edit post ni.
  • 8) hahahaa..jo3y...ble mase ah jojo tu sis??? dia wat transgender ke?? wakakkaa~ ;P
  • 9) at last! aku berjaya baca. ah. hebat!

    cuma aku xsuka gaya skema melampau. xkira siapa kamu, atau siapa jua target reader, gaya skema terutama dalam karya saintifik camni, akan buat, orang menguap. kalau nak tau ape itu skema, er, pada pendapat aku lah~ silalah kontek2 aku.

    dan, sila jaga kelogikan cerita. walaupun susah. contoh, diameter pulau batu putih, boleh muat 25 orang? uh!
    dan menjadi 60? uh!^~~~~^

    auch~ so hard- soOOoOO hard.

    makin ke bawah, makin matang! auch~ so gian~

  • 10) dari segi ilmu: mmg tiptop. kamu sgt bagus. level of research yg disampaikan mmg selari dgn cerita. hebat! sembah! wayyy better dan Betelguese, Aldebaran dan Measat-77 tulisan saya.

    dari segi logik: yeah, setuju dgn zinggof. Ada beberapa part yg agak tidak logik seperti: Pulau Batu Putih tu bergerak 2/3 dari kelajuan cahaya.. dan kalo dia tiba2 berhenti (pegun) maka effectnya sepatutnya akan menghancurkan Pulau Batu Putih.

    dari segi perenggan: still kena perbaiki terutama pd perenggan ini "Jiman ke bilik mandi. Dia menekan punat air suam dan memutarkan tombol suhu kepada 45 0C". Ada 2 isi besar dlm perenggan ni, so better pecahkan.

    do more research on logics dan perenggan slps ni.

  • (Penulis)
    11) erk....kita selesaikan di sini je kot....rasanya Jiman mati sebab panas sangat...huhu

    yang ikhlas;
    ~Penulis~

Cerpen-cerpen lain nukilan Jo3y

Read all stories by Jo3y