Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Kisah Seorang Pemburu Raksasa, Ikan Omeh dan Pemuda Asli

Cerpen sebelumnya:
Soyuzers... (Part 1+1/2)
Cerpen selanjutnya:
~ Kerana Allah itu ada

Pada suatu hari, seorang pemburu raksasa telah memasuki kawasan rimba yang terkenal dengan alam flora dan faunanya untuk memburu apabila mendapat keizinan daripada pihak berkuasa negara tersebut. Pemburu raksasa tersebut telah bercadang untuk bermalam di kawasan rimba itu selama berbulan-bulan. Apabila masuk hari ke5, dia telah menemui sebuah tasik saujana mata memandang dan digigi tasik itu terdapat seekor ikan Omeh yang menarik perhatiannya. Ikan itu seolah-olah menari-nari dengan melompat-lompat mengikut jejak perjalanan pemburu raksasa tersebut ditepi tasik itu.

Pada mulanya, pemburu itu tidak mengambil kisah tentang ikan tersebut kerana didalam kepalanya hanyalah hendak memburu seekor raksasa yang bakal menjadikan beliau terkenal dan berjaya kelak. Tetapi ekor mata si pemburu itu tidak dapat dialihkan daripada memandang ikan tersebut. Apabila diamati, ikan tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri seperti memanggilnya untuk melihat dengan lebih dekat.

Pemburu itupun berfikir sejenak sambil duduk dipinggir tasik itu sambil memerhatikan ikan itu melompat-lompat kerana ia seakan seekor haiwan yang jinak. Lama-kelamaan pemburu itu bertukar fikiran untuk mengambil ikan itu dan seperti sudah terlupa tujuan sebenar dia ke rimba itu. Tanpa berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk menangkap ikan itu, dia pun membuat joran dengan menggunakan sebatang kayu kering, talinya pula hanya dengan menggunakan sejenis akar kayu yang halus dan mata kailnya pula diperbuat daripada pin yang tergantung-gantung sarat dibegnya.

Seperti yang dijangka, ikan tersebut tidak mengambil masa yang lama menyambar mata kail tanpa umpan itu. Inilah kali pertama pemburu itu benar-benar memancing kerana sebelum ini dia tidak pernah berminat untuk menangkap ikan, hanya seronok melihat ikan-ikan berenang dan ditangkap sahaja. Dia segera menyelami naluri seorang pemancing dengan melepas perlahan-perlahan tali joran itu dan menariknya kembali perlahan-lahan. Setelah berhari-hari pemburu itu memancing, dia berasa amat yakin bahawa dia akan berjaya menangkap ikan tersebut untuk dijadikan perhiasan dirumahnya, namun dia tidak mahu terburu-buru dan membiarkan joran itu tegak begitu sahaja tanpa dikawal.

Ketika itu dia tersedar, betapa dia telah melupakan tujuan asalnya datang ke rimba itu. Dia meneruskan niat asalnya untuk memburu raksasa dengan memasuki jauh ke tengah rimba tersebut dan menemui sebuah perkampungan penduduk orang asli dikawasan itu. Dia meminta bantuan segelintir daripada pemuda-pemuda kampung itu supaya dapat menunjukkannya jalan untuk menjejaki kawasan raksasa tersebut. Tetapi mereka menasihatinya supaya berehat untuk beberapa hari kerana kerja menjejaki raksasa memerlukan kudrat yang benar-benar mencukupi. Dia pun menuruti nasihat pemuda-pemuda asli yang berjanji untuk menjadi penunjuk arah baginya itu. Pada waktu senja pada hari yang ke-3, dia terlihat seorang pemuda asli yang berbadan tegap membawa pulang seekor ikan Omeh dan kemudian ikan itu diletakkan di sebuah balang kaca yang berisi air sungai dengan melihat dicelah-celah daun rumbia yang dijadikan dinding rumah.

Diketika itu juga perasaannya bagai dipanah halilintar apabila melihat pemuda asli itu berjaya menangkap ikan Omeh yang hendak ditangkapnya tempohari ditasik itu dengan hanya menggunakan tangan sahaja. Dia berasa marah tidak tahu hendak dilepaskan pada siapa. Pada keesokan harinya dia meneruskan perjalanan untuk memburu raksasa sambil menahan kekecewaan.

Pemburu itu memburu sambil berteriak mengalunkan berbagai-bagai lagu putus harapan yang popular di sekitar 80an dan grunge cinta...hehehe

Love hate love

kasihan bukan kisah ini?

isk

Cerpen sebelumnya:
Soyuzers... (Part 1+1/2)
Cerpen selanjutnya:
~ Kerana Allah itu ada

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
7 Penilai

Info penulis

averrose

bajingan kolot yang tersesat diera moden<a rel="license" href="http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/2.5/my/"><img alt="Creative Commons License" style="border-width:0" src="http://i.creativecommons.org/l/by-nc-nd/2.5/my/88x31.png"/></a><br/>This work is licensed under a <a rel="license" href="http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/2.5/my/">Creative Commons Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia License</a>. 
averrose | Jadikan averrose rakan anda | Hantar Mesej kepada averrose

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya averrose
Satu Kisah Alam | 1815 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Kisah Seorang Pemburu Raksasa, Ikan Omeh dan Pemuda Asli
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik