Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Rhapsody kasih...

  • 6
  • Jo3y
  • 16 years ago
  • 3,320
  • FREE

 

‘Tenang-tenang air di laut,

Sampan kolek mudik ke hulu,

Hati terkenang mulut menyebut,

Budi nan baik rasa nak junjung'

                Raudhah menghayati pantun tersebut sedalam-dalamnya sebelum membiarkan atmanya beralun seirama dengan tangkai memorinya. Dadanya sebak, nafasnya pula agak terdesak dengan esak tangis yang tak pernah terhenti. Langkahan pemikirannya menjangkau melolosi masa lalunya yang perit.

*                                              *                                              *                                              *

Dahulunya Raudhah bukan sendirian seperti sekarang. Dia mempunyai seorang teman bernama Azmi yang turut sama berkerja sebagai perisik di Agensi Sekuriti Negara (ASN). ASN merupakan sebuah agensi penyiasatan semi-swasta yang dibiayai oleh Persatuan Bekas Penjawat Awam Nasional (PerPAN). Raudhah tak pernah menyanjungi Azmi berlebih-lebihan sebaliknya, hanya menganggap Azmi sebagai teman sekerjanya sahaja.

 

"Helo!" Raudhah menyambut panggilan dari satu nombor yang tak dikenali.

"Boleh bercakap dengan Raudhah?" Suara tersebut kedengaran merayu lembut. Seorang lelaki.

"Ya, bercakap. Siapa tu?"Dia menyoal kembali.

"I don't know who I am but I know who you are," lantas panggilan diputuskan.

Raudhah tergelak kecil "Azmi," nama itu sentiasa menghidupkan harinya. Setiap kali panggilan seumpama itu diterima, dia sedia maklum bahawa Azmi ada di sekitar itu dan menunggunya.

Hari-hari adalah keindahan baginya hinggalah pada suatu hari, Raudhah telah termakan racun buatan yang telah diselitkan oleh seorang penjenayah ke dalam makanannya. Raudhah tidak menyedari hakikat tersebut dan hanya menganggap sakit yang dialami kesan dari racun tersebut hanyalah simptom keletihan berlebihan. Kebenaran cuma diketahui oleh Azmi yang mengesan perubahan pada warna bebola mata serta lebam pada bibirnya. Raudhah terkejut beruk dengan berita tersebut.

                Sedang sibuk memikirkan keadaan dirinya, alat kelui yang digunakan sebagai alat komunikasi dengan ibu pejabat, berbunyi. Mesej ringkas yang terpapar mengandungi maksud yang menuntut mereka supaya segera ke Bilik Gerakan.

                Kedua-dua mereka berlari pantas ke dalam Pasar Raya Tuxedo yang terkenal sebagai pasar raya dalam taman. Tiada sesiapapun yang tahu bahawa Tuxedo merupakan sebuah pasar raya yang tidak pernah mementingkan keuntungan, sebaliknya Tuxedo didirikan bertujuan menyembunyikan pergerakan penyiasatan yang berlangsung di dalamnya.

                Raudhah berlari ke arah tangga yang menuju ke ruang letak kereta bawah tanah. Baru sahaja meniti tujuh anak tangga, dia memerhati ke sekitarnya sebelum menolak pintu gelongsor yang menutup laluan ke bilik gerakan. Pintu tersebut diperbuat daripada gentian sintetik yang ringan dan kukuh serta mempunyai tekstur yang sama seperti dinding bagi melindungi kewujudannya di situ. Sebaik sahaja pintu sliding terbuka, Raudhah bersandar ke dinding bagi mengekang pintu tersebut dari menjalankan fungsi self-shut.

                "Azmi!" Raudhah melaung. Azmi berlari pantas memasuki laluan selebar satu meter itu lantas meruntun tubuh Raudhah menjauhi pintu seraya membiarkan pintu tersebut tertutup dengan sendirinya. Raudhah dapat merasakan kesan racun yang sedang mencarik setiap inci tubuhnya. Azmi turut nampak apa yang berlaku tetapi dia juga buntu dengan apa yang harus dilakukan.

                Azmi berdiri menghadap pintu konkrit bertebat berketumpatan tinggi yang menjadi pintu kepada bilik gerakan. Dia mempelosokkan jari telunjuknya ke dalam mesin pengimbas identiti. Raudhah yang berada sejauh lima anak tangga pula mula terasa pening dan terhuyung-hayang. Dia akhirnya terjelapok menyembah bumi. Azmi kaget dengan apa yang berlaku.

                "Raudhah!" jeritannya bertelau dalam ruang yang sempit. Takut bercampur risau menujah ka hulu hati. Dia terus menalikan doanya agar kekuatan terus merajai naluri. Nama-nama agung pencipta terus membasahkan bibir Azmi.

                Azmi merangkul tubuh Raudhah yang sudah lembik dan mengangkatnya ke pangkuan. Keadaan Raudhah semakin serius kini. Kelihatan beberapa kapilari darah pada permukaan kulit mukanya pecah dan menghasilkan bulatan merah dipanggil red-clot. Tidak dapat dia membayangkan sekiranya keadaan yang sama berlaku kepada otak Raudhah.

                Azmi tahu dia tidak harus menunggu lagi. Dia mengangkat tubuh munggil itu ke atas bahunya. Sejurus dia melangkah dan berhenti di hadapan bukaan pintu yang belum terbuka sepenuhnya. Azmi tambah kaget. Sungguhpun pintu masih belum terbuka sepenuhnya, dia nampak  akan semua kekecohan yang berlaku di dalam sana. Kelihatan sejumlah 100 orang militan bersenjata mengacukan senjata masing-masing ke arah pintu atau dengan kata lain, kesemua mereka bersiap sedia melepaskan tembakan ke arahnya.

Raudhah turut merasai suasana tegang itu tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana keadaannya yang sudah lemah. Azmi menapak pantas sambil menurunkan jasad Raudhah dari bahunya. Dia menukarkan posisi Raudhah dalam keadaan duduk di dukungannya. Azmi membuka langkah dua ribu keluar dari laluan rahsia itu.

Bala apakah yang menimpa kami semua? Hatinya tertanya-tanya sambil imej rakan setugas yang diikat, bermain-main di tubir matanya. Sedang Azmi berlari pantas menuju ke Hospital Queen Saville, kakinya ditembak oleh seorang penembak tepat menggunakan pistol Revolver point 2.0 smith&wesson. Kekuatan tembakan jarak dekat oleh penembak tepat itu melemahkan tubuhnya. Nafasnya mendesah turun naik seperti kerbau disembelih.

                "Ya Allah!" nama suci itu terpelacut dari bibir Azmi. Kakinya sakit bukan kepalang. Tubuh Raudhah hampir terlepas dari dukungannya.

Dalam keadaan pandangan yang sudah kabur, Azmi ternampak kelibat seorang wanita yang melepaskan tembakan dari puncak tertinggi menara selatan Hospital Queen Saville. Hospital bukan lagi tempat tujuan yang selamat. Azmi terpaksa menukar haluan ke jeti berdekatan.

 

"Suspek dilindungi oleh seorang lelaki. Kedua-duanya sedang menuju ke arah tiga puluh darjah selatan," suara wanita berkenaan mengetuk pendengarannya.

Dari cara wanita bersuit hitam itu melapor dan menentukan kedudukan, dapat diterkanya wanita tersebut merupakan seorang pembunuh professional.

Kesakitan pada kakinya tidak dihiraukan. Dibiarkan kesakitan itu menjalar dan membius hampir keseluruhan sistem tubuh. Kudrat  jantannya terus diperah gagah mengusung Raudhah yang tidak diketahui peluang hidupnya. Seratus peratuskah atau kosong perpuluhan dua peratus? Sesampainya di jeti, Azmi menempatkan Raudhah di dalam sebuah bot dan melepaskan bot tersebut berlayar tanpa pemandu membelah Laut Cina Selatan. Tidak lama selepas bot tersebut berlepas, Azmi diserang dari segenap empat penjuru. Dia akhirnya rebah dalam taburan budinya terhadap rakan setugas. Tubuh Azmi akhirnya kaku.

"Suspek berjaya melepaskan diri melalui jalan laut. Kerahkan anggota di sekitar kepulauan Sulawesi dan Laut Cina selatan untuk operasi seterusnya. Ingat, suspek membawa maklumat penting. Dia diperlukan hidup-hidup!" seorang lelaki berjubah hitam labuh paras lutut memberikan arahan melalui alat perhubungan wayarless pada telinganya.

 

*                                              *                                              *                                              *

Raudhah membuka kelopak mata, mengangkat kembali jiwanya ke alam nyata seterusnya membiarkan bening matanya menghambat suasana dalam bilik sempit itu. Bilik kecil seluas 9meter persegi itu bertempat di puncak Menara Eiffel, Paris. Raudhah berada di situ atas arahan Komander Larry Hilton, pegawai tertinggi Agensi Sekuriti Negara bersebabkan keselamatan.

Raudhah menuju ke tingkap nako dan menyelak langsir, membiarkan rindu sang mentari menguliti kulit mukanya yang bertompok-tompok hitam. Parut red-clot yang belum sembuh sepenuhnya. Racun yang tersimpan di dalam badannya adalah dari jenis plumbum arsenik. Ianya seperti bom jangka yang menanti waktu untuk meletup dan menghancurkan Raudhah. Racun tersebut akan menunjukkan sifat toksiknya apabila mangkin spesifik memasuki tubuh Raudhah. Raudhah sendiri tidak tahu apakah mangkin  kepada racun tersebut dan hanya berserah kepada Allah yang maha agung dan maha mengetahui. Dialah Rabbul Jalil dan Rabbul Alamin.

Raudhah merenung ke arah Londoners Bishop Café yang kelihatan sebesar biji kacang di bawah sana. Tanpa disedari, jemarinya menggenggam selakan langsir dengan kejap. Sekejap dendam yang berbuku di hatinya. Bayangan gurauan Azmi di dalam Londoners Bishop Café membawanya kembali ke alam ingatan.

*                                              *                                              *                                              *

Setelah genap dua hari pelayaran, bot yang dinaiki telah kehabisan minyak dan hanyut mengikut arus. Kesemua anggota ASN telah ditawan dan dipaksa memberitahu kedudukanya sekarang. Tiada sesiapapun yang dapat mengesan kedudukannya sekalipun dia memiliki alat pemancar gelombang radio yang tertanam di bawah kulitnya. Namun pada hari-hari terakhir hidupnya, seorang lelaki cuba menyelamatkannya sebaik sahaja bot berkuasa besar yang dinaiki terdampar di sebuah pantai. Keadaan lelaki tersebut juga amat lemah dengan luka tembakan di seluruh tubuhnya.

Begitu lelaki tersebut cuba mengangkatnya, dia terpaksa mengalah. Kudratnya tidak lagi sekuat dirinya yang dahulu. Lelaki tersebut hanya mampu memanjangkan hayat Raudhah yang hampir mati kelaparan dengan menyuapkan buah-buahan dan daun-daun kayu. Selepas tiga hari membantu, lelaki tersebut tidak muncul-muncul. Raudhah sudah mampu berjalan dan masih terlalu lemah untuk kerja-kerja berat. Dia akhirnya diselamatkan oleh Komander Larry Hilton yang tidak tertangkap sewaktu serangan di ibu pejabat. Raudhah bersyukur kehadrat Ilahi dan sewaktu dia menyuarakan hasrat untuk menjejak lelaki misteri itu, Komander melarang keras sambil tersenyum lebar. Ada sesuatu yang perlu diketahuinya tetapi dirahsiakan.

*                                              *                                              *                                              *

Raudhah tersentak lagi. Bunyi telefon bimbit peribadi menyingkap khayalannya lantas membenam naluri kesedihan.

Dia mencapai telefon yang terletak di atas meja kaca. "Helo!" dia menyapa pemanggil. Tiada sebarang balasan. Dia masih di talian.

"Helo. Siapa ni? Nak bercakap dengan siapa?" Raudhah menyoal lagi bertubi-tubi.

Setelah agak lama mendiamkan diri, suara seorang lelaki mengalun dari corong pemanggil "I don't know who I am but I know..."

"Azmi! Tolong jangan main-main. Beritahu saya awak dekat mana sekarang!" Raudhah memintas. Tangisannya pecah. Rindunya pada lelaki itu benar menyiksakan. Namun segalanya sia-sia. Panggilan telahpun diputuskan.

Tangisnya kembali menggila.

Sekilas pandangannya ke luar tingkap, penglihatannya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang berlegar-legar di kaki lima café. Lelaki yang amat dikenalinya. Tangisan serta merta terhenti.

Dia lantas berkejar menuruni Eiffel ke lapangan datar menggunakan lif. Terjejak kakinya ke tanah, kata-kata Komander mengisi benaknya "setapak kamu keluar dari bilik ini, nyawa kamu bukan lagi milik kamu..."

Dan, Senyum lelaki di hadapan matanya mematikan ketakutan yang bersembunyi di lubuk pemikirannya.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) idea mantap :: bahasa perlu mantap juga :: penceritaan kalau lebih teliti mesti kam-sau.. MANTAP.
  • 2) wow. idea best! berani dan unik!
    kudos!
    penceritaan agak remaja dan plotting pula masih banyak yang boleh dibaiki. perjalanan cerita agak kabur, tapi misteri itu menarik juga!

    buatlah lagi! buatlah lagi!
  • 3) best! saya suka.... penggayaan cerita menarik, penceritaan juga menarik just ada sket2 kabur... overall nice!
  • 4) setuju dgn dayya...mmg best..de thrill.gud job
  • 5) Kalo compare dgn soyuzer, cerita ini lebih baik garapannya. tak de kurang dari 5 yg sy beri. tahniah! cerita yg baik!

    (sembah!)
  • 6) best cite nie....

Cerpen-cerpen lain nukilan Jo3y

Read all stories by Jo3y