Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

LIPURLARA CINTA

Cerpen sebelumnya:
Aku Ingin Betul-betul Hidup Dan Untuk Itu Aku Perlu (Kenal) Mati
Cerpen selanjutnya:
Joe Parachute

Entah berapa kali aku mengarang kisah cinta kita. entah jutaan lipur cerita aku pentaskan pada semua teman kisah dongeng kasih kita. Aku membawa diriku terbang menjelajah sayap malam menjadi seorang puteri menakhodakan sayang dan cinta.

 

Tapi, kala aku sendirian, aku ketawa sendiri. Akukah yang bodoh mengharap si tampan hadir semula setelah sekian lama aku dicampak tanpa harga? Atau, akukah yang bengong membiarkan segala janji dan kenangan menjadi makanan jiwa yang kontang rasa? Oh....  Sebenarnya, mungkin juga aku sendiri mahu terawang-awang di mata teman bahwa akulah insan bertuah yang pernah punya perjalanan cinta seperti sebuah kehidupan fantasi novel.

 

Aku sayangkan persahabatan aku dan dia. Tapi dalam masa yang sama, aku mencintai kamu! Lantas, kerana sayang ini aku lepaskan kamu. Segalanya kerna dia yang memendam perasaan padamu, sepertimana kita bersama berkongsi rahsia hati. Aku yakin dengan rasa hatiku, namun untuk melukakan sahabat yang aku sayangi, aku tidak mampu. Kerna, aku tahu kau kuat menempuh ceritera ini dan aku, meski pun goyah perlu juga aku pertahankan. Aku sayang dia, dan aku cinta kamu. Untuk mendapat keduanya adalah mustahil. Mungkin ini yang terbaik buat kita...

 

Aku memandang kalendar di dinding. Sudah 2 tahun dia meninggalkan aku. Kenapa perlu aku terus bodoh menunggu, munutup rasa hati buat teruna yang menyayangiku? Tiada jawapan. Otakku beku.

 

Sayang, ke mana kau menghilang? Kala ini, rasa menyesalku bagai mencarik jiwa dan ragaku. Aku kerinduan. Lama benar rajukmu. Tiada berita langsung! Bukan sahaja kau pergi jauh membawa diri dariku, tapi hakikatnya kau turut ghaib dari dunia persahabatanmu dengan teman-teman. Ke mana kamu, sayang? Aku gundah merinduimu... Tiap masa, saat, detik dan tika, diri ini butuh cinta kamu.

 

Andai sahaja jika jam itu mampu memekik... Mungkin sahaja telah dijeritkan di telingaku; jangan tenung aku! masa terus sahaja berlalu. Beritamu, masih juga belum aku tahu. Si dia teman yang ku jaga hatinya, tak putus-putus menyalahkanku. Katanya, sengaja pula aku biarkan kamu membawa diri jauh dari dirinya. Aku bingung bila katanya, aku menyorokkan kamu dari semua. Entah bahana fitnah apa pula yang menimpaku, persahabatan kami retak menanti belah.

 

Sayang... Pulanglah menjenguk diri! pertahankan aku seperti masa lalu. kau ingat lagi, 3 tahun lalu, kau bagai sang harimau mengaum mempertahankanku. Salah kamu juga sayang, bergurau tidak kena tempatnya. Bila aku merajuk, senang sahaja kau menguji aku mengatakan aku ini lesbian. ranap hatiku tika itu. Sampai hati kau sayang.... tak cukupkah segala cinta dan sayang yang aku serahkan buat kamu? dan badai fitnah itu bagai halilintar, cepat sahaja tersebar! pelik bukan, senang sahaja teman-temanku percaya katamu. Hebat aura mu.

 

Aku ingat lagi hujahmu, bila kau mahu pertahankanku. Kata mu, "kenapa kamu percaya cakap aku, sedangkan yang sebumbung dengannya dalah kalian! aku serkap jarang sahaja kerana dia langsung tidak mahu melayanku. Dan tentu sekali aku cemburu bila dia boleh pula bergelak ketawa senang hati bila bersama teman-teman. Yang bersalah adalah aku. Kenapa kamu semua perlu menghukum dia?"  lantang hujahmu sayang.... dan aku bahagia.

 

Teman-teman semua sudah berpacaran. Ada juga sudah dua tiga kali bertukar teman. aku? Lima tahun.... masih pendekkah masa itu? Sayang.... muncullah kembali, basahilah semula cinta kita yang kian kontang! aku mahu kamu sayang....tapi, bumi ini bulat bukan... dalam debar unutk menerima perkhabaranmu, aku menerima tamparan baru. Kau sudah punya pacar baru. Kata kawanku, tika dia terjumpa kamu, kau dan teman barumu sedang bergaduh kerana dia terjumpakan gambarku. Mungkinkah kau masih sayang dan cinta padaku?

 

"Sudahlah! lupakan dia... Dia sudah punya teman baru. Mungkin gambar itu cuma kebetulan sahaja. Lupakan dia!" jelas sekali temanku itu juga terseksa melihatkan penantianku.  

 

Dan masa terus berlalu.... aku sudah mula menjalani kehidupan yang lebih tenang tanpamu. Aku redha. Mungkin kau telah buang aku jauh-jauh... Kini, cita-cita menjadi impianku. Bukan kamu.

 

Aku tahu, cinta aku padamu tetapkan subur sayang... Mungkin kita bertemu pada masa dan waktu yang salah... Bukan jodoh kita agaknya... Biarkan aku bertepuk sebelah tangan, mencuci luka ini... Biar nanti, bila sahaja cinta baruku menjelma; dia menerima cintaku sepenuhnya. Bukan sekadar saki baki dari cintamu dulu... Izinkan aku membina cinta  baruku, sayang.....

 

Dan akhirnya, setelah 7 tahun lamanya; aku kuburkan cinta kita. Biarlah di sini akhirnya. Kamu tetap juga dalam rinduku. Harapanku, andai kau mendengar perkhabaran ini, sambutlah salam persahabatan ikhlas dariku buatmu. Ku kirimkan salam rinduku di angin lalu. Semoga kau sentiasa berbahagia.

 

Pergilah sayang.... Dirimu kan tetap daku kenang.... 

Cerpen sebelumnya:
Aku Ingin Betul-betul Hidup Dan Untuk Itu Aku Perlu (Kenal) Mati
Cerpen selanjutnya:
Joe Parachute

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

dayya

Pembaca yang mencari jiwa, penulis yang mencari ketelititian. Membaca dengan hati kerana itu sentiasa mahu membaca segala yang terbaik. Tulisan terbaik adalah tulisan yang ditulis dengan kesungguhan. Kecenderungan menilai kesungguhan dalam tulisan.
dayya | Jadikan dayya rakan anda | Hantar Mesej kepada dayya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya dayya
PCB#7: Naga Kepala Tujuh | 2406 bacaan
Kanibal Malaya | 2858 bacaan
PCB#7: Si cantik yang disumpah untuk tidur. | 4055 bacaan
Cinta coklat Cadburry Black Forest | 10011 bacaan
Naskah | 2261 bacaan
PCB#4: Alahai, potong stim! | 3479 bacaan
pcb#2: Lecuran | 2812 bacaan
Tuhan itu cinta | 2789 bacaan
Demi Wawasan 2020 | 2842 bacaan
no title | bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya LIPURLARA CINTA
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik