Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

HEY THERE DELLYLA...

 

Hey there Delilah
What's it like in New York City?
I'm a thousand miles away
But girl, tonight you look so pretty
Yes you do
Times Square can't shine as bright as you
I swear it's true

Hey there Delilah
Don't you worry about the distance
I'm right there if you get lonely
Give this song another listen
Close your eyes
Listen to my voice, it's my disguise
I'm by your side

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me

Hey there Delilah
I know times are getting hard
But just believe me, girl
Someday I'll pay the bills with this guitar
We'll have it good
We'll have the life we knew we would
My word is good

Hey there Delilah
I've got so much left to say
If every simple song I wrote to you
Would take your breath away
I'd write it all
Even more in love with me you'd fall
We'd have it all

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me

A thousand miles seems pretty far
But they've got planes and trains and cars
I'd walk to you if I had no other way
Our friends would all make fun of us
and we'll just laugh along because we know
That none of them have felt this way
Delilah I can promise you
That by the time we get through
The world will never ever be the same
And you're to blame

Hey there Delilah
You be good and don't you miss me
Two more years and you'll be done with school
And I'll be making history like I do
You'll know it's all because of you
We can do whatever we want to
Hey there Delilah here's to you
This ones for you

Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
Oh it's what you do to me
What you do to me…

 

Seisi kelas 5 Sains Andromeda terdiam seketika setelah bunyi gitar berhenti. Suara serak basah yang menyanyikan lagu itu juga turut berhenti. Kemudian, kedengaran bunyi tepukan bergema. Pemilik suara itu hanya tersenyum. Namun, senyuman itu mati lantaran terlihat seorang gadis yang duduk di satu ceruk tidak menepuk tangan. Malah, sedang ralit melihat cicak di siling. Mana tau, cicak itu mungkin sebenarnya cicakman yang sedang melakukan intipan untuk mengesan Profesor Klon. Kemudian pandangan mereka bertemu. Sekejap Cuma. Gadis itu berpaling ke arah lain.

 

“ sedap giler suara kau. Boleh masuk AF ni.” ujar Alex, ketua kelas 5 Andro itu.

“ ceh, masuk af buat apa? Baik masuk One in a million. Lagi kaya beb! Boleh jadi jutawan segera macam Suki tu.” Komeng pulak memberi cadangan. Kemudian, yang lain pula riuh menyampuk memikirkan pro dan cons masuk program realiti yang menjadi satu fenomena pada masa kini.

 

“ hedonisme.” Bisik Dellyla. Namun, bisikan itu dapat didengari Farah yang berada disebelahnya.

“ Apa kau cakap tadi?”

“ hah? Hedonisme?”

“ apa tu?”

“ hmm..cam ne nak cakap yer? Kira macam masyarakat yang mementingkan hiburan. Benda yang mengkhayalkan, dan membawa keseronokan dan kepuasan nafsu semata-mata.”

“ So, kami semua ni kira hedonisme la?”

“ aku tak cakap macam tu. Maksud aku, kan bila dah banyak program realiti macam tu, manusia akan jadi semakin leka dengan hiburan. Malah, ada yang membazir wang untuk mengundi entah siapa-siapa semata-mata kerana nak artis tu menang. Padahal, tak bawa faedah langsung kepada kita. Kalaupun artis itu menang, apa akan dia buat? Terus menyanyi dan melekakan kita yang sememangnya sudah terleka dan jauh ketinggalan?” Dellyla mengeluarkan hujahnya yang bernas. Ternanga Farah dibuatnya. Dellyla tersenyum manis.

“ jom makan. Lapar sudah.” Pelawanya. Sudahlah mereka tak benarkan ahli kelas itu makan di Dewan Makan kerana jamuan itu, pastilah perutnya berbunyi kerana lapar. Biasanya dia akan makan on time. Ni dah pukul berapa? Nak tunggu semua datang sikit punya lama. Pastu, nak main game pulak. Letupkan belon la, main kotak beracun la, pastu main nyanyi-nyanyi pulak. Sebenarnya, Ben menyanyi setelah terkena kotak beracun itu. Itu denda yang diterimanya. Nasib baiklah Ben yang kena,kalau Dellyla yang kena, apa agaknya dia nak nyanyi?

“ kalau aku kena? Hmmm, aku nyanyi lagu paling murah kat dunia.” Jawab Dellyla sebelum menyambung suapan. Terangkat kening Maisarah mendengarnya. Belum sempat dia bertanya, Hambali sudah bersuara.

“ Lagu apa paling murah kat dunia ni Del?”

“ hmmm,,,agak-agak lagu apa?”

“ twinkle twinkle?”

“ ceh, tu lagu kanak-kanak ribena la.”

“ lagu anak itik tok wi?”

“ tu lagu tok nenek yang sakit pinggang nyanyi la..”

“ siapa yang nyanyi? Britney spears? Pink? Madonna? Paris hilton?”

“ dia tak layan la lagu macam tu.”

“ habis tu? Siti Nurhaliza? Ziana Zain yang terangkat kening tu? Or Ning Baizura yang mulut besar tu?”

“ tak baik la cakap dia macam tu.”

“ ok, fine. Siapa penyanyi yang kau suka?”

“hmm, Sami Yusuf”

“ siapa tu? Tak pernah dengar pun? Artis baru ke?”

“ No lah. Sami Yusuf pun korang tak kenal?hmm,,yang nyanyi lagu Al-Mua’lim tu.”

“ no idea. By the way, apa lagu yang paling murah dalam galaksi ANdro ni?”

“ lagu tiga kupang. Murah je kan. Hehe..”

“ lah...” kedengaran suara mereka mengeluh. Tu ke lagu paling murah? Tak rock la Del ni.

“ So, Ben. Apasal kau nyanyi lagu tu? Tiba-tiba aku rasa curious pulak.” Soalan Farah menyebabkan semua mata tertumpu kepadanya. Ben yang sedang minum tersedak.

“ kan tadi kat kertas tu tulis ‘ Anda telah dijangkiti virus E.coli. sila nyanyikan sebuah lagu untuk mendapatkan vaksin.’ So, aku nyanyi je lah. Salahke?”

“ memang tak salah. Tapi aku tanya apasal lagu tu yang kau pilih. There must be reason for that.”

“ tak semestinya.”

“ Even Dell pun ada reason nak nyanyi lagu paling murah.”

“ apa alasan dia?”

“ sebab dia tu jimat orangnya.” Dell yang pada mulanya tidak memberi perhatian, segera berpaling. Sejak bila aku ni berjimat-cermat pulak?

‘Si Farah ni pun satu, dah suruh aku nyanyi, nak tanya reason pulak. Kira ok apa aku dah nyanyi.’ Bisik hati Ben.

“ Well, we r waiting.” Alex pula bersuara. Dia juga hairan. Biasanya Ben ni layan lagu rock, heavy metal or hiphop. Tapi, boleh pulak dia nyanyi lagu tu.

“ kira rock la tu.” Balas Ben selamba.

“ Apasal lagu tu? Hey, there Delilah. Kau dedicate lagu tu kat Dell yer? Apa dia dah buat kat kau? Kau dah..” belum sempat Farah menghabiskan teorinya, Adam pula bersuara.

“ Apasal Farah? Kau pun nak Ben nyanyi lagu nama kau? Hey there Farah kepoh...” seisi kelas tergelak dengan telatah Adam. Apatah lagi gelaran ‘Farah Kepoh’ tu, memang sesuai sekali. Farah dah memuncungkan mulut. Masam mencuka wajahnya. Dia hampir berjaya membongkar satu skandal yang terhebat di abad ni, tapi Adam pulak kacau line. Namun, Farah yang bercita-cita menjadi wartawan itu belum kenal erti putus asa.

“ Ben, i’m waiting.” Farah merenung Ben yang pura-pura sibuk makan. Eh, makan pun boleh pura-pura ke?hehe..

“ well miss Farah. Aku saja nak nyanyi lagu tu.”

“ aku tak percaya.”

“ well, up to u.”

“ apakah?”

“ ok fine. Aku nyanyi lagu tu untuk Dellyla. Aku kan dah kena virus. So, aku nak minta vaksin daripada dia. Enough?”

“ virus apa?”

“ kan dah tulis tadi. E.coli ler..” Adam sekali lagi menjawab bagi pihak Ben.

“ nope. Virus cinta.” Sekali lagi kelas terdiam. Del berpaling melihat manusia yang berani buat lawak antarabangsa yang rasanya tak kelakar pun.

“ pheeewiittttttttttttt...” Alex bersiul mengusik. Ben hanya tersenyum. Del juga tersenyum. Namun dalam hatinya, rasa bagai nak melayang semua benda yang berhampiran dengan tangannya. Maka, berakhirlah jamuan sempena Kelas terbaik yang dimenangi mereka pada tahun lepas. Oleh kerana tiada masa, maka jamuan sempena kemenangan kelas mereka diraikan pada awal tahun. Orang lain juga hairan, awal-awal tahun dah buat jamuan. Buang tabiat gamaknya!

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) my first story here..
    kalau da slp n slh, sila beri tunjuk ajar.
    thanks(",)
  • 2) k la, first kn...
    cek satu pun x de story...
    malas nk tulis...
    bdway...
    suka crita ni.....
    sb cek suka crita yg pnyampaiannya mcm ni...
    orng lain x tau la cam ne...
    x srabut kepala nk baca mcm ni...
    hehehehe...
    good job...
  • 3) salam misz, melihat kejernihan idea yang ditulis dalam ni terpanggil nak mengomen lebih sikit.

    dari segi idea karya ini segar. ada elemen eksperimental, ada mesej, ada sindiran.
    penceritaan, boleh dikira baik walaupun banyak ruang masih boleh dibaiki.

    dari pendapat peribadi juga, diharap lebih banyak karya begini terhasil. nak kasi lagi cun, lepas tulis, pendam dulu and try tight2kan plot bila ada idea di lain masa. masa tulah masterpiece akan terhasil :)

    kudos to u misz! :)
  • 4) like it.. tapi mb kena garap latar cerita lebih sikit kot... dialog memang penting, tapi mb dengan adanya penceritaan latar, penyampaian jadi lebih menarik... i like~ hehehheh.....

    all da best!
  • 5) it's good. Komen caha tu kena take note. Ni boleh dipanjangkan lagi untuk satu novel mungkin. Dialog2 ni memungkin ini macam satu episod tv. aku terbayang episod dunia baru gitu. So tulis la satu lagi episod misz..hehe. selamat!
  • 6) ahakz..menarik~~ smbil join majlis ade cite baru burst up..best2!!! =)

  • (Penulis)
    7) to all, thanks for the comments..
    akan cuba perbaiki untk next part..
    nantikan...hehe..
  • 8) hahahahahahaha.

    ngek! btw, perkataan hedonisme sangat feymes di faisaltehrani.blog .
    tapi, aku sedikit tak heran dengan hedonisme. aku agi heran dengan pompeinisme. :D

    ahahahaha <masih lagi terus gelak>

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor