Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

HEY THERE DELLYLA...part 2

Cerpen sebelumnya:
Lempeng & Mak Temah
Cerpen selanjutnya:
pewaris pocong

“ kau dah sembuh ke?” soal Rafi setelah Ben masuk ke kelas. Berkerut kening Ben.

“ sihat je. Bila masa pulak aku sakit?”

“ bukan ke kau dah kena virus cinta? Dah dapat vaksin ke belum?” 5 andro bergegar dengan gelak tawa. Ben tersengih untuk cover malunya. Nasib baik penawar vaksin takde, kalau tak, mampus aku.

“ mana dia?”

“ siapa? Doktor cinta? Hehe..dia kena panggil dengan Madam Jam.”

“ oo”

“ Madam tak masuk lah. Ada meeting. Tu doktor kau pergi ambil extra dos la tu.”

Ben menarik kerusi dan duduk. Mereka memang sedia maklum dengan istilah extra dos. Maknanya bertimbunlah latihan yang terpaksa dihadap.

Kelihatan dua orang pengawas berada di muka pintu.

“ Attendance?” soal pengawas itu dengan senyuman extra.

“ hmm, Ben dah masuk. Maknanya semua datang lah tu.” Alex menjawab malas. Asyik-asyik pengawas ni je yang check attendance. Takde muka baru ke?

“ Apasal muka minah ni je yang muncul hah? Dah takde perfect lain ke yang wujud kat skool ni?” rupa-rupanya Adam juga tak puas hati.

“ betul jugak. Aku pun dah muak. Actually, dia nak tengok muka someone tiap-tiap hari. Tapi, budak tu buat tak layan pulak.” Farah pula mengomel.

“ siapa?”

“ anak Encik Mustafa la.” Ben sekadar menunjukkan muka tiada perasaan. Bapak aku je ke nama Mustafa? Lantaklah labu...

 

“ Kau serius ke suka kat Del?” soal Rafi yang duduk di sebelahnya. Ternyata, menghadap kertas soalan latihan Biologi itu membuat kepalanya biul sebentar.

“ kalau ya kenapa? Kalau tak kenapa?” Ben menyoal Rafi kembali. Kertas latihan yang tinggal separuh lagi belum siap direnungnya. ‘Nyatakan perbezaan antara mitosis dan meiosis.’ Hmmm,,apakah? Oh, kacang je ni. berbeza dari segi sebutan dan ejaan. Haha...sah kena pelangkung dengan Madam Jam.

“ kau suka dia yer? Aku dah agak dah. Sekali kau tengok dia, macam nak tersembul biji mata. Belum lagi kalau dia senyum. Agaknya kau pun dah melayang.” Rafi tersengih dengan teorinya. Ben pula buat-buat tak dengar. Rafi ni lebih kurang dengan Farah, kalau dilayan, maka mengundang bala.

“ betul kan apa aku cakap?” Rafi mengasak lagi.

“ Ben suka Del” teriak Rafi apabila tidak mendapat respon dari Rafi. 5 Andro yang khusyuk menjawab soalan bio itu tergelak besar. Ben tetap dengan muka innocent. Aku suka Dell. So what?

Del yang duduk di barisan belakang tunduk mengadap kertas soalan itu. Sabar Dell! Orang bangang jangan dilayan, nanti kau pulak jadi bangang. Melihat riak muka Dell, maka gelak tawa Farah pun berhenti.

“ rilex la Dell.”

“ aku memang rilex ni.” datar Dell menjawab. Kalau aku tak sabar, dah lama mulut Rafi yang tak de insurans itu disumbat dengan pemadam white board. Biar dia tahu enaknya rasa benda alah tu. Kalaulah si bagak tu tak memandai bagi statement pasal vaksin cinta yang entah apa-apa tu, kalaulah si bagak tu tak nyanyi lagu tu, kalaulah si bagak tu tak kena kotak beracun tu...hishh...takkan keluar gosip cam ni. kesimpulannya, memang salah si bagak itu. Muktamad.

 

PAP! Melayang segumpal kertas mengena kepala Del. Tersentak Del dibuatnya. gumpalan kertas itu dibuka.

“ i love u~ben d’machoman”

PAP! Sekali lagi kepala Dell menjadi mangsa. Peluru kedua itu dibukanya.

“ what u do to me dear Dell~ ben d’machoman”

Kertas itu dicampak ke dalam tong sampah. Lantak kau lah..Ben hanya memerhati tingkah Dell. Kertas yang pertama itu dibaling oleh Rafi. Tapi bila tindak balas menunjukkan kesan negatif, maka dia pula mencuba nasib. Tapi keputusannya tetap sama. Salah formula ni. apa kata...hahaha...what a brilliant idea!

Semua kertas biologi di hadapannya digumpal. Aim the target. And...shoot..! namun, dell yang telah bersedia berjaya menangkap peluru itu. Gumpalan kertas itu dibuka dan....

“ ARRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRggggggggggggggggggghhh” jeritan Dell pasti dapat didengar sehingga ke bilik guru. Labah-labah yang tergumpal bersama kertas itu juga terkena serangan jantung akibat jeritan Dell dan meninggal dunia. Maka tamatlah riwayat spiderman itu. Muka Dell merah. Malu, marah dan geram bercampur dalam hati. This ain’t funny anymore. Time’s for revenge. Kertas itu digumpal padat dan PAP! Tepat ke muka Madam Jam! Matilah kau Dell.....

Madam Jam menjegilkan mata. Sebentar tadi dia dikejutkan dengan jeritan pelajarnya. Dia bergegas ke tempat kejadian kerana risau kemungkinan ada pelajarnya yang histeria kerana menjawab killer question bio. Tapi,mukanya pula menjadi mangsa sasaran peluru sesat.

 

 

“ padan muka!” bisik Ben.Dell hanya mengetap bibir menahan geram. Kedua-duanya dihalau daripada kelas. Nampaknya, Madam Jam tengah pms agaknya. Sampai Dell, pelajar faveretnya pun terpaksa menapak keluar setelah meminta maaf. Rafi menghela nafas lega kerana mereka tak kantoikan dia. Kalau Rafi tak start dulu, pasti benda ni tak jadi. Tapi dah suratan takdir. Hehe...

 

“ kalau kau tak mula benda ni takkan jadi”

“ bukan aku yang mula dulu. Yang kau baling kat dia kenapa?”

“ aku baling kat kau. Salah kau la yang mengelak.”

“ lah, takkan aku nak tadah je. Kau tu yang jerit kuat giler, tu pasal la dia datang.”

“ eh, kalau kau tak baling benda alah tu, takdenya aku nak jerit.”

“ siapa suruh kau buka?”

“ siapa suruh kau baling?”

“ hishh..perempuan ni...”

“ apa? Ingat aku takut sangat? Semua ni salah kau.”

“ eleh, tak takut konon. Yang jerit bagai nak kuar anak tekak tu, bukan takut?”

“ saje je nak jerit. Aku terkejut, bukan takutlah.”

“ cover baik punya.”

“ apa cover pulak? Betul la tomato man!!!!”

 “Siapa pulak tomato man? Aku ni Ben d’ machoman.” 

“ huh, boleh bla. Mangkuk hayun.”

“ mangkuk tingkat!”

“mangkuk jamban.”

Pap. Kepala Del disekeh.

“ apa sekeh orang ni? dah puas hidup ke?”

Pap. Kepala Del disekeh lagi.

“ heh, nak mampus ke?”

“haha..nasib la kau ketot” Dell menahan geram. Memang Ben ni tinggi. Kalau berdiri sebelah Ben, dia hanya paras bahu. Kalau nak sekeh kepala bagak tu, memang kena panjat kerusi dulu.

Pap. Dell tersengih. Kakinya memijak kasut hitam itu sekuat hati. Padan muka. Dapat cop Bata aku yang berdaulat ni. baru Ben nak membalas, Madam Jam menjengah ke luar kelas 5 Andro.

“ Saya nak kertas latihan tadi. Sekarang juga.” Arah Madam Jam dengan garangnya. Menciput Ben dan Dell masuk ke kelas untuk menghantar kertas bio itu. Ben dah gelabah. Ah sudah, mana pulak kertas aku ni?

Dell menahan gelak. Kertas bio Ben kan dah jadi peluru sesat tadi. Tujuh keturunan cari pun takkan jumpa. Erk? Mana pulak kertas aku? Tergumpal sekali ke? Masalah..

“ saya tak nampak pun kertas kamu. Mana? Dah siap ke belum? Atau masih nak berperang lagi?” soal Madam Jam sinis. Ben tayang muka simpati. Dell tak berani nak angkat muka.

“ mana kertas latihan tadi? Kamu makan ke kertas tu?”

“ er...

“ mana?” sergah Madam Jam lagi.

“ dah hilang.” Serentak mereka berdua menjawab.

“ hilang? Atau kamu makan? Ker kamu buat peluru?”

Senyap. Tak baik menjawab. Mereka berdua menundukkan kepala menghadap lantai. Bersih pulak kelas hari ni. mesti kejap lagi ada kelas Agama.

“ saya tahu kamu ni bijak. Selalu score. Tapi, tu tak bermakna kamu boleh suka hati je hilangkan kertas latihan tu. Practise makes perfect. Macam mana kamu nak jaga anak. Bla..bla...bla....” sabar ajalah.

 

Cerpen sebelumnya:
Lempeng & Mak Temah
Cerpen selanjutnya:
pewaris pocong

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.8
5 Penilai

Info penulis

~miszjun~

~no paiN nO gaIn~
miszmextor | Jadikan miszmextor rakan anda | Hantar Mesej kepada miszmextor

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya miszmextor
kerinduan bintang part 2 | 2783 bacaan
kerinduan bintang | 2332 bacaan
Kasut,Famous Amos dan Zen | 3967 bacaan
along, adik dan cacing | 3172 bacaan
Cerita Tentang Len | 3127 bacaan
MO1S06~TUJUH SYARAT | 3396 bacaan
kerana kita kawan...1 | 1546 bacaan
ECLAIRS~3 | 2164 bacaan
ECLAIRS~2 | 2273 bacaan
ECLAIRS~1 | 2273 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya HEY THERE DELLYLA...part 2
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik