Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Misteri Kehidupan

 

Seorang gadis. Seorang lelaki. Sebuah rumah. Satu kehidupan...yang pelik.

 

Seorang gadis terpaku sendirian. Terpaku sendirian di dalam sebuah rumah. Rumah yang besar. Rumah besar milik seseorang. Milik seorang lelaki. Seorang lelaki yang mencari satu kehidupan. Kehidupan...yang pelik.

 

Gadis itu merenung lelaki itu. Renungan yang tajam. Ada makna di sebalik renungan itu. Kisah dia dan lelaki itu telah menciptakan satu kehidupan. Kehidupan...yang pelik.

 

Lelaki itu tidak mengendahkannya. Lelaki itu terus hanyut dengan dirinya. Dia tidak mahu lagi mengingati kisah lampau. Kisah lampau yang menghantuinya. Tidak! Kisah itu tidak pernah menghantuinya. Oleh kerana itu dia tidak pernah mengendahkan gadis itu. Apatah lagi renungan tajam gadis itu. Sedikit pun tidak melukakannya. Maka, dengan itu dia terus hanyut dalam kehidupannya...yang pelik.

 

Namun begitu, rumah itu tetap melihat. Melihat segalanya dengan jelas. Walaupun tidak bermata, tidak berhati, rumah itu tetap dapt melihat dengan jelas, merasa dengan baik apa yang berlaku di dalamnya. Ia menjadi saksi. Saksi yang tidak bernyawa untuk sebuah kehidupan...yang pelik.

 

Gadis itu masih lagi terpaku. Dia tahu ini bukan masa yang sesuai untuk bertindak. Namun, saatnya pasti akan tiba. Dia harus bersabar. Sudah sekian lama dia bersabar. Kali ini dia harus bersabar lagi. Namun kesabarannya kian memuncak. Dia harus mengakhiri kehidupannya yang sebegini. Kehidupan...yang pelik.

 

Lelaki itu berhenti. Berhenti dari tugas-tugasnya. Dia terpaku. Seakan ada sesuatu yang mengganggunya. Seakan ada sesuatu yang membisikkan kepadanya supaya berhenti. Dia cuba memandang sekeliling. Kosong! Dia beralih pandangannya ke arah lain. Sekilas dia menoleh ke arah gadis itu. Matanya bertentang dengan mata si gadis. Renungan gadis yang tajam. Seolah-olah mahu menembusi anak matanya. Dia kaget! Baru kini dia tersedar. Dia bukan keseorangan di rumah itu. Bukan hanya dia dan rumah itu sahaja di situ. Tetapi, gadis itu juga ada bersama-samanya. Cuma dia sahaja yang tidak menyedarinya. Ah, kehidupan ini...semakin pelik!

 

Gadis itu tetap terpaku. Dia tahu sudah tiba masanya dia bertindak. Dia tidak mahu menunggu lagi. Lelaki itu perlu tahu bahawa dia sebenarnya mampu bernafas. Walaupun cuma diam membatu, walaupun hanya mampu merenung dia tetap mampu bernafas. Cuma lelaki itu sahaja yang selama ini tidak menyedarinya. Ya, memang benar! Kehidupan ini...sememangnya pelik.

 

Lelaki itu semakin kaget. Bagaimana semuanya ini boleh berlaku? Dia tidak menyangka tindakannya itu telah membuatkan si gadis itu memperoleh nyawa. Sememangnya benar, gadis itu masih terpaku namun dia tahu gadis itu sudah sehabis sabar. Tiba-tiba dia merasakan pandangannya kabur, dia lemah, tidak berdaya dan jatuh tersungkur! Kehidupannya...mungkinkah sudah berakhir?

 

Akhirnya. Akhirnya gadis itu menang! Setiap saat dia menunggu dan menanti. Akhirnya dia tidak lagi terpaku. Malah, dia mampu tertawa mengilai. Tertawa puas. Dia sempat berbisik kepada lelaki itu.

 

“Potretku. Potretku yang kau lukis. Potretku yang kau puja-puja selama ini sudah bernyawa. Aku telah bernyawa. Terima kasih kerana melukisku. Terima kasih kerana bertukar nyawa denganku. “

 

Lelaki itu memandang lemah. Dia tidak berdaya lagi. Sesalannya sudah tidak berguna. Dia sepatutnya lebih kuat. Dia tidak patut membiarkan potret Leila menggunakan nyawanya. Dia menyesal kerana terlalu memuja Leila. Kini ia benar-benar menghantui si lelaki.

 

Rumah itu terus menjadi saksi. Walaupun tidak bermata, tidak berhati, rumah itu tetap dapat melihat dengan jelas, merasa dengan baik apa yang berlaku di dalamnya. Rumah itu menjadi saksi kepada sebuah kehidupan...yang pelik.

 

P/s: Kematian itu menggantikan kehidupan dan oleh kerana itu kehidupan perlu menggantikan kematian. (Socrates).

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hye! nice story.. tapi mb lebih sesuai kalo letak kat blog kot.. mu opinion.. huhuh
  • 2) err.. misteri habis ni.
    eh nanti mati betul ke gamba2 yg kita lukis akan minta nyawa pada kita eh :-s amik gamba pun :-s

    dayya : kalau ni tulisan dia sendiri, ok je berada di cerpen. ni tergolong dalam karya kreatif juga :)

  • (Penulis)
    3) dulu saya percaya yg gambar2 mcm potret ni ada nyawa. masa kecik2 dulu la.tp kalau kita tenung lama2 gambar2 cmtu, mmg seram.
  • 4) mcm teater kanvas..huhuu..i lyke~~
  • 5) owh.. boleh erk? =p hehheheh.. ok2... =)urm, dulu masa kecik2 memang tak suka tangkap gamabr sebab takut tengok gambar.. macam gambar tu tengok kita balik.. huhuhuh =p
  • 6) akhirnya... cerita yg berjaya menarik minatku membaca sampai habis...
    padat, ringkas, straight to the point...
    menarik...

Cerpen-cerpen lain nukilan kamalia

Read all stories by kamalia