Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

HEY THERE DELLYLA...part 4

Cerpen sebelumnya:
HEY THERE DELLYLA...part 3
Cerpen selanjutnya:
HEY THERE DELLYLA...part 5 (penutup cerita)

Buku nota hardcover itu diletakkan dia atas meja. Semua buku teksnya dikeluarkan dan menimbun di atas meja. Semuanya dijadikan sebagai perisai bagi menghadapi kelas fizik sebentar nanti. Tak tahulah kenapa, kalau kelas fizik je, mata terasa seperti digam, melekat dan tak boleh dibuka. Agaknya dah terkena sumpahan fizik kot. Farah pun dah penat membebel, mengejutkan daripada tidur, namun Dell tetap tak makan saman.

 

“ Dellyla? Nyatakan hukum Faraday yang pertama” dell masih sedang masyuk. Farah yang cuba mengejutkan Dell terdiam setelah guru fizik itu menjeling tajam. Dell ni pun satu, tidur-tidur ayam sudah la, ni tidur mati pulak.

“ dellyla?”

“ hah?”

“ keluar!”

“ err...” Del pun melangkah keluar. Telinganya sempat menangkap gelak sinis daripada Ben dan Rafi. Eeiii...kenapalah time ni jugak aku tidur?huhu..

 

“hmm...kelas fizik?” soal lelaki yang duduk di sebelahnya.

“ i hate fizik.” Teriaknya. Pengawas perpustakaan itu menjeling ke arah suara tadi. Namun, Dell tetap dengan muka selambanya.

“ say i love fizik.” Lelaki itu cuba memujuk.

“ never. I really hate it. Kenapa lah kena belajar fizik?” pujukan itu tidak berhasil. Memang Dell mengalami alergik tahap kronik terhadap FIZIK.

“ Dania.” Sekali lagi lelaki itu bersuara. Tersentak Dell. Mamat ni memang la...

“ don’t u dare to call me like that.”

“ Dania Dellyla. Open ur book. Kita study sama.” Buku teks fizik dibuka. Buku rujukan juga sedia menanti untuk dibaca.

“ study apa?” Del tayang muka boring.

“ ur lovely fizik.”

“ tapi...”

“ dania..”

“ okeh...”

 

Dell tersenyum. Khatam jugak satu bab lovely fizik aku ni. kenapa ek, kalau dalam kelas, rasa cam boring, tak faham n nak muntah, tapi bila mamat ni ajar, rasa cam senang je. Kalau aku cakap nanti, mesti dia riak pulak. Ada ke dia cakap coz dia tu handsome, maka lebih mudah aku nak faham. Aku tak nampak apa kaitannya langsung. Entah apa-apa je. Janji aku bley faham lovely fizik ni, kira bagus la tu.

 

“ thanks.”

“ not a big deal. Jom makan sama.” Pelawa Wafi.

“ hmmm..” Dell masih berfikir sama ada hendak setuju atau tidak.

“ Aku belanja.”

“ okeh” terus Dell setuju. Rezeki jangan ditolak.

 

Di kantin, Ben sedang enak melantak Nasi lemak. Rafi pula sudah dua biji burger ditelan. Ketika Dell melangkah bersama Wafi ke kantin, mereka menjadi tumpuan ramai. Siapa tak kenal Wafi, ketua pelajar yang berkaki lebar(berkaliber). Ditambah pula wajahnya agak menyerupai pelakon Zizan Nin membuatkan ramai pelajar perempuan menaruh hati. Ben yang tadi berselera nak makan, tiba-tiba mati seleranya. Memang dari dulu dia tak puas hati dengan Wafi. Maklumlah, Ben kan taiko, si Wafi pula prefect. Banyak kali Ben kantoi dengan guru disiplin disebabkan Wafi. Tapi, takdelah sampai nak belasah Wafi, kan dia buat kerja dia. Memang salah aku pun. Isk, yang si Dell pergi makan dengan dia kenapa pulak? Farah tak temankan ke? Iskk.....

 

“ Dania, nak tambah lagi?” soal Wafi melihatkan pinggan Dell yang licin.

“ nope. Dah kenyang la. Kalau overdose nanti mengantuk pula.” Dell menolak. Dia mencapai gelas berisi air masak itu.

“ ada kelas fizik lagi ke?” soalan Wafi membuatkan Dell tersedak. Segera dia menjawab.

“ isk,,,fening la aku kalau asyik kelas fizik je. Pas ni sejarah la.”

“ kalau aku tanya something, ko jangan marah pulak.” Wafi mula membuka bicara.

“ apakah?”

“ betul ke kau dengan Ben..?” Wafi sengaja tidak menghabiskan ayatnya. Dia menunggu respon dari Del. Terdiam Del seketika.

“ sejak bila pulak kau dengar gosip ni?” Del bertanya kembali. Cuba mengelak untuk menjawab soalan yang confirm tak masuk dalam SPM.

“ i’m just curious.”

“ kau rasa?” Dell terus berteka-teki.

“ aku tak tahu. Sebab tu aku tanya.”

“ aku pun tak tahu. Puas hati?” perlahan Del menjawab.

“ hmm, tu yang bahaya. Kau tak tahu apa kat dalam hati.” Sambil tersenyum, Wafi memberikan pendapatnya. Belum sempat Dell menjawab, loceng sudah berbunyi. Dell mengeluarkan duit dan meletakkan atas meja. Terangkat kening Wafi.

“ Aku belanja la Dania.”

“ thanks, but no thanks.” Segera Dell menapak ke kelas. Apa kena pulak dengan Wafi ni? cakap pasal hati pulak. Dia tak tahu ke yang aku menyampah giler dengan Ben a.k.a tomatoman tu? Hishhh....

 

“ sedap makan?” perli Farah. Mestilah dia jeles. Dell makan dengan jejaka pujaan ramai. Tak ajak aku pula tu. Dell hanya tersengih. Dia terlupa yang Farah ni kipas-susah-mati Wafi. Huhu...

“ sowi.”

“ pinjam note, baru aku ampunkan.” Gurau Farah. Dell tersenyum sambil menghulurkan buku nota sejarahnya. Memang guru sejarah memuji nota yang dibuat Dell, kemas, ringkas dan lengkap. Kalaulah nota fizik aku macam tu, mesti dah score. Ni tak, nota fizik sebijik disalin daripada buku rujukan. Tapi tak faham juga. Huhu...

 

“ apasal kau makan dengan dia?” soal Ben tak puas hati. Nasib baik masa terakhir mereka ke perpustakaan. Ketika Dell ralit melihat buku di rak, dia pun mengambil peluang untuk menyoal siasat Dell.

“ siapa?” Dell kehairanan.

“ pura-pura tak tahu pulak.” Sinis Ben bersuara.

“ Wafi ke? Suka hati aku la.” Pelik aku dengan Ben ni. suka hati aku la nak makan dengan siapa. Perut aku, bukan perut dia pun.

“ erk?” terkejut Ben dengan jawapan Dell. Betul la, suka hati dia la nak makan dengan siapa. Tapi, kenapa mesti dengan Wafi? Langkah diatur ke meja. Namun, dia seger berpaling setelah mendengar suara yang lunak itu.

“ tadi, aku belajar fizik dengan dia. Then, dia ajak makan. Aku pun join la.” Jelas Dell. Ben tersenyum. Sekurang-kurangnya, Dell sudi juga nak explain kat dia.

“ best sangat ke belajar dengan dia?” soal Ben dengan muka kereknya.

“ not bad. Boleh la faham.”

“ lain kali jangan belajar dengan dia.”

“ erk?”

“ study dengan aku je. Aku pun terror gak fizik.” Memang Ben selalu skor Fizik pun. Dell terkejut. Belajar dengan Ben? Alamatnya berperang lah mereka.

“ kau ajar aku sejarah and bio. Boleh?” Ben masih lagi cuba untuk tawar-menawar.

“ tapi..” Dell cuba jual mahal.

“ aku ajar kau add math.” Ben mencuba lagi.

“ add on chemistry” pinta Dell.

“ settle.”

“ Insya Allah.”

“ promise one thing.” Ben bersuara setelah persetujuan dicapai.

“ what?” Dell hairan. Jangan mamat ni nak sekeh kepala aku sudah.

“ jangan study dengan dia lagi.” Tegas Ben bersuara. Seperti ada amaran keras juga.

“ lor? Kenapa pulak?” bertambah hairan Del dengan permintaan Ben.

“ nanti Ben jeles.” Selamba Ben menjawab. Tangannya juga pantas men-sekeh kepala Dell yang terpinga-pinga.

Cerpen sebelumnya:
HEY THERE DELLYLA...part 3
Cerpen selanjutnya:
HEY THERE DELLYLA...part 5 (penutup cerita)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
2 Penilai

Info penulis

~miszjun~

~no paiN nO gaIn~
miszmextor | Jadikan miszmextor rakan anda | Hantar Mesej kepada miszmextor

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya miszmextor
kerinduan bintang part 2 | 2783 bacaan
kerinduan bintang | 2331 bacaan
Kasut,Famous Amos dan Zen | 3966 bacaan
along, adik dan cacing | 3171 bacaan
Cerita Tentang Len | 3127 bacaan
MO1S06~TUJUH SYARAT | 3395 bacaan
kerana kita kawan...1 | 1545 bacaan
ECLAIRS~3 | 2164 bacaan
ECLAIRS~2 | 2273 bacaan
ECLAIRS~1 | 2271 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya HEY THERE DELLYLA...part 4
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik