Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ECLAIRS~1

 

"Dah datang ke belum?" sudah acapkali Puan Sarimah menuturkan ayat yang sama. Haji Khairuddin juga sudah panas punggung. Aiman pula sudah puas menelefon. Namun tiada jawapan. Tok Kadi juga sibuk bertanyakan mana rombongan si pengantin. Tetamu yang tiba sudah mula sok-sek. Hampir tiga jam menunggu, tok kadi terpaksa berangkat. Ada akad di tempat lain yang perlu disempurnakan. Tetamu juga sudah beransur pulang setelah menjamu selera.

 

" Ya ALLAH, kenapa boleh jadi macam ni?" Haji Khairuddin sudah letih. Sudahlah sanak saudara bertalu-talu bertanya, ditambah pula dengan malu yang terpaksa ditanggung. Puan Sarimah hampir sahaja pitam. Aiman menghentak tangannya ke meja. Geramnya hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Berani betul lelaki ini tidak menghadirkan diri? Setelah semua persiapan dibuat? Setelah semua tetamu hadir? Kalaupun tidak mahu meneruskan pernikahan ini, kenapa tak bagitau awal-awal? Kenapa nak menconteng arang kepada keluarganya? Kesian si Aisyah tu. Eh,Aisyah?

 

Aisyah hanya merenung kosong. Dah tak de jodoh, nak buat macam mana? Takkan la nak suruh dia meraung terguling-guling? Nak menangis pun tak de gunanya. Nasi dah menjadi bubur. Terkilan? Bohonglah kalau dia tak terkilan. Masih terbayang bagaimana bersungguhnya abah membeli lembu Pak Cik Leman. Bagaimana bersungguhya ibu membuat hantaran, memikirkan menu untuk tetamu, menghias rumah, bilik pengantin. Nasib baik ibu tak menempah pelamin. Terbayang abangnya Aiman yang turut sibuk menguruskan majlis akad nikahnya. Sangkanya Along jenis yang tak kisah, tapi sebaliknya dialah yang kecoh macam dia pulak yang nak kahwin. Dan akhirnya,  sampai hati lelaki ini tidak hadir ke majlis akad nikahnya? Berani pula dia nak hantar rombongan meminang? Cincin pertunangan yang tersarung di jari manisnya telah lama dicampak. Mungkin dah bergolek masuk ke bawah katil. Peduli apa?

 

Aisyah segera membersihkan mekap di wajahnya. Baju pengantin yang ditempah ibu dua bulan lepas diganti dengan baju tidur. Bunga-bunga mawar yang ditabur atas kamarnya dikibas. Dia ingin tidur. Tidur sepuas hati. Tiada lagi Aisyah yang dulu. Semalam telah berlalu. Let by gone be by gone. Dan malam itu, air mata menjadi teman yang setia sepanjang malam. Dia pun tak pasti bilakah dia tidur.

 

Usai solat subuh, dia mengaji. Membaca surah An-Nur. Mencari ‘nur' yang mampu menerangi  hidupnya. Kemudian, dia keluar dari bilik menuju ke dapur. Meneruskan rutin harian seperti biasa. Mengemas dapur. Memanaskan lauk pauk kenduri semalam. Dia juga mengemas rumah. Menyapu sampah. Puan Sarimah hanya menggelengkan kepala. Betapa tabahnya anak gadisnya ini. Kalau orang lain, mungkin tengah berendam air mata mengenanglan majlis yang tak jadi. Namun, anaknya yang seorang ini, terlalu tabah menghadapi ujian ini. Terdetik rasa bersalah dalam hati. Kalau bukan kerana dia yang beria-ria bersetuju dengan lamaran yang tiba, pasti nasib Aisyah bukan begini. Air mata seorang ibu mengalir lagi. Niat di hatinya ingin memujuk lara Aisyah pada malam tadi, namun dia sendiri tidak berdaya. Apatah lagi, pintu kamar itu dikunci.

 

" morning ibu!" ucap Aisyah dengan ceria. Bukan dibuat-buat. Seolah-olah tiada apa yang berlaku semalam.

" hish, ada ke morning ibu! Assalamualaikum Eca" ibu mengikut rentak Aisyah.

" ala ibu ni, tak rock la..hehe..Wa'alaikum salam. Orang da buat sarapan. Jom kita makan." Aisyah sudah menarik tangan ibunya ke dapur.

" habis tu, abah dengan Along? Takkan tak ajak diorang?"

" alah, diorang tu dah besar gajah. Pandai la nak cari makanan. Hehe.."ujar Aisyah sambil tersengih-sengih.

" jomlah." Ibu hanya menurut. Aisyah mencedokkan nasi minyak itu untuk ibu dan dirinya. Dia makan dengan begitu berselera. Sememangnya nasi minyak merupakan makanan kegemarannya. Hampir menitik lagi air mata ibu. Namun, dikesatnya perlahan-lahan.

"ibu tak makan ke? Isk, sedap lauk ni bu. Rugi tak makan."

" Aisyah" lirih suara ibu memanggil.

Aisyah memandang wajah ibu. Belum sempat ibu bersuara, Aisyah memulakan bicara.

 

" Ibu, walau apa pun yang terjadi, Aisyah tak salahkan sesiapa. Mungkin jodoh Eca belum sampai. Tak perlu la kita semua nak bersedih. Benda dah jadi. Eca harap sangat benda ni tak diungkit lagi. Kita semua hidup cam biasa. Lagipun, Eca ni muda lagi. Study pun belum  habis. Eca nak balik kolej hari ni boleh tak bu?"

 

" hmm...baliklah kalau itu dapat menenangkan hati Eca." Kedengaran suara Haji Khairuddin memberi kebenaran. Dia juga terasa sayu melihatkan wajah Aisyah yang suci.

 

" terima kasih abah. Eca naik dulu, nak kemas barang. Lupa pulak, abah mari la makan. Sedap lauk ni. Menjilat jari.hehehe..."

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow.. nice story.. naluri kekeluargaan kuat dalam cerita ni.. bestnya.

  • (Penulis)
    2) thanks..hehe..
  • 3) kagum sebab Aisyah tu sangat kuat semangat. Ada ke pmpuan mcm tu kt dunia ni? Kalau ada mmg hebatla..
    kalau jd kat saya mesti tak kuar bilik langsung seminggu dua. hehehe..
  • 4) haha...jap..adekah lelaki tu pilihan mak aisyah atau pilihan aisyah?

    sebab aisyah tu mcm tak kesah jer.....

    huhu...nice..:p

  • (Penulis)
    5) pinkyunki~saya la perempuan uh..hehe..tipu jer..
    my_ellye~lelaki itu adalah...jeng..jeng..
  • 6) sedehnyer....aisyah tu tipu la tak sedeh...

    nak lagi....
  • 7) err ... dipos semula ke mextor?
    nape ek?

    - idea yang segar, harap ada kejutan yang memantapkan jalan cerita.
    - penceritaan yang baik dan terperinci.
  • 8) semoga sambungannya dpt digarap dgn lebih baik. yg ada ni pon dah mantap; hebat!
  • 9) nasi bukan dah jadi bubur beb
    nasi dah masuk perot. yosh~
  • 10) eh,kolej agi?? waaaaaaa..sportingnyer parents..wakakaka...

    klo syuhada kawen time gini cmne??

    *uh,jauh..jauhhhhhhh~~~ ;p
  • 11) jun, jun ke 'aishah' tu??? omoe... diam2 ubi berisi rupenye budak ni..

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor