Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ECLAIRS~2

 

Tatkala bersalam dengan ibu, terasa sangat sayu sekali. Ibu memeluknya erat. Ibu juga meminta maaf. Ibu, semua ini dah takdir. Bukan salah siapa pun. Eca akan kuat. Lebih kuat daripada biasa. Macam ultraman pulak.hehe...

           

Along mengangkat begnya dan memasukkan ke dalam kereta. Tiada lagi komen along seperti selalu " berat giler beg, angkut batu ke? Ni macam tak nak balik rumah je? Beg macam nak pergi haji. Err, ni periuk belanga ibu yang bocor tu pun adik angkut ke?"

Sepanjang perjalanan, Along hanya diam. Aisyah juga tidak tidur. Biasanya baru 50 meter jarak dari rumah, dia sudah tersangap-sangap. Tapi hari ni, matanya segar betul. Nak temankan Along kot. Mana la tahu, Along sesat jalan ke? Nak terlanggar kambing orang ke?

 Tiba-tiba along memberhentikan kereta di tepi jalan.

" Adik ok?"

" ok je."

" Adik ok tak? Be honest with me."

" Adik ok la long. Ni kenapa berhenti tepi jalan ni? Tak de minyak ke? Nak suruh Adik tolak la ni?"

" Adik? Kalau adik terus macam ni, lagi la Along risau. Adik betul-betul ok ke...?" dan terus meluncur air matanya. Deras mengalir ibarat Sungai Pahang tatkala bah melanda.

Along memeluknya. Terasa sungguh selamat dalam pelukan Along. Tak perlu risau pasal rombongan pihak lelaki yang tak datang. Tak perlu nak gelabah kalau tok kadi balik sebelum sempat menikahkannya. Tak perlu....

 " Adik. Along pun tak tahu nak cakap macam mana. Kalau nak ikutkan hati, malam tadi juga Along pergi cari lelaki tak guna tu. Tapi, apa faedahnya? Dia bukan orang yang layak untuk adik abang yang baik ni. Dia tak sepatutnya hantar rombongan meminang adik. Sepatutnya dari dulu lagi Along bantah pernikahan ni. Sepatutnya..." Along juga sudah tak terkata. Aisyah menangkat muka. Along mengesat air mata yang masih mengalir di pipi adik kesayangannya.

 " Along. Adik redha denga apa yang berlaku. Promise Along takkan do something to him. Just let it be like that. Tolong jagakan abah dengan ibu. Aisyah tak salahkan sesiapa pun. Aisyah tak nak ibu rasa bersalah. Adik harap sangat along faham keadaan adik."

Along hanya mampu menganggukkan kepala. Sesungguhnya adik seorang yang tabah. Ketabahan adik membuatkan dia semakin sebak. Ya ALLAH, berkatilah adikku Aisyah. Tabahkan hatinya menempuh dugaan dan cabaran. Semoga dia dipertemukan dengan orang yang selayaknya.

 Di kolej, sakan roomatenya mengusik dengan lagu selamat pengantin baru...renjis renjis dipilis...ditabur inai...dan entah lagu apa lagi yang mereka nyanyikan. Kat pula ingin melihat foto perkahwinannya. Namun, mereka dikejutkan dengan soalan Rania.

" eh, majlis kau malam tadi kan. Apsal hari ni kau balik? Laki kau tak marah ke?"

" sebenarnya, aku tak kawin pun." Ujar Aisyah dengan selamba.

Terlopong Kat dan Rania mendengar cerita Aisyah. Namun aisyah tetap maintain muka selambanya.

Di kelas, tiada seorang pun yang tahu cerita di sebalik percutian Aisyah. Sudah dipesan awal-awal  pada Kat dan Rania supaya tidak memberitahu kepada sesiapa, terutamanya Farid. Farid yang pernah meluahkan perasaan kepadanya telah ditolak mentah-mentah tanpa berfikir dua kali. Andai farid tahu yang dia tak jadi kahwin, apa agaknya reaksi dia? Ajak aku kahwin? Or gelakkan aku yang malang ni? Entah lah labu. Tapi nasib baik la si Farid ni sporting, walaupun kena reject, tapi still nak jadi kawan yang prihatin. Kalau aku bad mood, pasti dia orang yang terawal perasan. Kalau aku mengantuk, takde la dia sorongkan bantal, tapi bagi gula-gula feveretku, ECLAIRS. Agak-agaknya, kalau aku period pun, dia perasan tak?

Seperti biasa, sementara menunggu kelas yang seterusnya, Aisyah melepak di library, ibarat rumah ketiganya. Sudah menjadi habitnya untuk mengulangkaji terlebih dahulu topic yang akan diajar sebelum masuk ke kelas supaya dia tak tercangak-cangak ketika lecturer mengajar dan salah satu cara untuk menghilangkan rasa mengantuk. Pernah satu hari, dia berasa sangat mengantuk dan terus terlelap sewaktu kuliah. Dan yang paling memalukan, dia hampir tersungkur ke bawah meja akibat terangguk-angguk seperti lagu ahli fiqir "angguk-angguk geleng-geleng". Mujurlah si Farid sempat memaut tangannya. Fuhh...memang lepas tu confirm terus segar bugar. Nak pandang muka Farid pun segan. Si Farid tu satu hal, tersengih-sengih tunjuk gigi yang lawa tu. Namun, itulah pengajaran yang akan diingat sampai mati. Never sleep in class!! NEVER, NEVER AND NEVER!!!

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Muda betul dah nak kawen ye...
  • 2) along memang kejam! (ref: komen pasal beg)

    uhum, perkembangan cerita yg okey. but overall cerita dia agak mendatar. penceritaan ok. kalau nak lebih ke-hlovate-an kena banyak lagi cut2 perkataan. and pendek2 kan lagi ayat. some plot je la. some lagi memang ok dah penceritaan dia, sbb memang kena tempo slow. hehe

    overall : nice one!
    kipidap!
  • 3) oh,kawen mude..cmne tu he teja?

    hehe..

    msti Aisyah ni pandai uruskan idup..ley ah kawen mude..huhuu
  • 4) Lambat benar masuk bab eclairs, tapi bila masuk bab eclairs, rasa dah tau abes cerita. :D

    Cerita sterotype cabarannya satu. Perkembangan cerita dan permainan plot. Ayat power beb...
    Tatabahasa, tanda baca, huruf besar kecil sila jaga. Sempoi, sempoi juga. :D
  • 5) ha.....farid n eclairs...huhu....farid yg hambe kenal tak penah bg eclairs....
    arghhh.......
    apekah farid itu...bakal mengubat hatinye..huhu..:)
  • 6) nk eclairs satu.................... satu je.......

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor