Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kera Sumbang

 

“5 orang per group? Aduh, mana nak cari lagi seorang ni? Kita berempat je ni. 4 orang tak boleh ke?” rungut Suria apabila tugasan berkumpulan diberikan sebentar tadi. Aku melilau mencari sesiapa yang belum mempunyai kumpulan untuk aku serapkan dalam kumpulan kami.

 

“Yus!” panggil Rina. Aku berjalan, mendekati Rina yang bersinar-sinar mukanya. Kami berempat berkumpul sama.

 

“Kenapa?” tanyaku.

 

“Kera sumbang confirm free. Kelas kita ada 30 orang, memang genap-genang 5 orang per group. Dia mana ada geng,” cadang Rina dengan muka yang kononnya, cadangan dia adalah paling bernas dalam dunia ini. Kami yang lain terus mencebik.

 

“Kau gila nak ajak dia? Dia bercakap dengan kita pun 3 perkataan je dalam seminggu! Ini, nak ajak masuk group kita? Kau ingat kita nak rakam Silent Movie?” balasku keras. Memang betul pun apa yang aku cakap. Aku bukan nak kutuk coursemate sendiri, tapi Dania memang tak berkawan dengan sesiapa langsung. Nama kera sumbang pun Rina sendiri yang namakan.

 

“Masalahnya sekarang, kita tak cukup seorang, dia tak cukup 4 orang nak buat satu group. Kau cuba tambah 1 dengan 4. Dapat berapa? Cukuplah nak buat satu group,” eh budak ni. Sempat pula dia main tekan-tekan kalkulator manual. Aku jadi diam. Selalunya, aku dan Rina sahaja yang sering bercanggah idea. Yang lain, cuma akan jawab ‘ikutlah, aku tak kisah’.

 

“Betul apa Rina cakap, Yus. Kita genapkan 5 orang. Kalau tak pun, kita letak je la nama dia, tapi tak payah discuss dengan dia,” cadang Suria pula. Wah, pertama kali dia tak cakap, ‘aku tak kisah’. Aku diam sekejap, memikirkan cadangan mereka. Aku cuma risau kerja kami tak dapat disiapkan saja.

 

“Nak join tak? Jadi satu group?” tiba-tiba Dania datang memberikan cadangan pula, mencelah perbincangan kami. Kami masing-masing tergamam, nasib baik tak kutuk sakan tadi. Rina, Suria dan rakan-rakanku yang lain saling berpandangan denganku. Alamak, aku seorang je ke yang tak setuju? Aku berdehem kecil.

 

“Ok,” kataku memberikan jawapan akhir. Masing-msing mengangguk.

 

“Malam ni, jumpa pukul 8 boleh?” aku memberikan cadangan pula. Malas mahu menangguhkan perbincangan.

 

“Kenapa kau pula yang bagi arahan?” kata Dania memotong kata-kataku. Hampir serentak kami berempat memandang Dania. Oi, aku bertanya dan memberikan cadanganlah! Kau tak dengar ke aku cakap ‘boleh’ di hujung ayat aku tadi?! Siap ada tanda soal lagi!

 

“Aku mencadangkan. Aku bertanya. Itu bukan arahanlah, senget!” kataku geram. Tanpaku sedari, aku terpanggil Dania senget. Dania pula membalas kata-kataku dengan senyuman sinis. Menyakitkan hati betul minah ni! Yang lain cuma diam, bahaya bakal tiba. Bersedialah semua.

 

“Tak payah nak jumpa. Aku buat seorang, esok aku present. Aku akan letak nama korang sekali. Confirm lulus,” kata Dania, sedikit berbangga. Aku melopong. Boleh masukkan bola tenis pada mulutku saat ini. Rina begitu juga. Suria cuma memuatkan bola golf dalam mulutnya, kurang terkejut berbanding aku dan Rina.

 

“Ini assignment untuk group. Bukan individu. Buatlah sama-sama. Kenapa kau nak buat sendiri? Baik tak payah bentuk group tadi,” balas Rina sedikit tegas. Akhirnya mereka bersuara juga. Aku terharu, Rina!

 

“Tolonglah. Group? Melambatkan kerja je,” kata Dania lagi. Aku melopong lagi. Dia ni biar betul homo sapiens?

 

“Kalau kau nak buat semua kerja sendiri, fine. Kau present and submit esok as a group, tapi bukan group kitorang. Kitorang akan buat lain, as a group!” kata Suria pula. Sengaja dia menekankan perkataan ‘group’ tadi. Suria bangun, melangkah keluar daripada kelas. Di ikuti dengan Rina dan rakan-rakanku yang lain. Aku cuma terkaku sekejap, kemudian tersedar dan mula mengemas barangku satu persatu.

 

“Sepandai mana sekalipun kau kat sini, u won’t success without a friend. Lagi-lagi course kita. You need to discuss, you need to have a friend to practice with you, gal,” kataku perlahan sambil mengangkat beg untuk sama-sama melangkah keluar menyertai rakanku yang lain. Aku bukan mahu berlagak bagus cuma aku tak mahu dia gagal hanya kerana dia gagal berkawan. Kalau beginilah sikap dia, memang nama kera sumbang sangat sesuai dengan perwatakan dia.

 

“I don’t need a friend,” kata Dania perlahan sambil melabuhkan punggungnya. Tak tahu arah mana yang boleh di tujuinya.

 

***************************************************************************************************************************************

 

 

“Ok, anybody can start the presentation,” kata pensyarahku. Masing-masing mengeraskan punggung, langsung tidak mahu bangun. Inilah dia sikap pelajar sekarang, tak mahu menjadi yang pertama.

Tiba-tiba Dania bangun. Masing-masing terkejut dan semua bertepuk tangan untuk Dania. Aku dan Rina berbalas pandang.

 

Dania meneruskan pembentangannya sehingga selesai. Tidak kunafikan, Dania memang seorang pelajar yang pandai. Gaya dia menyampaikan maklumat dalam pembentangannya memang baik. Kalau selalunya, memang aku dah berdengkur panjang mendengar mana-mana pembentangan, tapi Dania mempunyai satu kuasa untuk menarik minatku. Tahniah Dania!

 

“Ahli kumpulan saya, seperti yang disenaraikan. Sekian, terima kasih,” Dania mengakhiri ayatnya. Saat dia menyudahkan pembentangannya, aku jadi bengang. Nama aku dan rakan-rakanku disenaraikan sebagai ahli kumpulan dia! Aku memandang Rina di sebelahku dan ternyata, dia juga mampu meletup pada bila-bila masa. Aku memandang tajam ke arah Dania tapi ternyata Dania bersikap selamba. Dia membalas pandanganku  tapi aku tak pasti sama ada dia rasa bersalah ataupun tidak.

 

Kami berempat bertungkus lumus daripada jam 8 sehingga jam 11 malam semalam. Aku mengaku yang kami ada juga berborak-borak dan berlengah tapi kami juga sedaya upaya cuba menyiapkan tugasan yang di berikan. Kami berusaha mencari maklumat, berkongsi idea dan pendapat tapi kini, tugasan kami tidak perlu dibentangkan kerana ‘kumpulan’ kami telah pun selesai membuat pembentangan.

 

“Saya nak nama penuh every group members ye, bukan nickname macam tu. Saya baru berapa minggu mengajar awak dan saya minta maaflah, saya tak kenal semua student lagi,” aku menjeling Dania. Cuma nama Dania sahaja yang lengkap. Sudah tentu dia tak dapat berikan nama penuh kami kerana dia mana pernah nak tahu! Aku mendengus kasar, geram dengan sikap biadap Dania.

 

“Yus? Siapa Yus?” aku diam. Malas rasanya mahu menjawab, aku cuma mampu menggenggam kuat thumbdrive di tanganku. Rina tiba-tiba menyiku aku. Aku kembali waras, cuba bersabar dengan apa yang berlaku.

 

“Saya Yus, Puan. Yusmira Rahman,” jawabku perlahan sambil mengangkat tangan pada pensyarahku yang menantikan aku sejak tadi. Dia mencatatkan sesuatu pada kertas di tangannya.

 

“Rina?” tanya pensyarahku pula. Rina mengeluh, sedikit malu rasanya bila kita terpaksa bagi nama penuh selepas pembentangan.

 

“Siti HasrinaYusuf,” jawab Rina tanpa mengangkat tangan. Mungkin dia juga malu sepertiku.

Selepas habis nama ahli kumpulan diberikan, pembentangan diteruskan. Hilang semangatku untuk terus focus. Sungguh aku bengang dengan Dania!

 

“Ok, thank you class. Boleh bersurai,” pensyarahku mengakhiri kuliahnya untuk hari itu. Masing-masing sudah mula mengemas beg dan bangun meninggalkan kelas.

 

“Oi Yus, tak balik ke?” sapa Nizam melihatkan kami berempat cuma kaku di tempat masing-masing.

 

“Nak baliklah ni. Saja ambik aura kelas ni, buat pelengkap dapat 4.0 flat,” jawabku sambil tersenyum. Senyum diluar je, dalam ni berapi-api. Tak sabar nak lontarkan peluru bertubi-tubi. Cepatlah keluar semua orang, sempat aku menjerit di dalam hati.

 

“Dania!” aku menoleh memandang Rina. Rina memanggil Dania yang ingin melangkah keluar daripada kelas. Langkah Dania terhenti mendengarkan namanya dipanggil Rina. Dia menjeling sekilas sambil mengeluh.

“Aku tahu korang nak say thank you sebab aku dah dapatkan A untuk korang. You’re welcome!” kata Dania dan terus keluar meninggalkan kelas. Aku melopong besar. Kali ini, bukan setakat bola tenis, mangkuk jamban pun dah boleh muat kalau nak di sumbat dalam lopongan mulutku ini! 

 

“Korang nampak tak tu? Makhluk Tuhan paling biadap?!” aku menjerit kasar. Aku menoleh ke arah rakan-rakanku yang lain. Oh, mangkuk tandas juga boleh di sumbat dalam mulut mereka. Masing-masing cuma mampu melopong besar. Mujur semua pelajar sudah keluar daripada kelas. Bolehlah kami berdiskusi rahsia dengan tenang. Tenang ke?

 

“First time aku jumpa budak biadap macam tu,” Rina berkata perlahan. Masih tidak hilang rasa terkejut di hatinya.

 

“No doubt, dia memang pandai. Aku rasa memang kita ada harapan dapat A tapi…” Suria menghentikan kata-katanya yang diluahkan agak perlahan tadi. Dia diam sekejap.

 

“Tapi, aku rasa memang nak tendang dia sekarang juga!” Suria menjerit sehingga bergegar kencang gegendang telingaku.

 

“Tolong pegang kaki aku sekarang, kalau korang tak nak aku lari kejar dia sekarang!” tambah Suria lagi membuatkan tawa kami serta merta meletus kuat. Budak ni, sempat pula dia nak memerintah macam tu. Aku menggeleng perlahan sambil menghabiskan sisa tawaku.

 

“Kenapa dengan dia?” tanya Rina tiba-tiba memecahkan kesunyian antara kami. Aku diam, sama-sama memikirkan sikap Dania sebentar tadi. Sudahlah menggunakan nama kami sebagai ahli kumpulannya tanpa pengetahuan kami, usaha dan kerja kami tidak berhasil, malah Dania menganggap kami begitu berterima kasih dengannya pula.

 

“Dia bajet bagus!” kata Zurin.

 

“Perasan!” tambah Alia pula.

 

“Biadap!” Suria mencelah.

 

“Kera sumbang terhormat,” kata Rina perlahan. Kami terus merenung Rina tapi dia cuma selamba. Dia serius mengatakan yang Dania adalah kera sumbang terhormat, bukan dengan niat mahu mengutuk atau meluahkan perasaan tapi dia memang serius membuatkan kami sama-sama terdiam. Setuju dengan kata-kata Rina. Dania sememangnya kera sumbang terhormat.

 

 

 

Malam itu aku ke cafeteria untuk makan malam bersama Rina yang juga merupakan roomateku. Sedang kami beratur untuk membayar harga makanan, aku ternampak Dania melangkah masuk ke cafeteria.  Aku berbalas pandang dengan Rina. Rina cuma menjungkit bahu, malas mahu menegur Dania. Mahu melihat mukanya pun terasa meluat. Mahu termuntah aku kat depan kaunter nanti.

Habis membayar makanan, kami berjalan seiring. Dania pula berjalan ke arah kami tapi langsung tidak dipandangnya muka aku ataupun Rina. Itu memang kujangka kerana Dania bukanlah seorang yang mudah tersenyum apatah lagi menegur coursematenya sendiri.

Aku menghentikan langkah kakiku apabila Dania melepasi kami tanpa berkata sepatah pun. Aku yakin dia tidak rasa bersalah langsung atas kejadian siang tadi.

 

“Dania,” aku memanggil Dania yang membelakangiku. Rina juga menghentikan langkahnya mendengarkan suaraku memanggil Dania.

 

“Apa?” balas Dania sedikit malas. Aku mendengus kasar, geram dengan nada suaranya yang nampak sangat tak ikhlas.

 

“Rina, kau baliklah dulu. Aku nak cakap sikit dengan Dania,” Rina mencebik. Mukanya berkerut seribu memandangku. Eh minah ni, nak cari gaduh pula dengan aku! Aku nak cakap dengan Dania, bukan dengan kau.

 

“Kenapa?” Rina masih tak mahu mengalah. Sikap menyibuknya kian terserlah.

 

“Bye,” malas mahu melayan Rina, aku terus berlalu menuju ke Dania.

 

Aku mengajak Dania duduk di sebuah kerusi yang agak jauh daripada pelajar lain. Dania berlagak selamba, seolah-olah tiada perasaan sahaja lagaknya. Tak mungkin kau tak ada perasaaan Dania, bisik hati kecilku.

 

“Aku kenal kau daripada sekolah rendah lagi, Dania. Aku tahu kau tak kenal aku. Even masa sekolah menengah pun aku kenal kau. Kita sama sekolah Dania. Kau je yang tak tahu,” sedikit terkejut Dania mendengar kata-kataku.

 

“So?” Dania sengaja menyembunyikan perasaan gusarnya. Dapatku lihat matanya yang sering melarikan diri daripada pandanganku. Aku mengeluh panjang.

 

“Sejak sekolah lagi kau tak berkawan. Parents kau ambil personal teacher untuk ajar kau semua subjek secara individu. Kau ada kelas kau sendiri yang tak ada mana-mana pelajar dalam kelas tu, kau ada personal assistant kau sendiri yang akan tunggu kau depan kelas, bagi makanan pada kau masa rehat, hantar kau balik rumah, hantar kau datang sekolah dan buat apa sahaja permintaan kau. Kan?” aku membuka ceritanya ketika sekolah dahulu. Dania cuma diam, masih cuba berlagak selamba.

 

“Semua orang panggil kau ‘princess’ Dania. Yerla, anak orang kaya yang mampu support kelas dan cikgu peribadi. Walaupun nampak macam kau pergi sekolah, tapi sebenarnya kau tidak. Sama je kalau kau belajar sendiri kat dalam bilik rumah kau,” aku berkata sinis sambil memandang Dania yang tiada tanda mahu mengalah dengan kata-kataku.

 

“Sebab parents kau terlalu protective, sebab tu lah kau tak boleh berkawan dengan sesiapa sejak kecil. Dan sampai sekarang, even kau dah masuk U sekalipun, kau tak tahu cara nak buat kawan sebab kau hidup dalam dunia kau seorang sejak kecil. Kan?” tambahku lagi.

 

“Boring,” balas Dania menambah geram di hati aku! Kalaulah aku ada kuasa yang boleh membuatkan aku menampar orang tanpa pengetahuannya membuatkan dia sakit, dah lama aku gunakan kuasa hikmat aku!

 

“Aku tak tahu kenapa dekat U ni kau lebih bebas without parents kau yang guide kau ke sana kemari, tapi aku yakin Dania. Kau nak berkawan kan? Kau nak kongsi suka duka kau dengan kawan-kawan kau sendiri. Kau nak buat kerja sama-sama…”

 

“Please la oi. Tanpa korang pun aku boleh survive ok. Tak payah nak remind aku betapa bagusnya ada kawan, betapa pentingnya ada kawan,” Dania bangun selepas memotong kata-kataku tadi. Dania berlalu meninggalkan aku yang termangu keseorangan di situ. Aku nak bantu Dania, tapi Dania sendiri tak mahu membantu dirinya sendiri.

 

 

 

 

“Dania quit study,” aku melopong mendengar kata-kata Johan, ketua kelasku itu. Baru semalam aku bersua muka dengan Dania, hari ini dia berhenti belajar? Aku tak pasti kenapa dia buat macam tu.

 

“Yus, kau cakap apa dengan Dania semalam?” tanya Rina tiba-tiba. Oi, tak ada kena mengena dengan aku ok! Aku ada cakap sesuatu yang menyakitkan hati dia ke? Tapi takkanlah sampai berhenti belajar!

 

“Mentang-mentang anak orang kaya, nak belajar, nak berhenti bila-bila pun boleh,” Suria mencelah tanpa sempat aku membalas soalan Rina tadi. Yang lain cuma mengangguk, setuju dengan kata-kata Suria. Aku masih bingung. Kenapa Dania berhenti macam tu je?

 

“Entah-entah dia memang dah lama nak berhenti. Tapi sebab dia tak ada kawan, dia nak inform siapa. Tup tup, hilang dah,” kata Alia pula. Yang lain mengangguk lagi. Mengangguk je la kerja korang hari ni!

 

Tet Tet… Telefon bimbitku berdring menandakan satu mesej telah ku terima.

 

‘aku quit tkde kena mengena dgn kau. Jgn nak bajet bagus’

 

Dania! Aku menjerit di dalam hati apabila mendapat mesej daripada Dania.

 

‘btol ckp kau. Aku mmg nk berkwn, tp x tau cara yg btol. So, aku nk cuba cari kwn kat tmpt baru. Aku malu dgn korang n aku rasa, korang pon xnak jd kwn aku. Wish me luck!’

 

“Dania….” Sedikit terharu aku membaca mesej daripada Dania.

 

“Oi, tak sampai berapa jam Dania blah, kau dah angau. Tersebut-sebut nama Dania. Bestfriend ke?” Rina tergelak besar dengan kata-katanya sendiri. Minah ni, senget macam Dania juga!

 

‘kau x try, mana kau tau kitorang x nk jd kwn kau? Nway, gud luck! Be a gud fren ok… keke… bye’.

 

REPLY. Aku tersenyum lega.

 

“Yus dah gila dengan kehilangan Dania! Tersengih-sengih ni kenapa?” sergah Suria. Tercampak telefon aku nanti! Baru aku sedar, rata-rata kawan aku ni senget rupanya.

 

Dania, aku doakan kau dapat cari kawan yang baik, bukan seperti mereka!

 

‘HIDUP MESTI BERKAWAN’

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) alamak... ade font yg tak betul plak.. sory... nway, enjoy!
  • 2) nameless ni kaaaaan .. sajeeee jeee sorok skil menulis dia sebelum ni.
    tulisan kali ni, relatively superb. banyak berbeza dari tulisan sebelum ni.

    kudos!

    penceritaan yang kemas, flow yang menarik. ahh. perfek!
    5 star untuk improvement yang ditunjukkan! kipidap!
  • 3) eh,kawan2 Yus tu xbgus ke??hehehhee

  • 4) cerita yg simple, tp ada msg..good try

  • 5) hehehe...besh....

  • (Penulis)
    6) tq sume orang..
    nway syud, kwn2 yus tu bagos sebenarnye.. tp Dania kena cari kwn yg better drpd diorang!
  • 7) cerita ada isi....best....
    'senget'& 'bajet' tu style student skrg cakap ke...? Zaman teje cam takde je words tu....
  • 8) senget!!!!!!!!!!!!!


    er, sengetkan perkataan oversea, dan bajetkan perkataan sempoi, or bold, or italic.

    aa, princess tu cun x? can i have a look. :P

  • (Penulis)
    9) princess tu kalo ikut angan2 aku, mmg cun abes... aku punye fantasi mmg ank org kaye is always cun..
    senget n bajet tu, slalu gak gune nowadays... tu yg terbawa2 sampe ke sini... huhu...
  • 10) best citer ini..saya suka!!!haha..hidup kak zira!!
    tkt tgu result kuar..huhu

  • (Penulis)
    11) ape cerita result kat sini lak jun???
  • 12) wawawa, nice story beb.

Cerpen-cerpen lain nukilan nameless

Read all stories by nameless