Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

ECLAIRS~3

 

Kring….kring…kring….

-hello..

-Assalamualaikum

-err..Waalaikum salam. Nak cakap dengan siapa?

-ecah ada?

-siapa ni?

-ibu dia..

-oo..kejap ya

"Aisyah, call for u" kedengaran suara rakannya memanggil Aisyah.

-Assalamualaikum ibu

-Waalaikum salam..ecah apa khabar?

-baik ibu..ibu ngan abah apa khabar?

-baik. Alhamdulillah..eca tengah buat apa tadi?

-tadi each study. Ni tengah rest. Nape ibu?

-aik, ibu nak kol anak sendiri pun tak boleh ke?

-ala ibu..bukan macam tu. Mana la tau ada benda urgent ke?

-hujung minggu ni ecah ada apa-apa aktiviti ke?

-tak de kot. Nape?

-ecah balik minggu ni yer?

-oo..ibu rindukan each ye..mana along kesayangan ibu tu?hehe

-ala..eca ni tak sporting la..along kan dah balik umah dia. Eca balik ye..

-baiklah bonda..hehe..

 

 

“hah?” terkejut king kong Aisyah. Tak sangka kepulangannya kali ini disebabkan berita tergempar. Ni mesti Mak Yam punya kerja. Tahu la anak-anak dia semua dah kahwin, sibuk je nak kahwinkan anak orang. Konon nak jadi match maker la tu. Tahu tak eca ni tengah belajar lagi? Lagipun kalau jadi macam dulu cam ne? ibu dengan abah ni tak serik ke? Kenapa la tak tolak je cadangan Mak Yam yang bernas tu? Entah anak sape? Lelaki mana? Suka hati je pergi usha anak orang? Waa….nak buat macam mana ni? Kalau along ada kan best? Ni along dah la tercampak kat hutan. Macam mana nak contact? Ibu…eca belum sedia lagi la..tapi tak sampai hati nak tolak. Muka ibu macam berharap sangat. Abah tu, kata je tak kisah, tapi muka macam kisah je..

 

“ eca, ibu nak cakap sikit.”

“ cakap banyak pun boleh bu, kenapa?”

“ Mak Yam ada datang kelmarin. Dia ada tanyakan pasal eca”

“ kenapa dengan eca?”

 “ eca dah ada sesiapa ke?”

“sesiapa sape bu? Tak paham la?”

“ kawan lelaki yang rapat dengan eca?”

‘erk..ni yang buat den tak sodap hati ni..apsal lak Mak Yam nak Tanya pasal aku? Kawan baik lelaki? Si Farid tu adalah..tapi kawan je..erk??jangan-jangan….”

“ Mak Yam nak apa bu? Nak cari jodoh eca ke?” straight to the point.

“ err..lebih kurang macam tu lah. Katanya ada anak sedara dia yang masih bujang. Orangnya baik, sopan santun dan educated pulak tu. Katanya, memang secocoklah dengan eca ni. Apa pendapat eca?”

“ apa pendapat ibu dengan abah?”

“ kami ikut je keputusan eca”

“along?”

“ kan along dalam hutan lagi. Ibu tak dapat nak contact dia. Lagipun, yang dirisiknya eca, bukan along. Takkan la lelaki nak kahwin dengan lelaki?”

‘ye tak ye gak.logik gak ibu ni. Tapi…’

“ eca kan tengah belajar lagi.” perlahan Eca bersuara.

“ eca..” sayu suara ibu memanggil nama anak kesayangannya.

“ eca belum kerja lagi.” dalih Eca.

“eca..” abah pula bersauara.

“ eca tak nak jadi macam dulu bu. Eca dah serik!” Eca mengatur langkah ke bilik.

 Meninggalkan ibu yang masih berharap. Ibu dan abah juga sedih. Siapa nak ingat benda yang tak best dan memalukan macam tu?Setelah setahun berlalu, seperti yang dijangka hal kahwin akan timbul lagi. Kalau dulu, Eca hanya menurut sahaja permintaan ibunya untuk berkahwin, meskipun dia tidak kenal dengan bakal suaminya. Kini sukar baginya menerima cadangan ibu.Untuk menolak juga, terlalu sukar.Diluah mati bapa, ditelan mati emak.

Kalau along ada, mungkin dia boleh tolong untuk lepaskan diri. Tapi, along pulak pergi camping dengan studentnya dalam hutan.Isskk...kalaulah dulu aku jadi budak baik je, mungkin ibu dan abah tak perlu risau macam ni.Kalaulah ibu tiada masalah dengan jantungnya, mungkin tak perlu aku gubra macam ni.kalaulah tragedi dulu tak berlaku, mungkin aku boleh hidup dengan bahagia dan tenang.Kalaulah..

 

Keesokan harinya setelah ayam berkokok, kambing keluar dari kandang, lembu meragut rumput dengan lahapnya, Mak Yam pula menjelmakan diri di depan pintu dengan senyuman yang sukar dimengertikan.

"Jemputlah masuk Mak Yam." pelawa Aisyah.

" Mak kamu mana?" belum sempat Aisyah menjawab, ibu sudah tiba di ruang tamu.

" Eca pergi buat air jap." Aisyah segera berlalu ke dapur. Terasa berdebar pula.Apakah hajat Mak Yam datang ni? Setelah membancuh, air teh dan sepiring kuih karipap itu dibawa ke ruang tamu.

“ Aisyah, kamu setuju ke tidak?” soalan Mak Yam itu sukar dijawab. Eca memandang muka kedua ibu bapanya. Abah masih ralit menghadap suratkhabar. Rasanya, pagi tadi abah dah baca. Nak cover la tu.Hanya ibu yang merenungnya. Ada makna tersirat disebalik renungan itu.

 

“ Eca tak tau la Mak Yam. Eca tak kenal pun dia.” Eca cuba menolak secara halus. Namun, Mak Yam tak faham kot.

 

“ Macam ni la Eca, apa kata Eca pergi dulu jumpa dia. Mana la tau, terbuka pintu hati tu. Mak Yam ni bukan apa, orang kat sana dah bertanya. Tak elok la nak lengah lagi. Kalau setuju, senang la Mak Yam nak jawab."

 

“ Nak jumpa?” Eca tersentak. ‘Hmm…nak jumpa ye? Boleh jugak. Siap la kau…’

“ bila?” soalan Eca disambut dengan senyuman Mak Yam.

“hari ni pun boleh.”

“ Esoklah, sebelum Eca balik kolej. Boleh?” Mak Yam terus setuju. Ibu hanya tersenyum. Abah? Rasanya kalau surat khabar tu transparent, boleh kot nampak  senyuman abah.

 

Sementara itu, dalam otak Eca, sudah tersedia plan yang ‘gempax’! Watch out la man! Berani betul hantar Mak Yam suruh aku kahwin!

 

Sudah satu jam dia menunggu. Jam di tangan sudah banyak kali dilihat. Mana la tau kot bateri dah nazak, tapi elok je bergerak jarum saatnya. Waiter pun dah lapan kali datang amik order. Terpaksa la order air dan minum sampai kembung perut. Namun orang yang dinanti tak kunjung tiba. Kalau tak boleh datang, cakap lah. Tak de la aku tercongok kat sini. Dia sudah bangun, namun dia terduduk semula.

 ‘Mak aih? Siapakah gerangan yang berbaju kurung kedah berwarna merah terang menyala, berkain batik yang lusuh dan bertudung hijau serta anak tudung yang terjulur keluar melepasi dahi? Berkaca mata bulat yang tebal dan berkasut sukan? Adakah ini trend terbaru daripada DKNY sempena summer yang akan datang? Oh tidak...alien ini pergi ke meja aku?

 

Namun, sebagai seorang yang gentleman, dia menarik kerusi untuk alien itu duduk. Alien itu masih tersengih-sengih sambil menggaru kepala seolah-olah terdapat ladang kutu yang berternak dengan jayanya.

 

“ Assalamualaikum, saya Tengku Haiqal Alif. Awak ni Aisyah?” Haiqal memulakan bicara.

‘oh, tengku yer..’

“ Wa’alaikum salam tuanku. Sembah patik harap dijunjung. Adalah patik Aisyah datang menghadap. Ampunkan patik tuanku.” Kata Eca sambil membetulkan cermin matanya.

Sungguh! Haiqal terkejut yang amat sangat. Bukan setakat terkezut badak, malah terkezut dinosor. ‘aku ni tersalah zaman ke? Alien ni dari zaman paleolitik ke? Aduh mama, orang macam ni ke yang mama kata akan menjadi seri dalam hidup Angah? Ni bukan mengundang seri, tapi mengundang bencana.

 

“ Err, tak perlu la nak ber’patik-tuanku’ pulak. Saya ni bukan nye yang dipertuan agong pun.” Ujar Haiqal dalam usaha untuk menahan gelak.

 

“ Oh, tak perlu ke? Hmm..apalah nak jadi dengan warisan melayu zaman sekarang? Penjajah dijunjung, bangsa sendiri dipijak. Sudahlah asyik mengejar kemajuan, kononnya mahu setanding negara barat, tapi sebenarnya masih mundur akal. Budaya penjajah diaplikasi, sedangkan budaya sendiri dianak-tirikan. Hidup segan, mati tak mahu..”

Eca terus membebel membela bangsa seolah-olah seorang pendebat yang berkobar-kobar menegakkan usulnya.Haiqal menepuk dahi. Tadi macam berada di Istana Melaka, sekarang macam kat parlimen pulak.

 

“hmm, Aisyah nak makan apa?”

“ err…nasi putih.”

“nasi je?”

“ tom yam sea food, telur mata kerbau, ayam goreng bersalut tepung, sambal udang, pucuk ubi masak lemak.” Selamba saja muka Eca, sedangkan Haiqal sudah  terbeliak matanya. Budak ni nak makan ke melantak?Macam tak pernah makan je?

 

“ itu saja?” sindir haiqal.

“eh, nak daging salai masak lomak. Air masak dan sirap susu.”

 Ya Ampun, tak paham bahasa juga budak ni. Satu lagi, sirap susu?

Pelayan itu juga terkejut. “err, sirap susu tak de cik.”

“ ala, sirap susu..yang warna pink tu.takkan tak de kot?” Eca bertanya. Serba salah pelayan itu dibuatnya.

“oo..air bandung?” Haiqal cuba untuk membantu.Mungkin sirap susu itu bahasa alien di planetnya.

“ bukan, sirap susu la.” tegas Eca sekali lagi. Haiqal hanya mampu menggelengkan kepala.

Pelayan itu hanya menganggukkan kepala. Lantak kau la cik sirap susu.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) erm.. kalau copy paste dari words, bila nak paste tu try gunakan toolbar button "paste from words" nak elakkan format dari tak celaru.
    format dari words susah nak edit bila dah masuk dlm posting column tu.

    anyway perkembangan cerita yg menarik. penceritaan pun lively. cuma kena cuba baiki presentation utk tarik orang baca. :)
  • 2) huhuu..yap,stuju cakap caha!!

    idea dh mnarik tp cara pnyampaian masih sederhana..

    btw,parents ecah ni dh kenapa?? budak tu mude lg dh sebuk2 nk suh kawen..ayooo~~~
  • 3) bila nk continue....cpat la smbg xsabo ni..hehe

  • 4) dia melantak tak hengat nih! hahaha...degil. nak gak sirap susu..hahaha.

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor