Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

kerana kita kawan...1

 

“He’s so cutes!” sudah banyak kali aku dengar kata-kata ini.Dah muak. Jemu. Kalau boleh nak je aku suruh dia diam, tapi tak sampai hati. Maklumlah, cinta pertama seorang gadis yang agak berisi sepertinya. Bukan hendak berfikiran negatif atau skeptikal, tapi memang itu kenyataannya. Myra agak berisi. Tak seperti gadis-gadis di luar sana yang kurus melidi. Kalau dihitung BMI (body mass index), masih lagi berada di paras normal. Myra bukan jenis yang kuat melantak seperti aku, dia tidak seperti aku yang chocoholic. Dia juga kurang makan nasi, bukan seperti aku yang perut cap beras jelapang padi. Myra selalu makan roti wholemeal yang menyihatkan. Mungkin faktor genetiknya yang diturunkan dari ibu bapanya. Atau mungkin juga masa kecil dia selalu makan makanan segera kerana ibunya tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan yang menyihatkan. Atau...ceh, bermacam-macam pula teori yang bermain di mindaku. Ni mesti side effects kuliah Biochem yang satu habuk pun aku tak faham.

 

“ Sam, ko rasa warna apa yang sesuai dengan dia? Biru or hitam?” soalan Myra itu terus membawa kembali fikiranku yang melayang ke F 411, bilik kami.

 

“ Blue black. Takpun warna macam pelangi. Hmmm, kelabu tahi itik?” mulut Myra sudah muncung pabila mendengarkan cadangan bernasku.

 

“ Serius la. aku tak tahu la warna apa yang sesuai dengan dia. Dia tu pakai baju warna apa pun nampak macho je.” Senyuman kembali terukir apabila menyebut tentang buah hatinya. Baju? Rupa-rupanya minah ni tengah cakap pasal baju. Aku pun pakai hentam je bagi cadangan warna tanpa mengetahui minah angau ni tengah cakap pasal baju. Kalau aku tanya tadi, mesti kecil hati pula.

 

“Kenapa nak bagi baju?” soalku tak puas hati. Baru bercinta dah nak bagi baju? Kalau dah lama bercinta nanti, bagi kedai kain pulak?

 

“ Aku dah cakap banyak kali kat kau, minggu depan hari jadi dia. Aku tak tahu la nak bagi apa. Perfume mahal sangat. Nak beli kasut, tapi dia tu selalu pakai selipar je. Nanti dia cakap aku perli pulak. Aku rasa baju la paling sesuai kot.” Sekali lagi Myra tersenyum lebar. Sesungguhnya minah ini angau di tahap kronik. Kalau dianalogikan,

ianya seperti pesakit kanser di tahap 3 ataupun seperti err...bayangkan ajelah sendiri. Mesti anda pernah mengalaminya.

 

“ Kau rasa pink sesuai tak dengan dia?” biar benar Myra nie? Nanti orang ingat lelaki kesayangannya itu adalah jantayu (jantan ayu. Bukan pokok jentayu!) pulak.

 

“Chocolat.” Cadanganku adalah muktamad. Siapa tak puas hati, sila angkat tangan. Hehe..

 

1 Mei 2007

 

“ Thanks. I like the colour. Pandai Nee pilih.” Myra tersenyum lebar dengan pujian yang keluar dari mulut lelaki itu.

 

“ I’m glad Bee like it. Bolehlah pakai selalu.”

 

“Hmm, Bee pakai bila kita dating ok?” ujar lelaki itu dengan senyuman yang terukir di bibir. Myra terasa sangat bahagia. Kalaulah boleh nampak dengan mata kasar, pasti kelihatan bintang-bintang bersinar cemerlang, bunga mawar kembang setaman, rama-rama riang berterbangan dan kelihatan seekor anak kucing yang comel dengan bulunya yang lembut mengurai.

 

Mereka menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar taman dalam bandar itu, mengisi perut selama dua jam di Secret Recipe kerana masing-masing makan dengan sopannya tanpa menghasilkan bunyi sudu berlaga dengan pinggan, serta menonton wayang yang ada wayang percuma sebagai tontonan sampingan yang menyakitkan mata. Terasa masa begitu cepat berlalu. Jarum pendek sudah menunjukkan ke arah nombor 10. saat terus bergerak tanpa henti. Bulan juga sudah pudar cahayanya.

 

“ Once again, thank you very much Nee. Today was very special and interesting.” Ucap Qhayrol dengan senyuman yang terus menikam jantung Myra.

 

“ It’s ok. Happy birthday sayang.” Balas Myra dengan malu-malu.

 

“Thanks. Gud nite. Sweet dreams. I love you” Myra yang masih menundukkan kepala kerana malu kini terus mengangkat muka. Mulutnya juga ternganga. Agak-agak jantung itu masih berdegup lagi tak? Ataupun paru-paru masih lagi berfungsikah kerana Myra tidak menarik nafas seketika. Sebelum berlalu, Qhayrol sempat mengenyitkan mata.

 

Apabila kelibat kekasih pujaan hati sudah tiada, Myra bergegas kembali ke bilik. Nafasnya tercungap-cungap.

 

“Sam!!” meskipun aku turut berada dalam bilik, di meja study, dengan jarak tak sampai 3 meter dari tempat Myra berdiri, jeritan Myra yang memanggil namaku seperti aku berada nun di seberang laut sana ataupun seolah-olah aku ni pekak.

 

“ Apakah jerit kuat-kuat ni? And, please take your breath. Aku tak tahu CPR. PCR (polymerase chain reaction) aku tahu la.” Myra menarik nafas dalam-dalam sebanyak tiga kali sebelum memulakan cerita.

 

“ Dia cakap..”

 

“Apa?”

 

“Dia cakap..”

 

“Weh, kau nak rasa buku ni ke? Dia cakap apa?” ugutku sambil mengangkat Anatomy & Physiology yang hardcovernya hanya memberatkan beg Billabong dan menyengetkan bahuku.

 

Aishiteru.” Myra melafazkannya sambil tersenyum.

 

“ Dia boleh cakap jepun ke?” soalku kehairanan. Seolah-olah bahasa menjadi lebih penting dari maksudnya.

 

“ Takde la dia cakap cam tu. Dia cakap I love you.” Bersinar-sinar mata Myra sambil berkata-kata.

 

“Owh.” Itu je yang mampu keluar dari mulutku.

 

“ Owh je? Kau ni tak sporting la. Aku rasa macam kat heaven je.” Macam la kau dah pernah masuk sana.

 

“ Kot ye pun rasa cam tu, tanggallah kasut kau tu. Berdaulat benar bawa masuk bilik. Satu lagi, pergi mandi. Busuk betul. Dari pagi keluar, malam baru balik. Dah solat belum?” aku sudah mula membebel. Minah angau ni jangan dilayan, nanti aku pulak tak siap kerja.

 

“ Ya la, aku nak mandi la ni. Sorry pasal kasut tu, nanti aku sapu yer mak cik!” Myra pula menjawab. Konon-konon merajuk la tu.

 

“ Samak sekali lantai tu. Entah apa kau pijak..” gurauku lagi.

 

“ Keji!” kutuk Myra. Kemudian, kedengaran tawanya pecah.

 

Belum sempat Myra masuk ke bilik dari tandas, aku segera bertanya.

 

“ dah ambil wudhu’ ke?” Myra patah balik ke tandas. Aku hanya menggelengkan kepala.

Usai solat, Myra duduk di katilku. Soalannya itu membuatkan aku yang ralit bermain game terhenti.

 

“ kau tak suka ke aku bercinta dengan dia?” nak jawab ke tak soalan cepu cemas Myra ni? 

 

“ aku bukan tak suka.”

 

“maknanya kau suka la..”

 

“aku tak kata macam tu..”

 

“kenapa?” Myra menundukkan kepala. Kakinya dari tadi asyik menguis lantai. Nasib baik la konkrit, kalau tak dah lama berlubang bilik aku ni.

 

“ sejak kau kenal dia, aku tengok kau asyik layan sms je. Jari kau tak bengkak ke?(merujuk kepada iklan yang pernah dipaparkan di tv). Kau tidur lewat. Kau bangun lewat. Subuh pun bukan setakat subuh gajah, malah sudah jadi subuh dinosor pulak. Assignment pun kau banyak bertangguh je. Bukan ke kau la orang pertama yang siap lab report? Myra yang ada kat depan aku sekarang ni lain sangat dengan Myra yang aku kenal sem lepas.” Berjaya juga aku meluahkan apa yang terbuku di hati.

 

“ kau pun selalu tengok cerita jepun or korea sampai lewat malam. Kau pun bangun lambat juga.” Itu pulak yang keluar dari mulutnya? She missed the main point! Kata-kata Myra seolah-olah cuba menunjukkan aku juga ada buat salah.

 

“ Aku tak nafikan hal itu. But, only when aku peot. Sekarang ni bukan hal tidur-bangun-lambat, tapi pasal sikap kau yang berubah towards negative.” Aku pula menjadi emosional.

 

“ Tapi, aku..”

 

“ Just think about it. No explanation needed.” Sebelum emosi mengatasi rasional, lebih baik aku keluar dulu. Ke tandas. Dari tadi aku menahan perut yang memulas. Flatus pun sudah meletus setelah aku bersusah payah menahannya dalam bilik tadi.

 

Apabila aku kembali ke bilik, Myra sudah tidur. Selimutnya ditarik menutup muka. Tak lemas ke? Aku membaringkan diri. Tadi rasa mengantuk sangat. Sekarang rasa segar pula. Bukan sebab aku dah buang hajat, tetapi sebab hal tadi. Mungkin Myra berkecil hati dengan kata-katanya. Perbalahan pertama sejak kami menjadi roomate. Bermula dari aku.

 

Mata, pejamlah.

Mulut, diamlah.

Telinga, usah dengar apa-apa.

Tubuh, usah bergerak.

Otak, rehatlah.

Nyamuk, sila berambus sebelum aku tampar dan penyek-penyekkan kau!!

 

Namun, sukar juga untuk aku tidur. Teringat peristiwa dulu. Seperti tayangan filem yang berputar di minda.Tatkala kali pertama aku mendengar ceritera cinta Myra.

 

Petang itu, sekembalinya Myra dari Pesta Buku di PWTC, mulutnya tak berhenti bercerita tentang seseorang lelaki yang kononnya lebih kacak dari Anuar Zain, lebih stylo-mylo dari Awal Ashaari, lebih ramah dari Ally Iskandar tapi tak lebih diameter dari Afdlin Shauki.

 

“ Siapa nama dia?” soalku pura-pura berminat. Sememangnya tajuk lelaki-kegemaran-secret admire-atau yang berkaitan dengannya hanya membuatkan aku menguap.

 

“ Nama dia pelik sikit ejaannya. Tapi kalau nak sebut bunyinya macam Khairul Hakimi.” Dadaku terasa berdebar-debar seketika dengan penjelasan Myra. Tak mungkin orang yang sama. Berjuta-juta orang dalam Malaysia ini. Mesti ada yang sama nama.

 

“ pelik macam mana?” aku bertanya lagi untuk kepastian.

 

“ Q.H.A.Y.R.O.L  H.A.Q.Y.M.I.E.   BIN   IQBAL RAHIMIE” mahu terbelit juga lidah Myra mengeja nama itu. Inikah dinamakan kebetulan? Atau takdir? Aku tak rasa ada pelanduk dua serupa atau rusa bermuka tiga. Pastinya orang yang sama. Mungkin ramai yang mempunyai nama yang yang sama, tapi ejaan seprti ini mungkin hanya seorang sahaja kat Malaysia, atau kat planet biru hijau ini.

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wowww. okeyy. hehehe.
    idea : 3.5 - ok
    penceritaan 5 - lively! i like.
    susunan kata 4 - punch line dibubuh dengan elok.

    good work!

  • (Penulis)
    2) thanks =)
  • 3) eh,boipren lama sam tu ke?? hahaa..

    ala..tebelit2 lidah makcik nk sebut..hehe

    btol2..sy dgn ini brsetuju dgn prnyataan yg diberikan oleh sam selaku pmbaca. ada org ble dh brcinta hancau bancau idup..*koh koh* (batuk smbil cover muka). tp once dh pndi stablekan diri..everything will be okey~~ =)

  • (Penulis)
    4) nape syud batuk2?haha...
  • 5) comelnye..! nk g pwtc gak ar.. kot2 jumpe tuk akak plak! haha..
  • 6) pe bnde chochoholic tu..
    ak rs lctrer ak x prnh ajr..
    ko nntut ilmu ngan sape ni?
    p bgus la..
    kuar gak ya BMI, biochem, wholemeal grain...
  • 7) nice jln cerita... ala.. ex sam ke si qhayrol ( ya rabbi, susahnya nk eja) tu?
  • 8) lps ni bleh lah ko jd penulis novel ek...;-)

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor