Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Karipap Kentang Dua, Masalodeh Dua

 

Pagi-pagi lagi Rampwalk Remo dah bangun. Dia perlu masuk kerja shift pagi hari ini. Sebagai seorang operator pengeluaran di sebuah kilang multinasional, disiplin dan jati diri itu amat penting. Sampai lebih awal sekurang-kurangnya 15 minit sebelum shift bermula adalah rutin baginya. Bosnya di kilang selalu pesan, "Time maneejman ne" dalam loghat Jepun sambil kepala terangguk-angguk. kata-kata itu selalu dijadikannya sebagai pendorong untuk menepati masa.

Bukan senang nak jadi operator pengeluaran. Berdiri 12 jam di production line sambil mengendali mesin merupakan tugasan harian yang mencabar. Boleh tahan seksa. Jadinya sarapan pagi adalah penting untuk mengelakkan kes pitam ataupun bisa-bisa perut di waktu tengah hari. Biasanya Rampwalk Remo akan singgah di gerai Pak Usop Lotong yang perhampiran dengan rumah pangsa tempat dia tinggal untuk membeli kuih buat sarapan.

Dari jauh orang tua itu sudah tersenyum.
"Nak beli apa baiya?"
"Nasi ka? Mi ka? Bihun ka? Kuih pun ada."
Orang tua itu senyum lagi.

'Baiya'. Gelaran biasa dikalangan orang-orang sini terhadap mereka-mereka yang sekaum dengan Rampwalk Remo.

"Kuih suda", jawabnya sambil membetul jambulnya yang beropol-ropol.

Satu-satu, kuih disepit dan disumbat ke dalam beg plastik. Rampwalk Remo hanya perlu menunding kuih pilihannya. 5 biji semuanya.

"Barpa?", sambil menyeluk kocek.
"Dua ringgit setengah", jawab Pak Usop Lotong selamba.
Dahi Rampwalk Remo berkerut.
"Dulu tahun, anam dua ringgi. Awal tahun, lima dua ringgi. Ini hari, ampat dua ringgi ka?"
"Apa nak buat baiya. Harga minyak dah naik", Pak Usop Lotong mempertahankan dirinya.
"Satu simpan. Karipap dua, masalodeh dua, dua ringgi", sambil menghulurkan dua keping not seringgit.
"Terima kasih baiya", duit dan kuih bertukar tangan.

Beg plastik digantung ke hendal mountain bikenya. Sambil mengayuh ke kilang Rampwalk Remo berkira-kira. Bab-bab duit ni Rampwalk Remo memang cerewet sikit. Bukan dia sahaja, mak, bapak, atuk, nenek dia semuanya lokek. Bukan kedekut tapi jimat.

Harga minyak naik, dia kena tanggung. Harga barang-barang naik dia kena tanggung. Pak Usop Lotong tak mahu tanggung langsung. Buktinya? Semua yang orang tua tu kena tanggung, semua dia dah caj dalam harga kuih-muih jualan dia yang dah naik harga. Dulu masa minyak murah untung banyak tu. Sekarang masa minyak naik, nak untung banyak tu juga? Banyak cantik muka Pak Usop Lotong ni.

Rampwalk Remo dah langsung tak boleh beri tumpuan. Runsing. Dia buat satu pusingan-U, balik rumah, terus tidur. Kuih Pak Usop Lotong langsung tak disentuhnya. Dah tak selera. Sebelum tidur dia berkira-kira lagi.

"Dah tak untung duduk Malaysia ni".

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahahahhahaha bongokla
  • 2) "Dah tak untung duduk Malaysia ni".

    hahaha! bukan x untung duk kt m'sia ni. depa suma tamak sgt. kalau cmtu, duk kt mane2 pn x untung
  • 3) best, mesej tersirat sgt jelas.. kecuali kalo yg membacanya terlalu byk disuakan dgn berita2 baik tentang ekonomi yg semakin elok, ampu2an yg maha agung dan salam cium tangan.

    Remo, apa boleh buat. Nasib baik ko tak bawak kete Remo. Kalo tak, mesti ko sedih isi minyak Kelisa RM50 3/4 tank pon tak sampai.
  • 4) hahaha.. bongok juga.. hahaharam jadah.

  • (Penulis)
    5) NOTA PANGLIPURLARA:
    Baru aku sedar. Minyak naik ke, tak naik ke, peniaga untung banyak tu juga. Sepatutnya bila minyak naik, peniaga kena la tanggung sama. Bukannya hantam harga barang jualan mereka supaya kita pembeli yang tanggung kenaikan harga minyak tu untuk mereka.

    Aku nak tengok ada tak kedai-kedai makan yang lepas ni short on customer headcount sebab menaikkan harga nasi, lauk-pauk dan minuman.

    Mana kuasa beli kita semua? Boleh engkau orang tunjuk sikit tak?
  • 6) wow akai. kemasnya penulisan. unsur satira juga secukup rasa.
    tulislah lagi. tulislah lagi!
  • 7) haahha..comel~~~~

    ala Rampwalk Remo~~ ape susah..kasi bukak itu gerai sblah gerai Pak Usop..kasi sedara-mara beli kat gerai bhaiyya~~ konpem untung! kihkihkihh

  • (Penulis)
    8) trimas semua.

Cerpen-cerpen lain nukilan akai-x

Read all stories by akai-x