Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 1)

Cerpen sebelumnya:
Sepuluh Ringgit Terbang
Cerpen selanjutnya:
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2)

Note : Percubaan pertama menulis Cerpen Bersiri ataupun lebih mudah diringkaskan sebagai CERPAN (CERita PANjang) selepas bertahun2 tak menulis. Harap maaf atas segala kekurangan. Segala komen membina amat dialu-alukan. Komen mengutuk, sila simpan dalam hati. hehe..


*************************************


       (Febuari, 2002)


       "Huargghhh... "

 

       Bahagianya mengeliat sambil bergolek atas katil di pagi hari yang nyaman ini. Handset NOKIA 3310 aku capai dari bawah bantal. (Korang jangan tak tau, handset tu adalah handset idaman ramai masa tu. Orang bagai nak gila beli dengan harga permulaan RM700 lebih.)

       Kosong je screen. No message receive. Bosannye!! Takde ke peminat aku nak sms Slamat pagi? Tido balik lagi bagus.. Handset kembali disorokkan bawah bantal. Mata kembali dipejam. Selimut ditarik rapat ke dada.

      

       "NA!! BANGUN!!!!!!! Dah pukul 10 pagi ni. Anak dara apa membuta sampai tengah hari ni? Bangun la awal sikit. Tolong-tolong la mama ngemas rumah. Bukan reti nak buat kerja sendiri. Disuruh baru bangun!!"

Jeritan mama dari dapur membuatkan niat murni aku untuk sambung tidur tergendala. Secara Automatik aku terus duduk dan melipat selimut.


       'Mama tengah hangin ni jangan cuba carik pasal. Baik kau terus kemas katil. Nanti dia tengok katil dah kemas, sejuk sket ati dia. Ingat lagi tak, dulu engkau malas-malas bangun pagi, pernah kene baling dengan penyapu lidi mama. Ngeri-ngeri..' Ada bisikan halus di telinga kanan ku.


       'Tapi, tak bestla bangun awal camni. Bila lagi nak cuti panjang, bermalas-malasan kat rumah? Baru je habis setahun belajar dekat Matrikulasi hutan tempat jin bertendang tu. Nanti nak kena masuk U pulak. Rilek la dulu.. ' Makhluk halus bertombak dan berekor membisikkan telinga kiri ku.


       "ELINA !!!!!!!!!" Jeritan mama membuatkan aku tersentap. Makhluk halus di telinga kiri ku tergolek entah ke mana.

       "Dah lama bangun ni.. Dah siap kemas katil pun. Nak gi mandi jap lagi"

       Pantas aku menyiapkan katil. Bagi 'jeng' katil tu, bak kata member jawa aku. Maksudnya, bagi tegang alas katil tu. Jatuhkan syilling nanti syilling tu boleh mantul balik. Dah terbiasa dulu dekat Sekolah Berasrama Penuh dilatih men'jeng' kan katil terutama pagi Sabtu, untuk inspection dorm.


.........................

       Sarapan.

       Lempeng cicah sambal ikan bilis mama memang tiada tandingan sedapnya. Dah 2 keping aku bantai. Semenjak duduk jauh dari rumah, (sekolah berasrama penuh kemudian matrikulasi) baru aku sedar yang makanan dari air tangan mama lah yang paling sedap. Tip top! Gerenti menjilat jari. Aku dah tak pernah komplen masin ke, tawar ke.. semua licin! Dulu sebelum tu tak reti nak bersyukur. Banyak je komplennye. Sorry la mama.. Dulu anakmu ini jahil..

       "Ko ingat lagi tak, kawan mama.. makcik Sa'adah." Tanya mama tiba-tiba. Aku memperlahankan tahap kelahapan aku mengunyah lempeng sedap mama.

       "Hurmm.. kenapa dengan dia?" Aku mengangguk kecil, buat-buat macam kenal makcik Sa'adah tu. Kawan mama ni ramai sangat. Tak leh nak recall yang mana satu. Nanti nampak muka, kenal la kot.. Nama je tak ingat.

       "Macam ni.. bulan depan ada sambutan Hari Jururawat. Makcik Sa'adah ni aktif persatuan kat hospital tu. Jadi dia plan, nak buat persembahan sikit masa majlis tu." Mama mula membuka cerita.

       Aku terangguk-angguk. Konon-konon berminat nak ambik tahu. Bukan apa..hormatla kan.. Orang tua bercakap. Padahal fikiran aku masih tertumpu pada lempeng.. Lempeng oh lempeng..

       "Dia ingat nak buat persembahan tarian.. Tarian Zapin. Pastu nak suruh ko ngajar.. Jadi cikgu Zapin. Ko ndak??"

       Lempeng dalam mulutku hampir tersembur.

       "Makcik Sa'adah nak menari zapin?" Bulat mataku minta kepastian.

       "Iye.. apa ko ingat nurse tua-tua ni tak boleh menari ke? Ala..dia dengan Makcik Yam je. Yang lain semua dia nak rekruit budak2 student Nurse join tarian tu. Group dah ada, kaset zapin dah ada. Cikgunya je takde. Ko ndak tak?" Ada nada kesungguhan dalam suara mama.

       Otak malas ku ligat mencari alasan.Memanglah kalau nak diikutkan, takde masalah. Kalau pasal zapin, aku memang ratu zapin dari aku tingkatan 2 lagi. Wakil daerah, wakil negeri.. Pernah buat show atas litar Sepang sempena majlis pembukaan F1.. Menari depan menteri-menteri besar tu tak payah kira la.

       Cuma.. cuti ni baru ingat nak bersenang-lenang menternak lemak sambil menonton tv di rumah.

       "Latihannye bila? Dekat mana? Hospital ke? Jauh tu. Mama keje nanti macam mana Ena nak pegi sana? Mana reti drive. Bas pun susah nak dapat.." Yes lah. Geliga jugak otak aku ni cari alasan munasabah.

       "Latihan dekat asrama Jururawat. Seblah je dengan hospital tu. Transportation tak payah risau. Makcik Sa'adah dah plan semua. Nanti dia suruh anak laki dia drive ambik ko kat rumah."

       Amek ko. Takde alasan lagi dah. Anak lelaki? Hensem tak anak dia ma?

       "Ye lah.. ye lah.. Nanti makcik Sa'adah bayar tak?"

       "Eisk budak ni.. tolong tak ikhlas!" mama bangun meninggalkan aku.

       Lempeng ada 2 keping lagi. Boleh masuk lagi ni.. Jemput makan kawan-kawan..


........................................


       Jam 4 petang.

       Aku gelisah menantikan kereta Wira Aeroback warna maroon bernombor platkan.. err.. tak ingat lak. Tak kisahla. Mana-mana kereta wira kaler tu yang berhenti depan rumah aku ni mesti dia!


       "Pon!! Pon!!"

       Dah sampai pun. Alamak..apsal aku nervous semacam ni? Kalau bukan anak makcik Sa'adah macam mana? Kalo laki lain datang nak culik aku camne? Kang kene rogol naya je.. Fikiran aku dah start bagi bayangan-bayangan ngeri.

       Aku membuka pagar rumah, berjalan menghampiri kereta Wira Aeroback maroon itu. Tingkap sebelah penumpang diturunkan separuh. Blagaknye mamat ni.. Kot ye pun, turun la dari kereta tu kejap. Kenalkan diri

       "Awak ni Roslan ke? Anak mak cik Sa'adah?" Dari tingkap yang separuh terbuka tu aku menjengah sedikit ke dalam.

       Ermm.. body boleh tahan! Taste aku ni. Jenis yang sedap dipeluk. hihihi.. Korang jangan fikir lebih-lebih. Maksud aku yang sedap dipeluk tu, body tak gemuk sangat, tak kurus sangat. Agak-agak berisi sikit.. Mantap!!

       Kulit dia gelap sikit. Tapi normal la kan, lelaki gelap. Kalau putih sangat kang, orang panggil 'kopap'! (Bahasa budak asrama aku untuk orang yang lembik, tak reti bersukan dan mudah dibuli)

       Dia tersenyum sambil mengangkat kaca mata hitamnya sedikit.

       Aiseh.. tak hensem la pulak! Nasib baik senyum dia manis..     

       "Yep. Saya Roslan. Awak mesti Elina, anak makcik Sarimah. Jemputla masuk dalam kereta saya ni. Saya jadi driver awak sekarang.."


..............................

 

       Di situ lah detik perkenalan kami bermula..

 

 

 

 

..Seterusnya..













Cerpen sebelumnya:
Sepuluh Ringgit Terbang
Cerpen selanjutnya:
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis
Kapasitor rocks!
pinkyunki | Jadikan pinkyunki rakan anda | Hantar Mesej kepada pinkyunki

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya pinkyunki
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 5) - Finale | 2719 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 4) | 2749 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 3) | 125 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2) | 2817 bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 2) | bacaan
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 1) | bacaan
Kisah Kau dan Aku | 4304 bacaan
Cerita tentang aku.. | 10738 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

10 Komen dalam karya Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 1)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik