Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Malam Hujan Rintik- Rintik (Automasi Mamak I)

 

Malam sudah larut. Hujan rintik-rintik. Angin sepoi-sepoi. Sejuk yang amat. Kalau dapat tidur tak pakai baju. Selubung dengan gebar. Memang nikmat. Mata dah kuyu.

Dua tiga batang Pall Mall hijau dah aku sebat. Tak mahu juga tidurnya. Dah dekat sepuluh kali aku menguap. Sekejap duduk. Sekejap baring. Golek kekiri. Golek kekanan. Masih tak lelap. Rugi betul kalau cuaca sedap macam ni tapi tak dapat tidur. Macam ada yang tak kena.

Lama sangat menghadap skrin komputer agaknya siang tadi?
Tak pun nak pekena Nescafe tarik mamak dulu baru boleh tidur?
Huiish. Kena tidur juga ni. Pedih-pedih mata dah ni.
Apa hal tak tidur-tidur lagi ni? Berpinar dah mata ni.

Ceh!
Tak tutup lampu rupanya.
Padanlah...

* * *

Malam sudah larut. Hujan rintik-rintik. Angin sepoi-sepoi. Sejuk yang amat. Kalau dapat tidur tak pakai baju. Selubung kain Pelikat Chop Gadja. Memang nikmat. Mata dah kuyu.

Makin berdebar-debar hati Rampwalk Remo. Hari ini. Hari pertama dia bekerja di 'luar'. Restoran Ameerali, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Di situlah tempat dia bekerja sebagai pelayan kelas 2. Sekarang.

Dulu. Empat bulan lepas. Dia hanya di dapur. Bekerja sebagai pelayan kelas 3 yang kerjanya hanyalah membasuh. Bukan sahaja pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu camca, gelas cawan; baju pelayan-pelayan lain pun dia kena basuh. Selain membasuh; menyapu, mengelap dan mengemop adalah rutin hariannya di Restoran Ameerali.

Walaupun penat, tetapi inilah kerjaya yang telah lama Rampwalk Remo idam-idamkan. Kalau dibanding dengan kerja-kerja yang ada di kampung halamannya, nun jauh di seberang laut, kerja sebagai pelayan di Ameerali lebih class.

Kerja di Malaysia. Glamour!

Itulah sebabnya Rampwalk Remo bekerja dengan tekun. Kini. Penat lelahnya bersengkang mata menggerakkan tulang empat keratnya selama empat bulan dirantau orang sudah terbayar. Pangkatnya telah dinaikkan.

Rampwalk Remo tersenyum sambil memperbetulkan jambulnya yang beropol-ropol. Walaupun perasaannya girang bercampur bangga tetapi hati Rampwalk Remo masih gementar...

* * *

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wow. meh ah quote aku jadi peminat ko, akai. aku suke citer yg ditulis dari seorang observer. compact citer, maybe blh dipanjangkan sikit?
  • 2) ar....hambe kurang paham sangat la jalan citer nih.....sebenanye die citer pasal ape??

  • (Penulis)
    3) therain: thankiu. aku buat dua episode. tunggu sehari dual lagi no.

    ellye: cirite belum habis lagi. ade 2 bahagian :)
  • 4) " Dua tiga batang Pall Mall hijau dah aku sebat. " ada nostalgia yang terngiang-giang..
  • 5) akai, aku salu je makan kat ameerali tu. hehe ameer tu dulu klasmet abg aku masa skola rendah.

    aih pasni bleh aa aku berkenalan dgn rampwalk remo.
  • 6) ah,pendek? pendek sesangat2..aiyoohhhh..huhuu.. rampwalk remo~~ oh,encem x? ;p

  • (Penulis)
    7) penyu: Pall Mall hijau banyak kenangan beb

    caha: bile-bile ade mase singgah, call la aku, boleh minam same

    syud: pendek eh?

    BTW, bahagian akhir dah kluar.

Cerpen-cerpen lain nukilan akai-x

Read all stories by akai-x