Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Malam Hujan Rintik- Rintik (Automasi Mamak II)

Cerpen sebelumnya:
Memburu Ajaib
Cerpen selanjutnya:
Cinta Buta

Malam makin larut. Hujan rintik-rintik baru berhenti. Angin sepoi-sepoi. Sejuk yang amat.

Lampu nightstand sudah aku padam. Dalam kesamaran cahaya lampu jalan yang masuk melalui celahan langsir, aku masih boleh lihat jam dinding. Berbalam-balam. Dah jam dua pagi. Aku masih belum boleh lelap walaupun bilik dah separa gelap.

Tak boleh jadi ni. Rokok Pall Mall hijau yang hampir tinggal puntung aku tenyeh ke ashtray. Dalam sejuk malam. Aku tunggang motor ke Ameerali.

* * *

Malam makin larut. Hujan rintik-rintik baru berhenti. Angin sepoi-sepoi. Sejuk yang amat.

Rampwalk Remo masih gementar. Maklumlah. Ini malam pertama dia bekerja sebagai pelayan kelas 2 di Retoran Ameerali. Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Shift baru mula. Pesan bos Ameerali sebelum mula shift tadi, dia semat dalam hati. Boleh ke?

Pelanggan tengah ramai. Masing-masing dengan kerenah yang macam-macam. Rampwalk Remo kemas meja yang baru ditinggalkan sekumpulan amoi. Seksi je lebih. Makan bersepah. Satu-satu pinggan dan gelas dia kutip. Kemudian, meja yang ditumpahi kuah, dilapnya sampai bersih. Dia puas.

Baru sahaja dia meninggalkan meja, seorang pelanggan yang baru sampai, duduk. Dia melambai tanda mahu order. Cepat-cepat Rampwalk Remo hantar pinggan dan gelas ke dapur.

Boleh ke? Hatinya makin berdebar-debar...

* * *

"Remo. order thambi", laung Ameerali dari kaunter. Sambil menunding tepat ke meja aku.
"Makan? Minum?", tanya Rampwalk Remo.
"Nescafe tarik satu. Gelas kecik", selamba.
"... ....", Rampwalk Remo angguk-anguk sambil berjalan semula ke dapur.
"Kejap, kejap. Erm, Maggi goreng Malay satu", sambil aku buat muka 'ketat'. Tak sabar-sabar macha ni.
"... ....", Rampwalk Remo angguk-anguk lagi. Kali ini. Laju dia ke dapur.
"Boleh ke?", darahnya bergemuruh.

Lepas pekena Nescafe tarik dengan Maggi goreng, mesti boleh tidur. Selalunya bila perut kenyang memang senang aku masuk tidur. Rugi tak tidur cuaca sedap, sejuk-sejuk macam ni. Dah seminggu lebih, panas je memanjang.

Tiga minit.
Lima minit.
Sepuluh minit.

Last-last macha tu datang sambil bawa air dengan makanan. Lain macam je kaler Nescafe aku ni. Mana Maggi goreng?
"Macha. Ni teh tarik. Roti canai ni siapa punya ni?", muka aku makin 'ketat'. Rosak mood aku malam ni.
"... ...", Rampwalk Remo membisu. Masih buat muka cool walaupun gelabah.
"Memang tak boleh", bisik hatinya.
Ini lah benda yang membuatkan hatinya resah tak tenteram sepanjang malam.

"Sori bos. Ini worang baru kerija. Melayu tabley. Baru. India mari", tak semena-mena Ameerali muncul.
"Ni ape ni. Aku mintak lain kasi lain ni. Potong la lu Mamak. Nescafe satu. Maggi goreng satu", aku tak puas hati.
"Menu standard. Roti Kosong satu. Teh tarik satu. Sori bos.", sambil buat goyang-goyang kepala ala Mamak.

"Dey thambi. Poh poh. Tukarr orderr.", dua-dua 'ekor' kedapur sambil cakap bahasa yang aku biasa dengar tapi tak faham tu.

Ameerali bising.
Rampwalk Remo cuak.

Aku?

Menu standard. Roti Kosong satu. Teh tarik satu.

Ceh!
Macam robot.
Agaknya, semua customer dia buat order macam tu.
Boleh tahan Mamak ni.
Dua tiga bulan lagi. Macha tu. Jadi pandailah gamaknya...

Cerpen sebelumnya:
Memburu Ajaib
Cerpen selanjutnya:
Cinta Buta

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
4 Penilai

Info penulis

Nazrul Hisham

Rakyat marhaen. Bejiwa besar, bercita-cita tinggi tapi tak tahan godaan. Pandai menghormati orang yang lebih tua. Sedikit mata duitan. Suka makan. Paling getik layan kebodohan orang dan benci buang masa.
akai-x | Jadikan akai-x rakan anda | Hantar Mesej kepada akai-x

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial-No Derivative Works 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya akai-x
Lagu Lima Minit, Iklan Sepuluh Minit | 3119 bacaan
Malam Hujan Rintik- Rintik (Automasi Mamak I) | 2613 bacaan
Sepuluh Ringgit Terbang | 3052 bacaan
Karipap Kentang Dua, Masalodeh Dua | 1061 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

3 Komen dalam karya Malam Hujan Rintik- Rintik (Automasi Mamak II)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik