Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Maafkan Daku...

 

Tajuk : Maafkan Daku

Tema : Persahabatan

 

SEGALA-GALANYA bermula dalam satu bilik. Sebuah bilik yang sunyi tanpa sebarang manusia. Jam di dinding menunjukkan jam 5.30 petang. Pintu bilik terbuka menampakkan seorang remaja lelaki yang perpakaian sekolah.

“ Penatnya...,” keluhku keseorangan memecah kesunyian bilikku seraya membuka suis kipas dan lampu yang terletak di tepi pintu.

Aku meletakkan beg galasku yang sarat dengan buku di atas meja yang terletak berhadapan dengan tingkap. Tatkala kepenatan, aku terus merebahkan diri di atas katil yang seakan-akan memanggilku, tanpa bersalin pakaian terlebih dahulu.

“ Alangkah nikmatnya…,” detik hatiku. Jikalau diikutkan nafsu dan perasaan, mahu sahaja aku tutup mataku ini.

Alhamdullilah, imanku menguatkan diriku untuk bangkit lantas menyalin pakaian dan membersihkan diriku serta mengambil whuduk. Sesudah sahaja aku memberi salam, rukun terakhir dalam solat, aku susuli dengan doa memohon keampunan dan meminta ditunaikan hajat kepada Yang Maha Pencipta.

Saat mencari sesuatu untuk dilakukan, aku teringat akan cerpen yang dihantar oleh seorang pelajar di sekolah tadi. Sebagai AJK pertandingan cerpen, satu daripada aktiviti Kempen Bulan Membaca anjuran Pusat Sumber Sekolah, aku ditugaskan untuk menerima dan mengumpul cerpen-cerpen yang dihantar oleh peserta.

Aku terus mencapai beg sekolahku yang kuletakkan di atas meja sebentar tadi dan mengeluarkan senaskah kertas bersaiz A4. Di helaian pertama, tertaip susunan huruf yang membentuk perkataan ‘Maafkan Daku’. Pada mulanya, aku tertanya mengapa cerpen tersebut berjaya menambat hatiku untuk membacanya, mengalahkan cerpen-cerpen lain yang dihantar oleh peserta-peserta lain?

Jawapannya juga muncul dalam fikiranku sendiri. Sebabnya, aku berminat dengan kata-kata penulisnya, A. Shakirin Sulong semasa dia menghantar cerpennya tadi, “ Cerpen ini mengisahkan tentang persahabatan, hasad dengki dan kesedihan. Jika awak tidak mahu berasa sedih dan hiba, saya nasihatkan, jangan membacanya! ”

Kata-kata tersebutlah yang mendorong minatku untuk membacanya, bukannya kerana penulisnya mahupun sebab-sebab lain. Sudah menjadi kelaziman, perkara yang dilaranglah yang mahu dibuat oleh orang.

Mengendahkan nasihat dan cabarannya, aku terus menyelak muka surat seterusnya. Kalimah pertama yang kubaca, dicetak agak tebal dan besar berbanding kalimah lain, berbunyi “ Bukankah saya telah beritahu awak supaya jangan baca cerpen ini? Jadi, jangan salahkan saya jika awak menyesal! ”

“ Alangkah hairan, ” bisikku! Lazimnya, penulis sesuatu karya pasti berharap ramai orang akan membaca karyanya supaya mesej dan buah fikiran dapat disampaikan.

Kuteruskan bacaanku pada helaian seterusnya.

 

“ Kriiiiig…! ” Loceng berbunyi, menandakan waktu P&P sudah berakhir dan waktu rehat bermula.

“ Baiklah murid-murid. Assalamualaikum, ” ucap Ustaz Hasan, guru mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah yang sopan,  lalu berjalan ke arah pintu depan kelas.

“ Waalaikumussalam Warahmatullah, ” jawab murid-murid kelas 4 Muslim serentak disusuli ucapan terima kasih oleh semua murid dan diketuai oleh ketua kelas, Mirza, “ Terima kasih, cikgu! ”

“ Anis, kau nak pergi rehat, tak? ” soal Wani kepada Anis yang duduk di sebelahnya ketika pelajar lelaki sedang bersalam dengan Ustaz di luar kelas.

“ Oh, maaflah Wani! Hari ini aku bawa bekalanlah, ” balas Anis lantas mengeluarkan plastik yang terkandung nasi bungkus dari laci mejanya.

“ Kalau macam itu, aku pergi beli makanan di koperasi sekolahlah. Nanti aku bawa makanan itu ke dalam kelas. Lepas itu, bolehlah kita makan sama-sama! ” cadang Wani gembira, “ Kau tunggu aku datang balik, ya? ” sambungnya lagi seraya berlari-lari anak keluar menyertai pelajar-pelajar lain.

“ Wani, tunggu! ” panggil Anis sambil mengeluarkan dua bungkus nasi bungkus dari plastik, “ Tengok, aku beli dua! Satu untuk kau, satu untuk aku! ” tambahnya lagi ketika dia menghulurkan satu bungkus nasi kepada Wani.

“  Wah, baiknya kau! Macam inilah orang panggil sababat sejati, ” puji Wani sambil mengambil nasi yang dihulur oleh Anis lalu berseloroh, “ Saya beli satu nasi bungkus. Berapa harganya, makcik? ”

Anis menyambung ketika Wani menyeluk poket baju kurung putihnya, “ Tak payah, nak! Hari ini adalah ulangtahun gerai makcik yang ke-2 tahun. Jadi, semua makanan percuma. Makcik nak buat amal jariah sedikit, ” sambil menunjukkan lagak seorang nenek tua.

Kedua-duanya ketawa terbahak-bahak. Begitulah mereka. Selalu sahaja bergurau.

Setelah pulang dari tandas untuk mencuci tangan selepas selesai makan, Wani menyambung perbualan mereka, “ Anis, kau tahu tak? Janda Kiah, tauke kedai runcit tu? Ingat? ”

“ Ingat! Janda Kiah yang tinggal kat kampung kita itukan? Kenapa dengan janda gila itu? ” jawab Anis seraya bertanya.

“ Kedai runcit dia bankrap. ”

“ Oh, patutlah kedai itu tutup masa kita jalan-jalan naik basikal semalam, kan? Ish..ish.. Kasihannya dia. Sekarang ini mana dia nak cari rezeki agaknya? Tapi, bukankah ramai lelaki yang tergila-gilakan dia? Senang cerita, dia kahwin saja dengan datuk kau! ” gurau Anis.

“ Amboi, ikut sedap mulut kau saja! Habis tu, nenek aku pula nak letak dekat mana? ” tanya Wani sambil bercekak pinggang. Kedua-dua mereka ketawa lagi.

Sedang asyik mereka bersembang, Sonea, penolong ketua kelas mereka yang sombong, menyampuk perbualan mereka, “ Amboi, rancaknya awak berdua bersembang! Topik apa? ”

“ Bual-bual kosong saja! Kenapa? ” tanya Anis.

“ Tak ada apa-apa. Maaf kerana mengganggu, ” jawab Sonea seraya menambah, “ Oh, tadi Cikgu Laila mengarahkan kita membentuk lima buah kumpulan untuk tugasan minggu depan. ”

“ Jadi, apa masalahnya? ” tanya Wani pula.

Anis berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk diam dan melihat sahaja pertengkaran yang mungkin bakal meletus.

 “ Cikgu menyuruh saya menulis senarai ahli kumpulan untuk dihantar kepadanya, ” kata Sonea, agak marah, “ Apapun, pasti awak berdua berada dalam kumpulan sama, kan? ” lalu membongkok di atas meja untuk menulis nama mereka berdua di atas kertas.

“ Mana mungkin sahabat baik yang selalu bersama akan berpisah, kan? ” tambah Sonea sinis dengan suara yang tersirat cabaran.

“ Awak ingat kami tak boleh buat apa-apa kerja pun jika salah seorang daripada kami keseorangan…”

“ Ya, memang betul! ” Sonea menjawab sebelum Wani belum sempat menghabiskan kata-katanya, “ Kalau tidak, cuba buktikan! ” cabar Sonea dengan muka yang penuh teruja.

“ Macam mana? ”

“ Cuba berlagak seperti kamu berdua bergaduh, ” cadang Sonea sambil tersenyum jahat, “ Ia lebih kepada permainan ” tambahnya lagi tatkala melihat Anis dan Wani berkerut dahi.

 Wani terdiam seketika dan menjawab, “ Baiklah, kami sahut cabaran itu! ” dengan berani walaupun Anis yang duduk di sebelahnya menarik-narik tangannya. Dia tidak mahu mereka berdua terjerat dalam perangkap Sonea, si licik. Sonea berlalu puas lalu menyertai sekumpulan pelajar perempuan lain.

“ Kenapa kau begitu mudah termakan umpan budak itu? Semua orang tahu dia sangat licik, dengan lidah yang pandai memanipulasikan orang, ” rungut Anis dengan muka dan perlakuan seolah-olah mereka akan ditimpa satu masalah yang besar. Anis menambah, “ Kita sudah tahu yang dia dari dahulu lagi cemburu akan kita kerana dia keseorangan, dia tiada kawan! Tidak cukup dengan itu, dia mahu melagakan kita! Kau sedar, tak? ”

“ Terlajak kata tidak boleh diundur, Anis! ” endah Wani. Dia menambah apabila melihat wajah risau Anis, “ Jangan risau, semua akan pulih seperti sediakala. Kita akan tunjukkan pada dia. Kita akan mulakan esok. Apapun, ingat! Semuanya, cuma lakonan! ”

Wani memegang erat tangan Anis, cuba memberikan sokongan.

 

Bab pertama berakhir. Aku bertanya? Apakah Wani dan Anis akan lakukan?  Bolehkah mereka menang dalam permainan Sonea? Dengan rasa teruja dan ingin tahu, aku menyelak helaian seterusnya untuk merungkai persoalan yang bermain di benakku.

Bagaimanapun, hasratku terhalang dek azan Maghrib berkumandang memecah kesunyian bilikku yang semakin gelap dan suram.

Ditambah pula dengan panggilan ibuku di luar bilik, “ Hanif, dah masuk waktu solat Maghrib! Cepat solat, nak! Lepas itu, lekas ke dapur, tolong mak masak makan malam! ” seraya pintu bilikku diketuk lembut.

“ Baik, mak! ” sahutku patuh. Aku terpaksa membantutkan hasratku yang meluap-luap ini. Bagaimanpun, memandangkan kedua-dua kakakku, Kak Haifa dan Kak Has masing-masing sibuk menuntut di IPT, akulah yang perlu memainkan peranan untuk meringankan beban ibuku.

Kusimpan cerpen itu ke dalam begku lantas masuk ke dalam bilik air.

 

* * * * *

 

Keesokan harinya, Wani pergi ke sekolah bersendirian, tidak bersama Anis kerana permainan yang mereka mainkan. Mengikut rancangan, dia dan Anis akan berlagak seolah-olah mereka bergaduh. Mereka tidak akan bercakap mahupun bergurau bersama-sama. Anis juga akan duduk di meja dan tempat duduk lain. Dengan harapan, tiada perkara buruk berlaku,Wani masuk ke kelas. Berpuluh-puluh pasang mata kepunyaan pelajar di dalam kelasnya tertumpu ke arahnya. Ada yang memandangnya dengan pandangan benci, kasihan malah geli hati dan gembira.

Antara yang paling menyerlah ialah Sonea. Suatu mimik wajah yang penuh dengan kepuasan terpancar pada wajah cantiknya. Belum pernah Wani melihatnya.

Dengan hairan, Wani bertanya, “ Apa? Kenapa kalian memandang saya seperti itu? ”

Tiada yang menjawab. Masing-masing mula rancak berbisik sesama sendiri tanpa mengalihkan pandangan daripada Wani yang kebingungan.

“ Kenapa? ” tanyanya lagi sambil memandangkan ke arah teman sekelasnya seorang demi seorang.

Masih tiada yang menjawab.

Wani berputus asa lalu berjalan ke tempat duduknya, dengan hasrat dapat menyuarakan rasa tidak enak di hatinya kepada satu-satunya orang yang sudi menjadi tempat mengadunya, Anis. Langkahnya terhenti, tiba-tiba dia teringat akan permainan bodoh yang mereka mainkan. Tempat duduk Anis kosong menyebabkan dia tercari-cari di mana Anis. Sekadar mencari, bukan untuk bercakap atau bertegur.

Anis duduk di hujung kelas seorang diri. Dia hanya menundukkan kepalanya pada buku yang dipegang dan berusaha sedaya upaya untuk tidak mengendahkan orang lain malahan Wani sendiri. Wani dapat melihat mukanya agak takut dan berpeluh-peluh walaupun ditundukkan.

Pelbagai  soalan muncul di benak Wani terhadap perlakuan rakan sekelasnya, Sonea dan terutamanya, Anis. Bagaimanapun, Wani tidak ambil pusing dan duduk senyap di tempatnya sehinggalah waktu persekolahan berakhir.

Semua pelajar telah mengemas beg dan beransur pulang. Yang tinggal hanyalah Wani, Sonea dan Anis yang masih tidak bergerak di tempatnya.

“ Wani, awak tak hairankah? ” soal Sonea dengan nada suara mengejek.

Walaupun soalan yang ditanya agak sukar difahami, Wani dapat memahami maksud sebenar soalan Sonea lalu menjawab, “ Ya, memang saya hairan! Kenapa semua orang pandang saya macam itu? ”

Anis cuba-cuba berlagak seolah-olah tidak mendengar. Seluruh tubuhnya menggeletar.

“ Terlalu panjanglah kalau saya nak terangkan. Apa kata, awak baca ini? ” cadang Sonea sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Wani.

Wani mengambilnya lantas membacanya. Alangkah terkejutnya dia. Wani seakan tidak percaya. Dia mengerdipkan matanya berulang kali, memastikan semua itu bukan khayalan atau  mimpi. Tidak berjaya.

Hancur berderai rasa hatinya. Kertas itu tertulis segala rahsianya. Dari pelajar lelaki yang menjadi pujaannya hinggalah ke perbuatan memalukan yang dia pernah lakukan. Terlalu getir untuk disebut. Bagaimana kertas itu boleh sampai ke tangan Sonea?

Seakan tahu soalan yang ingin ditanya, Sonea berkata, “ Untuk pengetahuan awak, kertas ini telah dibaca oleh semua pelajar di dalam kelas ini. Sekarang, awak dah tahu mengapa mereka memandang awak begitu tadi? Kertas ini juga ditulis supaya kelihatan seperti catatan diari awak. ”

Darah Wani menyirap. Memburukkan lagi keadaan, Sonea menambah.

“ Dan yang paling teruk, kertas ini ditulis sendiri oleh sahabat sejati awak! ” katanya gembira tanpa rasa bersalah langsung sambil mengacukan jari telunjuknya ke arah Anis.

“ Anis? Tak mungkin. Anis, betulkah? ”

“ Tidak! Aku..aku ti..tidak.... ” katanya terketar-ketar. Matanya digenangi air mata.

Tidak memberi peluang kepada Anis untuk mempertahankan dirinya, Wani memintas, “ Aku tak percaya kau sanggup pecahkan rahsia aku pada orang lain! Kau ingat, permainan ini betul-betulkah? Ini dah melampau!

Wani menambah lagi ketika Anis cuba untuk bersuara, “ Selama ini, aku percaya akan kau! Ketika aku beritahu semua rahsia ini, kau janji takkan beritahu sesiapa! Kononnya, dulu kau janji dengan nama kau sendiri! ”

“ Baiklah, janji sudah dikhianati, jadi kita bukan kawan lagi... Aku benci kau! Aku tak nak jumpa..” tidak mampu menghabiskan kata-katanya kerana suaranya tersekat dek rasa sebak di dadanya, dia menggalas begnya dan berlalu pergi meninggalkan Anis yang kini menangis teresak-esak dan Sonea yang tersenyum puas. Dia mengambil basikalnya di bangsal dan mengayuhnya sekuat hatinya. Dia mahu pulang dan seperti tidak mahu keluar dari rumah lagi untuk berdepan dengan orang ramai. Dia malu.

Dia mengayuh dan mengayuh dengan lajunya. Cuba untuk melepaskan geram dan marahnya pada basikal itu. Seolah-olah basikal itu adalah Anis. Ketika separuh jalan lagi ke rumah, air hujan mula menitis dengan lebatnya. Dia tidak berhenti berteduh. Pipinya kini basah dek campuran air mata dan titisan hujan. Disebabkan mata yang dibasahi air mata, pandangannya menjadi kabur menyebabkan dia terbabas, keluar dari jalan dan terjatuh dari basikal.

Sudah jatuh ditimpa tangga. Kain sekolahnya koyak pada bahagian lutut. Mengendahkan sakit dan darah di lututnya, dia bangun dan terus mengayuh basikalnya lagi tampa berfikir panjang. Luka di lututnya bukanlah apa-apa jika dibandingkan luka di hatinya.

Sesampai sahaja ke rumah, Wani terus menjatuhkan basikalnya di perkarangan rumah. Dengan harapan dapat mengadukan hal itu kepada ahli keluarganya terutamanya ibunya, Wani menolak daun pintu rumahnya.

“ Assalamualaikum, ” ucapnya lemah di depan pintu.

Tiada yang menjawab. Seluruh rumahnya pada waktu itu gelap gelita dek cuaca di luar. Jam baru menunjukkan pukul empat  setengah petang.  Selain bunyi hujan yang mencurah-curah, yang kedengaran cumalah suara ibu dan ayahnya, kurang jelas dari bilik mereka. Wani terus berlari ke arah bilik ibu bapanya, mengendahkan baju sekolahnya yang basah. Sebaik sahaja sampai ke muka pintu, Wani  mengamati dalam-dalam suara  mereka. Hatinya berkecai sekali lagi. Ibu bapanya, sedang bertangkar.

Dia menangis kembali. Dia teringat akan Anis. Selama ini, sebarang masalah keluarganya pun, dia akan meluahkannya kepada Anis. Anislah yang akan menyuntik kembali semangatnya di samping memberi nasihat.

Tapi, “ Sekarang tidak lagi, ” bisiknya. Perasaan dendam mengatasi rasa sayangnya pada Anis.

Wani terus masuk ke dalam bilik mandi dalam biliknya dan terus membuka pili air dengan kuat. Dia duduk di bawahnya dan terus menangis, mengendahkan ibu bapanya, bunyi titisan hujan yang menghempap atap rumahnya dan segala-galanya.

 

“ Hanif, kau sedar tak? ”

“ Apa? ” soalku kembali dengan bingung.

“ Cikgu tengah mengajar sekarang! Amboi,membaca sampai tak ingat dunia, tau! ” kata kawanku bergurau.

Mujurlah kawan di sebelahku menyedarkanku yang sejak tadi asyik membaca cerpen yang belum kusambung sejak semalam. Tanpaku sedari, bab ke-2 telah kuhabiskan.

Bagaimanapun, aku terpaksa batalkan rasa ingin tahu kuini kerana sepanjang bacaanku tadi, aku telah ketinggalan setengah jam daripada orang lain.

 

* * * * *

 

Sebaik sahaja aku mendapat tempat duduk di dalam bas, aku terus mencari cerpen tersebut di dalam begku. “ Ish, mana pula cerpen ini? ” tanyaku resah.

“ Aha, jumpa pun! ”. Mengendahkan para penumpang lain yang hangat bersembang, aku membaca lagi.

 

“ Wani, aku nak minta maaf… ” rayu Anis.

“ Kau ingat senang saja nak minta maaf? Lepas apa yang kau buat, mana aku nak taruk muka aku ini? Bayangkan, kalau aku buat macam tu pada kau? ” kata Wani dengan lantang.

“ Tapi, aku minta maaf… Apapun, semua terpulang pada kau. Aku harap kau maafkan aku kerana kita mungkin takkan jumpa lagi…Assalamualaikum, Wani. ” ujar Anis sambil berlalu pergi.

“ Anis!!!!!!!! ” jerit Wani sekuat hati. Wani terjaga dari tidur. Badannya berpeluh-peluh. Rupa-rupanya, dia bermimpi. Satu mimpi yang pelik. Kali ini, masuk tiga kali dia bermimpi mimpi yang sama. Wani hairan. Sebelum ini, dia belum pernah bermimpi yang sama. Sedang dia duduk bertelaku atas katilnya, jam locengnya berbunyi, “ Kriiiing!” Lantas ditekan jam itu supaya tidak mengganggu ahli keluarganya yang lain.

Sudah masuk seminggu Wani berkurung di rumah. Dia masih tidak keluar dari rumah. Paling jauh dia keluar pun, untuk membuang sampah ke dalam tong di depan pagar rumahnya. Itupun, setelah puas dipaksa ibunya. Dia juga tidak hadir ke sekolah. Apabila ditanya oleh guru kelasnya melalui telefon, alasan yang digunakan ialah, lututnya tercedera.

Pada petang tiga hari yang lalu, Wani menerima sepucuk surat. Nama dan alamat rumahnya pada sampul surat itu ditulis dengan tulisan tangan. Jika dilihat daripada tulisan itu, Wani yakin surat itu dari Anis.

“ Sudahlah malukan aku. Sekarang ini, belum puas? ” katanya lalu mencampaknya ke dalam bakul sampah di dalam biliknya dengan kasar dan penuh perasaan benci tanpa membacanya terlebih dahulu.

Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Tanpa berlengah, Wani turun dari katil dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri serta berwhuduk.

Selesai solat subuh, fikirannya masih terlekat pada mimpinya. Puas dia mentafsir mimpi pelik tersebut. Bagaimanapun, tidak berjaya. Seakan-akan petunjuk daripada Yang Maha Besar, Wani terlihat akan sampul surat dari Anis yang konyok di dalam tong sampah. Dia terus mengambilnya lalu membaca isi kandungan surat tersebut. Dia diam buat seketika.

Tiba-tiba, Wani menyalin pakaian. Dengan tergesa-gesa, dia ke luar rumah dan buat kali pertama dalam seminggu, dia menaiki basikalnya. Suasana di luar rumah, masih gelap. Matahari masih lagi malu menampakkan diri sepenuhnya.

Dia mengayuh basikalnya dengan laju sekali melalui jalan-jalan yang sunyi tanpa seorang pun, kecuali dirinya. Lututnya yang belum pulih sepenuhnya, kembali sakit. Tetapi, tidak diendahkan. Dia mempunyai perkara yang lebih penting untuk dirisaukan.

Fikirannya kembali menjurus pada surat tersebut yang dipegang dengan tangan kirinya. Dalam surat itu, Anis telah menjelaskan segala punca salah faham yang terjadi antara mereka berdua. Bagaimana dia boleh terpedaya  dengan kelicikan Sonea, menyebabkan dia secara tidak sengaja memberitahu segala rahsia Wani. Anis juga memohon maaf di atas segala kesalahan yang dilakukan sepanjang mereka bersahabat.

Wani menyesal! Wani menyesal kerana menyahut cabaran Sonea tanpa berfikir panjang. Dia menyesal kerana mempercayai orang lain, lebih daripada mempercayai sahabatnya sendiri. Sekarang, tujuannya adalah rumah Wani. Tetapi, sempatkah dia? Wani mengayuh basikalnya lebih laju.

 Sebaik sahaja sampai di rumah Anis, Wani terus menekan loceng rumah yang terletak pada pagar. Oleh kerana rasa gemuruh yang teramat sangat, dia terus menekannya sehinggalah beberapa minit kemudian, kakak Anis, Nisa’ membuka pintu dengan memakai baju tidur sambil menggaru matanya yang bengkak.

“ Kak Nisa’, di mana Anis? Mana dia? ” tanya Wani separa menjerit tidak sabar seperti diserang histeria.

“ Anis? Maafkan Kakak, Wani....,Anis dah pergi dan.. ”

“ Dan? ” tanyanya tidak sabar.

“ Pembedahannya tidak berjaya, Wani. Anis dah tiada… ” sambung Nisa’. Air matanya menits di pipinya.

Wani terduduk lemah di depan pintu pagar. Dia tidak terkata. Hanya air matanya yang mengalir deras. “Anis, maaf…maafkan aku! ” tangisnya dalam pelukan Nisa’.

“ Jasadnya akan pulang bersama mak dan abah esok, ” tambah Nisa’ lagi.

“ Anis....ma..maafkan daku… ” raungnya tidak berguna.

Surat tersebut terlepas dari tangan Wani dan menampakkan sebahagian kandungan surat itu, yang paling bawah sekali.

 

Maafkan aku kerana tidak memberitahumu lebih awal, Wan.

 Sebenarnya, aku mengalami barah otak.Beberapa hari lagi, aku akan ke London untuk merawat penyakitku. Semasa kau menerima surat ini,mungkin aku sudah bertolak. Datanglah ke rumahku

 Kak Nisa’ ada di sana. Dia akan memberitahumu jika pembedahan ini berjaya atau tidak

 Akhir kata, terima kasih kerana sudi menjadi

 sahabat sejatiku….

 

Cerpen itu berakhir dengan isi kandungan surat yang dihantar kepada Wani oleh Anis sebelum di pergi ke London. Sayang sekali. Kedua-dua mereka bergaduh kerana satu salah faham. Tambahan pula, perkataan terakhir yang diucap Wani kepada Anis adalah bukan ucapan selamat tinggal yang betul. Tanpa disedari, air mataku menitis ke atas belakang tapak tanganku. Penulisnya betul, cerpen ini telah membuatkan aku sedih dan hiba. Tetapi aku tidak menyesal. Cerpen ini telah memberiku satu pengajaran berguna. Aku sangat bersetuju jika cerpen ini dinobat sebagai johan.

“ Bagaimanapun, semuanya bergantung kepada juri, ” bisikku seraya berusaha sedaya upaya untuk menyembunyikan air mukaku yang dibasahi air mata.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) Hai, saya baru lagi kat sini...
    komen ar mana yg patut....

    opening dye boring sekt kot...
    tp, baca ar smpy abis
  • 2) klise..dulu waktu sek, syud suka tulis cite macam ni..

    apepun satu permulaan yg bgus..cuma, aspek ni patut diperbaiki:

    1. macam mana sonea berjaya memanipulasi anis harus diceritakan
    2. sakit itu rasanya tidak perlu sebab perkara ini bermula dengan cabaran dari rakan kepada musuh.jadi tak menarik pula sebab tiba2 anis mati -sakit.

    apapun, ini pandangan syud je..=) permulaan yang baik
  • 3) ok...not bad
    enjoy 2 read...
    keep it up..
    gud luck
    8)
  • 4) best...tp kalo starting tuh tmbh lg part die gmbira n mesra ngn anis lg mninggalkan kesan yg mampu mbuatkan mutiara jernih seorg jantan jaguh angkat berat mngalir..
    hoho..CONGRATZZ>>>
  • 5) cerpen dalam cerpen... not bad...

  • (Penulis)
    6) thanx sume sbb bagi pendapat..
    actually, cerpen yg sy tulis ni, nk antor kt pertandingan kt sek....(copy n paste je ler...)

    ingat nk buat panjang sket, tp dh syarat dyer, ade had la kepjgan dye tu...
  • 7) dari segi ideanya memang kool. ahmad ayin ni umur berapa eh?

    cerita mengenai hanif ni kreatif, sebab ada cerita lain di dalamnya. satu eksperimen yang mengesankan.

    cerita yang di dalam cerita itu pula, agak klise. tapi mungkin audien yang mahu ditarget ialah kanak-kanak. bagi mereka tiada apa yang klise :)

    good work ayin. rajin-rajinlah menulis karya sebegini lagi!
  • 8) selamat berjaya di pertandingan sekolah itu ya! :)

  • (Penulis)
    9) thanx2!
    umur baru 16..hehe..baru ke?
    jap, klise tu ape? (tu pun tak tau ke? - malunyer..)
  • 10) 16 tahun? wah! tahniah, sebagai seorang guru sy bangga kalau pelajar saya sebagus ini. macam kata abang caha.. idea yg sangat cool... cerita dalam cerita yang berjaya disampaikan dengan sungguh berkesan walaupun cerita anis dan wani tu agak klise... tapi tak mengapa sebab sasarannya adalah rakan sebaya kamu, jadi rasanya tidak timbul isu klise di sini...cuma mungkin kalau kamu banyak membaca karya lain, kamu boleh lari dari idea penulisan yng sama..
    keseluruhannya:
    *penggunaan bahasa yang sangat baik.
    *susunan ayat yang bagus
    *idea boleh diperbaiki

    kalau markah ujian cikgu bagi 25/30
    *


  • (Penulis)
    11) 25/30 tu, lulus lar ye...?
    once again, thanx kt sume yg komen!
  • 12) 25/30 bukan lulus dik. cemerlang ait?
  • 13) er.. really 16 tahun? ok leh terima jalan cerita stereotaip. Saya menulis dari 16 tahun gak. budak negeri mana ni? nak aku tlg effort kan ke mana2 bengkel penulisan?

    mana tau leh masuk MPR ( minggu penulis remaja ).
    Seriusly, contact me, aku try salurkanke line2 yang boleh naikkan effort and kredibiliti.

    Ouh, nak aku sendiri jadi tutor pon xkesah. (wakakaka). xde ah.. good luck! byak membaca n study komsas better.

    BTW, try antar majalah karya2 lu bro. Baru orang nak pandang. okies.
  • 14) klise tu mksudnya stereotype..maknanya idea yg berulang-ulang malah dah selalu digunakan..=)

    jgn risau..semua orang msti pernah buat karya klise tanpa disedari

  • (Penulis)
    15) thanx...!
    baru tau klise tu ape...

  • (Penulis)
    16) sy duk kt k.trg...
    ade ke bengkel camtu...?
    pepun, kalau ade ilmu ke, ape ke, kongsi je lar..sy bdak baru blajar...hikhik
  • 17) bukan stakat lulus dik oi... harapan besar dapat A1 nih..
    wah.. baguslah kalo apun nk salurkan kt mana2..
    sy dulu tingin nk masuk mpr tp masa tu xtau camna..akhirnya terkubur cam tu je impian ku.. huhuhu...
    try antar karya ke mana2 majalah seperti dewan siswa tau skor berita harian



  • (Penulis)
    18) A1? insyaAllah...
    tp, tulis cerpen ni hobi jer..
    ni pun tulis sbb nk masuk competition kt sek.. ;p
    pepun, kalu ade rezeki, bleh gak masuk bengkel...hikhik

Cerpen-cerpen lain nukilan ahmad_ayin

Read all stories by ahmad_ayin
No stories.