Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kasih Diana

 

Hari Pertama

 

Diana makin tidak keruan. Mundar mandir di hadapan Bilik Rawatan Kecemasan 2 langsung tidak mampu meredakan keresahannya saat ini. Hampir satu jam dia berperang dengan kebimbangan, kerisauan, keresahan dan pelbagai perasaan lain yang bercampur baur ketika ini. Penat berjalan, dia duduk. Belum sempat satu pusingan jarum saat bergerak, dia bingkas bangun semula. Jururawat yang keluar masuk sejak tadi langsung tidak memberikan kata putus.

 

Peluh mula menitik pantas walaupun kedua-dua tangannya makin membeku. Sejuk penghawa dingin langsung tidak mengeringkan peluhnya. Ingin sahaja Diana menyerbu masuk ke bilik rawatan itu, tapi dia masih waras. Cuba berfikir dengan tenang.

 

“Ya Allah, aku tak mampu kehilangan dia di saat ini. Tolonglah Ya Allah, aku merayu padaMu,” tidak putus-putus Diana berdoa pada Yang Esa. Selawat sudah, berdoa pun sudah. Dia hanya mampu bertawakal di saat ini.

Puas bergelut dengan perasaannya, akhirnya Diana di sajikan dengan suara seorang doktor muda, berusia dalam lingkungan 30-an mungkin.

 

“Awak saudara pada Puan Maria ke?” Diana pantas berlari mendekati doktor wanita itu.

 

“Saya anak dia,” berdebar jantung Diana saat ini. Wajah kelat doktor itu menambah debarannya. Dia kaget, tak mampu menerima berita buruk andai itu yang berlaku.

 

“Ibu Cik dah stabil,” Alhamdulillah, luah Diana perlahan. Dia mengucap syukur yang teramat sangat pada Penciptanya. Doktor itu tersenyum kecil.

 

“Cik, ada sesuatu yang saya perlu jelaskan,” Diana kaget saat tangan doktor itu memegang lembut tangannya. Dia menelan air liurnya berkali-kali, risau dengan penjelasan yang bakal diterima.

 

“Doktor Balkis, saya hantar pesakit ni ke ICU dulu,” seorang jururawat keluar sambil membawa ibunya yang masih pucat di atas katil. Diana bingkas berlari-lari anak ke arah ibu kesayangannya, lantas meninggalkan doktor yang dipanggil sebagai Balkis tadi.

 

“Ibu, bangun bu. Ana ni,” Diana memanggil ibunya perlahan tapi ibunya masih kaku, pucat lesi tidak bermaya. Diana bingung.

 

“Doktor?” Diana memandang doktor yang merawat ibunya tadi untuk meminta jawapan pasti tentang ibunya. Tangan Diana masih tidak lepas daripada jemari tua ibunya yang jauh lebih sejuk berbanding dengan jemarinya.

 

“Cik, izinkan saya bagi penjelasan dahulu. Saya akan bawa Cik ke ICU untuk jumpa dengan Puan Maria nanti,” doktor Balkis menarik lembut tangan Diana yang masih tidak mahu melepaskan ibunya. Dia kelihatan bingung dan takut dengan segala kemungkinan. ICU? Unit Rawatan Rapi? Diana makin gusar.

 

 

 

 

“Kami ‘kehilangan’ Puan Maria agak lama tadi. Dan saya terpaksa katakan yang jantung serta otak Puan Maria tidak berfungsi dalam masa itu. Tapi kami telah cuba sedaya upaya kami untuk mengembalikan Puan Maria,” Doktor Balkis tersenyum kecil. Diana menarik nafas lega. Dia mengucap syukur ke hadrat Ilahi entah untuk kali keberapa. Lebar senyuman yang dilemparkan.

 

“Terima kasih, doktor!” bersungguh-sungguh wajah Diana saat ini. Dia benar-benar berterima kasih dengan doktor itu.

 

“Tapi…” senyuman Diana mati saat itu. Dia memandang tepat pada anak mata wanita berjubah putih itu.

 

“Tapi apa, doktor?” Doktor Balkis diam, cuba mencari kekuatan untuk bersuara. Situasi ini memang sangat tidak di sukainya tapi inilah tugas yang perlu digalas sebagai seorang doktor walaupun terpaksa berdepan dengan air mata insan lain.

 

“Di sebabkan jantung dan otak Puan Maria tidak berfungsi dalam satu jangka masa tadi, Puan Maria perlu mengambil masa untuk sedar. Puan Maria perlukan darah mengalir secara normal untuk sampai ke otaknya dan membolehkan otak Puan Maria berfungsi seperti biasa, tapi jantung Puan Maria masih lemah buat masa ini. Jadi, proses itu akan memakan sedikit masa,” jelas Doktor Balkis. Diana masih terkulat-kulat, sedikit faham dengan penjelasan yang di berikan tapi masih banyak persoalan yang ingin diutarakan.

 

“Tapi, dia masih boleh sedar kan?” perlahan suara Diana. Doktor Balkis terdiam sebentar, cuba mencari ayat yang sesuai.

 

“Ada kemungkinan untuk Puan Maria sedar, tapi kita tak tahu bila,” Diana kembali sebak. Hilang terus senyuman yang dia ukirkan tadi. Risau dengan kemungkinan yang ada.

 

“Kalau di izinkan Allah, Puan Maria sedar, ada beberapa komplikasi yang mungkin berlaku seperti darah beku di otak, mungkin lumpuh atau pun…….” Diana sudah tidak mampu mendengar kata-kata doktor itu lagi. Dia tidak peduli dengan apa-apa komplikasi sekalipun asalkan ibunya sedar. Itu sahaja pintanya ketika ini. Dia bingkas bangun.

 

“Bawa saya jumpa ibu saya, sekarang,” tegas ayat Diana, tidak lagi perlahan, bingung seperti tadi. Dia cuma ingin menemani ibunya saat ini.

 

Diana pernah terbaca tentang kisah seperti ini. Diana yakin bahawa ibunya mampu sedar tetapi ibunya memerlukan kekuatan yang tinggi dan dia ingin memberikan sepenuh kekuatan pada ibunya untuk sedar. Dia tahu ibunya mampu mendengar cuma tidak mampu membalas. Mungkin? Dia tidak pasti tentang semua ini.

 

 

“Ibu, Ana ni,” Diana menggenggam erat jemari ibunya, seolah-olah kekuatan dapat di salurkan melalui tangannya.

 

“Ibu,” Diana terdiam lagi. Cuba menahan esak tangisnya sendiri, cuba mengawal suaranya untuk kedengaran lebih meyakinkan.

 

“Ibu tidur lama sangat ni. Orang kata, kalau tidur lama sangat, nanti pening kepala,” Diana terdiam lagi. Menahan getar suaranya.

 

“Tapi, kalau ibu letih, ibu tidurlah lagi. Esok ibu bangun ya?” bergetar bibirnya. Makin kuat genggaman tangannya. Dia meneruskan bicara dengan ibunya, sehingga matanya kian berat. Dia terus-terusan bercerita, hingga akhirnya dia terlelap sendiri.

 

 

 

Keesokan harinya, Diana terus melawat ibunya selepas tamat kuliah tengah hari itu. Dia menaiki teksi menuju ke Hospital Kuala Lumpur untuk segera menemui ibunya. Sempat dia singgah di rumah untuk mengambil sebuah radio kecil dan sebotol air mineral untuk di bawa ke hospital.

 

Hari kedua

 

“Hai ibu,” Diana menyapa perlahan ibunya yang masih sama seperti semalam. Saat bibirnya menyebut perkataan ‘ibu’, dia terus sebak. Diana menutup mulut dengan tangannya untuk menyembunyikan getar suaranya sendiri.

 

“Ibu tak bangun lagi? Dulu ibu selalu marah Ana kalau bangun lambat. Ibu tidur sampai tengah hari, tak adil,” Diana menutup mulutnya lagi. Esaknya makin kuat tapi dia masih berdaya menahan suara. Dia melangkah perlahan ke katil ibunya. Radio dan botol air mineral yang di bawa, di letakkan di atas almari kecil di sisi meja.

 

“Ana bawa radio untuk ibu. Bila ibu bosan, ibu pasanglah radio ni ya? Ibu kan selalu dengar radio kalau memasak?” Diana teringatkan telatah ibunya yang gemar bernyanyi kecil mengikut rentak lagu di radio ketika memasak.

 

“Ana pasangkan ya?” Diana mengetap bibir, kembang kempis hidungnya cuba menahan tangis.

 

‘I’m a big big girl,

In a big big world,

It’s not a big big thing,

If you leave me…

But I do do feel,

That I to to will miss you much,

Miss you much…’

 

 

 

Lagu Big Big World nyanyian Emilia kedengaran dari corong radio yang di pasang Diana tadi. Rangkap pertama lagu itu sedikit menyentap jiwa Diana, entah kenapa. Dia menukar siaran radio, tidak mahu lagi mendengar lagu yang pernah di gilainya dahulu.

 

Selepas Seminggu

 

“Doktor, dah seminggu ibu saya macam tu. Langsung tak ada perubahan,” luah Diana perlahan pada Doktor Balkis. Walaupun Doktor Balkis sudah tidak lagi merawat Puan Maria, tapi Diana tetap berjumpa dengannya untuk bertanyakan pendapat.

 

“Saya harap Diana tak menaruh sepenuh harapan. Bersedialah untuk sebarang kemungkinan,” Diana diam. Tiada lagi air mata yang mampu di curahkan. Mana mungkin dia mahu hilang harapan ketika ini. Ibunya sangat memerlukan dia untuk mendapat semangat dan kekuatan.

 

Diana bangun selepas berbual pendek dengan Doktor Balkis. Langkahnya perlahan menuju ke bilik ICU, bilik ibunya ditempatkan. Tiada rawatan, cuma pemerhatian yang dilakukan pada ibunya. Tiada ubat, cuma cecair nutrien di berikan dan cecair putih entah apa, Diana tidak tahu, yang setia bergantung di sisi katil. Ada juga ubat yang di berikan untuk membantu pergerakan jantung Puan Maria tapi dalam dos yang terkawal. Itu yang di beritahu padanya.

 

“Ibu, Ana dah dapat result exam. Alhamdulillah, Ana dapat result yang… not bad,” Diana tersenyum kecil dengan kata-katanya sendiri. Melihatkan ibunya yang masih kaku, tanpa pelukan seperti yang lazim dilakukan, senyuman Diana mati. Dia memandang ibunya, penuh setia.

 

“Ibu kena bangun, ibu kena tengok Ana berjaya. Ana nak ibu merasa duit kerja Ana nanti. Ana nak belikan rumah baru untuk ibu lepas Ana kerja. Kalau ibu tak nak bangun, Ana tarik balik tawaran ni. Terhad tau!” sengaja Diana mengugut ibunya tapi ibunya masih kaku, langsung tidak bergerak walau seinci sekalipun. Diana menelan air liurnya, tidak tahu kata-kata apa lagi yang patut dia ucapkan. Dia diam, mengusap perlahan tangan ibunya. Merenung urat-urat di tangan wanita tua itu, dia tersenyum kagum. Tangan inilah yang berjaya memberikan sesuap nasi untuknya sejak kematian ayahnya 10 tahun lalu. Tangan inilah yang memeluknya ketika dia berjaya dalam peperiksaan. Tangan inilah yang memegangnya di saat dia kesedihan. Tapi kini, tangan itu kaku, tidak berperasaan.

 

Selepas Sebulan

 

Diana melangkah perlahan ke bilik ICU. Hatinya makin sebal, langkahnya sedikit malas, mukanya pucat tidak bermekap walau senipis kulit bawang sekalipun, bibirnya kering tidak bermaya dan perasaannya bercampur baur.

 

Diana menekan loceng sebelum dia di benarkan masuk. Begitulah rutin untuk masuk ke ICU, bukan semua orang dapat masuk dengan sesuka hati. Malah, penjagaan dan pemerhatian yang dilakukan sungguh rapi. Diana tidak perlu risau tentang itu.

 

Diana memandang kosong pada raut tua ibunya. Berbuih bibirnya menutur kata sejak sebulan lalu. Tapi, ibunya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan atau perkembangan sekalipun.

 

Dia duduk di kerusi, di sisi katil. Masih tidak berperasaan ketika memandang ibunya. Senyum tidak, menangis pun tidak.

 

“Sampai bila ibu nak macam ni?” Diana bersuara agak kuat dan sedikit kasar.

 

“Ibu dengar ke tak apa yang Ana cakap?” bertambah kuat suaranya hingga jururawat di situ menoleh sekilas pada Diana, takut pesakit di apa-apakan.

 

“Ibu dengar kan? Tapi ibu tak nak bangun! Ibu sengaja nak tengok Ana hidup dalam dunia ni seorangan! Ayah pun tinggalkan Ana, sekarang ibu pula. Tak apa,” Diana mengangguk kecil. Air matanya sudah mula berjujuran walaupun tidak selebat mana.

 

“Ibu dah hidup dengan Ana selama 22 tahun! Sekarang ibu nak tinggalkan Ana? Ana dah pesan malam tu, jangan keluar. Jangan beli makanan! Ana ajak ibu order Pizza je tapi ibu degil. Ibu nak juga keluar beli tomyam! Tomyam yang kita sama-sama suka,” Diana diam lagi dalam esak tangisnya. Tidak puas rasanya menjerit, bergaduh tanpa mendapat balasan tapi dia masih nekad. Dia masih mengharap agar ibunya bingkas bangun untuk melawan kata-katanya seperti biasa.

 

“Tengoklah ni, mana tomyamnya? Ibu kemalangan hanya sebab tomyam bodoh tu! Ana dah kata jangan pergi, ibu degil!” makin kuat jeritan Diana. Esakannya makin jelas kedengaran, air matanya makin laju mengalir. Dia tidak kisah dengan jururawat yang dari tadi melihatnya.

 

“Ana nak ikut, ibu kata tak payah. Dekat je, sekejap je,” Diana mengajuk kata-kata ibunya di malam kemalangan itu berlaku.

 

“Sekejap beli tomyam, tapi ibu tak balik-balik. Ibu tipu!” Diana menghentikan kata-katanya, memandang sebak wanita yang bertungkus lumus membesarkan dia selepas kematian suami. Diana masih belum sanggup untuk melepaskan ibunya pergi.

 

“Ibu,” Diana bangkit daripada kerusi, berdiri memegang tangan ibunya yang kaku, sejuk.

 

“Bangunlah. Boleh kita makan tomyam Pak Cik Anuar tu sama-sama. Kita pergi beli sama-sama. Ana takkan benarkan ibu pergi sendiri lagi, Ana janji,” bersungguh-sungguh Diana membuat janji. Dia menarik jari kelingking ibunya untuk di cantumkan dengan jari kelingkingnya sebagai cara membuat ‘perjanjian’ yang entah mampu ditunaikan atau pun tidak.

 

Diana meletakkan kepalanya pada sisi katil bersebelahan ibunya. Dia terduduk perlahan sambil menangis teresak-esak. Entah kenapa, dia tidak mampu mengawal emosi seperti hari-hari sebelum ini. Dia mampu bertahan selama ini, tapi tidak hari ini. Dia penat bermain dengan perasaan dan penantian yang sampai bila, dia tidak tahu.

 

5 bulan kemudian.

 

PANG! Gelas di atas meja jatuh berderai di atas lantai. Entah kenapa Diana cuai, sehingga tidak sengaja terlanggar gelas di atas meja. Diana tunduk melihat deraian kaca yang berterabur di atas lantai. Dia merenung kosong serpihan kaca tanpa selangkah pun bergerak untuk mengemas.

 

‘ibu, bergenang air mataku.. terbayang, wajahmu yang redup sayup…’

 

 

Nada dering ‘Untukmu Ibu’ nyanyian Aeman kedengaran perlahan daripada telefon bimbitnya. Diana kaku, tertunduk perlahan seolah-olah dapat meneka siapa gerangan si pemanggil. Akhirnya  dia melangkah perlahan mencari telefon bimbitnya.

 

“HKL,” Diana membaca perlahan nama yang tertera di skrin telefon bimbitnya.

Diana menarik nafas panjang sebelum menjawab panggilan daripada Hospital Kuala Lumpur itu.

 

“Boleh saya bercakap dengan Cik Diana?” suara lembut seorang wanita jelas kedengaran walaupun cuma sayup-sayup sahaja di telinga Diana ketika ini.

 

“Ya saya,” balas Diana perlahan.

 

“Saya buat panggilan daripada HKL, tentang Puan Maria.…..” dan saat itu, telefon bimbitnya sudah pun terlepas dari genggamannya. Dia tidak perlu mendengar apa-apa lagi ketika itu. Cuma esak tangis yang menemani hatinya yang kosong, sepi.

 

 

 

 

 

“Saya minta maaf dan tumpang simpati atas kematian Puan Maria,” Doktor Balkis sempat menemui Diana ketika dia datang menuntut mayat. Diana tersenyum kecil sebelum berlalu. Tiada kata-kata yang mampu dia ucapkan saat ini walaupun dia pernah bersedia untuk kemungkinan ini. Diana melangkah perlahan, keluar daripada HKL. Dia berharap agar dia tidak perlu lagi ke sini, itu harapannya.

 

‘Jangan sesekali berputus asa pada suatu harapan yang kita tanam dan percayalah dengan apa yang kita harapkan. Andai harapan itu tidak tercapai, berpijaklah di bumi yang nyata. Bukan semua harapan yang kita impikan, akan jadi milik kita. Tapi mungkin, harapan selepas kegagalan, mampu membuahkan hasil. Percayalah, ada insan yang lebih merana dan malang daripada kita’

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) ah........... cerita yg borrring... sory, out of idea.. tp nk menulis gak.. so, ini le hasilnye.. gomen ne..
  • 2) =) aha..nameless..bgusnyer ada effort..syud ni tak gerak2 pun nak buat cite..

    nice one..cerita yang biasa tp sentiasa bermesej..i lyke!
  • 3) syahdu...huhu..
    ske gak lg big2 gurl..hoho..
    sya ske..

  • (Penulis)
    4) syud: buat la cerpen baru... nk bace gak...
    Miszmextor: saye pun suke big2 gurl! keke...
    Tq korang...
  • 5) wow, konsisten menghantar cerita. kudosness
    bagus la, rajin practice macam ni. nanti gradually akan tiptop sendiri sebab rajin berusaha :)

    although jalan cerita, plot dan idea ni agak kerap didengar, tapi cik azira berjaya juga menyentuh perasaan dengan penceritaannya. ada sedikit kesegaran dan yang penting sekali, berani mencuba.

    kipidap cik. teruskan menulis :)
  • 6) alamak..takleh la baca cerita2 pasal ibu ni.. rasa na bergenang je mata.. huhu..

  • (Penulis)
    7) caha: tk tau kenapa, tp mmg nk buat cite pasal ni... huhu... TQ..

    pinkyunki: same la kite.. huk3..
  • 8) Kesian diana. Sgt sedih bile kehilangan org yg kite sayang especially ibu n ayah. Btw nameless, ni true story ker?
    • bee
    • 16 years ago
  • 9) ramai meminta..nanti ah syud cuba2 menulis he..hohoo =)
  • 10) err... mungkin plot nya terlalu ringkas, tak sempat saya nak menghayatinya... tapi dgn 'sound effect' lagu aeman dalam kepala membuatkan air mata saya bergenang seketika... hhehehe...
    overall, satu cerita yg bagus dr sdr takbernama.
  • 11) >T_T
    >no cOmmenT

Cerpen-cerpen lain nukilan nameless

Read all stories by nameless