Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?
900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.
Daftar Sekarang!
Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 3)
Note : Harap maaf sebab lambat update cerita ni. Ada problem dengan internet connection.
*******************************************************************
(May, 2002)
Selipar
jepun kusarungkan ke kaki dan terus melangkah menuju ke arah pokok manggis yang
rendang berbuah. Roslan mengambil batang
pengait yang tersandar di sisi pokok itu.
"Bestla
kampung kamu ni. Tadi sepanjang jalan kami tengok banyak betul pokok manggis
berbuah. Pokok rambutan pun nampak tengah berbunga. Tak lama lagi musim
rambutan pulak.." Roslan mula mengait. Sebiji buah manggis gugur berhampiran
denganku.
"Oit,
jolokla elok-elok.. Kena kepala kami nanti.." Aku mengomel sambil memungut
manggis yang jatuh itu. Manggis dikumpulkan didalam baldi yang sudah sedia ada
di situ. Memang baldi untuk pungut manggis pun..
"Eleh..
Kalau kena pun, benjol sikit je.. Hehe.." Roslan terus mengait. Beberapa biji
manggis gugur lagi. Tak menang tangan aku nak memungut manggis-manggis tu.
"Kalau
benjol jatuhlah saham kami.. Minggu depan kami dah start masuk U.."
"Ibu
kami bitau kamu dapat masuk UKM ek? Congrats.. Amek course apa?"
"Ha'ah..
Engineering.. Kamu blajar lagi ke, dah kerja? Kamu tak pernah lak nak cerita
pasal tu. Kami tanya mesti bukak cerita lain.." Aku cuba mengorek rahsia
Roslan. Dia memang tak suka bila aku buka topic tu. Bila aku tanya, nanti dia
mesti cuba alih perhatian aku dengan lagu dan gitarnya.
"Kami
belajar lagi.. Course biasa-biasa je. Tak setanding dengan kamu, engineering..
Sambil-sambil tu kami ada buat kerja part-time kat bengkel. Tapi.. kami ingat nanti kami nak jadi askar
la.. Berkhidmat untuk negara.. Tak pun, polis ke.." Roslan berhenti menjolok
manggis seketika dan merenung jauh ke arah langit.
"Ala,
engineering ni bukannye hebat mana pun.. Nanti last-last kerja dalam kilang
gak. Kenapa kamu nak jadi askar?"
"Sebab
badan kami kan tough. Handsome pulak tu.. Sia-sia je kalau tak gunakan
sepenuhnya anugerah tuhan ni.." Roslan tergelak sambil menyambung
konsentrasinya menjolok manggis.
"Ye lah
tuuu.." Aku berhenti seketika memungut manggis dan mengambil sebiji manggis
dari dalam baldi. Dengan bersusah-payah aku cuba mengupas manggis tu. Aku
memang fail sikit bab mengupas manggis ni. Kalau berjaya pun, mesti
pecah..hancur isi manggis tu. Lepas tu tangan habis selekeh dengan air manggis.
Roslan
menyandarkan batang pengait ke pokok. Dia berjalan ke arahku dan mengambil
manggis dari tanganku. Senang saja dia mengupas manggis tu dan menghulurkannya
semula kepadaku.
"Thanks.."
"It's
ok.. Kamu, kamu.. Nanti.. bila kamu dah masuk U, boleh tak kami call kamu lagi
macam selalu?" Roslan mengambil lagi sebiji manggis dari dalam baldi dan
mengupasnya. Isi putih manggis disumbat kedalam mulutnya dengan penuh
berselera.
"Call je
la.. call handset kami. Ada nombor kami?" Aku menjawab dengan mulut penuh
dengan isi manggis. Ermm.. Shedapp!!
Roslan
menggelengkan kepalanya.
"Ibu
kami cuma bagi nombor telefon rumah kamu. Dia pun tak tau nombor handset
kamu.."
"Call
handset kami bila kami dah masuk U nanti. Kat sini line maxis tak clear sangat.
Ada 1-2 bar je coverage. Kalau nak sms, lepasla.."
"Ooo..
Ok..ok.."
"Nah..
buat misscall kat nombor kamu sendiri. Pastu savekan nombor kamu skali dalam
ni. Kami nak gi amek plastic bag jap. Dah penuh dah baldi ni.." Aku
menghulurkan Nokia 3310 dari kocek seluarku dan berlari anak menuju ke belakang
rumah.
.........................................................
Kereta
wira aeroback warna maroon itu beransur hilang dari pandanganku. Aku masih lagi berdiri dibahu jalan. Satu
senyuman masih lekat diwajahku.
"Nanti lain kali kamu datang
jumpa kami, bawak gitar boleh?"
"Kenapa?"
Roslan megerutkan dahinya sambil memandang ke arahku.
"Kami
nak kamu nyanyi sambil main gitar live depan kami.." Aku berkata
bersungguh-sungguh.
"Ok!
Takde masalah.." Roslan mengenyitkan matanya.
"Janji?"
"Janji.."
................................................................
(Flashback.. 1990)
"Elina
lukis gambar apa tu?" Mama merapatiku, penuh minat.
"Pemandangan
pantai. Cantik tak ma?" Aku menayangkan kertas lukisan yang hampir siap itu ke arah
mama. Buku lukisan berkulit jingga itu
sudah hampir penuh dengan lukisan. Hampir
setiap hari, selepas siap kerja sekolah aku akan leka melukis dan mewarna.
"Cantik..
Elina ni macam abah dulu. Suka betul melukis.." Puji mama.
"Abah
pun suka melukis?"
Mama
angguk.
"Abah
kamu dulu orang seni. Gambar potret mama dalam frame tu arwah abah kamu la yang
lukiskan. Dia amek gambar tu, lepas tu cuci sendiri.. Lepas tu, lukis
besar-besar jadi potret. Rumah lama kita dulu siap ada bilik gelap untuk dia
cuci gambar.."
Aku
ternganga, kagum. Aku tak pernah jumpa abah. Abah pergi sebelum aku sempat
jenguk dunia lagi. Aku cuma kenal abah melalui cerita-cerita mama dan
gambar-gambar lama abah.
"Bukan
setakat pandai melukis, abah kamu pandai main alat muzik. Bagi je apa-apa alat
muzik, dia boleh main. Tak pernah
belajar pun.. Dia dulu ada gitar.
Selalu tiap-tiap petang, nanti dia duduk depan pintu rumah.. main gitar sambil
nyanyi untuk mama.." Mama tersenyum sambil membelai rambutku.
Sejak
saat itu, aku mula memasang angan-angan untuk mencari orang seperti abah..
..Seterusnya..
Cerpen-cerpen Berkaitan
Semua cerpen-cerpen CintaCerpen-cerpen lain
Perbualan
Perbualan
-
1) dah chap 3, masih tak berapa nampak konflik utama. macam baru berkembang lagi cerita ni.
kalau banyak sangat chap letak kat novel lagi elok kut :p
hehe.
penceritaan is ok, lively and menarik. tempo pun cun je.
but cerita macam tak bergerak sangat.- cahatomic
- 16 years ago
-
2) ada tinggal lg 3 chap je kot. sket je.. segan nk letak dlm novel. hehehe..
cerita tak bergerak sbb still intro lg. next chap baru start bg isi penting. harap bersbar dengan ke'slow'an cerita ini.- pinkyunki
- 16 years ago
-
3) oh,patut ah suh roslan nyanyi live.. ada udang disebalik mee bandung..huhuu =)
- syud
- 16 years ago
-
4) syud, sedapnye mee bandung.. diet lg ke?? hhehe
- pinkyunki
- 16 years ago