Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 3)

 

Note : Harap maaf sebab lambat update cerita ni. Ada problem dengan internet connection.



*******************************************************************




(May, 2002)



Selipar jepun kusarungkan ke kaki dan terus melangkah menuju ke arah pokok manggis yang rendang berbuah. Roslan mengambil batang pengait yang tersandar di sisi pokok itu.



"Bestla kampung kamu ni. Tadi sepanjang jalan kami tengok banyak betul pokok manggis berbuah. Pokok rambutan pun nampak tengah berbunga. Tak lama lagi musim rambutan pulak.." Roslan mula mengait. Sebiji buah manggis gugur berhampiran denganku.

"Oit, jolokla elok-elok.. Kena kepala kami nanti.." Aku mengomel sambil memungut manggis yang jatuh itu. Manggis dikumpulkan didalam baldi yang sudah sedia ada di situ. Memang baldi untuk pungut manggis pun..

"Eleh.. Kalau kena pun, benjol sikit je.. Hehe.." Roslan terus mengait. Beberapa biji manggis gugur lagi. Tak menang tangan aku nak memungut manggis-manggis tu.

"Kalau benjol jatuhlah saham kami.. Minggu depan kami dah start masuk U.."

"Ibu kami bitau kamu dapat masuk UKM ek? Congrats.. Amek course apa?"

"Ha'ah.. Engineering.. Kamu blajar lagi ke, dah kerja? Kamu tak pernah lak nak cerita pasal tu. Kami tanya mesti bukak cerita lain.." Aku cuba mengorek rahsia Roslan. Dia memang tak suka bila aku buka topic tu. Bila aku tanya, nanti dia mesti cuba alih perhatian aku dengan lagu dan gitarnya.

"Kami belajar lagi.. Course biasa-biasa je. Tak setanding dengan kamu, engineering.. Sambil-sambil tu kami ada buat kerja part-time kat bengkel. Tapi.. kami ingat nanti kami nak jadi askar la.. Berkhidmat untuk negara.. Tak pun, polis ke.." Roslan berhenti menjolok manggis seketika dan merenung jauh ke arah langit.

"Ala, engineering ni bukannye hebat mana pun.. Nanti last-last kerja dalam kilang gak. Kenapa kamu nak jadi askar?"

"Sebab badan kami kan tough. Handsome pulak tu.. Sia-sia je kalau tak gunakan sepenuhnya anugerah tuhan ni.." Roslan tergelak sambil menyambung konsentrasinya menjolok manggis.

"Ye lah tuuu.." Aku berhenti seketika memungut manggis dan mengambil sebiji manggis dari dalam baldi. Dengan bersusah-payah aku cuba mengupas manggis tu. Aku memang fail sikit bab mengupas manggis ni. Kalau berjaya pun, mesti pecah..hancur isi manggis tu. Lepas tu tangan habis selekeh dengan air manggis.

Roslan menyandarkan batang pengait ke pokok. Dia berjalan ke arahku dan mengambil manggis dari tanganku. Senang saja dia mengupas manggis tu dan menghulurkannya semula kepadaku.

"Thanks.."

"It's ok.. Kamu, kamu.. Nanti.. bila kamu dah masuk U, boleh tak kami call kamu lagi macam selalu?" Roslan mengambil lagi sebiji manggis dari dalam baldi dan mengupasnya. Isi putih manggis disumbat kedalam mulutnya dengan penuh berselera.

"Call je la.. call handset kami. Ada nombor kami?" Aku menjawab dengan mulut penuh dengan isi manggis. Ermm.. Shedapp!!

Roslan menggelengkan kepalanya.

"Ibu kami cuma bagi nombor telefon rumah kamu. Dia pun tak tau nombor handset kamu.."

"Call handset kami bila kami dah masuk U nanti. Kat sini line maxis tak clear sangat. Ada 1-2 bar je coverage. Kalau nak sms, lepasla.."

"Ooo.. Ok..ok.."

"Nah.. buat misscall kat nombor kamu sendiri. Pastu savekan nombor kamu skali dalam ni. Kami nak gi amek plastic bag jap. Dah penuh dah baldi ni.." Aku menghulurkan Nokia 3310 dari kocek seluarku dan berlari anak menuju ke belakang rumah.



.........................................................



Kereta wira aeroback warna maroon itu beransur hilang dari pandanganku. Aku masih lagi berdiri dibahu jalan. Satu senyuman masih lekat diwajahku.



"Nanti lain kali kamu datang jumpa kami, bawak gitar boleh?"

"Kenapa?" Roslan megerutkan dahinya sambil memandang ke arahku.

"Kami nak kamu nyanyi sambil main gitar live depan kami.." Aku berkata bersungguh-sungguh.

"Ok! Takde masalah.." Roslan mengenyitkan matanya.

"Janji?"

"Janji.."





................................................................



(Flashback.. 1990)



"Elina lukis gambar apa tu?" Mama merapatiku, penuh minat.

"Pemandangan pantai. Cantik tak ma?" Aku menayangkan kertas lukisan yang hampir siap itu ke arah mama. Buku lukisan berkulit jingga itu sudah hampir penuh dengan lukisan. Hampir setiap hari, selepas siap kerja sekolah aku akan leka melukis dan mewarna.

"Cantik.. Elina ni macam abah dulu. Suka betul melukis.." Puji mama.

"Abah pun suka melukis?"

Mama angguk.

"Abah kamu dulu orang seni. Gambar potret mama dalam frame tu arwah abah kamu la yang lukiskan. Dia amek gambar tu, lepas tu cuci sendiri.. Lepas tu, lukis besar-besar jadi potret. Rumah lama kita dulu siap ada bilik gelap untuk dia cuci gambar.."

Aku ternganga, kagum. Aku tak pernah jumpa abah. Abah pergi sebelum aku sempat jenguk dunia lagi. Aku cuma kenal abah melalui cerita-cerita mama dan gambar-gambar lama abah.

"Bukan setakat pandai melukis, abah kamu pandai main alat muzik. Bagi je apa-apa alat muzik, dia boleh main. Tak pernah belajar pun.. Dia dulu ada gitar. Selalu tiap-tiap petang, nanti dia duduk depan pintu rumah.. main gitar sambil nyanyi untuk mama.." Mama tersenyum sambil membelai rambutku.

Sejak saat itu, aku mula memasang angan-angan untuk mencari orang seperti abah..




                                                                                                                                                                                      ..Seterusnya..

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dah chap 3, masih tak berapa nampak konflik utama. macam baru berkembang lagi cerita ni.

    kalau banyak sangat chap letak kat novel lagi elok kut :p
    hehe.

    penceritaan is ok, lively and menarik. tempo pun cun je.

    but cerita macam tak bergerak sangat.

  • (Penulis)
    2) ada tinggal lg 3 chap je kot. sket je.. segan nk letak dlm novel. hehehe..
    cerita tak bergerak sbb still intro lg. next chap baru start bg isi penting. harap bersbar dengan ke'slow'an cerita ini.
  • 3) oh,patut ah suh roslan nyanyi live.. ada udang disebalik mee bandung..huhuu =)

  • (Penulis)
    4) syud, sedapnye mee bandung.. diet lg ke?? hhehe

Cerpen-cerpen lain nukilan pinkyunki

Read all stories by pinkyunki