Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerpen Bersiri : KAMU (Siri 4)

 

( ..August, 2002 )

 

                "Hello cik Kiah.."

                Suara itu memang sudah tidak asing lagi bagiku. Memang dinanti-nantikan hampir setiap malam.

                "Hehehe.. Hello kamu.. Apa cerita menarik hari ni?" Aku mencari kedudukan paling selesa dikatil. Sebiji bantal kupeluk rapat di dada. Nina, roommate yang sudah 2 bulan duduk sebilik denganku sudah memberikan senyuman penuh makna. Dia tau semua tentang Roslan.

                "Cerita menarik takde, menolak adala.. Tadi kami shopping dengan ibu, kene tolak troli.."

                Aku tergelak. Roslan ni banyak betul idea nak buat aku gelak. Memang sangat-sangat terhibur kalau dia telefon. Dia periang. Penuh dengan idea-idea ceria. Sesekali manja. Bukan manja dengan aku, tapi dia ni sangatlah ‘anak ibu'. Dari cerita-ceritanya, mesti ada terselit cerita tentang ibunya. Aku selesa berborak berjam-jam ditelefon dengannya. Selalunya aku cuma diam, menghayati petikan gitarnya dihujung talian.

                "Harini kamu nak main lagu apa untuk kami?" Aku mula merebahkan diri diatas katil. Sudah jadi macam rutin pula, sebelum tidur Roslan akan menghiburkan aku dengan lagunya.

                "Harini special sket tau. Kamu tau, kami ni kan.. tak pandai nak susun ayat bunga-bunga. Jadi kami luahkan semua isi hati kami dengan lagu-lagu kami. Kami nak dedicatekan lagu ni khas untuk kamu. Kamu dengar baik-baik ek?"

                Ayat dia tiba-tiba mendatar, bernada serious.  Ni pertama kali dia bercakap dengan aku menggunakan nada sebegitu. Aku dapat rasakan, tiba-tiba saja ada debaran kuat di dadaku.

                Tali gitar mula dipetik dihujung talian. Aku memejamkan mata sambil cuba mengawal debar dihati.

                "..Seringkali hati bertanya
                Tiap saat kita bersama
                Sampai bilakah harus kumemendam rasa

                Tak pernah aku merasai
                Bibir terkunci
                Jiwa bergelora rasa tak percaya
                Adakah ku bermimpi
                Mimpi di siang hari

                Dirimu... telah lama ku nantikan
                Wajah yang bermain
                Di mimpi-mimpiku
                Hidupku.. kini bagaikan penjara
                Tanpamu di sisi tak bermakna

                Mungkinkah akan terjadi
                Dirimu aku miliki
                Berilah tanda kepastianmu
                Namun jika tak tercapai
                Harapanku
                Selama hayat dirimu tetapku sanjungi.."

 

               

 

                Senyap.

                Sunyi sepi seketika selepas lagu habis dimainkan. Lidah aku tiba-tiba kelu. Tak tau apa ayat yang terbaik untuk kususun. Roslan juga senyap.

               "Hello.. Kamu masih ada kat sana?" Akhirnya selepas hampir 5 minit kami menyepi, Roslan cuba memecahkan kebisuan yang melanda.

               "Ada.. Kami ada ni.." Aku menjawab sambil cuba mengawal gementar pada nada suaraku.

               "Dah lewat ni.. Kamu tidur dulu ye? Esok ada kelas pagi kan?" Roslan sudah hafal benar dengan jadual waktu kelasku.

               "Ok.." Aku membalas sepatah.

              "Kamu.."

              "..erm?.."

              "Kami harap kamu faham lagu kami tadi tu."

              "..erm.." Aku angguk. Lupa yang dia tak nampak anggukanku itu dari hujung talian.

              "Kamu?"

              "..ye?.."

              "Kami telefon kamu lagi esok malam ye?" Ada bunga-bunga harapan kudengar dari nada suaranya.

              "Ok.."

              "Bye.. Good nite. Sweetdreams.."

              "Bye.."

              Talian diputuskan. Aku menyelitkan Nokia kesayangan dibawah bantal. Lampu bilik sudah lama dipadamkan. Nina dikatil sebelah kelihatan lena dibuai mimpi.

              Mataku yang masih belum mengantuk ini terkebil-kebil dalam kegelapan bilik. Otakku ligat memutar kembali masa..

 

.........................................................................

 

(Flashback..Disember, 2000)

 

                "Kau nangis ke malam tadi? Mata kau bengkak.."

                "Taklah.. Aku tido lambat." Aku membetulkan kedudukan cermin mata berbingkai pink ku.

                "Kenapa pakai spect harini? Bukanke selalunya kalau keluar macam ni kau pakai contact lens? Bangun lambat pagi tadi sampai tak sempat pakai?" Mimi menghujaniku dengan soalan.

                Aku memalingkan muka ke arah lain. Tak sanggup nak memandang muka Mimi.

                "Jangan la nak sorok-sorok dari aku. Kau gaduh dengan Zaki?"

                Geleng.

                "Adik angkat Zaki yang menggedik tu kacau kau lagi?"

                Geleng lagi.

                "Habis tu?"

                "Kitorang dah break.." Aku menjawab, lemah.

                "Hah??!! Korang bukan ke baru je 3 bulan couple?? Kenapa?" Mimi benar-benar terkejut.

                "..ntah.." Jawabku ringkas. Ternyata tidak memuaskan hati Mimi langsung dengan jawapan seringkas itu.

                Aku baru saja kenal Zaki. Hubungan kami pun baru saja masuk 3 bulan lebih. Bahagia. Sangat-sangat bahagia dengannya. Kami tak pernah bergaduh. Cuma sesekali saja ada orang ketiga cuba menggugat kebahagiaan kami. Tapi Zaki bijak mengawal keadaan. Aku akui, aku sering rasa tergugat kerana Zaki padaku adalah satu mahkluk ciptaan Allah yang hampir sempurna kejadiannya. Tinggi lampai. Bentuk badan sempurna umpama model-model dimajalah. Rambut sentiasa kemas bergaya. Senyum manis yang mampu melunturkan hati setiap gadis yang memandangnya. Sampaikan setiap kali aku berjalan dengannya, pasti ada mata-mata gadis yang memandangku penuh cemburu.

                "Kau ni.. player la. Zaki ni boyfriend kau yang ke berapa ha? Yang ke 7? 8?? Dia tu handsome doh.. Kau tanak bagi kat aku je.." Mimi cuba membuat lawak yang padaku tak berapa nak menghiburkan.

                "Aku bukan player la.. Dah takde jodoh, nak buat macam mana?"

                "..then.. kalau kau bukan player.. Apasal aku tengok kau asik tukar-tukar boyfriend je? Start dari Form 2 lagi kalau tak silap aku, ko dah ada boyfriend. Pastu ko pasang 2 orang. Pastu ko break 2-2, couple lagi dengan orang lain. Dok tukar-tukar sampai sekarang.. Bagi komen sket.."

                "Ala.. Bukan aku suka tukar-tukar boyfriend ni.. Takde yang serasi kot.." Aku cuba membela diri.

                "Kau ni kan.. Aku nampak kau macam tak boleh hidup tanpa lelaki. Paling lama ko single brapa lama? Sehari? 2 hari??"

                "Sebulan ok??" Aku membetulkan ayat Mimi. Tiba-tiba aku terkedu dengan jawapan aku sendiri.

                "Tengok tu.. sebulan je. Lepas tu kau couple lagi.. break. Couple, then break.."

                Aku terdiam. Kalah dengan debat hangat antara aku dan Mimi.

                "Ok..ok.. Kau menang. Tapi kau silap 1 benda. Aku boleh je hidup tanpa lelaki. Aku boleh buktikan kat kau aku tak bergantung hidup sepenuhnya dengan lelaki!"

                "Boleh ke kau? Nanti bulan depan aku nampak kau ada boyfriend lain dah.."

                "Tak.. kali ni aku serious. Kita bet.. 2 tahun! Ok.. 2 tahun, kalau dalam tempoh tu aku ada boyfriend, aku kalah." Tiba-tiba rasa macam ada api berkobar-kobar sedang memarak dijiwaku.

                "No hal.. 2 tahun ok?? Kau kalah belanja aku Pizza.. Lama dah tak makan free ni. Hehe.."

                "Ok.. Kita tengok siapa yang kalah nanti.."

 

..............................................................

 

                Bagiku itu bukan sekadar mainan. Ada sesuatu yang penting yang perlu aku buktikan pada Mimi.. dan pada diriku juga. Aku bukan jenis manusia yang sering lupa pada janji. Aku bukan gadis lemah yang yang terlalu bergantung kepada insan bernama lelaki. Buktinya semakin jelas kini.. Sudah hampir tamat pun tempoh 2 tahun yang dijanjikan dulu..

                Aku lahir tanpa sempat merasai hangat kasih seorang ayah. Aku tak pernah merasa ada tangan kasar yang membelai rambutku atau membantu membangunkanku dari jatuh. Aku ingin rasa ada tubuh sasa yang melindungi aku dari bahaya.

                Pengalaman pertama disayangi lelaki benar-benar mengubah hidupku. Aku jadi ketagih. Aku sentiasa inginkan perhatian. Mungkin itu penyebab utama kenapa aku sentiasa perlukan lelaki untuk disayangi. Tapi mungkin nasib kurang menyebelahiku. Hubungan aku dengan lelaki tak pernah kekal lama.

                Roslan..

                Mungkinkah akan terjadi?

                ..... aku kurang pasti....

               

                 

 

..seterusnya.. (finale)              

 


Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) uhum. konflik hati. hehe.
    kemon. kan dah biasa couple break. haha. selamba la terima. selambaaaa :D bkn soh kaweennnn :p baru nak bertaaruf lebih dekat je :p

    kerana kekurangan kasih ayah, maka ketagih kasih bf. hmmmmmmmmm.
    komen yang lain bagaimana?

    penceritaan and jalan cerita berkembang baik kali ni :)
    good work!

  • (Penulis)
    2) yep..konflik hati tak tak seberapa complicated. dah biasa couple break buat org tu lg berjaga2 dlm hubungan. serik maybe??

    Ketagih kasih BF..hurmm..try tanya hal ni kat anak2 yatim..maybe sket sebanyak ada yg setuju (1 vote dari saya)

    tengs!
  • 3) hehe..*sengih*

    er..jue! nape wat cite syud ni? hahaha..err..tp i xtuko2 bf eh.. susah woo bercinta.. psl ketagih kasih tu...bg syud, kt ley je idup w/out boy n so do boy.. cuma yela..klo ade bf/gf ni..papehal ble ngade2..

    ahaks~~~ ;p

  • (Penulis)
    4) jue?siapa jue ni syud? hehe..

Cerpen-cerpen lain nukilan pinkyunki

Read all stories by pinkyunki