Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Serban Kasih Abah

 

Hari baruku; betapa aku merasakan diri ini suci dari segala dosa. Kaki langit biru berkabus, aku pandang dengan penuh kesyukuran. Nikmat tak terhingga yang dapat aku nikmati untuk nafas kali ini. Meski darah-darah pekat mengalir di tubuhku, bagai beku pulaku rasakan pagi ini. Mungkin nafas kian tersekat, mungkin juga mata ingin terpejam terus. Cuma getar jantung masih tidak henti berdenyut. Tautan doa tak lagi terputus. Laguan zikir kian berlagu tenang; hinggakan air mata bertampuk mengalir dari kolam suam.

Entah dugaan apa yang perlu aku hadapi. Betapa benakku kali ini sengkak dengan segala macam onak duri. Kering rasanya air mata untuk aku titiskan membasahi perit hati. Tak tertanggung rasanya! Mati; meninggalkan dunia dan berlabuh dalam alam fana tanpa penyatuan jasad dan roh seperti selalunya. Mengerikan! Suatu kenyataan yang perlu aku hadapi. Suatu kebesaran yang perlu aku tempuhi. Mengapa aku yang terpilih di kalangan semua umat manusia? Tidaklah aku kuat menerima kenyataan ini, tetapi mengapa aku disandarkan dengan panahan nikmat yang satu ini?

Seharusnya aku bersyukur, tidak ramai manusia yang mengetahui ajalnya. Tapi aku dengan begitu mudah dikhabarkan tentang kenyataan ini. Begitu mudah jalan untuk aku bersedia menghadapi mati. Dan kerana ini, tidak ada tapian untuk aku menafikan bahawa nikmat kesyukuran atas kenyataan ini harus ada. Memang aku mensyukurinya. Tapi, kisah dahulu menghambat gundah di jiwaku. Satu nama terang-terang hadir mengusik emosi terkilanku. Serasa mahu sahaja aku menjerit hingga seisi alam mendengarkan suara kudusku memanggil namanya.

Saiful Bukhari Islam.

Betapa hari ini, aku sangat mengerti perasaannya kala aku pergi menyepi tanpa sebarang berita. Betapa berdosanya aku. Ya Tuhan, andai ada nikmatMu yang satu ini, pertemukan aku dengan lelaki itu. Lelaki yang mengasihi aku sepenuh hatinya. Lelaki yang menyanjung aku selaku seorang wanita, juga lelaki yang mempertahankan aku bila aku lemah. Wahai Tuhan, andai Kau mendengar betah jeritan doaku ini, pertemukan aku dengan dia Ya Allah! Dan lelehan air mata ini mengalir lagi; untuk kesekian kali yang tidak dapat aku kira dengan jari.

Aku menghampiri jendela rongak peninggalan arwah suamiku. Mungkin tidak lama lagi, aku juga akan turut sama menemaninya di alam sana.Kilauan bebintang aku pandang penuh bena. Teringat aku kenangan bersama arwah suamiku dulu, bersama-sama memandang di dada langit walau gelap malam menghias tabir cinta kami.Dan suluhan lampu-lampu kecil sang kelip-kelip bagai sama menikmati sorotan bahagia dari saki baki kasih yang mengalir hangat. Tapi sayangnya, 2 tahun lalu, arwah suamiku pergi meninggalkan aku sepertimana aku pergi meninggalkan Saiful Bukhari Islam. Cuma bezanya, aku masih lagi bernafas tika dan saat ini sedangkan suamiku sudah lewa dalam kuburan yang masih subur dengan talkin dan doa.

Udara sejuk kian menjamah tubuhku. Seekor nyamuk hinggap di lenganku, mencari sesedut dua darah manis dari tubuhku. Namun, tidak lama aku biarkan ia menjamah rezeki yang tak seberapa. Tapak tanganku dengan kasar menampar hingga setiap organ dalamannya terkincit keluar. Darah merah yang dijamah dari tubuhku juga turut sama terpancut dari perut buncitnya. Mungkin campuran darah manusia-manusia lain. Entahkan siapa, aku sendiri tidak tahu. perlahan-lahan, tingkap yang aku ngangakan sebentar tadi, kembali merapat aku tutupkan. Biar deru angin masih bisa mencelus masuk, sekurang-kurangnya beku angin itu tidak sampai menusuk ke tulang sum-sumku ini.

Aku berjalan ke kamar, masih lagi memikirkan tentang Saiful Bukhari Islam. Bagaimanakah harus aku bertemu 4 mata dengannya? Aku malu untuk menghadap sepasang mata bening miliknya. Ada getar yang menjadi benteng buat aku berjumpa dengannya. Bagai ada tali yang mengikat tanjak kaki agar jangan sekali aku melangkah menemuinya. Nama itu entah kesekian kalinya, menari-nari diulit ingatanku hingga terbawa-bawa ke alam mimpiku. Entah bila aku tertidur, aku sendiri kurang pasti. Yang nyata, kala tampuk bunga masih lagi basah dek embun, aku sudah bangkit dari lena. Sesungguhnya, mimpi tadi benar-benar terjadi. Ada manik-manik jernih mengalir di pipiku. Jantungku kian berdebar hebat. Ya Allah, berita apakah yang ingin kau sampaikan pada hambaMu ini Ya Allah? Tanpa sedar, air mataku mengalir lagi. Ingatanku terus-terusan menerjah pada suatu nama yang cukup sempurna; Saiful Bukhari Islam.

"Puas hati kamu? Tu, tubuh tu dah tak bernyawa! Dah tak ada nafas! Sepanjang hayatnya tersiksa. Puas hati kamu sekarang? Buat apa kamu balik lagi? Buat apa?" jerkahan itu terngiang lagi di mindanya. Jutaan kalinya setelah bangkit dari lena. Walau ianya hanya mimpi semata, namun bagai ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. "Ya Allah, bantulah hambamu ini Ya Allah!" Aku berdoa lagi. Sungguh-sungguh, hingga lelah aku menangis  subuh itu. "Cukuplah Ya Allah, kau tariklah nyawaku seorang. Bukan dirinya Ya Allah, bukan Saiful Bukhari Islam, Ya Allah!"

Pagi itu, aku tetapkan qiamku. Aku mahu terus ke rumah agam itu. Aku mahu memohon ampun pada Saiful Bukhari Islam. Aku mahu dia tahu terkilanku. Aku mahu dia ampunkan aku! Aku mahu dia  tahu ajal memanggil aku. Aku mahu dia tahu bahawa aku telahpun menerima hukumanku. Aku kepingin memeluk dirinya. Aku mengharap linang kasihnya. Aku tidak peduli, Apapun halangannya, aku mahu segera sampai ke rumah agam itu. Aku mahu cium tapak kakinya. Aku mahu keampunannya. Biarkan andai sahaja aku ini anjing kurap yang berkeliaran. Aku sanggup dipandang begitu.

Kereta aku parkir agak jauh dari halaman rumah. Ramai manusia bersesak-sesak di dalam rumah itu. Debaran hatiku sudah tidak tentu arah. Mungkinkah segala mimpikukan jadi kenyataan? Ada air mata bersesak di selaput mataku, mengaburi pemandanganku. Entah bila aku mula kehilangan imbangan. Terasa lututku lemah dan aku jatuh terjelepuk. Pengsan.

*****

"Air! Air! Cepat tolong ambilkan air! Ya Allah, kamu ni Suhaila, macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa sampai boleh jatuh pengsan ni? Yang ambilkan air tadi tu siapa? cepatlah sikit! Terhegeh-hegeh." dalam separuh sedar, aku mendengar suara Saiful Bukhari Islam. Terasa bagai ingin sahaja aku melompat memeluk tubuh sasanya.

Seminit kemudian, ada segelas air masak dihulurkan di hadapanku. Saiful Bukhari Islam menyambutnya. Dia membacakan sedikit doa dan selawat ke atas junjungan Rasul sebelum air di dalam gelas itu disuapkan ke ulas bibirku. Betapa terharunya aku kala itu. air mataku menitis lagi.

"Su, kenapa menangis ni? Ya Allah, apa dah jadi ni Su?" aku mendengar keluh kesah Saiful Bukhari Islam. Aku tahu dan sedar pada saat itu, betapa besarnya kasih sayangnya padaku. Aku bersyukur. Dan saat ini kiranya nyawaku di ambil aku bersyukur. Sudah hilang terkilanku. Cumanya, ucapan pengampunan ini yang belum lagi aku luahkan. Satu-satunya ucapan yang menentukan ketenanganku di alam sana. Suatu pernyataan yang menyejukkan aku dari bara akhirat yang menggila.

"Abah, Eli minta ampun. Ampunkan Eli. Biar Eli pergi dengan tenang." aku merayu-rayu bagaikan kanak-kanak yang mahukan gula-gula. Teresak-esak aku menangis.

"Su cakap apa ni, nak? Jangan macam ni nak, jangan buat abah risau. Mengucap, ingat Allah nak."

"Abah, ni Eli... bukan Ela. Ni Eli; Suhaili anak abah. Abah tak kenal Eli ke? Eli datang sini nak minta ampun dari abah. Eli tak bermaksud buat abah sedih dulu. Eli bukan degil. Eli bukan nak tunjuk keras kepala, tapi Eli betul-betul cintakan Ridzuan. Dia cinta Eli abah, Eli bahagia selama hidup bersama dengannya, abah. Tapi, Abang Raidzwan dah pergi, dia meninggal 2 tahun dulu. Eli tinggal sorang-sorang tak ada sesiapa. Abah, Eli minta ampun abah. Eli rasa masa Eli dah sampai Abah. Ampunkan Eli, abah. Ampunkan Eli!"

Suasana bertukar hening. Aku nampak air mata Saiful Bukhari Islam, abahku. Aku nampak wajah-wajah tercengang hadirin yang hadir. Perlahan-lahan, aku dapat rasa abah memangkuku mendekati tubuh sasanya. Aku dapat merasakan pelukan abah. Aku juga dapat merasakan aliran kasih abah yang hangat seperti dulu. perlahan-lahan, aku dengar bisikan abah; "Eli, dah lama abah ampunkan kamu." dan sebaris ucapan itu buat aku terbuai dengan perasaanku. Terima kasih abah! aku menutup mataku, degupan nafasku terhenti.

"Innalillahiwainnailahirajiun..."

*****

Suhaila terpinga-pinga. Orang ramai yang datang untuk meraikan perkahwinannya berwajah muram. Mengapakah? buntu hatinya. ada apa-apa yang tak kena ke? Hatinya bergayut dengan sejuta macam persoalan. Dalam sesak orang ramai, dia mencari sekujur wajah abah. Ada  cebisan tangisan pada wajah abah.

"Abah, kenapa ni?"

Abah hanya diam. Lama abah berkeadaan begitu. Suhaila sudah tidak senang duduk. Soalan yang sama diajukan berkali-kali. selang 15 minit, abah mengangkat wajahnya. Sebaknya sudah tak tertahan. Dipeluknya Suhaila seerat yang mungkin. Tangisannya semakin lebat dan renyai kemudiannya.

"Roh Eli datang masuk badan kamu tadi. Dia datang nak minta maaf. Dia bagitahu dia bahagia dengan arwah suaminya. Dan, dan, dan... dia dah pergi menghadap Ilahi Su. Kakak kamu dah pergi!" Sebak suara abah.

"Innalillahiwainnailahirjiun. Tenang sahaja Suhaila melafazkan sebaris kalimah itu.

Majlis perkahwinan itu berlangsung seadanya. Malam harinya, abah ,mengadakan kenduri doa selamat sempena pemergian arwah Suhaili.

*****

Suhaila tersenyum gembira. Kenangan tentang Suhaili tidak akan mengganggunya lagi. Suhaila teringat susuk tubuh Eli di halaman rumah. Terjelepok lesu. Nasib baik tidak ada orang di situ. Terus sahaja rancangan diatur. Eli dipapah semula ke dalam keretanya dan disorokkan 3 blok dari kawasan blok perumahan mereka. Dia masuk dan berpura-pura pengsan kemudiannya. Sengaja juga dia berlakon bak dirasuk. Sepatutnya Yusuf Haslam memanggilnya berlakon. Memang dia seorang pelakon hebat. Pada Suhaili, sekeping nota ditinggalkan di dalam kereta, terlekat di cermin hadapan; "Jangan datang lagi. Kami tidak mengalukan kamu. Kamu bukan sebahagian dari keluarga ini lagi."

Suhaila tersenyum puas hati.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) Macam masih ada cerita yang belum diselesai. Tentang Suhaila dan Suhaili. ada sambungan ke?
  • 2) Tajuk dengan cerita macam terpisah dengan jalan cerita sebenar. Ending to membawa isi tiba-tiba lari jauh dari tajuk.
  • 3) Eee...jahatnya....
  • 4) dari segi bahasa dan penceritaan:
    wow dayya, semakin baik! sesuai dengan tema (awal2 yg dibawa)

    dari segi idea cerita pun boleh nampak. kudos, berani mencuba sesuatu yg baru. dari segi jalan cerita mungkin sedikit radikal, but that can be improve over time. hehehe.

    and adakah tajuk semata nak mengaburi? hehehe. unsur ironiknya kurang.
  • 5) ending cam keliru sket...
    erm...baca dua kali baru faham..
    sebab suhaila & suhaili cam sama je.. (^,-)
  • 6) tahniah dayya, cerita kamu bgus.jalan ceritanya menarik,lain dari yang lain.cuma ending nya masih tergantung. but still nice (:
  • 7) c'mon dayya, kasi sambung ini cerpen. ada potensi utk dipanjangkan neh...! :D.
  • 8) ouh..mula2 macam blur..baca lg skali baru paham..huhu..part cmne suhaila take over tu kena elaborate lebih sket dayya..

    lagi..haaa..part ni syud konpius sket..camne suhaila tau suhaili tu sakit?? pastu pura2 kunun kembar dia tu dh mati? part ni xlojik sbb tade elaborasi.. dayya kena terangkan dekat perenggan terakhir..

    terpaksa bersetuju dengan pak Penyu..rasanya sesuai kalau bubuh tajuk err...err..hehe

    apepon..I love the starter..tapi part setelah 'Inalillah...' tu sedikit loose.. =)

    I love your wordings! go dayya go!

  • (Penulis)
    9) upenyu: dayya tulis cerita ni saja-saja je. nak try... tapi bila tengah menulis, tiba-tiba idea tiba-tiba berubah. dayya akui memang mula-mula jalan cerita dia macam lain, tapi bila dah sampai tengah tiba-tiba terasa nak tukar jalan cerita. pasal tajuk tu, insyaallah dayya akan try connectkan pada yang ketiga nanti. to say da truth: dayya nak try wat trilogi dis time. =) btw, thanx reading!ur comments help me much...

    teja: tak jahat sangat kot... hopefully teja enjoy part 2 =)

    cahatomic: hehehehhe... sama cam yang dayya terang tuk upenyu. jalan cerita ni berubah dipertengahan jalan. so, alang-alang dayya try nak wat experiment untuk trilogi. insyaallah, dalam part 3 nanti dayya connectkan dengan tajuk balik... =) btw, thanx again 4 da comment... help me much! =)

    ahmad_ayen: hehehhe... keliru erk? nama diorang nak sama sebab diorang ni adik beradik kembar. Hopefully ahmad_ayen enjoy part 2 nanti..... =)

    robot: yup! ceritanya masih tergantung. Hopefully Robot enjoy part 2 and 3 later =) insyaallah...

    _theRain_: thanx! and yurps, dayya nak try wat trilogi. but still under construction. Masih lagi mencuba menyambung cerita. Hope kak su enjoy part 2 and 3 later! =)hehehehe....

    syud: really_really thanx... your comments really helps me to brief some more ideas for next part =) pasal camana Suhaila boleh tahu Suhaili sakit and kunun2 kembar dia mati tu, dayya terangkan dekat part 2... and again, insyaallah dayya try concludekan cerita ni ngan tajuk dia dalam part 3 nanti sebab all da way cerita ni memang dah menyimpang dari cerita asal dia.. hehehhe

    paper pon, thanx pada semua for da comments =)

  • (Penulis)
    10) *kak zu =) hehehhe... kesilapan tak sengaja =P
  • 11) hehehe....btul2...suhaila adlh keji......sian suhaili....wooooo...

    tp tu ah...ending die macam tak kene ngan tajuk citer n citer pasal adik-beradik tu mcm tergantung...

    hehehe....:p
  • 12) dayya.. baru berkesempatan membaca karya kamu.. tahniah, satu eksperimental yang menarik walaupun (orang lain dah cakap so tak payah ulang).
    saya akan baca part2 pulak.. selamat berkarya...

  • (Penulis)
    13) my_ellye: hehehhehe... insya allah, dayya sedang usahakan sambungannaya =)

    shazmiey: hehehe.... tajuknya adalah konklusi bagi cerita ini.. sampai part akhir nanti baru dayya concludekan.. insyaallah... selamat menikmati pembacaan! =)

Cerpen-cerpen lain nukilan dayya

Read all stories by dayya