Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Celoteh Mama (Fragmen Karya)

 

          Mama selak daun pintu. Cahaya lembut suria pagi menjengah masuk ke ruang tamu. Hati mama terasa segar. Sesegar embun pagi yang membasahi kelopak-kelopak bunga di taman kecil di halaman rumah. Kuning muda. Merah garang. Ungu lembut. Merah jambu. Mama panjat kesyukuran. Terlalu banyak nikmat Allah yang telah dianugerahkan keapda Mama sekeluarga.

           Mama tidak pernah lupa. Dalam suasana kegawatan ekonomi seperti sekarang, Mama bersyukur sebab Mama dan Abah telah bersiap-siap dari awal. Deposit untuk rumah teres dua tingkat itu Mama bayar dengan simpanan KWSP yang dikumpul semenjak Mama mula bekerja. Abah pula keluarkan simpanan Abah untuk upah peguam. Waktu itu Mama dan Abah memang berhempas pulas menyediakan wang. Mama dan Abah baru dua tiga tahun bekerja. Simpanan masih sedikit. Tapi Mama dan Abah tidak pernah menyesal. Malah sekarang Mama dan Abah berbangga dengan pilihan membeli rumah walaupun baru setahun berkahwin. Sekarang kawan-kawan Mama ramai yang menggeleng-gelengkan kepala kerana harga rumah sudah berganda-ganda lebih mahal.

           Mama tolak jeriji besi ke tepi. Berkeriut bunyi besi menggelongsor memecah kesunyian pagi. Mama memang tidak pernah manggakan jeriji besi yang dipasang di pintu depan. Abah pun selalu pesan dengan Mama. Jangan sekali-kali mengunci jeriji. Mama juga sentiasa mengingatkan pengasuh anak-anak Mama supaya tidak memenjarakan diri sendiri. Mama ngeri bila teringatkan kes-kes kebakaran yang melibatkan kegagalan pasukan penyelamat kerana jeriji besi di setiap tingkap dan pintu rumah dikunci. Mama selalu terbaca di akhbar yang mangsa-mangsa selalunya terkorban kerana terhidu asap kebakaran bila gagal keluar dari rumah. Mama juga pastikan kunci pintu depan digantungkan di sebelah pintu. Biar semua orang mudah nampak sekiranya kejadian kecemasan berlaku. Tapi Mama sentiasa berdoa Allah lindungi keluarga Mama dari sebarang mala petaka dan kemalangan.

         Sebelum melangkahkan kaki kanan keluar pintu, Mama toleh ke ruang tamu. Nampak gelap dan sunyi. Mama pun memang tahu. Anak-anak Mama masih nyenyak tidur. Maryam masih lagi melayan mimpi indah di kamar Mama. Usia tiga tahun memang memungkin hanya mimpi indah untuk bertamu. Fatihah pula selepas Mama kejutkan untuk menunaikan solat Subuh, pastinya berdengkur semula di bilik yang dikongsi bersama Kakak. Fatihah belajar di sekolah sesi petang. Mama cuba didik Fatihah untuk menjadi hamba Allah yang solehah sejak kecil lagi. Mama panjat kesyukuran. Fatihah telah lancar membaca AL-Qur'an. Setiap selepas solat Maghrib, Fatihah tidak pernah gagal menyelak lembaran-lembaran suci itu. Tidak menyesal Mama apabila Fatihah menitiskan air mata mendengar suara Mama bergema setiap kali Fatihah tersilap membaca kitab Iqrak semasa berumur lima tahun.

          Mama sedar bahawa bila-bila masa Mama dan Abah akan pergi mengadap Illahi. Dan Mama tiada harta bertimbun untuk ditinggalkan untuk anak-anak. Mama yakin seandainya anak-anak Mama berilmu, anak-anak Mama pasti akan selamat di dunia dan akhirat. Mama juga berazam untuk mendidik anak-anak Mama untuk membesar sebagai anak-anak solehah. Mama harap anak-anak Mama yang solehah akan menjadi harta Mama yang tidak akan terputus mengalir mendinginkan Mama walaupun Mama telah berhijrah ke negeri sana.

            Cuma Mama sedikit terkilan kerana terpaksa menyerahkan penjagaan anak-anak Mama di tangan pengasuh semasa Mama keluar bekerja. Namun Mama tiada pilihan lain. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang bila Mama dan anak-anak tinggal berjauhan dengan Abah. Malahan Mama bersyukur kerana kasih sayang Allah, Mama dipertemukan dengan pengasuh yang boleh diharapkan. Memang pada mulanya Mama berbelah bahagi hendak mengupah seorang pengasuh untuk tinggal bersama keluarga Mama. Namun perpindahan Mama dan anak mama yang berumur baru dua bulan untuk tiggal bersama Abah yang telah berpindah kerja ke Daerah M memaksa Mama mengambil tindakan yang Mama sendiri kurang bersetuju dengannya.

             Sehingga sekarang telah dua orang pengasuh bekerja mengasuh anak-anak Mama. Mama pun telah mula mengubah perspektif Mama terhadap pembantu rumah asing. Memang Mama mengaku Mama prejudis terhadap pembantu rumah asing. Terlalu banyak cerita-cerita buruk yang Mama dengar dan lihat. Pembantu rumah warga asing mendera. Pembantu rumah warga asing menculik. Mencuri. Menggoda suami. Macam-macam yang sampai ke pengetahuan Mama. Tapi sekarang Mama sedar. Buruk baik manusia bukan ditentukan oleh pekerjaan dan asal usul. Yang penting kita sebagai majikan harus bijak menjaga kebajikan mereka. Hati Mama berbisik.

            Mama mulakan langkah kanan. Mulut Mama kumat kamit membaca doa. Bismillahi tawakkaltu ala Allah. Dengan Nama Allah, Mama menyerah dan bertawakkal kepada Allah. Biar setiap tindakan Mama pada hari ini dilindungi Allah. Mama buka pintu kereta Waja kelabu asap yang Mama beli dari adik Mama enam bulan yang lalu. Mama periksa cermin sisi. Mama betulkan cermin belakang. Mama pasang tali pinggang keledar. Sebelum menolak gear undur, Mama kumat-kamit lagi membaca doa menaiki kenderaan. Alhamdulillahillazi sakhara lana wa ma kunna lahu muqrinin. Inna ila rabbina lamunqalibun. Mama undur kereta perlahan-lahan. Mama pastikan tiada kereta jiran yang lalu di depan pagar rumah Mama. Apabila kereta Mama telah selamat keluar ke jalan raya, Mama terus masuk gear satu. Kereta Mama bergerak perlahan-lahan. Mama biarkan pintu pagar ternganga. Mama tahu Kakak akan keluar untuk menutup pintu pagar selepas ini.

(Bersambung)

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) tiba2 terigtkan mama ku di malaysia..huhu..tugas mama memg berat..tp crita nie memg menusuk kedalam hati..bgus2.

  • (Penulis)
    2) Risau jugak jalan cerita terlalu mendatar dan membosankan. Saja je nak menggunakan pendekatan bercerita secara terus tanpa unsur dailog untuk memancing pembaca. Tapi sedang berfikir-fikir konflik apa yang nak dimasukkan sebelum peleraian... :).
  • 3) salah satu challenge ialah nak menghasilkan ending yang tak tersangka..gd luck k.

  • (Penulis)
    4) Ya. What a challenge. Ending yang tak tersangka untuk jalan cerita yang begitu mendatar. Hmmm...Anyway, tq untuk cadangan.
  • 5) teringat cite MAMA dalam buku komsas f3 (eh,ye ke f3? *sengih*)

    suka gaya penceritaan ummu..tapikan.. macam ada sesetengah tu tak betul..

    e.g: impanan masih sedikit. Tapi Mama (tapi itu adalah penghubung ayat begitu juga dan, seeloknya kurangkan penggunaan noktah)

    =) all the best utk ending dia..chiok!!!

  • (Penulis)
    6) Masih mencari ilham untuk ending. Tapi buat masa sekarang, Mama akan terus memandu dengan tenang dan berhati-hati untuk memastikan Mama sampai ke destinasi dengan selamat. :)
  • 7) ehm... celoteh mama sampai ke telinga saya... eheheheh... gaya penceritaan yang menarik... kak ummu pandai menyusun kata-kata. Penggayaan bahasanya tidaklah membosankan. kemelut dan perasaan mama dapat disampaikan dengan teliti dan teratur. saya rasa baik kak ummu hantar ke mana2 majalah wanita. kompem boleh publish nih... you go sis!

  • (Penulis)
    8) Akak dalam dilemma sekarang nih. Asal-asal cerita selitkan pengalaman sendiri. Sekarang nak buat ending merapu dah rasa guilty.... :) Akak ingat nak rombak lah watak2 dlm tu... Tu lah akibatnya kalau terlalu attach dengan cerita kita ek...

Cerpen-cerpen lain nukilan ummufatiha

Read all stories by ummufatiha