Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Celoteh Mama - Terakhir (Fragmen Karya)

 

              Mama beristighfar berkali-kali. Mama tarik nafas dalam-dalam. Mama lepaskan nafas keluar perlahan-lahan. Degupan jantung Mama bergerak laju. Nasib baik Mama mematuhi jarak selamat mencukupi semasa mengekori kenderaan bergerak perlahan. Mata Mama menancap ke arah jam yang terletak di dashboard di hadapan Mama. Angka tujuh tiga puluh berwarna merah terang terpapar. Masih awal, bibir Mama mengucapkan syukur perlahan. Kenderaan di jalan raya mula bergerak semula namun masih amat perlahan. Tangan dan kaki Mama bergerak dengan cekap mengendalikan kereta seiring dengan tumpuan mata dan perhatian Mama. Kelalaian yang kecil pun mampu mengundang bencana.

             Mata Mama melirik lagi ke arah jam. Angka telah bertukar kepada tujuh empat puluh lima. Kenderaan bergerak kian lancar.  Beberapa rantai di hadapan, dua buah kereta tersadai di pinggir sebelah kanan. Seorang wanita dan seorang lelaki sedang berbalas-balas bicara. Wajah mereka tegang. Beberapa orang lain yang sedang berdiri berdekatan kelihatan sedang sebok berbincang di telefon. Tidak jauh dari situ, sebuah tasik buatan yang masih sunyi memantulkan sisik-sisik kecil berwarna keemasan menenangkan hati Mama yang bergalau dek kesesakan yang tidak dijangka.

          Dua hari lepas, semasa melewati kawasan yang sama, perjalanan Mama juga terhalang seperti hari ini. Dua buah kereta polis yang tersadai berhampiran dengan trak kecil polis berwarna biru mencuri perhatian Mama. Tiga orang lelaki berpakaian seragam biru sedang memerhati kawasan tasik sambil tangan mereka sibuk mencatat sesuatu. Dua orang lagi sedang memerhati kepada bungkusan plastik hitam yang berada di belakang trak. Seorang polis trafik menggawang-gawangkan kedua-dua belah tangannya untuk memastikan semua kenderaan meneruskan perjalanan tanpa mengganggu lalu lintas.

            Sejurus melepasi kawasan tasik, kereta Mama meluncur menuju ke kawasan bandar. Namun ingatan Mama masih tertinggal di tepi tasik. Masih terjenguk-jenguk mengintai belakang trak polis yang memuatkan bungkusan plastik hitam itu. Sesampai sahaja di tempat letak kereta di bangunan Sumber Alam, Mama bergegas menuju ke arah pejabat Mama yang terletak di tingkat dua. Bayangan di tepi tasik semakin mengabur. Sekarang Mama perlu memastikan kad perakam waktu Mama ditebuk sebelum pukul lapan pagi. Sebagai seorang penyelia, Mama sedar Mama harus memberi contoh yang baik kepada rakan sepejabat Mama yang lain.

             Tiba sahaja di ruang utama pejabat yang menempatkan mesin perakam waktu, tangan kanan Mama segera mencapai kad yang menunjukkan nama Mama. Dengan satu sisipan, angka tujuh lima puluh lapan terakam di situ. Mama melepas nafas lega. Semasa menghidupkan komputer di meja kerja, untuk kesekian kalinya Mama menyulam syukur. Perjalanan hidup Mama pada pagi itu telah dilalui dengan selamat. Namun, masih banyak lagi perjalanan yang bakal Mama lalui bersama anak-anak Mama yang Mama belum pasti apakah kesudahannya.

              Sebaris ayat terpampang di muka depan akhbar yang terhidang di atas meja Mama menghiris-hiris kalbu Mama."Seorang remaja ditahan untuk membantu siasatan penemuan mayat bayi di taman rekreasi semalam."

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) dah habis ke?rasanya macam byk lg celoteh mama yang nak di baca..hehe..anyway..suka citer nie

  • (Penulis)
    2) Lebih afdhal berhenti masa masih ada yang nak membacanya.. :) Kalau orang dah tak larat baca baru nak buat penamat, tak dpt rasa nikmat dah... Tak pa.. Banyak lagi celoteh Mama akan muncul selagi masih ada telinga yang sanggup nak mendengar bebelannya... :)
  • 3) oh yg gitu-gitu tu gawang-gawang eh nama dia? baru saya tahu! hehehe.

    huu. remaja zaman sekarang ni. membunuh pun dah tiada takut lagi :(

  • (Penulis)
    4) Akak rasa lah kot. Akak tak sempat semak kamus lah. Ikut gerak hati jer. Nanti akak kompem baliklah... :). Kerap sangat terbaca berita2 macam ni dalam akhbar. Memang rasa tak sanggup nak terima hakikat kekejaman macam nih..
  • 5) eh,tu je? laaa....

    ingatkan apela..hehe..I think ummu can improve cerita ni supaya 'ada cerita' dan bukan sekadar celoteh mengenai perjalanan pemanduan seorang mama..huhu

    apepun, ejaan kalau boleh ummu jaga ek sbb syud tgk ummu tak guna 'broken'. e.g: sebok - sepatutnya sibuk kan? sekadar menegur~~~ =)

  • (Penulis)
    6) No wonder saya rasa macam ada yang tak kena je dengan perkataan "sebok" tu. Sure waktu tu blind spot saya sedang mengawal kot (sekadar alasan) :).
    hmmm... Tu yang saya bagi tajuk celoteh mama. Dari luaran memang sekadar pemanduan seorang mama. Tapi yang tersirat adalah cabaran2 yang dihadapi mama dalam kehidupannya. Anyway, tq for the comment. Karya yang telah siap dihasilkan adalah hak penuh pembacanya. Bukan lagi penulis. Teruskan mengulas usaha saya ya. Bak kata pepatah, emas hanya akan terhasil akibat tekanan bumi yang kuat. :)
  • 7) Oh, dah abis dah. Kenapa Ummu tak satukan je fragment2 ni dalam satu post? Penulisan yang macam ni slalu jumpa dalam ruangan cerpen di surat khabar. Pernah dengar tajuk ni "daun maple berguguran di Pert" di dada akbar? cerpen tu macam nilah. Baca sekali imbas memang tak menarik, sebab plot sikit..abis je baca mesti akan kata 'menyesalnya baca..'...sebenarnya ini adalah satu stail penulisan. Banyak berceloteh, yang sebenarnya menyampaikan mesej/nasihat yang tersirat (menyuruh kita berfikir apa yang disampaikan).

    Biasanya orang menyampaikan pandangan/nasihat dalam bentuk rencana/artikle kan? Penyampaian dalam bentuk cerita juga salah satu cara untuk menyampaikannya. Walau dalam berceloteh, mampu buat kita berfikir. Cerita macam ni memang memboringkan bagi peminat cerita fantasi/fiksyen, tapi sesuatu yang menarik bagi yang sukakan motivasi. :)

  • (Penulis)
    8) Akak buat cerpen memang tak boleh sekali duduk. Kalau tunggu sekali duduk, memang tak siap citer dia. Sebab tu akak prefer buat sajak. Akak eram2 dalam minda, bila ada kesempatan, sekali duduk terus siap, akak publish terus. Kalau cerpen, akak kena buat ikut fragmen setakat mana akak ada masa, publish terus. Almaklum, banyak sangat senarai tugas nak kena penuhi setiap hari; kerja rasmi, kerja tak rasmi, kerja buat2 rasmi, kerja kuliah bla bla bla.
  • 9) best la... =)

  • (Penulis)
    10) Sekadar celoteh seorang mama. Harap tak memekakkan telinga pembaca... :)

Cerpen-cerpen lain nukilan ummufatiha

Read all stories by ummufatiha