Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lewat Musim Itu - Episod 2

  • 18
  • rain
  • 16 years ago
  • 3,426
  • FREE

 

Ayu Kamalia sudah lama menjadi penghuni hatinya. Baginya gadis itu mempunyai segala-galanya. Dia cantik, bijak dan lembut. Kiranya semua ciri yang dia idamkan ada pada Ayu. Namun, bukan semua itu yang menjadi tunjang utama hatinya melekat pada gadis itu. Jika hendak dibandingkan, dia telah melihat lambakan gadis yang jauh lebih cantik dari Ayu, lebih bergaya dan lebih bergetah. Sayangnya, gadis lain tidak mempunyai keunikan yang ada pada Ayu, dan kerana ciri yang satu itulah, dia telah menjadi seorang pemburu- Pemburu cinta si gadis yang unik.

 

 

Sememangnya Reeza harus bersyukur dengan segala anugerah dan kelebihan yang dikurniakan untuknya. Rasanya tidak ada satu kekurangan pun yang boleh mensusutkan nilai kehebatan Reeza di mata sesiapa sahaja.Dia tampan, berkulit cerah serta dibekalkan dengan ketinggian dan susuk seorang model. Ramai yang memberitahu Reeza, bahawa lekuk di dagunya itulah yang telah menjadikan senyumannya maha indah, cukup untuk menyebabkan mana-mana gadis menoleh untuk memandangnya, entah untuk kali ke berapa.  

 

 

Kehebatan Reeza bukan pada parasnya sahaja, dia dikurniakn dengan otak yang genius, sehinggalah melayakkan dia menjadi salah seorang pelajar cemerlang di dalam bidang perubatan .Kini dia sudah berada di tahun terakhir dan bakal menamatkan pelajarannya tidak lama lagi. Kesempurnaan Reeza menjadi lengkap apabila dia berjaya menakluki sekeping hati milik Ayu. Itupun selepas dia terpaksa bersusah payah dengan pelbagai cara yang kadang- kadang tidak masuk akal untuk dilakukan oleh seorang lelaki sempurna sepertinya. Semua itu sudah cukup untuk membuktikan betapa pentingnya kewujudan Ayu di dalam hidupnya.

 

 

Namun semua keindahan dan kebahagiaan itu telah direnggut dengan berita yang disampaikan Ayu. Perbualanya dengan Ayu senja tadi bermain-bermain di kotak fikirannya, jelas satu persatu seperti dia sedang menonton sebuah tayangan video.

 

 

“Ayu dah confirm mengandung Reez”, Ayu guna alat ujian kehamilan dan keputusannya positif!!!”. Kali ini empangan air mata Ayu benar- benar sudah pecah, mengalir laju tanpa berusaha untuk menghentikannya. Sungguh dia tidak pernah setakut ini sepanjang hidupnya.

 

 

Reeza sendiri bingung hendak mengawal keadaan, sedangkan dia sendiri pun terasa ingin pitam saat itu juga.Gulp!! air liur yang ditelan terasa seperti menelan pasir, kesat dan payah. Hanya Tuhan yang tahu betapa hebatnya Tsunami yang melanda hati dan fikirannya ketika itu. Namun, melihatkan sendu Ayu yang semakin menjadi-jadi, dia bingkas bangun dari kerusinya, diletakkan not seratus ringgit di atas meja, lalu ditariknya tangan Ayu keluar dari restoran itu.  Reeza tidak mahu tingkah mereka menjadi sebuah sandiwara untuk tayangan umum kepada pelanggan-pelanggan di situ.

 

 

Kereta BMW hitam likat itu dipecut laju, sedangkan Reeza sendiri tidak tahu kemana arah yang hendak dituju. Di sebelahnya, Ayu masih lagi menangis, walaupun dia tidak mengongoi seperti anak kecil, tangisan Ayu sudah cukup untuk menyiat hatinya. Bukannya dia tidak ingin menenangkan Ayu, tetapi dia sendiri sedang berlawan dengan perasaanya sendiri, memujuk hatinya agak tidak terlalu dibawa emosi.Otakknya ligat berfikir, mencari jalan penyelesaian yang buntu. Berkali-kali rambutnya dikuak kebelakang, berusaha untuk mengurangkan kerisauan yang sudah pun menemui titik maksima.

 

 

“Buang saja bayi itu”. Tiba-tiba saja Reeza mula bersuara, dia sendiri tidak sedar waktu bila bibirnya lancar sahaja memberi arahan.

 

 

“What”??? Sungguh Ayu tak sangka yang Reeza sanggup berfikir sejangkau itu.

 

 

I said, just get rid of the baby”. Kali ini nada Reeza sudah mula bertukar tegas, entah mengapa dia merasakan itu sajalah jalan yang terbaik untuk mereka.

 

 

“Reez, you are a doctor, sepatutnya youlah yang paling benci pada abortion!!.Sungguh, saat itu hilang semua keinginan Ayu untuk menangis, diganti dengan rasa takut dan kecewa dengan keputusan Reeza. No, it cannot be. Dia mesti memujuk Reeza untuk berkahwin  dengannya. “Kita nikah saja Reez!! Lagipun, Kita kan dah bertunang,”

 

 

“Kalaulah I ni memang dah sah seorang doctor, sudah tentu I tidak akan teragak-agak untuk mengahwini you.But, I ada masa setahun lagi untuk menghabiskan pengajian, Kalaulah penaja I dapat tahu, harus biasiswa I kena tarik balik and that’s will be the end of my career. One more thing, I tak sanggup nak mengecewakan Papa dan Mama yang benar-benar mengharapkan I. Ayu pun faham kan, I am the only son in my family”.

 

 

Pujuk Reeza itu secebis pun tidak sampai ke hati Ayu, yang dia tahu sekarang, dia benar-benar kecewa. Sungguh tidak disangka, Reeza hanya mementingkan diri sendiri.Saat ini dia menangis lagi, menangis kerana kebodohan dan ketololannya.Dia tidak sepatutnya mencintai Reeza dan yang lebih penting, dia tidak seharusnya begitu rapuh menyerahkan dirinya untuk dilunyaikan Reeza.

 

 

Melihatkan Ayu yang berdiam diri, Reeza menganggap mungkin gadis itu sudah bersetuju dengan cadangannya, “Ayu jangan risau, "D&C" hanya akan mengambil masa kurang dari empat jam sahaja, Ayu akan dibius dan sedikit pun tak terasa sakitnya, selepas itu semua masalah kita akan selesai, kita mulakan hidup baru dan percayalah, Reez tak akan sesekali mempersiakan Ayu”. Reeza tersenyum dan menggenggam lembut tangan Ayu.

 

 

Ayu segera menarik tangannya, diketap bibirnya menahan rasa marah dan mual dengan sikap Reeza, dadanya berombak kencang dek tujahan perasaan yang cukup memeritkan, kalau bukan di atas kereta,sudah lama ditamparnya pipi lelaki yang selama ini menjadi pujaan hatinya.

 

 

“Semua yang you buat, hanya untuk menjaga kepentingan you Reez .You never care about me. Sepatutnya you kena ingat, dalam masa 6 bulan lagi I akan berlepas ke Melbourne.Tapi kalau dah macam ni takdirnya, I sanggup tak buat master, yang penting, janganlah kita ulangi kesilapan untuk kali kedua sayang”.

 

 

“Sebab tue I  kata, abortion merupakan jalan yang terbaik untuk kita”.

 

 

You tak takut dosa ke Reez”? Kita dah buat dosa besar dengan berzina, dan sekarang you nak I membunuh pulak”!!!

 

This is the last Ayu, Reez pohon, kalaulah Ayu benar-benar sayangkan Reez, please, gugurkan saja kandungan itu”!

 

 

“Mintalah pengorbanan apa pun Reez, akan Ayu tunaikan, tapi bukan yang satu ini. Ayu memang cintakan Reez, tapi Ayu lebih takutkan Tuhan, baby ini tak bersalah, dia layak untuk hidup sayang. Tolonglah Reez, kasihankanlah Ayu dan bayi kita ini”. Suara Ayu kedengaran lirih sekali, tetapi kali ini Reeza benar-benar nekad dengan keputusannya.

 

 

“Then, kalau itu pilihan Ayu, Reez tak boleh nak halang, Ayu boleh teruskan life Ayu bersama baby itu, but you have to go on without me”. Ada getar pada suara Reeza, kedengarannya payah sekali. Namun, Ayu sudah tidak berdaya untuk mentafsir apakah maksud di sebalik getaran itu.

 

 

“You memang kejam Reez” !! Sendu Ayu semakin menjadi-jadi, Ayu menangis sepuas hati, kecewa sungguh dia kerana kekasih hati sanggup memperlakukannya serendah ini. Dipukulnya bahu Reeza berkali-kali, tapi sedikit pun kesedihannya tidak berkurangan. “Selama nie Ayu yakin dengan cinta Reez, Ayu bangga dengan kasih Reez, tapi  Reez tak sanggup berkorban untuk kebahagian kita, Reez buang Ayu macam sampah”.

 

 

“Jangan fikir begitu Ayu, sumpah! Demi Tuhan! Reez cintakan ayu sepenuh hati, Ayu cinta pertama Reez, tapi Reez juga tak sanggup nak mengorbankan kerjaya dan masa depan”, Ayu juga tahu macam mana keadaan mama bukan, dia boleh kena serangan jantung kalau dapat tahu tentang hal nie.

“Cukuplah mencipta alasan Reez,  sekarang Ayu tanya buat terakhir kali, Reez pilih Ayu, atau Reez buang Ayu”? Lama Reez terdiam, sungguh dia tidak mampu memilih. Dia terlalu cintakan Ayu, dan juga terlalu sayangkan kerjayanya. Adakah cintanya sedang diuji saat ini.Kalaulah benar ini sebuah ujian, dia dapat merasakan bahawa dia akan gagal sebentar lagi.

 

 

“Apa keputusan you Reez”?

 

 

“Maafkan I sayang, rasanya Ayu mengertikan”? Berderai air mata Reeza sewaktu melafazkan kalimat itu.  Sememangnya hanya tuhan yang tahu perasaan Reeza di saat itu. Tidak pernah terlintas di hatinya untuk melepaskan Ayu, malah dia selalu membayangkan betapa gelapnya  hidup dia tanpa kehadiran Ayu. Tapi kali ini dia benar-benar tidak punyai pilihan.

 

 

Ayu terpempan, rasanya seperti bermimpi, mudah sungguh Reez meninggalkanya, dan saat itu juga dia menyuruh Reez memberhentikan kereta, biarlah dia pulang dengan teksi sahaja. Rasanya tak mampu lagi dia hendak memandang wajah lelaki itu, lelaki yang telah merosakkannya, dihadiahkan pula dengan benih yang semakin bercambah, dan akhirnya, dia ditinggalkan bersama bebanan dan kesengsaraan yang tidak tertanggung.

 

 

Reez mengikut sahaja kehendak Ayu, hilang segala upayanya untuk menghalang ataupun bersuara. Diberhentikannya kereta di bahu jalan. Sebaik sahaja kereta berhenti, Ayu terus membuka pintu, tetapi sempat dia berpaling kearah Reeza.

 

 

“Encik Haris Reeza, mungkin ini adalah pertemuan kita yang terakhir, jadi I harap selepas ini janganlah you permainkan perasaan gadis lain lagi. Sebab I risau, suatu hari nanti you pula yang akan merasakan yang sama. Tentang kandungan ini, tak perlulah you nak risau. Tahulah apa I nak buat dan yang pastinya, I tak akan libatkan you. Have a good life, jadilah seorang doktor yang baik dan selamat tinggal Reez.

 

 

Tanpa memandang wajah Reeza, Ayu terus melangkah pergi, sungguh tak disangka, mahal sungguh harga yang harus dibayar kerana sebuah kesilapan. Reeza sendiri kecewa, tidak diduga percintaannya dengan Ayu akan berakhir setragis ini. Bukannya dia tak hendak menghalang, tetapi semua bicaranya hanya terlekat di kerongkong. Dirasakan berat sekali tuduhan Ayu terhadapnya.

 

 

Ayu, jangan pergi ..

Reez tak boleh tak ada Ayu..

Reez cintakan Ayu..

Maafkan Reez sayang..

 

Tetapi semua itu hanya berada difikiran Reeza, dia tak mampu hendak meluahkan semua rasa hati itu. Reeza sendiri tidak sedar berapa lama dia duduk termenung di dalam kereta, yang pasti apabila dia berpaling, bayangan Ayu sudah tidak kelihatan lagi.

 

 

Bersambung..

 

Glosari

 

("D&C") = Dilation and Curettage, salah satu teknik pengguguran. Selalunya dilakukan keatas kandungan berusia antara satu hingga tiga bulan.

C");

 

 

 

 

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) sebuah kesilapan?

    err..dh wat byk kali ley kire sebuah ke?

    adoiii manusia~~ kamu ni mmg~
  • 2) pehhhh rain! ini adalah mantap!!! cayalah!!!! more pleaseee.... oooo selama ni menyembunyikan talent yer? cis ciss.. tot tengok rain ni tot.. dia kata x reti menulis konon? cis cis dia tipu kita tot.. :p
  • 3) cis Reez!!!!!!!!

  • (Penulis)
    4) syud= sebuah kesilapan tue dia refer kepada ketelanjurannya dia reeza, anyway thnks yer for reading, appreciate it a lot

    Njay= mana ada mantap, byk lg nak kena baiki, anyway, thanks sebab slalu support I..hehe

    itot= tue lar tot, teruk kan reeza tue..hehe
  • 5) Teruskan hingga ke akhir... I'm still reading... :)

  • (Penulis)
    6) thanks kak ummu..ini adalah satu cabaran bg saya yang hanya tahu membaca, tp xpernah cuba untuk menulis..hehe..
  • 7) menarik...xsabar nk tau ending cite ni...
    teruskan usaha...
    gud luck...

  • (Penulis)
    8) pinkygul=hehe..trimas untuk pujian itu
  • 9) hmmm. konflik yang dihasilkan agak challenging. kudos to akak yg ngaku beginner sebab buat cerita camni. (nia bila mau try? :p)

    penceritaan ada kecenderungan meleret dan klise, but tak kisah la tu. makin banyak menulis akan makin ok. masa part 1 tu, mcm nak kata dia bkn risau pasal period x sampai, tapi dia risau dia hamil tu .. cam IMO tak perlu, sbb agak well known kut apa maksud period lambat tu.

    sokay rain! teruskan menulis. kipidap!

  • (Penulis)
    10) caha= trimas,i will improve..
  • 11) Rain...sgt best!!!Mmg xsangka kamu dapt menulis sebegini mantap. Sgt suka dgn ini cerita.

  • (Penulis)
    12) trimas c_little..hehehe..inilah berkat lakonan selama nih..
  • 13) hohoho...new member ni...bgs nye tulisan awak.. sy membaca ngan penuh kusyuk.. hahhaa..

  • (Penulis)
    14) Anisah= thanks, keep on reading k.
  • 15) tak sabar nak tunggu ending dan tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi pada ayu dan reeza

  • (Penulis)
    16) zawina= hehe..sabar yer..dalam proses..
  • 17) =) nice2.... reez? kalau sayang tak sentuh sampai dah halal taw! =)

  • (Penulis)
    18) thanks dayya..keep on reading k.

Cerpen-cerpen lain nukilan rain

Read all stories by rain