Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Pak Pandir dan Bunga

  • 8
  • madiah
  • 16 years ago
  • 14,024
  • FREE

 

Pak Pandir dan Bunga

( madiah)

            Pada suatu hari, Pak Pandir dan Mak Andeh telah berpindah ke rumah baru mereka. Mereka telah memperoleh rumah yang lebih besar dan cantik berbanding rumah lama mereka yang kian roboh dimakan dek anai-anai. Mereka sangat gembira dengan rumah baru mereka. Mak andeh tidak sabar-sabar untuk menceriakan rumah barunya itu di samping mengalihkan barang-barang mereka ke rumah itu.

            Setelah selasai mengalihkan barang-barang ke dalam rumah, Mak Andeh beralih pula melihat kawasan sekitar luar rumahnya. Disebabkan mereka mempunyai kawasan halaman yang cukup luas, Mak Andeh menyimpan hasrat untuk menanam pelbagai jenis pokok bunga di sekitarnya.

            “ Tentu rumah ini lebih berseri jika aku menanam pelbagai jenis pokok bunga yang berwarna-warni di sini,” fikir Mak Andeh.

            Tanpa melengahkan masa lagi, Mak Andeh terus memanggil suaminya, Pak Pandir.

            “ Pak Pandir, saya ada cadangan. Saya nak tanam pokok bunga di halaman rumah kita ini. Awak setuju tak ?,” tanya Mak Andeh.

            Boleh juga. Nanti, bertambah cantiklah rumah kita. Hurmmm…Jadi, awak nak suruh saya buat apa ni?,” tanya Pak pandir.

            “ Saya nak suruh awak ke pekan. Awak carilah apa-apa bunga yang cantik, banyak warna dan boleh hidup lama. Ni duitnya,” kata Mak Andeh lalu menghulurkan wang sebanyak RM10.

            Kemudian, Pak Pandir mengayuh basikal buruknya ke pekan. Kebetulan pula pada hari itu ada pasar Tani di tempat yang sama. Pak Pandir pun menghampiri gerai yang menjual pokok-pokok bunga itu. Dia tertarik melihat banyak jenis bunga yang berwarna-warni yang dijual di dalam pasu dan juga plastik tanah yang berwarna hitam dan berlubang-lubang itu. Lalu Pak Pandir pun bertanya kepada penjual bunga itu.

            “ Adik, pokok-pokok bunga ini dijual berapa ringgit satu?” tanya Pak Pandir.

            “ Ooo.. Yanh ini harganya RM10 satu pasu. Cuba tengok bunganya memang cantik. Belilah bang,” tawar penjual itu kepada Pak Pandir.

            Mendengarkan harganya RM10, Pak Pandir mula terfikir. “ Sudahlah mak Andeh bagi RM10 tetapi dia ininkan bunga yang cantik dan banyak warna, kemudian boleh hidup lama. Tapi, bunga yang ini hanya ada satu warna sahaja. Tentu Mak Andeh marah nanti. Tapi, manalah tahu pokok ini boleh hidup lama”, fikir Pak Pandir.

            “ Adik, pokok ni boleh hidup lama tak?” tanya Pak Pandir kepada penjual bunga itu lagi.

            “ Ooo…Semua pokok boleh hidup lama kalau kita pandai menjaganya, letak di tempat yang betul dan rajin menyiramnya,”jawab penjual itu.

            “ Ishh..Macam nak menjaga orang pula lagaknya. Sudahlah harganya mahal, Cuma ada satu warna sahaja pula tu,” kata Pak Pandir di dalam hati.

            Kemudian pak Pandir berlalu dari situ menuju ke kedai-kedai lain di pekan itu. Tiba-tiba dia ternampak banyak bunga-bunga yang cantik dan berwarna-warni. Bunga itu boleh hidup tanpa matahari dan tanah. Pemilik kedai itu boleh menggantung bunga itu di dinding. Mak Andeh pasti suka yang ini,” fikir Pak Pandir.

            Sedang Pak Pandir melihat bunga-bunga itu, pemilik kedai itu mendekatinya.

            “ Ya, encik. Encik nak beli bunga-bunga hiasankah? Bunga-bunga yang cantik ini murah sahaja. Dengan RM10, encik boleh dapat 5 tangkai. Encik pilihlah,” tawar gadis itu.

            “Wow, yang ini harganya lebih murah berbanding kedai tadi. Yang ini lbh cantik, berwarna-warni dan mudah dijaga. Tengok sajalah pemilik gerai ini meletakkan bunga-bunga ini di dalam pasu tanpa air dan tanah. Boleh juga diletakkan di atas meja dan di dinding sekalipun,” fikir  Pak Pandir.

            Pak Pandir bertanya kepada penjual itu, “ Cik, bunga-bunga ini boleh hidup lamakah?”

            Gadis itu kebingungan dengan prtanyaan Pak Pandir itu. “ Tidak tahukah dia yang kedai ini menjual bunga-bunga hiasan dalam rumah saja, bukannya bunga hidup. Mungkin dia salah sebut ni kot,” kata gadis itu di dalam hati.

            “ Hurmm.. Iya, encik. Bunga-bunga ini boleh tahan lama. Bertahun-tahun pun boleh tahan lagi,” jawab gadis itu.

            “ Ha, kalau macam tu baguslah. Saya nak beli RM10 yang bunganya berwarna-warni,” kata Pak Pandir.

            “ Baik, encik,” kata gadis itu lalu memasukkan bunga-bunga itu ke dalam plastik lalu dihulurkan kepada Pak Pandir.

            Pak Pandir balik dengan riangnya kerana dapat membeli bunga yang diinginkan oleh Mak Andeh. Sesampainya di rumah,

            “ Mak Andeh, oh Mak andeh. Saya dah balik ni. Saya dah belikan bunga yangn awak nak tu,” jerit Pak Pandir di luar pintu rumah.

            Mendengarkan suara Pak Pandir, mak Andeh dengan segera berlari keluar di pintu rumah. Dia tak sabar lagi untuk menghias halaman rumahnya dengan bunga yang cantik-cantik.

            “ Mana bunga yang awak belikan tu?” tanya Mak Andeh kepada pak pandir kerana dia tidak nampak akan bunga itu.

            Pak pandir menunjukkan bungkusan yang mengandungi bunga itu yang disorokkan di belakang badannya tadi. Tiba-tiba, air muka Mak andeh berubah menjadi merah se[erti orang yang menahan marah. Pak Pandir kebingungan kerana sepatutnya Mak Andeh gembira dengan bunga yang telah dia belikan itu.

            “ Pak Pandir!!! Ini bunga plastik. Bukan bunga hidup. Mana ada orang tanam bunga plastik kat halaman rumah. Awak ni memang nak kena ni!!!” jerit Mak Andeh lalu memegang kayu mengejar Pak pandir keliling rumah.

TAMAT

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Jenaka

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) menulis lagi madiah. :)
  • 2) hehehe. pak pandir dalam versi terbaru :)
    keep on writing madiah!
  • 3) klaka tp cm dh biase bace je but trus kn usaha anda..
    cayo' madiah..

  • (Penulis)
    4) sori ye u all..mady bz ckit dlm brape bln ni..cite ni mady create sndri time tlng mak tnam pkok bunga. kbtuln adk mady yg kcik skali cucukkn bunga plastik pd pkok yg sma.so,dpat r idea 2..mady ade create cite lg but lum smpat nk taip..tnggu..
  • 5) dah agak dah bunga plastik last2 yg dibelinya..klo dh sengal cmtu ah..hu hu
  • 6) all the best
  • 7) hehehe... nice =)
  • 8) bagus....

Cerpen-cerpen lain nukilan madiah

Read all stories by madiah