Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

peristiwa mengandung

 

  "Betul ke bidan mak itam dah meninggal?". Tanya syahid yang sedang melopong termenung di tangga rumahnya.

 Kedatangan kawannya , rahman , secara mengejut tersebut bukan membawa perkabaran gembira, sebaliknya perkabaran yang benar-benar membawa dirinya termenung dan bermuram durja.
 "Betul sya, dah meninggal, kemarin petang orang jumpa mayat dia tersangkut kat tepi sungai rumah dia tu, dengar perkabaran orang kampong, dia lemas. Mungkin dah  cara ajal dia macam tu." Jelas rahman.

 "Tak pelah sya, terima kasih. Nampak gayanye bini aku kenelah balik semule ke Bandar. Tak meraselah bini aku nak berbidan cara kampung." Keluhan dari mulut syahid jelas kedengaran.

 "Baguslah kat Bandar tu lagi sya, peralatan dah moden." Kata bidasan daripada rahman, baginya peralatan canggih lebih bagus daripada kaedah tradisional kerana sesetengah kaedah tradisional banyak mengamalkan unsur-unsur kurafat, tetapi bukan semua yang mengamalkan ajaran sebegitu.  

 Tidak lama kemudian, rahman meminta diri untuk pulang ke rumah. Syahid yang masih duduk di hadapan pintu sedang berfikir cara untuk memberitahu isterinya tentang kematian bidan mak itam. Dua hari sebelum bidan mak itam meninggal, syahid dan isterinya datang ke rumah bidan mak itam . kunjungan mereka untuk meminta bantuan mak itam segera di penuhi oleh bidan mak itam. Ketika kunjungan itu juga bidan mak itam telah memeriksa perut isteri syahid iaitu salmah.

" Syahid, bini kamu ni dah nak bersalin ni. Dua tiga hari lagi keluar la budak ni, Anak lelaki". Perlahan tangan bidan mak itam mengosok perut melabu salmah. Syahid tersenyum sambil memerhati wajah bidan mak itam yang meneyeh sirih pinang ke dalam mulutnya, rambutnya yang memutih bercampur hitam dan sekeliling matanya di litupi oleh likaran gelap bawah mata langsung tidak menakutkan syahid. Rupa tersebut lebih mengingatkan kepada rupa ibu si tanggang.

 

"Abang, masuklah. Dah pukul 10 malam ni. Tak elok duduk kat depan rumah tu". Tegur isteri syahid seperti mak buyung. Salmah memegang pinggangnya sambil berlalu menuju ke kerusi panjang menghadap televisyen. Syahid yang tersentak hanya berdiri dan membetulakn kain pelekatnya dan menutup pintu rumah pusaka ibunya. Kunci sorong, bahagian di atas di kunci dan di bawah di kunci juga. Perlahan syahid melangkah dan duduk di tepi isterinya, di perhatikan isterinya yang leka mengunyah buah manggis, akibat pembawaan budak.

"Imah, abang nak cakap sesuatu ni". Isterinya hanya mengangguk dan terus menghisap dan mengulum buah manggis yang sememangnya masam dan manis tersebut.

" Kalau abang cakap imah jangan tekejut tau, kita kena balik ke KL semula esok". Salmah berhenti mengulum dan menguyah.

"Kan kita dah janji dengan bidan mak itam supaya dia bidankan imah. Imah takutlah nak bersalin kat hospital. Nanti nak operation lagi. " Jelas salmah yang kelihatan risau.

" Bukan abang tak nak, bidan mak itam dah meninggal pagi tadi". Jelas syahid yang cuba memujuk isterinya. Isterinya terdiam .

 

 

 

  Syahid tiba ke kuala Lumpur tepat pada jam 8.00 malam. Dan dia sempat menolong dan melihat upacara pengebumian bidan mak itam.  Isterinya sejak semalam menjadi pendiam dan pemarah dan kadang kala isterinya seperti mengutuk-gutuk dan bercakap seorang diri. Syahid tidak melayan kerenah isterinya, dia hanya mendiamkan diri dan baginya mungkin isterinya sedang memprotes dengan apa yang terjadi. Syahid perlahan mengetuk rumah mentuanya dan memberi salam. Setelah pintu di buka ayah mentuanya menjadi terkejut dan bertanyakan hal yang terjadi, mengapa mereka pulang awal . Salmah tiba-tiba menjadi marah dan terus melanggar ayahnya dan terus masuk ke dalam rumah, selalunya isterinya akan menghormati orang tua tetapi kali ini perangai isterinya berlainan benar . Ayah salmah hanya menggeleng dan mengandaikan anak perempuannya itu  terkilan kerana tidak dapat melahirkan dengan cara perbidanan ataupun mungkin pembawaan budak. Syahid segera meminta maaf.

 Pada malamnya rumah mentua syahid menjadi sunyi, rumah banglo besar ini di diami oleh ibu mentua dan ayah mentuanya , ibu bapa kepada isterinya salmah. Seorang tukang gaji , bibi dan dua orang adiknya ijan dan ijah.

  Tiba-tiba salmah bangun dan mengoyang tubuh syahid, syahid terbangun dalam keadaan mamai dan perlahan dia membetulkan pandangannya.

" Kenapa imah, dah nak bersalin". Kelihatan wajah salmah yang di banjiri peluh dan menarik nafas. Dadanya kelihatan turun dan naik. Isterinya menyandar dalam keadaan duduk.

"Iye bang, imah rasa macam nak...". Imah menjerit kesakitan . syahid segera keluar dan menuju ke bilik ayah dan ibu mentuanya, segera dirinya mengetuk bilik tersebut. Ketiga mereka bangun dan masuk ke bilik syahid. Kelihatan tilam di banjiri dengan darah pekat warna merah. Syahid segera mengangkat badan isterinya, salmah.

" Imah tak nak, simpan balik imah kat atas katil". Salmah yang bersuara lemah tiba-tiba meronta di simpan balik ke atas katil.

" Imah dah nak bersalin ni, darah dah banyak keluar". Gesa ibu mentua syahid, salmah menjerit menyuruh mereka keluar, seperti kerasukan, imah menjerit dan ketawa. Imah kemudian menangis dan mengorek ke dalam kangkangannya. Syahid yang melihat situasi tersebut, spontan memegang tangan isterinya. Isterinya secara tiba-tiba memandang muka syahid dan mereka bertentangan. Perlahan isterinya berkata sesuatu..

"Kau dah lupa janji kau, kau janji nak biar aku bidan kan dia!!". Suara serak bercampur suara orang tua bergabung. Syahid masih lagi memegang tangan isterinya yang sedang cuba mengorek ke dalam kang-kangannya sendiri .

" Kau dah ‘pergi', kita dah tak berurusan lagi." Kata syahid perlahan masih menentang mata isterinya.

" Aku tak peduli , aku nak tuntut janji kau." Perlahan dengan senyuman, isteri syahid tersenyum dan pengsan secara tiba-tiba. Kemudian isterinya terbatuk dan ketika itu keluar satu objek dari celah kangkang isterinya, anaknya yang masih merah dan terdengarlah tangisan bayi kecil tersebut. Ayah dan ibu mertua syahid segera menerpa mengangkat cucu mereka.

      Isterinya di sahkan menghidap koma kerana kehilangan darah yang sangat banyak.  Tinggallah syahid menjaga anaknya yang baru lahir dengan sendirinya.

 

   Masa sebulan terus berlalu. Dan anaknya telah mencecah sebulan, selama sebulan itulah anaknya yang baru lahir bernama danial itu sentiasa sahaja menangis, hampir setiap hari dan orang di dalam rumah tersebut sudah tidak tahu apa ingin mereka lakukan untuk membuat danial berhenti menangis. Sehinggalah satu hari , seorang ustaz kenalan ayah mentuanya datang bertandang untuk menziarahi bayi yang baru lahir tesebut. Setelah melihat bayi yang sentiasa menangis tersebut, ustaz yang di kenali sebagai ustaz ramzi terus mengucap ayat kebesaran nama ALLAH , SUBAHANALLAH.

  Ustaz ramzi tersebut menggeleng dan mengosok kepala bayi tersebut. Syahid terdiam dan bertanyakan mengapa. Ustaz ramzi terus membawa syahid ke depan dan cuba menerangkan sesuatu. Ibu dan ayah mertuanya terus cuba mendiamkan cucu mereka.

"Syahid, anak kamu ni dah kena tumpang". Kata mukadimah yang tidak menyenangkan hati syahid.

"Tumpang?". Tanya syahid

"Ye,  roh orang tua menumpang anak kamu ni syahid, bukan setakat roh orang tua tu, jin belaan pun ada". Syahid tercenggang dan mengeluh. Ada ketakutan yang menyelubungi dirinya.

"Jadi ustaz, macam mana?". Tanya syahid , air mukanya kesedihan.

"Macam nilah saya tolong apa yang termampu, yang lain tawakal pada ALLAH". Nasihat dan kata-kata ustaz ramzi yang cuba menenangkan diri syahid.

 

  Ustaz syahid segera bergerak ke katil kecil milik danial, segera matanya di pejam dan mulutnya terkumat-kamit membaca ayat suci al-quran. Dan perlahan kemudian dia segera duduk di tepi danial dengan membawa surah yassin, seketika rumah ayah mertua syahid menjadi gelap dan sejuk sehingga ke tulang hitam. Tangisan suara danial semakin kuat tiba-tiba berubah suara yang sangat menakutkan. Langit maghrib yang kuning menjadi kehitaman. Tiba-tiba berarak membawa awan hitam yang sangat tebal. Lampu rumah ternyala dan kelihatan dua lembaga bediri di tepi katil danial dalam keadaan yang sangat menakutkan, danial diam , tertidur. Syahid yang menyaksikan dua makhluk menakutkan itu segera menutup mulut, ayah dan ibu mertuanya hanya mampu mengucap panjang. Segera ustaz ramzi mengarahkan dua makhluk terkutuk tersebut masuk ke dalam botol kaca tersebut dan kemudian di tutup.

   Rupanya bidan mak itam telah menurunkan jin belaannya ke kandungan salmah, dan salmah serta anaknya yang akan menjadi pewarisnya. Ini kerana tanpa di ketahui salmah merupakan calon yang paling sesuai untuk di perturunkan ajaran-ajaran sebegini.  Sejam kemudian ustaz ramzi meminta diri untuk pulang dan membawa makhluk terkutuk tersebut jauh dari rumah tersebut.

 

Keesokkan harinya, syahid telah menerima panggilan,

  "Hello boleh saya bercakap dengan encik syahid?".

  "Ye saya encik syahid".

"Isteri encik dah sedar dan paras darahnya telah pun stabil."

"Alhamdulillah, saya datang segera!".  Syahid segera mengambil kunci dan deruman kereta kendengaran. Dan ibu serta ayah mertuanya tidak sedar pemergiaannya kerana sibuk melihat cucu comelnya yang lena di ulit mimpi...

 

~tamat~

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Saspens

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account


  • (Penulis)
    1) maaf, yang lama saya dah buang, yang ni saya dah edit..
  • 2) best!
    idea pun best..
    pengalaman, ek?
  • 3) kimi,idea menarik! sangat suke~~ some of the part mmg ble bayangkan..huhu

    tp dari segi penulisan ada sedikit kurang. cth, penggunaan dan.. dan itu kata hubung..sepatutnya tak ada noktah sebelumnya.. =)

    sekadar teguran. keep on writing!
  • 4) wa...isi ngan gaye citer die best....tp ending die mcm abrupt la.....hehehe pandangan sy sajer:p
  • 5) idea yg bagus kimi
  • 6) seram plak baca tengah malam buta ni. nasib bulan puasa.
    erm, stuju ngan elly..ending mcm tak cukup. btw, ideanya ok. menulis lagi kimi. :)
  • 7) seram le juge.
  • 8) takott...
    tp ending mcm spoiler sket..
  • 9) nice.... garapan yang cantik.. gamabate!
  • 10) hmm...penggambaran suasana yg jelas hingga terbayang2 yg bukan2
    tp spoiler kat tatabahasa
  • 11) mcm x logic plak, mak bidan tu mati dulu sblm sempat syahid dgn bini dia jumpa mak bidan tu, abis mcm mana dia turunkan waris dia kat bini syahid padahal dia blum jumpa bini syahid..cakap r dia turunkan melalui angin kan...kan... aku rasakan ko kena teliti dulu betul2 mcm x logic...
  • 12) 2 ari b4 mak bidan ni mati dorang kan g jumpe...releven la ckit kot...

Cerpen-cerpen lain nukilan kimi_71

Read all stories by kimi_71