Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kasihku Sirna..

 

Buntu. tue yg boleh aku katakan.

Sewaktu pertama kali dia request jadi member kat laman friendster kesayanganku..aku bukan peduli sangat pun. Main approve je sebab dia kawan baik kepada kawan aku,Wan dan Iman. Erm...tambahan pula, tengokkan page dia..aduhai..jiwang gila. pencinta yg loser...adeih! aku pun pencinta yg tewas tapi takde la lembik camtue. ampun. not interested!

Kesian pulak mamat straight forward nie.layan kan je lah. Kesian pulak tgk mamat kecewa nie. isk..isk..takpe.aku paham apa tue kecewa. sbb aku pun kecewa jugak. tapi kecewa yg hampir terubat lah jiwaku.

minggu lepas...cuti semester. balik ke Penang. eh..pehal pulak wajah manusia nie masuk dalam mimpi aku nie. bukan je mimpi...time aku berkhayal jadi milionaire bisness woman pun..tetiba dia muncul. Gila apa! Perasaan semata-mata.

Mujur ketika bercuti sakan kat rumah, bayangan manusia nie tak muncul dalam mimpi aku. So sah la...nie khayalan semata cam lagu ruffegde tue. Oh ya, dia online YM. Kitaorg pun borak cam biasa.pergh..tak percaya aku kasi kata-kata semangat lagi kat dia. Apa salahnya...sesama manusia.

Sewaktu perjalanan balik ke kampus...aduhai..sekali lagi bayangan dia muncul di mata aku. Pehal pula, bleh ter ‘imagine' aku jadi mak we si mat nie. Nie tahap kritikal nie.Kalu Iman tahu la aku berkhayal bukan-bukan..dah tue ngan kawan baik satu sekolah dia, mahu aku kena pancung ! Parah !  Kena jumpa kaunselor nie. Ya ampun !!

Dua hari lepas, Wan beritahu Matt tanya aku nie kawan siapa? Kawan Wan ke kawan Iman. Payah jugak si Wan nak explain kat Matt nie. Tertiba, rasa tersekat bendah alah kat tekak aku nie. Nafas tak keruan..saat tue bagaikan memerlukan bantuan pernafasan. Oksigen!! Oksigen!!! Help me...Ultraman...Power Puff Gurl tolong aku. Nervous semacam je aku nie. Bertambah-tambah nak pitam bila Wan keluarkan kenyataan berbunyi sedemikian:-

"Putri, nanti lepas Iman balik. Kita hangout nak?? Kita ajak lah Matt ngan Zarif sekali. Kasi diorg terkejut sikit !" Uhuk..diorg atau aku ke yang akan mati kejang terkejut tue !

 
Aku mengenali Iman melalui seorang kawan yang sama menuntut di universiti yg sama di France dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Tak sangka...aku dan Iman menjadi rapat hingga lah dia pulang ke Malaysia ketika cuti semester. Melalui friendster Iman, aku mengenali Azwan, Zarif, Nabil, Rezza, Matt dan lain-lain. Mula-mula Iman tak sedar namun salah paham yang timbul antara aku dan dia menyebabkan Iman mula sedar kawan-kawan baik dia juga baik ngan aku. Aku pula malas nk gaduh dengan orang yg berperangai budak-budak seperti Iman tu, lalu aku mengambil keputusan berdiam diri dan tak mahu menimbulkan kemarahan dia. Alah...diam tak bererti kalah. Wan yang tahu kan hal sebenar selalu menjadi penasihat aku. Minta aku bersabar dan memberi kata-kata perangsang.

 
_



Dah setahun Iman kembali ke France. Malam itu setelah setahun aku mengelakkan diri dari Iman, aku mendapat mesej dari Iman di friendster aku. Pendek sahaja pesanan nya,namun bisa menggoyahkan ketenangan aku saat ini.

 

Putri, i will be forever back to Malaysia next thursday. Flight 12 p.m from Paris will be arrived Malaysia around 7 a.m.the next day.  see you later. Miss you so much.

 
Rasa terhempap sebiji batu besar di kepala aku kala itu.

 
 Petang jumaat,  aktiviti biasa. Lepak di Kayu Nasi Kandar,kedai mamak pujaan hati mereka nie. Asal gathering je mesti Kayu. Cam dah takde tempat makan lain dah. Mamak nie pun cam dah kenal rapat ngan diorg. Macam biasa, cik abang  aku ambil aku dari office. Lagipun, jalan sehala je dari rumah dia dan Shah Alam. Jimat sikit duit minyak aku. Sekiranya dia outstation, aku yang akan bawa kereta dia ke pejabat.Bukannya tak ada kereta sendiri, tapi dia lebih suka aku bawa keretanya. Jurutera macam dia, selalu kerja luar. Sebagai teman wanita merangkap orang yang paling rapat dengan nya, aku harus memahami dia.Usia hubungan kami juga bakal mencecah setahun tidak lama lagi.

 
Petang itu hanya aku,Wan,Zarif dan cik abang aku. Zarif buka topik.Hampir tersembur minuman yg sedang mengalir ke dalam tekak ku.Mujur sempat ku kawal. Jika tidak pastii mengundang 1001 curiga.

"woi...Iman call. Dia sampai jumaat depan. Dia  suh amik kat airport."

Wan pandang aku dengan pandangan simpati. Memang, hanya Wan sahaja yang tahu kisah sebenar terjadi. Bahkan dia lah jugak orang yang bertanggungjawab dalam menyatukan aku dan Matt. Ehehhe..manusia yang aku kutuk-kutuk jiwang tue kini menjadi kekasih idaman hati. Menjadi pelindung aku dan menjadikan aku wanita paling bahagia di sisinya.

 

3 bulan selepas Iman pulang ke France, jenuh juga Wan ajak aku keluar bersama-sama dia dan Zarif serta Matt. Kalu setakat kuar minum dengan Wan,atau Zarif dan Rezza..memang lah selalu.Kadang-kadang Ghaffur atau Firdaus join sekaki. Tapi bila melibatkan Matt,aku sering mengelak. Nak di jadikan kisah,satu hari nie aku setuju ikut Wan dan Zarif pergi main ice-skating kat sunway piramid. Lagipun, nie memang aktiviti kegemaran aku dengan kawan-kawan kuliah. Sedang leka bergelak meluncur ngan Zarif, tiba-tiba Mat muncul di hadapan ku. Aku hilang kawalan terus terjatuh. Wan dah tersengih-sengih. Aku pasti Wan yang rancangkan semua ini. Patutlah hati aku seakan berdebar-debar je. Namun digoda dek permainan kesukaan aku,aku ketepikan perasaan itu. Dia hulurkan tangan sambil tersenyum. Aku tahu la..kelakar tengok aku jatuh cam nangka busuk atas ais nie. Cet!! Tak guna punya Wan! Getus aku dalam hati. Ku sambut juga tangan dia,dan aku rasakan kehangatan tangan ku di dalam genggamannya.

Biarpun aku sudah berdiri..namun dia masih belum melepaskan tangan ku hinggalah Zarif berdehem. Wan dah sengih-sengih cam kerang busuk. Muka ku merona kemerahan menahan malu. Lantas,aku berpura-pura membetulkan tudung ku.

" Nampaknya...orang tue dah ada orang lain nak temankan meluncur. Apa lagi Wan, jom lah..kita cari awek-awek cun yg single kat dalam nie.." Zarif ngan selambanya menyindir aku. Aduss! Kena sebijik.

"bagus..bagus..blah cepat-cepat sikit. Jangan kacau line.." Matt menjawab sambil ketawa.

"wooooo..wooo..apa nie. Ajak putri main ice-skate pastu tinggal-tinggalkan pulak. Dah arrr..nak balik!" Aku pura-pura merajuk ingin tinggalkan tempat itu. Tindakan pantas tanpa aku duga... Matt menarik lengan ku, "Umaira..." panggilan nya seperti biasa tapi menggetarkan jiwa. Langkah ku terhenti.Kaku.

 

"sayang..." hidung ku di kuis manja. Dia memandangku..penuh  dengan kasih sayang.

"hurm..."jawab ku pendek.

" menung pulak kita bercakap...! Are you okay sayang?" dia bertanya. Aku menggangguk. Aku genggam tangannya sekuat mungkin. Cuba mencari ketenangan dari kehangatan genggaman nya.

"Putri..ok ke?? saya tengok awak cam resah je..?" Tanya Zarif. "atau teringatkan Iman?" duganya membuatkan aku kecut perut. Zarif jugak seperti Wan, tahu perkara sebenar apa yang terjadi antara aku dan Iman biarpun tak sepenuhnya. Cuma bezanya, Zarif ketahuinya melalui Wan setelah Iman pulang ke France.

"Putri ok je. Dun worry! Tadi cakap pasal apa?" aku berbasi-basi bertanya.

Wan yang mendiamkan diiri dari tadi menjawab bagi pihak semua, " Iman balik jumaat depan. Matt  ok nak meet up kat airport..Putri follow tak nanti?

"sorry lah guys. Khamis dah outstation ke Penang" jawab ku menyelamatkan keadaan. Matt pandang aku pelik. Kebiasaannya aku akan maklumkan pada dia terlebih dahulu, namun tidak kali ini. Isk...Takkan lah aku nk terus terang pada dia aku sebenarnya tak mahu jumpa Iman. Andai dia tahu apa yang berlaku,pastinya dia kecewa dengan ku. Aku tak mahu kepercayaan nya pada ku luntur. Apatah lagi di saat-saat kami menghitung detik untuk di satukan dalam ikatan pertunangan.  Mak..bantulah anak mu ini!

 
Malam itu, Wan call aku. Panjang lebar kami berbincang. Aku tak mahu Matt tahu apa yang berlaku antara aku dan Iman. Aku juga mengaku aku berbohong tentang outstation ke Penang itu. Namun, macam biasa...Wan akan menyokong tindakan aku asalkan ia tidak menyusah dan melukakan hati aku. Wan sangat sayangkan aku seperti adiknya. Tambah lagi, aku akan bertunang dengan kawan baiknya pula.

 
Khamis malam, Matt hantar aku ke Puduraya. Biarpun aku  berkali-kali pesan tak perlu menghantar aku, namun dia degil jugak. Katanya, dia perlu jaga aku kerana ku nie nyawa dia. Sekiranya sesuatu terjadi padaku, nyawanya juga terancam. Aku sayu mendengar jawapan Matt padaku. Begitu kuat cintanya pada aku.

 Berada di kampung halaman biarpun hanya beberapa hari, memberi ruang pada aku untuk berfikir panjang.Aku kembali semula ke kejadian setahun yang lalu. Saat itu..aku menyayangi Iman dalam diam ku. Dan dia sendiri melayan aku tak ubah seperti seorang yang istmewa di hati nya. Mengambil berat hal ku..hinggakan aku tak pernah rasa sunyi biar berjauhan. Namun bila dia pulang ke Malaysia, aku di kunjungi sms dari seseorang yang tidak ku kenali. Minta aku lebih berhati-hati kerana Iman bukanlah lelaki yang seperti aku bayangkan. Dia dikatakan terperangkap dengan kisah silamnya lalu menjadikan perempuan sebagai permainan semata. Hampir seminggu aku memendam rasa dan mesej-mesej dari perempuan itu sentiasa mengunjungiku. Lantas aku nekad berterus terang dengan Iman. Pada mulanya dia menafikan sekeras-keras nya, namun akhirnya dia mengakui juga apatah lagi aku menafikan perasaan aku kepadanya. Aku cuba bersikap profesional dengan dia..tidak mahu bermasam muka dan terus berkawan, namun daripada Wan,aku tau Iman tak puas hati dengan tindakan ku. Lalu perlahan demi perlahan aku mula menjauhkan diri dari Iman. Tambah mengecewakan aku mendapat tahu kehadiran seorang perempuan bernama Zuraini dalam hidupnya.

 Saat aku membina benteng kekuatan,  Matt muncul dalam kehidupan aku. Walaupun dia sendiri dalam kekecewaan dan aku menyampah dengan cara dia yang jiwang, dia membuka mata aku betapa dia sang pencinta yang setia. Di saat dia melamar cintaku..aku menyambutnya dengan sepenuh hati. Aku ikhlas mencintai nya. Dia menjaga aku sebaik mungkin..bahkan kami bukan sahaja sepasang kekasih namun ibarat sepasang sahabat yg terlalu akrab. Namun, aku nekad bahkan setelah berbincang dengan Wan untuk merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Matt. Kami sedar betapa akrabnya hubungan persahabatan mereka semua dan aku tak mahu kerana aku persahabatan yang dibina sejak sekolah itu musnah.

 

Aku seka air mata yang mengalir dari pipi ku. Telefon bimbit ku berlagu nyaring, panjang sekali. Menandakan sms masuk bertalu-talu. Aku capai ia dan membuka kotak inbox simpanan mesej. Mesej pertama datang dari orang yang amat menyayangi ku.

 

Sayang. Miss you so much. Balik cepat! Take care always. Will always luv u!

 

Aku tersenyum. Mesej kedua datang dari satu nombor 019 yang aku tidak kenali.

 
Where av u been my dear Putri Umaira? It's almost a week Iman kat Malaysia.. U know how I miss u badly?-Iman

Aku terkejut! Sangat terkejut! Bukan terkejut kerana mesej yang tiba, dia memang menpunyai no telefon ku sebab aku tak pernah tukar nombor. Namun ayat yang di gunakan memberikan jutaan pertanyaan pada diri aku. Aku tak mahu lagi terluka. Lantas,aku matikan telefon bimbit ku. Aku pasti Matt menantikan mesej aku. Aku terus berlalu mengambil wuduk.Pada Allah aku minta pertunjuk.


  Ramadhan yang menjelma akan berlalu beberapa hari lagi.Sudah hampir 3 bulan Iman pulang ke Malaysia,namun aku sengaja mendiamkan diri ku. Hubungan aku dan Matt berjalan seperti biasa. Pada raya ketiga nanti, keluarga Matt akan datang menyarungkan cincin di jari manis ku.

Petang itu,kami ke bazaar ramadhan bersama memandangkan esok aku akan pulang ke kampung untuk beraya dan bersiap sedia pertunangan ku. Aku akan memandu memandangkan banyak barang dan pakaian untuk majlis pertunangan kami akan ku bawa pulang. Aku tidak mahu menyusahkan ibu dengan persiapan ku. Lantas, hampir sebahagiannya aku beli sendiri atau ditemani Matt.

 
" so abang semua bertolak jam berapa nanti??"Tanya aku pada dia ketika kami dalam kereta setelah dia menjemput ku. Dia hanya diam dan perhatian nya mash tertumpu di jalan raya. Namun sebelah tanggan ku di genggamnya erat.

"Maybe Khamis malam kot. why?" pertanyaan ku di balas pertanyaan. Aku senyum. Senang dengannya.

"Abang drive? Berapa kereta nanti??" Tanya ku lagi. aku tahu dia menyedari perubahan aku kebelakangan ini. namun dia tak pernah bertanya. Barangkali mahu menjaga hati aku. Bahkan Wan jugak pernah menegur aku. Aku juga jarang menemani dia terutama ketika berkumpul.  Dari Wan jugak aku tahu Iman sudah mengetahui tentang kekasih Matt namun, dia masih belum mengetahui bahawa aku lah gadis tersebut. Mujur Zarif dan Wan banyak membantu merahsiakan hal ini. Kalau tida kecoh jadinya.
 
" abang nanti satu kereta dengan Wan and Zarif. Naik kereta Zarif je. Papa and mama then maybe Pak Long Mak Long...dalam 4 or 5 buah kereta la... "terang nya panjang lebar. Aku mengangguk-angguk tanda memahami.  "sayang..mama nak buat open house raya ke -6. sayang datang awal tidur kat rumah,k?" pintanya padaku.

 
Aku pandangan pada dia. tenang raut wajah yang amat ku sayangi. Sejak pulang dari kampung, aku masih belum menyelesaikan persoalan yang bemain di minda. Kini aku jelas dengan dengan keputusan ku. Aku harus bagi kata putus.

 



 
Jam menunjukkan pukul 9 malam.Aku melangkah masuk ke dalam Dome's di dalam KLCC. Tempat yang menjadi kegemaran sejak sekolah menurutnya. Aku tahu,dia pasti duduk di tempat yang sama dia bertemu aku suatu ketika dulu. Biapun masa telah berlalu, aku masih mampu mengingati semua kesukaannya hingga kini. Jauh di sudut menghadap ke tasik KLCC, lelaki berkemeja T hitam lengan pendek itu leka melihat keindahan tasik sambil merokok. Santai! Tak pernah berubah.

 
"Assalammualaikum..." aku memberi salam. Mengejutkan dia dari lamunan.

" waalaikumsalam...erk...eh you ! Oh My God...what happen to you ?? you dah bertudung dear?? Since when??" Tanya dia bertalu-talu pada ku. Bukan nak jemput duduk...terus di serbu dengan persoalan.gerutu hati aku!

  "thanks you sudi datang jumpa I" aku berbasi-basi sambil menarik kerusi di hadapan nya. Dia masih sibuk merenung ku.

  " you nampak comel dan matang bertudung! More elegant la...!" puji nya. Kembang sekejap aku dipuji sedemikian.Namun aku tak harus leka dengan pujian tersebut. Ada perkara yang perlu diselesaikan!!!

  " how are u cik Iman? Eh..kenapa tak ajak girlfriend you sekali.." aku mula membuka mukadimah. Aku lihat air muka dia berubah.

"erk..i dah clash ngan Zuraini.." pintasnya. "erm...you nak minum?" tanyanya pula kepada ku.

"oh..thanks. Masih kenyang lepas berbuka tadi. By the way, apa hal you cari I selama ini?" aku terus bertanya tanpa mahu berselindung lagi.

"Umaira..."

  "Please...Putri!" pintasku. Aku tak mahu dia memanggil aku Umaira. Biarlah hanya Matt sahaja yang memanggil aku dengan panggilan sedemikian.

" Sorry.. ! putri listen...lepas I balik ke France, i kept thinking. My life was very terrible. Baru I sedar selama ini, your existence make my life ceria,gembira. Selepas you pergi I sangat sunyi. Sebab itu I break ngan Zuraini. You know I'm struggle untuk cepat balik ke sini untuk jumpa you,sayang. I'm so sorry. Please forgive and forget everything. Let start over again. Be with me my dear!!" terang nya.

Aku cuba berlagak tenang. Namun,hati aku lirih kesakitan. Andai setahun yang lalu, mungkin inilah ucapan yang aku nantikan selama ini. aku cuba mengukir senyuman.

"Bukan ker you pernah kata pada kawan-kawan you, I nie perempuan tak elok??"Tanya ku menduga dia. Sekali lagi, riak wajahnya berubah.

  " I...I........"gagap dia cuba menjawab pertanyaan ku.

  "Bukan itu sahaja kan?! You kata I tergila-gila kan you. Nak tagih simpati you...cinta you..kan??  am I right, encik Iman???" aku mengasaknya lagi. Dia tunduk.

  "Jadi untuk apa you datang cari I, Iman?" suara ku mula mengendur. "Lepas you pijak-pijak maruah I, sekarang you datang cari I? I rasa you salah orang..kalu perempuan lain,maybe you boleh jadikan boneka you. Main tarik tali. Nak amik, tak nak buang ke tepi. I ada harga dirii. Cinta I mahal untuk diserahkan pada manusia ego dan bodoh sombong cam you. Cukuplah Iman..luka yang you tinggalkan. I dah maafkan you. But stop texting me with those ungkapan rindu dan sayang. Kita boleh jadi kawan, tapi jangan ceroboh batas persahabatan tue! Maafkan I. Hati I bukan untuk you!" lembut aku memberi keputusan namun penuh ketegasan. Dia terkejut. Manusia sombong macam dia harus di ajar. Bukan diturutkan.

 Selesai aku memberi kata putus, aku bangun berlalu meninggalkan nya termanggu-manggu!
_

 
"Kak Long, abang panggil!" panggil adik Matt yang bongsu. Sejak rasminya menjad tunangan Matt, gelaran Kak Long mula menggantikan panggilan Kak Maira yang dahulu menjadi panggilan mereka buat ku.

 
"ok..ok. jap akak tengah potong agar-agar nie!" jawabku. Orang semakin ramai memenuhi rumah terbuka yang mentua ku buat. Di sebelah malam pula, majlis tahlil dan kesyukuran. Sebagai tanda aku dan Matt telah selamat ditunangkan. Kata mama, dikesempatan ini lah untuk aku mengenali rakan-rakan dan sanak saudara. Lagipun, usia pertunangan aku dan Matt hanya 3 bulan dan insyaAllah, pada hari lahirku ke 25, aku dan Matt akan diijabkabulkan.


"sayang....."satu pelukan hinggap di pinggang ku. Aku tersentak.Mujur tidak terlepas agar-agar di tangan.
 

" tak malu ke peluk-peluk nie. Baru tunang tau..belum sah lagi!" aku menepis tangannya di pinggang ku sambil bergurau. Tangan nya mencubit pipi ku.

"sakit lah!"aku mengaduh manja. Zan menjeling manja melihat aku dan abang kesayangan nya bergurau. Aku jadi malu pada Zan.

  "sayang...jom. Jumpa ngan kawan-kawan abang. Wan ngan Zarif pun dah sampai"

  "pergilah Maira. Agar-agar tue biar bibik yang potongkan. Cik Ahmad Ruzaimi nie,bukan kamu tak paham Maira," suruh mama, bakal mak mentua ku yang sporting tue. Aku tersenyum mengganguk. Lalu segera mencuci tangan. Belum sempat aku mengeringkan tangan, Matt sudah menggegam jemari ku.


"gelojoh la along nie! Tak sabar-sabar!" aku ketawa mendengar rungutan Zan,adik bongsu Matt. Matt menjegilkan mata ke arahnya membuatkan aku terus tergelak. Aku menurut langkah nya ke ruang tamu. Saat itu, baru ku sedari sepasang mata yang memandang ku tajam. IMAN!!!!
 

"Iman..ko kenal kan tunang aku!?!!!?" kata Matt membuatkan aku semakin menggengam erat jarinya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Cinta

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) ideanya nampak, but structure and flow dia agak mix-up. penceritaan, in some parts quite draggy. nonetheless, its ok. nanti lama-lama kalau rajin berlatih smooth lah :).

    dari aspek ejaan dan susunan kata, saya tak rasa awak mahu dikomen. :)

    ending, ada cubaan untuk hasilkan klimaks, tapi agak tergantung.

    --

    ok technical aside,
    wah putri umaira ni. baguslah. cintalah pada yg mencinta. tak begitu? hehe. nak2 yang pernah injak maruah ni. haih. walaupun orang kata kita boleh kasi peluang kedua. tapi kalau ada yg lebih baik y not? kan kan :)

    teruskan menulis!
  • 2) nice story..

  • (Penulis)
    3) rain : thanks

    cahatomic : putri cuba menulis menggunakan teknik flashback...tapi tak dinafikan kata-kata lecturer putri, teknik imbasan semula mmg sukar nak di garap. ttg spelling tue...agaknya byk terpengaruh dengan laras bahasa sms kot.ekekke...

  • 4) hahaha..caha~~

    nak pegang kata2 caha tu..tau2!!!

    ;p

  • (Penulis)
    5) yeay~~ putri dah edit kasi besar tulisan dia. kalu tak sure sakit mata membaca...wahahhahaha
  • 6) nice2... idea best... chayo' =)

Cerpen-cerpen lain nukilan putri_alya

Read all stories by putri_alya