Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Sejarah Komputer

 

Komputer ialah sebuah mesin pemprosesan data berelektronik yang boleh menerima dan menyimpan data, melakukan pelbagai jenis operasi dan kemudiannya mengeluarkan keputusan (maklumat).

  Pada mulanya, manusia menggunakan jari untuk membilang nombor. Tetapi apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat menampung kerperluan pengiraan yang bertambah rumit dan besar.

  Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada 3 iaitu :-

  a) Sejarah teknik merekod
  b) Sejarah mesin kad tebuk
  c) Sejarah komputer elektronik

   Sejarah perkembangan awalan merekod ialah di mana orang Sumeria menulis di atas kepingan tanah liat dan orang Mesir menulis di atas Papyrus dan menggunakan 'Calmus' sebagai alat menulis. Orang Greek dan Romania pula menggunakan buku yang diperbuat daripada kepingan kayu nipis berlilin. Kertas dan pen mula digunakan sejak kurun ke 14.


   SEBELUM 1940

   Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab sejak beribu tahun lepas. Abakus mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar dan pengiraan dilakukan dengan mengubah kedudukan batu-batu itu.

   Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil Tetulang Napier (Napier's bones). Alat ini dapat membuat pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, dan mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad.

   Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642 iaitu Pascaline. Mesin ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda. Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ' Stepped Reckoner' telah direka oleh ahli Falsafah dan Matematik Jerman, Baron Gottfried Wilheim Von Leibnitz yang diubahsuai dari mesin Pascaline.

   Sejarah perkembangan komputer kemudiannya menembusi bidang penenunan sutera pada tahun 1804 apabila Joseph-Marie Jacquard membangunkan mesin menenun sutera yang boleh diatur cara. Mesin itu dikawal dengan satu set arahan untuk melaksanakan satu tugasan khusus.

   Konsep lubang dan tiada lubang Jacquard menandakan permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data. Herman Hollerith kemudiannya mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data dengan mencipta mesin Penjadualan Hollerith sekitar 1890.

   Menyusul selepas itu ialah Charles Babbage yang digelar 'Bapa Komputer' atau 'Arkitek Komputer Moden' telah membina Enjin Perbezaan ( Difference Engine ) pada tahun 1822. Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik ( Analytical Engine ) mula dibina. Kedua-dua usahanya tidak disiapkan kerana kekurangan teknologi serta terlalu maju untuk masanya.

    Usaha Babbage kemudiannya dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855 dan pada tahun 1889, Henry Babbage telah mereka sebahagian daripada kilang Enjin Analitik itu. Semua komputer pada hari ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan, pemprosesan dan output.

   Pada tahun 1854, ahli matematik Inggeris, George Boole telah mencipta satu bidang algebra. Pada tahun 1937 pula, Howard Aiken memperkenalkan mesin yang dibuat daripada komponen-komponen mekanik dan elektonik yang dinamai Mark 1. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah fungsi trigonometri dan pengiraan asas.


    SELEPAS 1940


     Perkembangan komputer bertambah rancak setelah memasuki dekad 40an. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer. Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai cirinya tersendiri.

    Generasi Pertama (1940 - 1959)
    Generasi Kedua (1959 - 1964)
    Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
    Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
    Generasi Kelima (masa depan)


Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )

Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi tiub hampagas.
2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat
3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara.
4. Menggunakan ingatan teras magnet.

Contoh komputer ialah ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper Eckert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan era cemerlang

Contoh-contoh lain:-

  ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
  EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1 (Universal Automatic Calculator),   IBM 709 oleh John Von Neumann, Mauchly dan Eskert ( 1951 )
  IBM 701 ( 1953 )
  IBM 650 ( 1959 )

   Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya, dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep ini dicadangkan oleh John von Neumann juga menitikberatkan penggunaan nombor binari.

    Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan.


  Generasi Kedua ( 1959 - 1964 )

Ciri-ciri :
1. Menggunakan transistor menggantikan tiub hampagas.
2. Keserasian terhad. Atur cara yang ditulis untuk satu komputer perlu
diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain.
3. Menggunakan hanya pita untuk storan yang boleh memproses secara
jujukan sahaja.
4. Menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik.
5. Lebih kecil, ringan, murah, tahan lama dan mudah digunakan.
6. Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti FORTRAN dan
COBOL.

   Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam keluarga komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8 ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan.

Contoh :
  IBM 1400 - Pencipta John Bardeen, William Shockley dan Walter Brattain.
  UNIVAC M460, IBM 7090, NCR 315 dan BURROUGHS 5000.


   Generasi Ketiga ( 1964 - 1970 )

Ciri-ciri :
1. Menggunakan teknologi litar bersepadu yang terdiri daripada
beribu-ribu transistor yang diletakkan pada kepingan silikon.
2. Atur cara lebih serasi.
3. Bermulanya konsep multi pengaturcaraan. Beberapa pengguna
berkongsi mesin. Istilah baru perkongsian masa.
4. Bermulanya pemprosesan rawak dengan penggunaan cakera magnet.
5. Lebih kuat, utuh dan padat.
6. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC dan Pascal.

    Penyelidikan mikroelektronik menghaluskan transistor kepada saiz mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat silikon melalui proses pengamiran skala besar (large scale integration, LSI), untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip. Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer.

   Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk membolehkan bahasa BASIC digunakan.

Contoh :
a. IBM 360 ( 1964 )
b. Minikomputer - PDP-8 ( 1965 )
c. ICL 1900 ( International Computer Limited ) dan VAC 9000


   Generasi Keempat ( 1970 - ? )

Ciri-ciri :
1. Penggunaan litar bersepadu berskala besar. ( Large-Scale Intergration ataupun LSI ).
2. Penggunaan mikropemprosesan pada satu serpihan.
3. Dengan pengenalan storan maya, atur cara yang bersaiz beberapa kali
saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan.
4. Pengenalan kepada cakera baca pada ingatan sahaja [ Compact Disc
Read Only Memory ( CD ROM ) ].

5. Ingatan utama komputer menjadi lebih cekap, pantas dan besar.

   Proses pembuatan cip teknologi tinggi ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Ini mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil superkomputer.

Contoh :
a. IBM 370 ( 1970 )
b. PDP-11 ( 1970 )
c. MITS ( Altair 8800 ) 1975. Apple I dicipta oleh Steve Mozniak
dan Steve Jobs, Apple II ( 1977 ), Commodore PET.
d. VisiCalc ( Visible Calculator ) Dan Brickland.
e. Super komputer - CRAY I.


  Generasi Kelima ( ? )

Ciri-ciri :
1. Lebih canggih, lebih murah, lebih pantas dan lebih hebat daripada
yang sedia ada dan mempunyai kemampuan seperti manusia.
2. Memiliki kecerdikan buatan iaitu setakat mana manusia membuat
komputer itu cerdik.
3. Melaksanakan tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang
dan membolehkan tugas diselesaikan serentak.
4. Lebih cepat dan lebih kuasa untuk membuat penaakulan, belajar dan
membuat kesimpulan.

   Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi serta masih dikaji dan ia merupakan komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks.

   Komputer impian ini dijangka mempunyai kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial intelligence".

Contoh :
a. Pentium III


   Kesimpulannya, komputer akan bertambah maju pada masa akan datang dan akan menjadi lebih kecil tetapi lengkap dengan ciri-ciri yang lebih baik serta berguna. Komputer masa depan boleh menaakul, berfikir, membuat keputusan dan belajar dari kesalahan. Ia juga lebih pantas dan berkuasa serta mempunyai kapasiti ingatan yang lebih.

sumber : www.ilp.mohdhilmi.com

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) WIKIPEDIA!
  • 2) hahahahahahah.. ture dat!
  • 3) erk.
  • 4) apahal plak masuk dlm kategori cerpen nih?.
  • 5) ku sangkakan diriku seorang sahaja yg konpius rupanya semua konpius. kenapa masuk kategori cerpen??
  • 6) ni bukan artikel ke patutnyer?? err..err
  • 7) huhuhu... ye ah... bukan artikel ker? =(

Cerpen-cerpen lain nukilan mohdhilmi

Read all stories by mohdhilmi
No stories.