Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Fazrina Cinta '96 (3)

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (2)
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (4)

1996

 

Masih lagi dalam naungan Ramadan. Di Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad. Pada pagi yang damai.

 

“San, ni ada satu kad raya untuk kau,” ujar Ram Singh.

“Dari sapa ni Ram?”

“Dari sapa lagi, dari Faz la.”

“Ooo..iye ke? By the way terima kasih la Ram. Tapi bila dia bagi kat kau.”

“Dalam bas sekolah pagi tadi.”

 

Kad ucapan Hari Raya ku telah berbalas. Kad daripada Fazrina tu ialah kad hari raya pertama yang aku dapat dalam tahun tu. Yang menariknya, dalam kad tu, Faz tampal sekali gambar dia. Oh ya, dalam kad raya aku kepada Faz sebelum tu jugak, aku tampal jugak gambar aku..hehehe…

 

Gambar Faz tu tak berapa clear sebenarnya, ialah pakai kamera analog biasa. Tapi kira orait la, kalau aku terjumpa dia kat mana-mana pun insyaAllah aku dapat cam dia lagi berdasarkan gambar tu. Aku rasa ucapan hari raya dari Fazrina tu biasa-biasa je, tapi aku tak tau apasal aku baca kad tu berulang-ulang kali, tanpa jemu.

 

Malam tu, lepas solat tarawikh kat surau, aku terus masuk bilik. Bila aku gi je ke katil aku, aku terus angkat batal dan aku perasan yang kad raya Faz yang aku letak kat bawah bantal tu dah takde. Dan secara tiba-tiba pulak aku terdengar suara mak aku dari arah dapur.

 

“Ha, cari kad raya la tu,” ujar ibuku.

“A’ah, ibu ada ambik ke?”

“Ada, siap tampal gambar bagai.”

“Ala, orang bukan ada apa-apa dengan budak tu, kawan-kawan je, bak la balik.”

“Kalau kau nak simpan kad raya tu, kau boleh simpan. Tapi gambar dia biar ibu simpan. Kalau kau simpan gambar dia ni, ibu takut kau tak boleh belajar pulak nanti.”

“Ok.”

 

Aku terus mendapatkan kad raya itu dari ibuku, dapat simpan kad raya tanpa gambar pun takpe. Dan keesokan harinya, tamat waktu sekolah, aku terus carik public phone untuk telefon Faz.

 

“Terima kasih Faz, saya dah dapat kad raya awak.”

“Sama-sama, terima kasih jugak atas kad raya awak tu.”

“Eh Faz, kalau kita terjumpa kat mana-mana, agak-agak awak boleh ke cam saya.”

“Conform boleh, sebab saya dh letak gambar awak tu dalam purse saya, so setiap kali saya nak keluarkan duit, saya akan tengok gambar awak dulu, so lama-lama nanti mesti saya boleh hafal muka awak camna.”

 

Pergh…dia simpan dalam purse! Terharu aku weh!

 

 

Warding off regrets
wasting your time.
Smoking cigarettes
wasting your time.
I'm just a parasite
wasting your time.
Applying myself to
wasting your time.

Well,I'm a waste like you
with nothing else to do
may I waste your time too?

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (2)
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (4)

Share!Email

HTML:
'>
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
1 Penilai

Info penulis

Marius

Au Revoir!
hassanayat | Jadikan hassanayat rakan anda | Hantar Mesej kepada hassanayat

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya hassanayat
Hatiku Di Terengganu | 7943 bacaan
Dialog Dengan Rin | 3016 bacaan
Fazrina Cinta '96 (21) - Konklusi | 2596 bacaan
Fazrina Cinta '96 (20) - In The End | 2054 bacaan
Fazrina Cinta '96 (19) | 2337 bacaan
Fazrina Cinta '96 (18) | 2130 bacaan
Fazrina Cinta '96 (17) | 2079 bacaan
Fazrina Cinta '96 (16) | 1984 bacaan
Fazrina Cinta '96 (15) | 2199 bacaan
Fazrina Cinta '96 (14) | 2003 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Fazrina Cinta '96 (3)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik