Fazrina Cinta '96 (5)

 

1996

 

Masih lagi dalam suasana Syawal.

 

Hari Raya ketiga aku dah ada dekat Kelana Jaya balik. Sisa-sisa cuti sekolah  yang masih tinggal ni aku habiskan dgn bershopping ngan kawan-kawan merangkap anak-anak jiran aku. Orang lain biasanya akan bershopping sebelum raya, tapi aku pulak lepas raya. Sebabnya is lepas raya la aku ada sen lebih sikit coz masa hari raya puas aku collect duit dr uncle2 & auntie2 aku. Duit raya yg abah bagi masa bulan puasa tu aku buat beli sepasang baju melayu & songkok je kat Kompleks PKNS, Shah Alam.

 

Oh ya, tahun ni jugak buat pertama kalinya aku tak keluar shopping ngan parents aku. Sebabnya is aku dh bosan. Mana taknya, tiap2 kali nak raya mesti diorang bawak aku gi Globe Silk Store atau Kamdar, mana tahan. Aku dah menjangkau usia 15 la, apa barang Kamdar…hehehehe…

 

Budak-budak sekolah aku (Sultan Abdul Samad), biasanya akan shopping kat Pertama Complex or Campbell. Even kalau diorang nak menempah seluar sekolah pun sure diorang gi ke Westpoint ataupun Zoom-Up, dua kedai dalam Pertama Complex. Yang aku perasan is kebanyakan budak-budak KL memang suka gi Pertama, even budak-budak sekolah aku yang gi Pertama tu pun rata-ratanya is budak KL, yang tinggal kat Kampung Kerinchi, Pantai Dalam or Kampung Pasir.

 

Tapi aku jarang outing ngan diorang. Aku biasanya outing ngan budak-budak yang satu tuition ngan aku kat Institut Taman Universiti. Kebanyakan kawan-kawan aku yang sama tuition tu ialah budak-budak Sekolah Menengah Bukit Bintang, dan rata-ratanya tinggal kat PJ, termasuk la aku. Budak-budak PJ ni lain sikit citarasanya, kitorang lagi prefer gi Sungai daripada Pertama Complex or Campbell. Maybe sebab Sungai Wang banyak kedai game kot, so boleh la layan Daytona…hehehe…. Seluar sekolah pun aku tempah kat tailor2 dalam  Sungai Wang, either kat Cardin House, Jun Saito or CYC. Tapi aku takkan masuk ke Cantona 7, coz aku supporter Liverpool…hehehe… Wang Plaza

 

Diringkaskan cerita, pakaian pasca hari raya yang aku beli is sehelai jeans super black straight cut jenama Steeple Jack, sehelai t-shirt kotak-kotak jenama Chardon, dan sepasang kasut Converse All Star versi Chuck Taylor. Kawan-kawan aku yang lain pulak (budak-budak Kelana Jaya) beli either t-shirt No Fear, Quicksilver ataupun Stussy The King, seluar jenama Cross Colour dan kasut jenama Airwalk ataupun Vans. Ye la, dressing diorang memang le lain gila dari aku coz diorang rollerbladers, aku pulak footballer…ekekeke…

 

Fazrina? Erm..dah dua tiga kali aku call rumah dia, tapi orang gaji dia yang angkat. Menurut orang gajinya – Fazrina tak balik dari Nilai lagi.

 

Argh! Aku dah rindu kaw-kaw ni!

 

Lying wide awake

under strange skies.
Wanting to call you

but it is late at night.
And you’re far away

but you’re always on my mind.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) =) hehehhehe.. waiting more... just perkembangan cepat sangat.. better up date seminggu sekali coz kat sini rasa-rasanya ramai yang login 2-3 kali seminggu je.. nanti ramai yang terlepas banayk! keep it up =)
  • 2) duss..
    lg suke kalo updet cpt2=)
  • 3) alalalaa....zaman xde hp agi eh?

    sabau2~~~

  • (Penulis)
    4) dayya..aku tulis ngan post ikut mood, kalau mood ok banyak la yg aku tulis & post..

    lucky - xde bahan nk diupdate sekarang, sabar ekk?

    syud - ye la, budak dulu x macam budak sekarang, sekolah rendah lg dh pakai hp..kita dulu harapkan phone rumah, phone office sama public phone je la..

  • 5) haha. aku dulu pun sg wang gak spot lepak.
    sampai2 mcd, pastu round cyc or kedai2 seangkatan. tgk baggy, takpun sweater stussy ke. baju labuh2 fubu. ohmaigod, segan sey ingat balik. then rembat2 bola kat mesin sega satelite tu. layan bumper car ke kalau ada. lastly solat kat lot10. chow balik!

    oh, aku beli seluar sekolah, selamba je kat globe sampai form 5! hahaha.

  • (Penulis)
    6) cahatomic - lepak mcd tu la yg paling best kan, cuci mata tengok budak2 BBGS...ekekeke...

    hahaha..ko beli seluar sekolah kt Globe, dh tentu seluar tu jenama Don, x pun Pesona..ye x?
  • 7) power san...liverpool rawks.... mng aritu...sori komen aku takde kaitan ngan naskah cinta ko....huhu..

  • (Penulis)
    8) joni - YNWA...ekekeke..

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat