Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (6)

 

1996

 

Syawal pun berlalu. Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad. Day Of The Batlle Of The Band.

  

Hari tu hari Sabtu. Sekolah aku organize satu function yang digelar Battle Of The Band. Masa function tu, beberapa pelajar sekolah aku menunjukkan bakat mereka dalam bidang muzik. Band yang terbaik akan diberi hadiah. Hari tu juga, pelajar-pelajar dari sekolah lain diberi peluang untuk mengunjungi sekolah kami. Time ni la nak cuci mata, budak Sri Aman datang, budak Assunta datang dan budak Taman Petaling pun datang.

 

Sebab Shairi kenal ngan geng-geng sekolah aku yg sama tuition dengan dia, maka dia pun datang jugak la kat sekolah aku. Kebetulan pulak Battle Of The Band ni setengah hari je, so that Shairi dan kawan-kawan aku yang lain straight gi tuition dari sekolah aku. Tuition diorang start jam 2 petang.

 

Oh ya, hari ni jugak aku dicabar oleh kawan-kawan aku supaya menemui Faz di pusat tuition diorang. Sebagai anak lelaki yang pantang dicabar, aku menyahut seruan diorang walaupun aku tak pernah membuat sebarang temujanji dengan Faz.

 

Dari sekolah, kami amik bas intrakota no 12 sampai EPF, dari EPF pulak, kami naik bas mini nombor 53 ke PJ State, dan dari PJ State kami menapak terus ke Tutorial Institution.

 

Nasib aku memang baik, sampai je di koridor Tutorial Institution, Shairi menuding jari ke arah dua orang awek ni sambil memberitahu sesuatu kat aku.

 

“San, ko nampak awek dua orang yang sedang bersembang kat depan restoran tu kan, yang belah kanan tu la Fazrina. Apa lagi San, pergilah tegur.”

 

Tanpa membuang masa, aku terus melangkah dan menghampiri Faz.

 

“Hai Faz, sayalah Hassan.” Ujarku ringkas sambil merenung anak matanya.

 

Faz seolah-olah kaku bila melihat aku, cara matanya merenung aku seolah-olah aku ni adalah seorang makhluk asing, dan kata-kata yang terpacul dari mulutnya cukup menyakitkan hati.

 

“Macamana boleh timbul kat sini?” Soalnya tajam.

 

Aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku merasakan pertanyaannya cukup sinis. Aku merasakan sambutannya pada kehadiran aku cukup dingin. Lantas aku meninggalkan Fazrina dan mula melangkah pulang.

 

Oh ya, kat depan koridor Tutorial Institution yang terletak bersebelahan dengan restoran mamak tu, terdapat satu ‘divider’ yang memisahkan koridor Tutorial Institution tu dengan parking lot. Untuk ke jalan besar, aku perlu melintasi parking lot tu. Dan untuk melintasi parking lot itu dengan cepat (short cut), aku kena memanjat ‘divider’ tu.

 

Dab apabila  aku memanjat ‘divider’ yang memisahkan koridor Tutorial Institution dan parking lot tu, kaki aku tersadung pada ‘divider’ tu dan aku betul-betul jatuh tergolek di atas parking lot. Sempat jugak aku menoleh sekilas ke belakang, dan aku perasan yang mata Fazrina menyoroti langkah aku dengan ekspresi mukanya seolah-olah menggambarkan perasaan-perasaan yang bercampur aduk. Aku lantas menoleh ke hadapan dan terus berjalan meninggalkan Tutorial Institution.

 

Sampai je di bus stop Asia Jaya, sambil tunggu bas intrakota nombor 28 yang akan membawa aku pulang ke Kelana Jaya, aku menyesali tindakan aku hari tu. Kalau aku tak gatal gi jumpa Fazrina hari tu, dah tentu nasib buruk ni tak menimpa aku. Dahlah orang tak layan kita, lepas tu pulak kita boleh jatuh tergolek dihadapan orang yang tak layan kita tu. Tak ke sengal namanya. Dan saat menunggu bas tu jugak, aku memutuskan untuk tidak bersahabat dengan Fazrina lagi, kerana sakit hati dengan layanan dinginnya terhadap aku dan kerana malu dengan insiden jatuh tergolek tu.

 

Tapi lewat petang tu, aku menukar keputusan drastik aku tu. Lebih kurang jam 6 petang, Shairi datang rumah aku dengan motor kapchai dia. Shairi menyerahkan satu nota kecil kepada aku yang menurutnya nota tu datang drpd Fazrina.

 

“Hassan, sorry saya tak layan awak tadi. Sebenarnya, saya terkejut coz awak datang tak bgtau dan saya tak tau nak layan awak macamana. Saya tak well-prepared untuk jumpa awak tadi. I’m sorry dan saya harap kita dapat berkawan lagi.”

 

Aku terus tersenyum setelah membaca nota tu. Hati aku yang panas tetiba je boleh jadi sejuk balik. Argh! Fazrina, kau memang istimewa!

 

I’m so happy

cause today I’ve found my friends
they’re in my head.
I’m so ugly

but that’s okay

cause so are you.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hahahah! beriya amik keputusan, x sampai berapa jam dah berubah balik. hehehehehe.
    adeh cinta f3 memang begitu. (walaupun aku x becinta pun f3 dulu :p)

  • (Penulis)
    2) cahatomic - biasa la, jiwa kacau + pendirian x tetap..ekekeke..
  • 3) jiwa kacau yer..hehehe

  • (Penulis)
    4) x..x jiwa kacau pun..aku jiwa rencam je...ekekeke...
  • 5) erk,poem tu ok ker?

  • (Penulis)
    6) nurish - tu bukan poem, tu lagu 'lithium' by nirvana..
  • 7) hehehe..alalalaa...

    jap je cair..coklat cadbury cmtu ah..gula2 sket je trusssssss... :p

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat