Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Umum

Perjalanan Ke Alam Misteri

Cerpen sebelumnya:
Salleh dan Senyuman
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (7)

   Termasuk kali ni dah kali ke5 aku cuba nak tulis cerita ni dan post ke dalam Kapasitor tapi macam ada sesuatu je yang menghalangnya. Entah la mungkin kali 5 ni kira bertuah kut, heheheheh. Baiklah sebelum aku merepet lebih jauh aku rasa baik aku mulakan cerita dia.

    Cerita ni kira dah lama juga berlaku tetapi oleh kerana ianya sungguh pelik menyebabkan ianya masih lagi segar dalam ingatan aku seolah-olah ianya baru saja berlaku. Tarikh dan hari aku tak ingat dah tapi waktu tu aku dalam upper six dan dalam perjalanan balik dari menonton perlawanan bolasepak di Seremban. Untuk sampai ke kampung kami akan melalui sebuah kawasan berbukit dipanggil Bukit Tangga kalau nak reference yang paling hampir aku boleh bagi adalah jalan nak pergi ke Genting Highland lebih kurang macam tu la. Jalan ni memang famous dgn cerita cerita pelik dia dan kalau kita bernasib baik maka kita sendiri akan berpeluang untuk merasainya. Jadi kiranya mungkin malam tu adalah peluang kami untuk merasai sendiri misteri Bukit Tangga. Sesampai je di kaki bukit tangga keadaan yang mulanya jelas mula diselubungi oleh kabus yang sangat tebal. Tapi dengan sekelip mata ja kabus tu menghilang dan jalan kembali terang dan bermula la perjalanan kami menempuh Misteri ini.

Kampung siapa tu?

    Sampai satu kawasan walaupun dengan tingkap kereta yang bertutup kami dapat menghidu bau masakan yang sedang dimasak dan bukannya sebarang jenis masakan rasanya macam masakan yang orang selalu buat ketika kenduri kendara, kemudian kami semua perasan yang kawasan lurah bukit tu kelihatan terang benderang seperti ada kawasan perkampungan di bawah lembah itu dan masa aku perhatikan memang keaadan kat situ meriah sgt seperti suasana kenduri. Ketika kawan aku tanya kampung ape di bawah tu aku pun menyatakan yang sepatutnya kawasan tu tidak ada kawasan kampung cuma hutan dan seperti tahu saje kawasan yang terang tu kembali menjadi gelab dan sunyi. Menurut orang tua kawasan bukit tangga ni mempunyai beberapa kawasan perkampungan orang bunian, mungkinkah apa yang kami nampak tadi merupakan salah satu daripada kawasan perkampungan berkenaan? Entahla mungkin ya mungkin tidak. 

Siapakah yang dia nampak?

   Sampai saja di puncak Bukit tangga jalan akan menjadi lurus sebelum berliku kembali untuk perjalanan turun pula. Di sini berlaku 1 lagi kejadian yang hanya melibatkan seorang saja kawan aku iaitu si pemandu. Sedang kami melalui kawasan tu tiba tiba dia memperlahankan kereta, aku pun tanyalan apa pasal, jawapan yang dia bagi memang aku tak jangka. Dia kata dia tengah bagi laluan pada orang kakmpung yang tengah lalu lalang atas jalan tu, pada mulanya aku ingatkan dia bergurau tetapi bila aku tengok kelakuan dia, mmg aku dapat rasakan yang dia memang nampak apa yang dia cakap tadi. Aku pun bagi isyarat pada kawan yang lain untuk mengetahui sama ada mereka nampak apa yang si pemandu ni nampak tetapi kedua2 mereka membalas mengatakan yang mereka tak nampak, lantas aku mengambil keputusan untuk tidak menyatakan apa apa pada sipemandu ni tadi sebab aku takut jika dia panik dia akan menyebabkan kami semua jatuh gaung pula,setelah beberapa minit baru la dia kembali memandu seperti biasa. Dalam fikiran aku bermain persoalan ini "Adakah apa yang dia nampak ada kaitan dengan apa yang kami nampak awal tadi?"

Kemana hilangnya?

    Ketika kami hampir sampai ke kaki bukit sekali lagi kami bertemu dengan satu kejadian dimana kami telah menghampiri sebuah bas, pada mulanya kami semua sangkakan ia merupakan salah satu bas khas yang telah ditempah untuk membawa penyokong dari kampung kami tetapi bila dilihat kembali baru kami perasan yang bas berkenaan adalah kosong dan ini aku tak pasti sama ada kerana keadaan malam atau pun lampu kereta yang tidak berapa terang aku rasa yang bas ni bewarna putih, dan walaupun ianya kelihatan kosong keadaan pemanduan bas ni pula menunjukan yang ianya adalah sarat dengan penumpang. Sampai di satu kawasan kawan aku terus memotong bas berkenaan kerana dia merasa rimas, selang beberapa selekoh kenderaan kami sekali lagi diselimuti oleh kabus yang tebal dan seperti pada permulaan tadi kabus tu terus menghilang sepantas dia datang. Di kaki bukit tangga kami berhenti sebentar untuk bincang tentang kejadian sebentar tadi. Kemudian salah sorg kwn aku bertanyakan tentang bas tu, elok je dia tanya bas tu pun kelihatan tapi yang buatnya seram bukan ape, bila bas tu sampai saja berhampiran dengan tempat kami berhenti bas tu terus hilang. Yang peliknya bunyi enjin masih lagi kedengaran. Apa lagi dah nampak depan mata macam tu nak tunggu lagi? Kami terus cabut leeee.

   So begitulah ceritanya bilamana aku dan kawan aku ditunjukan dengan misteri yang terdapat di Bukit tangga, sekarang ni jalan tu dan banyak berubah cuma kadang kadang masih lagi terdengar cerita cerita pelik tentang tempat tu dan bila aku dengar ianya membuatkan aku teringat kembali pengalaman aku ini. SEKIAN 

Cerpen sebelumnya:
Salleh dan Senyuman
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (7)

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
2 Penilai

Info penulis

Nizam

I am a happy go lucky kind of guy who like: Music Any kind of music is find 4 me as long as it not to loud. hip-hop, dance, r&b , pop, and some time if in the mood some oldies and broadway music are among my favourite. Movies Sci-fi, comedy, romantic- comedy, horror. Best Features A goodfriend and like to make people smile by goofing around but still can b a serious person when the need arise. Interests PS2, Internet surfing, anime and also manga sometimes I also like to cook.
raven | Jadikan raven rakan anda | Hantar Mesej kepada raven

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya raven
Perjalanan Ke Alam Misteri v2 | 3216 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

9 Komen dalam karya Perjalanan Ke Alam Misteri
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik