Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cerita Tentang Len

 

Di kantin, tatkala pelajar sedang berasakan untuk berebut membeli kuih di kantin yang ciput sahaja saiznya.

 

“Saya kagum dengan awak. Pemikiran awak lebih luas. Perspektif dari sudut berbeda tak tercapai akal minda. Melihat sesuatu di luar kotak. Pertimbangan yang merangkumi sekalian aspek. Melihat sebarang kemungkinan secara positif. Kenapa awak ni bagus sangat?” bersungguh-sungguh gadis itu memuji, siap dengan gaya tangan seperti Power Rangers hendak bertukar rupa.

 

“ so that, aku tak jadi orang yang bengap macam kau!” pergh, lantang saja mulutnya menjawab. Malas nak layan dengan orang yang suka mengampu, mengipas dan meng’air-cond’ untuk mendapatkan jalan pintas atau untuk mengorat lelaki genius sepertinya.

 

“ Sampai hati awak cakap macam tu. Awak jangan riak dengan kelebihan yang awak ada. Bila-bila masa saja Tuhan boleh tarik balik kelebihan awak tu. Masa tu, baru awak tahu perasaan jadi orang yang bengap.” Dan gadis itu pun terkedek-kedek meninggalkan Len yang mengesat muka akibat terkena tempias air liur gadis itu.

 

“ Girls. Sucks.” Bibirnya bergerak perlahan. Nun di sebalik tiang kantin itu, sepasang mata ralit memerhatikan adegan “kaki-ampu-kaki-riak-nak-mati.” Belum sempat mengalih pandangan, mata mereka bertemu. Len hanya melihat sekilas, kemudian terus berpaling. Hatinya tidak keruan lantaran wajah itu. Guru disiplin berkaca mata petak itu melihatnya sambil menghantar gelombang amaran. Baru sahaja dia ditegur kerana sikap sombongnya, kini satu lagi insiden yang menunjukkan amaran guru disiplin itu sekadar mencurah air ke daun keladi.

 

Di bilik guru disiplin yang air-condnya semput sahaja meniupkan aura berbahang guru disiplin berkaca mata petak.

 

“ Sulaiman, berapa kali cikgu nak ingatkan supaya menjaga tingkah laku. Ramai yang mengadu tentang perangai awak yang sombong. Cikgu tengok awak pun tak ramai kawan. In fact, tiada kawan langsung. Kenapa ya?” soal guru disiplin itu sambil membetulkan kaca mata petaknya yang melurut ke hidung yang mancung itu.

 

“ Mama. Berapa kali Len nak explain. Len tak sombong. Dia orang yang segan nak kawan dengan Len.” Jawab Len sambil merenung wajah guru disiplin itu.

 

First, jangan panggil mama di sekolah. I’m ur teacher ok.! Second, mulut tu boleh tak kalau jangan asyik menjawab je apa orang kata. Third, tiada istilah ‘dia orang’. Yang ada Cuma ‘mereka’. Fourth, macam mana kamu boleh kata yang kamu tak sombong sedangkan apa yang cikgu dah lihat depan mata tadi.” Dan guru disiplin itu sudah mula membebel.

 

First, dah mama memang mama. Peduli apa kat sekolah atau di zoo. Nothing can change that. Second, tadi tanya kenapa. Bukan ke kalau orang tanya kenapa, kita kena jawab. Contohnya, kenapa siput berjalan lambat? Siput berjalan lambat kerana ia tidak mempunyai kaki seperti harimau bintang. Ketiga, ada je istilah ‘dia’ dan ‘orang’. Kalau digabungkan maksudnya, seseorang yang diperkatakan itu yang mana merupakan manusia. Kan ada maksud tu. Keempat, mata mungkin boleh menipu. Apatah lagi, mata yang myopia itu tak melihat kejadian sebenar di kelas.

 

“ Hanis Sulaiman bin Tukiran. I’m talking to you!” guru disiplin itu menanggalkan kaca matanya. Mata itu tidak lagi memandang pelajar beruniform pengawas di hadapannya.

“ Go to your class. I’m done talking.” Mendengar kata-kata itu, Len terpaku. Apabila mama marah, mama akan memanggil nama penuhnya. Mama akan tanggalkan specs itu dan tak sudi memandangnya. Lantas dicapai tangan wanita itu yang agak kasar. Mengucup tangan itu seikhlasnya.

“ Sulaiman minta maaf cikgu.” Dia pun melangkah ke kelas 4 Ibnu Batutta.

“Maafkan mama sayang.”Guru disiplin itu mengesat air mata yang menitis.

 

Di kelas 4 Ibnu Batutta yang senyap bukan kerana penghuninya tidur, tetapi kerana ralit membaca buku dan nota kerana ada ujian pada hujung bulan ini.

 

Masing-masing tak mengendahkan Len yang menapak masuk ke kelas. Pelajar yang duduk di sebelah mejanya pun tidak mengalihkan pandangan dari buku teks. Seolah-olah Len itu seperti Shapeless yang tidak boleh dilihat oleh manusia dalam anime Bleach. Hanya Shinigami yang mampu melihat dan memusnahkannya. Namun, tiada Shinigami dalam kelas itu. Tiada juga shinigami dalam realiti kehidupan ini.

 

Len membuka buku teks sejarahnya. Buku teks yang sudah dikhatamkan. Sudah bertanda dengan highlighter. Sudah ditampal stick-on-note yang mempunyai isi penting dan kata kunci. Buku itu direnungnya. Teringat kisah semasa selepas PMR, dia menghabiskan cuti di kampung kerana mama terlibat dengan kursus.

 

Di belakang rumah papan nenek, di tepi kolam menternak lintah, di bawah pohon rambutan yang segan nak menghasilkan buah berbulu.

 

“ Macam mana PMR?” soal Acik sambil mengupas buah pauh.

“ Alhamdulillah, boleh la jawab.” Jawab Sulaiman dengan rendah diri.

“ dah telefon mama?”

“ pagi tadi dah. Malam nanti mama telefon lagi. Achik nak kirim apa-apa ke dari Sabah? Sumpit, bakul rotan, tikar mengkuang?Boleh Leman cakap kat mama.” Usik Sulaiman, atau lebih mesra dipanggil Leman di kampungnya.

“ tak payahlah. Susahkan mama kau jer. Leman, achik sebenarnya nak cakap sikit.” Achik memandang Leman yang ralit melihat kolam lintah itu.

“apa dia?” soal Leman tanpa memandang wajah Achik.

“ Achik rasa Leman ni terlalu melindungi mama. Macam Angah (mama Leman merupakan kakak kepada Achik) takde kehidupan dia sendiri. Semuanya hanya tertumpu pada Leman. Bukan Achik nak cakap yang Leman tak penting, Cuma Angah juga perlukan orang lain untuk berada di sisi dia. Untuk melindungi, untuk menyayangi, untuk menghiburkan Angah. Leman faham kan maksud Achik?” sambil bercakap, tangan Achik mengusap bahu anak saudaranya itu.

 

“ Leman belajar silat sampai tamat. Leman belajar kat sekolah supaya dapat nombor satu. Leman duduk kat rumah. Leman tak keluar dengan kawan pada waktu malam. Leman selalu tolong mama buat kerja rumah. Leman pandai masak karamel yang mama suka. Semuanya Leman buat untuk mama. Untuk melindungi mama. Untuk menemani mama, tak kira susah atau senang. Untuk membuat mama bangga ada anak macam Leman. Supaya nenek tak lagi marah kat mama kerana kahwin dengan ayah. Leman cuma nak mama ada disisi Leman. Ayah pun dah tinggalkan Leman. Tamak sangat ke Leman ni Achik?” Air mata Achik menitis laju mendengarkan luahan anak yang berusia 15 tahun, tapi berfikiran matang seperti 30 tahun. Leman yang sentiasa tersenyum meskipun disindir sinis neneknya.

 

“ Achik minta maaf Leman. Bukan niat Achik nak cakap Leman tamak. Bukan...” Achik tidak mampu menghabiskan kata-katanya. Air mata semakin lebat mengalir.

 

“ Sudahla tu Achik. Nanti masin pulak buah pauh tu dengan air mata achik.” Leman cuba menenangkan Achiknya yang mudah menangis itu. Tengok cerita hindustan pun mesti dengan tuala untuk mengesat air mata. Achik mengesat air matanya. Malu juga menangis di hadapan anak saudaranya. Dia mengambil masa untuk menenangkan diri.

 

“ OK. Achik dah okey. Leman nak makan pauh ni?” Achik mengunjukkan mangkuk berisi pauh yang telah dihiris itu.

 

“ Takpelah, Leman dan mama tak gemar makan benda masam ni. Lagi satu Achik, kalau nak slow talk pun, tak perlu la Achik datang kat kolam lintah ni. Leman tahu Achik geli dengan lintah. Tu, dah lama lintah hisap darah Achik kat kaki tu.” Ujar Leman sambil tergelak, sedangkan Achik terus menjerit kegelian sambil melihat kakinya. Leman meneruskan gelak. Gelabah juga makcik aku sorang ni!

 

Sementara itu, achik menarik nafas lega kerana tiada binatang yang lembik dan menggelikan itu di kakinya. Leman sekadar bergurau dengannya. Satu perkara yang Leman tak tahu, Angah akan makan pauh yang dicicah dengan kicap dan gula. Masam-masin-manis. Perisa kehidupan. Mungkin Hanis Sulaiman bin Tukiran belum merasanya lagi.

 

Di rumah teres dua tingkat, di satu taman perumahan, di satu bandar yang masih terhegeh-hegeh mengejar taraf bandaraya.

 

Puan Farina menilik daun pokok bunga ros itu dengan teliti. Memastikan tiada ulat yang mencemar duli untuk membinasakan tumbuhan kesayangannya. Di halaman rumahnya, dipenuhi dengan tumbuhan seperti pokok bunga kertas, bunga melur, orkid serta bunga morning glory. Sementara, di belakang rumah, terdapat kebun sayur-sayuran yang ditanam dan dijaga oleh Len dengan penuh prihatin. Puan Farina kemudian mencari baja di stor.

“ cari apa?” terkejut Puan Farina dengan suara anaknya yang muncul tanpa disedari.

“baja. Len ada nampak tak?”

“ Len dah bubuh baja.”

“ oh, ye ke?” nampaknya, Len lebih prihatin tentang pokok bunga berbanding dirinya.

“ yup. Jom minum dulu mama.” Pelawa Len sambil melangkah ke dapur.

 Memasuki ruang dapur, semerbak harum bau teh dan cucur yang telah digoreng. Terkejut Puan Farina. Sangkanya, Len masih tidur ketika dia sibuk di halaman. Rupa-rupanya, anaknya itu telah menyiapkan sarapan.

 

“ makanlah mama. Ke mama puasa sunat?” soal Len sambil menuangkan air teh ke dalam cawan.

“ takdelah.mama just....terharu. Bila masa Len buat ni?”

“ ala mama. Bukannya Len buat nasi minyak pun sampai mama terharu. Cucur je mama. Cubalah rasa, kot termasin pulak.” Ujar Len sambil menyuapkan cucur itu kepada mamanya.

“komen please?”

“this is nice. Very nice.” Pujian mamanya memberi kepuasan kepada Len. Mama turut menyuapkan cucur itu kepada anaknya.

Selesai makan, Len memulakan bicara.

“ Len nak minta maaf pasal kat sekolah kelmarin. I was rude.”

it’s ok. Mama dah lama maafkan.”

“semalam, Achik ada call.”

Puan Farina menunggu anaknya meneruskan berbicara. Apakah yang diperkatakan antara ibu saudara dengan anak saudara?

“ Len cuma nak bagitau, kalau mama perlukan seseorang selain Len, Len tiada halangan. Len cuma nak tengok mama happy. Anyone that can make you happy, i’ll approve him.” Puan Farina terkedu seketika.

“ dan Len rasa cikgu Zaki tu baik orangnya.”

Sekali lagi Puan Farina terkedu. Sesungguhnya, anaknya ini sangat memahami.

 

Ruhti wa taraktini
Ya nura ‘aynayya
Ya unsa layli
Ruhti wa taraktini
Man siwaki yahdhununi
Man siwaki yasturuni
Man siwaki yahrusuni
‘Afwaki ummi
Samihini...
You went and left me
O light of my eyes
O comfort of my nights
You went and left me
Who, other than you, will embrace me?
Who, other than you, will cover me?
Who, other than you, will guard over me?
Your pardon mother, forgive me

 

(Mother, by Sami Yusuf.. My Ummah)

 

 

Di perpustakaan sekolah yang jarang dikunjungi pelajar.

 

“ Hanis, boleh tak ajarkan aku cam ne nak buat soalan add math ni?” soal pelajar yang memakai kemeja hijau bercorak bulat-bulat dan skirt labuh(uniform pandu puteri).

“ soalan simple macam ni pun tak boleh jawab?” datang dah kerek mamat ni.

“ aku dah guna cara yang Mr Raju tunjuk, tapi tak dapat pun jawapan. Aku da try juga guna rumus dalam buku teks uh. Tapi cam pelik je jawapannya.” Terang pelajar itu lagi.

“ actually, ko kena guna convert dulu kepada sebutan x, then masukkan dalam rumus. Then....”

Sebenarnya, Len bukan sombong. Cuma, dia tak suka orang yang mengharapkan jawapan untuk setiap persoalan tanpa berfikir. Dia boleh menunjukkan jalan, tapi tidak menjadi tongkat untuk yang celik, atau menjadi kerusi roda untuk yang mampu berlari.

“ ok. Thanks Hanis.”

“ Pandu puteri, jangan panggil aku Hanis. Just call me Len.” Gadis yang pernah menegurnya di kantin itu hanya tersenyum.

“ Kadet Bomba. Jangan panggil aku pandu puteri. Just call me Aniss.” Len pula tersenyum menampakkan lesung pipitnya yang dalam.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) nice story~
  • 2) buah pauh tu buah mangga ke..?
  • 3) hehe. memang cerita yg bercirikan misz mextor.
    good work!
    penulisannya adalah easy to the eye. senang membaca.
    kesinambungan sedikit kurang antara pertemuan leman- (just call me len!) sori, i mean len, semasa di kolam lintah dengan plot di mana dia setuju mak dia kawin lain tu.

    untuk cadangan penambahbaikan dari saya, maybe leh tambah sedikit bayangan waktu plot yg ada mak dia. masukkan hint yg mak dia turut alami efek ibu tunggal. and masukkan juga sedikit hint mengenai cikgu zaki.

    sekadar pandangan.
    kudos to u! :)
  • 4) aha. hanis sudah bertemu ngan aniss.

    nice! ;)
  • 5) yelah tot..hanis dengan aniss..memg ader jodoh la diorang..

  • (Penulis)
    6) robot & itot~thanks
    teja~pauh tu spesies mangga, tapi lagi kecil dan masam. selalu dibuat kerabu.
    caha~krg kesinambungan?mayb ada part 2..hehe.
  • 7) komen syud? seperti caha gak~

    tapikan..apepon I love d last part..so commelness!!! ;)
  • 8) setuju dgn caha.

    kesinambungan cerita agak tersekat. jangan rushing menghabiskan cerita. ada beberapa plot yg sgt penting tapi hilang kepentingannya kerana "tergesa".

    emphasize more on story telling. background cerita perlu sama berat dgn penggunaan dialog sbb cerita ni memerlukan penghayatan utk rasa. latar belakang yg baik maybe boleh menolong ;)

    maybe awak bole consider penggunaan "************" dlm memisahkan scene yg berbeza jarak, waktu, masa dan tempat ;)
  • 9) sweet gak la endingnye..
    ad bkt kwn ak nih
    hehe
  • 10) menarik..meninggalkan kesan
  • 11) miszmextor, great job la!
    best best.
    hanis & aniss

Cerpen-cerpen lain nukilan miszmextor

Read all stories by miszmextor