Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (8)

 

1996

 

Di sebuah taman permainan berhampiran rumahku. Pada suatu malam yang panjang.

 

“Mizril, apa kata kalau kita main satu game?” Soalku pada Mizril.

“Game apa?” Tanya Mizril kembali.

“Aku bagi ko no telefon sorang awek ni, kita challenge sesame kita, tengok sapa yang dapat dia.”

“Apa nama awek tu? Budak sekolah mana?”

“Nama dia Fazrina. Budak sekolah Assunta. Baru Form Three.”

“Camna nak tau sapa yang menang? Apa pulak hadiahnya kalau aku menang?”

“Kita kena jujur sesame kita, once kau dah ‘declare’ ngan dia, kau straight sound aku. Macam tu jugak kalau aku dapat ‘declare’ dengan Faz, aku straight sound ko. Hadiahnya pulak, erm…kalau aku menang, kau kena belanja aku maggi goreng ngan teh ais kat maple, macam tu jugak kalau kau menang, aku pulak kena belanja kau. Just for fun of it.”

“Ok, aku no hal San. Tapi berapa nombor telefon Faz tu?”

“5751036.”

“Ok San, Best man wins!”

 

Mizril adalah seorang budak lelaki kat taman perumahan aku. Dia selalu main bola petang-petang ngan aku kat padang ABC, kadang-kadang malam-malam pulak kami main ping-pong dekat rumah Shairi. Aku, Shairi dan Mizril tinggal berjiran, tapi sekolah lain-lain. Aku di Sultan Abdul Samad, Shairi di Sekolah Menengah Kelana Jaya sementara Mizril pulak kat Seaport. Aku dan Shairi belajar dalam tingkatan tiga sementara Mizril pulak dalam tingkatan lima.

 

Pertandingan merebut Fazrina ni aku organize semata-mata sebab aku still lagi syok kat Faz. Aku memerlukan persaingan untuk melonjakkan aku maju ke hadapan. Kalau takde persaingan, aku akan terus duduk dalam zon selesa. Itu yang aku tak nak. Aku bukanlah tak boleh menerima kenyataan yang Fazrina telah mereject aku, malah kenyataan itu aku terima dengan baik sekali. Tapi bagi aku, menerima kenyataan dan tidak berputus asa adalah dua perkara berbeza. Aku memilih untuk menerima kenyataan yang Fazrina dah reject aku, tp dlm masa yang sama aku akan terus berusaha untuk memenangi Faz. Itu sahaja.

 

Tapi di awal-awal pertandingan lagi, kekalahan seolah-olah telah memihak kepada aku. Puncanya ialah Faz marah bila dia dapat tahu yang aku bagi nombor telefonnya kat Mizril.

 

“Hassan, awak suka-suka je bagi no telefon saya kat orang lain. Bila saya layan orang-orang yang nak berkenalan ngan saya, ramailah yang kata saya playgirl. Bila saya tak layan pulak, ramai yang kata saya perasan cantik lah, sombonglah, macam-macam lagi lah.”

“Sorry Faz, saya janji tak buat lagi.”

 

Walaupun Fazrina memaafkan aku diatas kesilapan aku tu, tapi aku tak nafikan yang semenjak peristiwa aku bagi nombor telefon kat Mizril tu, perhubungan aku dan Fazrina jadi makin hambar. Bercakap pun serius je, tak disusuli gelak ketawa macam dulu-dulu.

 

Apa la agaknya persepsi dia kat aku ekk? Argh! Senjata dah mula nak makan tuan ni!

 

So, sally can wait
She knows it’s too late as we’re walking on by
Her soul slides away
But don’t look back in anger
I heard you say

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) klu bot jd faz pn msti bot mrah..tp np ek si faz tu reject san..mmm..

  • (Penulis)
    2) entahlah robot..aku dh tanya dulu, tapi dia x bgtau sebabnya..ekekeke...
  • 3) ha ha. very badd mistakeee. ah mizril pun, pandai call pandai la simpan. ade ke gi kasitau ko kasi number. deym!

  • (Penulis)
    4) Cahatomic - hehehe, kalau xde orang bgtau Faz yg aku yg bg no telefon dia kt Mizril pun, in the end sure Faz tau jugak, coz aku dan Mizril tinggal berjiran & main bola ngan ping-pong sekali...
  • 5) hahaha..nie memg saja nak cr masalah..selamatlah, nie zaman remaja..

  • (Penulis)
    6) rain - tu lah tu, xde keje carik keje...ekekeke...
  • 7) aha..carik penyakit~~ dh sakit bru tau rasenyer cmne.. :p

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat