Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Fazrina Cinta '96 (9)

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (8)
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (10)

1996

 

Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad. Suatu pagi yang dingin.

 

Hari ni mak aku datang sekolah, walaupun dia tak pernah membuat sebarang temujanji ngan cikgu-cikgu aku, kira spot chek jugak lah. Habis segala rahsia-rahsia aku terbongkar hari ni. Cikgu bgtau mak aku yang aku selalu ponteng kelas. Nasib baik masa mak aku jumpa cikgu aku tu, aku tak duduk sekali sebelah mak aku, kalau tidak camna la aku menatap wajah dia jam-jam tu jugak.

 

Malang datang bertimpa-timpa dalam hidup aku. Seminggu sebelum tu, aku kantoi isap rokok. Salahnya aku jugak, patutnya sampai je rumah lepas abis tuition, aku mesti gi bilik air dulu, gosok gigi untuk hilangkan bau rokok, ini tak – aku bantai tengok tv ngan mak aku dulu. So that, bila aku bersembang je dengan mak aku, bau rokok pun keluar la.

 

“Kau isap rokok ke San?” Tanya mak aku.

“Aah, orang isap rokok tadi, tapi setakat cuba-cuba je. Lepas ni orang tak isap lagi dah.”

 

Nasib baik lah mak ayah aku boleh terima alasan dan janji palsu aku tu. Isu rokok tu pun habis macam tu je. Tapi kali ni, isu ponteng kelas ni. Aku rasa aku tak boleh lari dah.

 

Dalam pukul 11 pagi, baru mak aku keluar dari kawasan sekolah dan terus balik ke rumah. Aku pulak, sampai je rumah lepas habis waktu sekolah hari tu, dekat muka pintu je mak aku terus sergah aku.

 

“Ooo, selama ni kau tipu ibu ya?”

“Sorrylah bu. Lepas ni orang dah tak ponteng kelas dah.” Ujarku ringkas.

 

Aku terus berlalu dari ruang tamu untuk ke dapur. Aku senduk nasi dan lauk. Kalau selama ni aku makan tengahari kat dapur, tapi kali ni aku bawak pinggan masuk dalam bilik. Aku nak makan tengahari dalam bilik coz aku malu nak menatap wajah mak aku setelah rahsia-rahsia aku terbongkar.

 

Dan masa aku sedang makan dalam bilik tu, sayup-sayup terdengar suara mak aku dari arah dapur.

 

“Kau ni terbuang ke San?”

 

Sayu je aku dengar pertanyaan mak aku tu. Aku terus keluar dari bilik dan sambung makan kat dapur, tanpa sepatah suara pun aku keluarkan. Aku speechless sebenarnya, aku tak tahu nak cakap apa kat mak aku. Aku sendiri pun tak faham apa masalah aku, so camna aku nk pahamkan mak aku?

 

Habis je makan, aku terus masuk bilik dan bukak drawer almari aku. Apa yang aku dh jangka akhirnya menjadi kenyataan. Tiada satu pun surat ataupun kad daripada Fazrina yang masih tinggal dalam drawer aku, semuanya mak aku dh rampas. Dan yang aku paling sedih, satu surat terpenting daripada Fazrina yang selalu menjadi inspirasi aku pun turut dirampas. Aku anggap surat tu penting coz dalam surat tu ada satu line yang aku selalu baca berulang-ulang kali, tanpa jemu. Line tu berbunyi:-

 

“Hassan, I really like you. You’re friendly, pleasant and likeable.”

 

Tapi aku tak pernah mintak balik surat-surat tu dari mak aku, coz aku yakin permintaan aku tu akan dijawab dengan leteran yang amat panjang.

 

Bapak aku sibuk kerja, kadang-kadang overtime sampai ke malam. Mak aku pulak housewife, so that urusan anak-anak biasanya mak aku yang settlekan. Tapi sejak aku kantoi isap rokok tempohari, bapak aku dah mula memerhatikan aku dengan lebih ketat. Tiap-tiap malam mesti dia check beg sekolah aku. Nak tengok ada rokok ke tak, nak tengok kerja sekolah yang cikgu bagi aku settlekan ke tak.

 

Kes terbaru ni (ponteng kelas), bapak aku tak tau lagi ni. Kang kalau dia tau kang, masak la aku. Tapi aku kenal bapak aku, diplomasinya tinggi, marah macamanapun tangannya jarang naik atas badan aku.

 

Dalam aku malu kat mak aku, dalam aku risau dengan reaksi bapak aku nanti, aku terus melangkah  keluar dari rumah menuju ke public phone di belakang Surau Al-Ehsan. Aku perlu bercakap dengan seseorang untuk meleraikan kekusutan di kepala aku, seseorang yang suaranya kerapkali menenangkan jiwa aku.

 

“Assalamualikum. Fazrina ada?’

“Fazrina tak balik dari sekolah lagi. Hari ni dia stayback.”

 

Aku cukup kecewa mendengar jawapan orang gajinya itu kerana saat ini aku cukup rindu akan suaranya.

 

Sometimes I feel
like I don’t have a partner.
Sometimes I feel
like my only friend
is the city I live in.
The city of angel
lonely as I am
together we cry.

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (8)
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (10)

Share!Email

HTML:
'>
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
4 Penilai

Info penulis

Marius

Au Revoir!
hassanayat | Jadikan hassanayat rakan anda | Hantar Mesej kepada hassanayat

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya hassanayat
Hatiku Di Terengganu | 7889 bacaan
Dialog Dengan Rin | 2999 bacaan
Fazrina Cinta '96 (21) - Konklusi | 2579 bacaan
Fazrina Cinta '96 (20) - In The End | 2039 bacaan
Fazrina Cinta '96 (19) | 2323 bacaan
Fazrina Cinta '96 (18) | 2105 bacaan
Fazrina Cinta '96 (17) | 2062 bacaan
Fazrina Cinta '96 (16) | 1961 bacaan
Fazrina Cinta '96 (15) | 2181 bacaan
Fazrina Cinta '96 (14) | 1988 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

11 Komen dalam karya Fazrina Cinta '96 (9)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik