Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (10)

 

1996

 

26 Jun. Semi Final Euro ’96. England vs Germany.

 

Dengan slogan ‘Bola Sepak Kembali Ke Tempat Asalnya’, Euro ’96 mempertemukan skuad England dan skuad Germany di separuh akhir. England selaku tuan rumah mendahului dengan satu gol di hadapan melalui jaringan Alan Shearer. Tetapi kelebihan satu jaringan itu tidak bertahan lama apabila Steffan Kuntz  menyamakan kedudukan untuk menjadikan kedudukan terikat pada 1-1. Perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan tanpa sebarang jaringan dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

 

Kegagalan Gareth Southgate menjaringkan gol semasa penentuan sepakan penalti berlangsung akhirnya menyebabkan Germany memenangi perlawanan tersebut dan melayakkan diri ke perlawanan akhir untuk bertemu Republic Chezh.

 

Aku cukup frust dgn keputusan malam tu dan sampai hari ni aku tak dapat lupakan airmata Paul Gascoine yang mengiringi kekalahan England. Tapi kekecewaan aku sedikit terubat la apabila Alan Shearer diumumkan sebagai penjaring terbanyak Euro ’96 dengan 5 gol manakala Steve Mcmanaman dan Paul Gascoine pula tersenarai di dalam Euro ’96 Dream Team. Dan sejak detik itu, aku tak pernah lagi menyaksikan skuad England yang lebih baik dari skuad Euro ’96.

 

Hari jadi Faz hampir tiba. Esoknya balik je dari sekolah, aku terus singgah di Jaya Seksyen 14. Aku beli kad ‘Memory Lane’ kat Guardian untuk aku hadiahkan kat Faz nanti. Perhubungan aku dan Faz dah jadi makin hambar sebenarnya, Faz macam tak seronok je bila bersembang dalam telefon dengan aku. Perhubungan Faz dengan Mizril pulak khabarnya semakin mesra. Aku dah takde idea lain dah, so that kad harijadi itulah yang akan aku jadikan strategi terakhir untuk memenangi Faz.

 

Argh! Tak sabarnya tunggu Julai!

 

Do you have the time
to listen to me whine
about nothing and everything
all at once?


I am one of those
melodramatic fools
neurotic to the bone
no doubt about it.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) jgn guna modal kad jer..bg hadiah jugak..kasi up sket..hehe
  • 2) ha ha. belandaku dibeduk 4-1 masa grup. mujurlah masih layak. tapi pastu kalah mudah juga di suku akhir. menyampah!

    england tahun tu memang terbaik. prolly kerana gascoine dan stevy yg creative. midfield england sekarang terlalu kaku. kalau ada pun yg bagus adalah joe cole. dan ofkos team'96 - shearer di depan adalah predator agung.

    hehe alang2 dah singgah jaya tu. patutnya lupakan saja faz. pegi la melanguk di mcd je mengayat gadis2 sri aman.
  • 3) adakah faz aku bertindak pd san sm mcm dia buat pada Shairi dulu? ohh..no!!

  • (Penulis)
    4) rain - time ni sekolah lagi, mana ada duit nk beli hadiah..nak beli kad itu hari pun kena menabung duit belanja sekolah..

    cahatomic - england kuat time tu sebab managernya creatif - Terry Venables yang kalau x silap aku banyak menimba pengalaman di Sepanyol..

    erm..nk tackle budak Sri Aman tak berani la geng..maintenance tinggi..ekekeke...

    robot - hehehe..kita tunggu dan lihat la ekk? ekekeke...
  • 5) haha. ade je yg bimbo dan rela memayungi kau. (ah cakap pandai aku ni. haha)
    tidak tidak.
    amar maaruf nahi mungkar!
  • 6) eh tapi kan bro. lu tak aci la. ade ke entri sampai siri 10 camni letak kat cerpen. bikin panas je. haha.
    letak la novel patutnya. (but now rasanya spt sudah terlambat). grr.

  • (Penulis)
    7) cahatomic - tu lah tu, aku tersilap dr awal2 lagi, patutnya aku post kat novel dr awal, sekarang bila dh banyak post kat cerpen, rasa x best pulak kalau nk switch ke novel..

    sorry berlori-lori...
  • 8) huhuu...

    senjata memakan diri~~

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat