Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Fazrina Cinta '96 (14)

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (13)
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (15)

1996

 

3 minggu telah berlalu sejak hari kekalahan aku kepada Mizril. PMR pulak dah makin dekat. Masa ni flow of my life dh sampai ke turning point dia dah, kalau masa awal-awal form three dulu aku banyak main, sekarang ni aku dah serius sikit dah. Dah start study malam-malam sebelum tido. Mak ayah aku pun dh happy ngan perubahan aku, so communication breakdown antara kitorang lepas kes aku ponteng kelas dan kantoi isap rokok hari tu pun berakhir.

 

Oh ya, time ni aku dah start stayback after school hour dah, tapi bukan lah stayback kat sekolah. Lepas sekolah, aku ngan member-member aku akan pergi ke Bangunan MPPJ dekat PJ State. Dalam bangunan tu, kat tingkat 2, ada satu perpustakaan awam. Budak-budak sekolah area PJ memang selalu lepak situ pun. Aku akan luangkan masa kat library tu setiap hari except Jumaat, Sabtu dan Ahad. Biasanya aku akan lepak dari pukul 2 – 5 petang, lepas tu baru balik rumah. Sampai rumah je, aku akan terus bersiap-siap untuk main bola kat Padang ABC pulak.

 

Dipendekkan cerita, setelah 4 hari aku melepakkan diri kat library tu, on hari ke 5 tu one miracle thing happen, entah macamana aku nampak Faz pun lepak sama dalam library tu, dengan member-member dia dari Assunta. Aku tau dia perasan aku, tapi aku buat tak reti je. Lagipun table kitorang lain-lain, aku lepak ngan kawan-kawan aku, dia pulak lepak ngan kawan-kawan dia.

 

Dan entah macamana lagi, masa aku nak balik dari library tu, masa aku amik beg aku kat tempat simpanan beg, aku terserempak ngan Faz kat tempat simpanan beg tu, dia tengah keluarkan buku dari beg sekolah Bodypack dia yang berwarna merah. Mata kami bertentangan, muka aku jadi blushing, jantung aku rasa nak gugur, tapi aku gagahkan diri jugak untuk tegur dia…

 

“Hai, Faz!”

“Hai, Hassan. Terima kasih bagi kad hari jadi hari tu.”

“Sama-sama.”

 

Aku dah takde idea nak sembang apa dah. Lidah aku jadi kelu, ye la..kiranya situasi ni memeranjatkan aku la, coz aku tak pernah expect yang aku akan jumpa dia balik. Tapi untuk menutup kesunyian dan kejanggalan, aku carik bahan untuk bercakap jugak la..

 

“Bila saya boleh pinjam kaset Exists awak?”

“Sekarang pun boleh, saya ada bawak ni San.”

 

La..aku main-main je nak pinjam…just sebab takde modal lain nak dijadikan cerita…tapi rupa-rupanya minah ni memang bawak ‘walkman’ gi sekolah dan of course la bila bawak walkman, dia akan bawak kaset sekali. Then dia terus keluarkan kaset Exists tu dari beg dia dan serahkan kat aku.

“Bila saya kena pulangkan ni Faz?”

“Bila-bila boleh. Takpe San, saya tak kisah.”

“Erm..esok awak datang library lagi ke?”

“InsyaAllah.”

“Macam tu saya pulangkan esok je lah Faz.”

“Ok, small matter lah San. Nak layan kaset tu lama-lama pun takpe. Saya dah puas dengar pun sebenarnya.”

“Oo..ye ke? Kalau macam tu, terima kasih lah Faz. Saya balik dulu. Assalamualaikum.”

“Sama-sama. Waalaikumussalam.”

 

Aku tak de lah excited sangat ngan pertemuan tu pun, sebabnya is Faz dah tak available dah, dia dah jadi awek Mizril dah, so dengan erti kata lain, bila Faz dah ada someone, dia automatic jadi tak menarik pada aku…hehehehe…tapi lepas-lepas ni aku berazam nak kawan balik je la dengan dia..kawan macam biasa..macam dulu-dulu..tanpa ada something soft hidden inside…aku tak rugi apa pun kalau terus berkawan ngan dia walaupun dia dah jadi awek Mizril..

 

Petang tu, kat tepi padang ABC, masa tengah ikat tali kasut sebelum main bola..aku sempat sembang ngan Mizril jap..sembang berdua je..kira man to man talk  la ni…ekekekee..

 

“Mizril, aku jumpa Faz tadi.”

“Kat mana San?”

“Kat library MPPJ.”

“Dia buat apa kat sana San?”

“La..mestilah belajar, nama pun library. Dia tak bagitau engkau ke yang dia datang library?”

“Hehehe..tak la San, actually aku dah tak call dia dan dia pun dah tak call aku.”

“La..apasal pulak? Korang kan couple?”

“Hehehe..sebenarnya aku baru break ngan dia San.”

 

La..rupanya diorang dah ‘break’..ricky punya ricky..baru lah Mizril inform aku sebab Faz mintak break..isunya kecik je, ye la..maybe Faz ni sensitif kot…so dialog Mizril yang membuatkan Faz sakit hati lantas mintak ‘break’ lebih kurang macam ni lah :-

 

Mizril               :           Faz, apa cita-cita awak?

Fazrina           :           Cita-cita ekk? Erm…Saya nak jadi perempuan..

Mizril               :           La..tu memang lah, memang la semua perempuan nak jadi

                                    perempuan..habis tu takkan awak nak jadi betina kot?

 

Hahaha..aku nak tergelak time dengar story Mizril tu pun ada..sebab dialog tu je diorang boleh ‘break’…heheheh….tapi sebab nk jaga hati Mizril, aku tak jadi gelak pun…erm..lantak diorang la, nak terus jd couple ke, nak break terus ke, nak break kejap then jadi couple balik ke, aku dah tak amik port dah…dan aku pun takde rasa nak try Fazrina balik walaupun dia dah break ngan Mizril…yang penting bagi aku is study..aku nk score dalam PMR nanti..!

 

Malam tu sebelum masuk tidur, aku sempat dengar merangkap ‘dubb’ kaset Exists tu. Cara nak ‘dubb’ ni senang je – first sekali carik kaset yang ada dua compartment untuk kaset..then kat satu compartment, letak kaset Exists tu dan tekan butang ‘play’ dan kat satu lagi compartment, letak satu kaset kosong dan tekan butang ‘record’. Tapi proses ‘dubbing’ ni kena dibuat dengan berhati-hati..pastikan tiada bunyi-bunyi lain selain bunyi dari kaset yang kita nak ‘dubb’kan tu yang kedengaran…sebabnya dikhuatiri bunyi-bunyi yang tidak diperlukan tu akan terakam sama..

 

Dan malam tu jugak, aku tidur dengan lena sekali, lebih lena daripada malam-malam yang lain, mungkin kerana melodi lagu ‘Diammu Gunung Berapi’ nyanyian Exists itu yang amat mengkhayalkan…

 

 

When i feel heavy metal
and i’m pins and i’m needles
well i lie and i’m easy
all of the time but i’m never sure

when i need you
pleased to meet you.

I got my head done
when i was young
it’s not my problem
it’s not my problem.

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (13)
Cerpen selanjutnya:
Fazrina Cinta '96 (15)

Share!Email

HTML:
'>
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

Marius

Au Revoir!
hassanayat | Jadikan hassanayat rakan anda | Hantar Mesej kepada hassanayat

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya hassanayat
Hatiku Di Terengganu | 7541 bacaan
Dialog Dengan Rin | 2944 bacaan
Fazrina Cinta '96 (21) - Konklusi | 2475 bacaan
Fazrina Cinta '96 (20) - In The End | 1961 bacaan
Fazrina Cinta '96 (19) | 2270 bacaan
Fazrina Cinta '96 (18) | 1998 bacaan
Fazrina Cinta '96 (17) | 2013 bacaan
Fazrina Cinta '96 (16) | 1877 bacaan
Fazrina Cinta '96 (15) | 2117 bacaan
Fazrina Cinta '96 (13) | 1923 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

6 Komen dalam karya Fazrina Cinta '96 (14)
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik