Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (17)

 

1996

 

Library MPPJ. Hari Pertama Percubaan PMR. Kertas Bahasa Melayu.

 

Petang tu, aku gi library macam biasa. Time ni budak-budak dah start serius dah, coz minggu ni minggu percubaan. Dan macam biasa jugak, budak-budak Sekolah Samad lepak kat meja yang berlainan dengan meja budak-budak Sekolah Assunta. Megat pulak (abang angkat Faz) is satu-satunya budak Sekolah Bukit Bintang yang lepak sekali kat meja budak-budak sekolah Assunta.

 

Tengah aku kusyuk menelaah buju rujukan untuk menghadapi Kertas Bahasa Inggeris yang akan berlangsung pada keesokan harinya, Megat datang ke meja aku sambil bawak satu nota dari Faz. Nota tu berbunyi.

 

“So, macamana exam hari ni?”

 

Aku suruh Megat lepak jap kat meja aku. Dekat bawah nota Faz tu, aku coretkan kata2 ni:-

 

“Dari first sampai last, saya asyik teringatkan awak. Nasib baik boleh control, kalau tak sure kertas penuh ngan nama awak.”

 

Lepas tu aku bagi balik nota tu kat Megat, dan aku mintak Megat tolong sampaikan nota tu kat Faz balik. Dan sebaik sahaja Faz baca nota tu, dari kejauhan aku nampak Faz tersenyum, senyum yang sangat indah, dan sampai hari ni pun, aku masih tak dapat lupakan seulas senyuman remajanya itu.

 

Then aku concentrate baca buku balik. Lebih kurang pukul 5, aku dah bersiap untuk balik dah, coz pukul 6 karang aku nak main bola pulak. Aku ni sehari tak berpeluh tak sah, kalau aku tak bersukan aku rasa badan aku ni cam ‘tembe’ semacam je.

 

So, masa nak keluar dari library tu, sebab meja aku kat hujung sekali dalam library tu, aku terpaksa lalu depan meja Faz untuk menuju ke pintu utama library. Masa aku lalu depan meja Faz, tiba-tiba Sharina Emija – kawan Faz panggil aku.

 

“San, sini jap.”

“Apasal Emi?”

 

Aku terus menghampiri meja Faz. Bila aku dah betul-betul dekat ngan meja Faz, barulah Sharina Emija jawab pertanyaan aku.

 

“San, Faz kata kat engkau – I Love You.”

 

Lepas je Sharina Emija menuturkan kata2 tu, Faz terus menundukkan kepalanya kat meja library tu, blushing la tu kot..hehehe..Aku pun dh start blushing time ni, tapi aku still boleh control diri aku. Dan aku dengan selambanya, sambil memandang Faz yang masih lagi dengan kepala yang tertunduk, aku menuturkan ayat keramat ni:-

“Me too. Apa2 hal pun Faz lah yang paling sweet dalam dunia ni.”

 

Kawan-kawan Faz including Megat semuanya tergelak mendengar kata-kata aku tu. Faz pulak masih lagi tak angkat kepalanya yang tertunduk tu. Aku pulak terus berlalu dari meja diorang coz aku tak leh lama, aku nak main bola pulak ni.

 

Dan hari tu menjadi hari yang paling menggembirakan dalam hidup aku. Dan Faz pulak aku rasakan seakan-akan memberi greenlight untuk aku approach dia. Aku tengah tunggu masa yang sesuai je.

 

Argh! Kali ni aku mesti menang!

 

 

So little time so much to do,
I’d rather spend my days with you.
So little time so much to do,
I’d like to spend one day with you.

And if that day is not enough,
Maybe we can stay in touch,
But I’m not making plans for tomorrow,
For tomorrow never comes.

 

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) wahhhh. hahaha!
    seriously bro. memang mcm zaman2 sekolah punya cinta. hahahahaha.
    sepesen je kann.
  • 2) hahahha..nostalgia sungguh citer nie..cayalah .
  • 3) amboiboiboiiiii....

    i lap yuhhhhhhhhhhh ;P

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat