Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Fazrina Cinta '96 (19)

 

1996

 

Library MPPJ. Hari Ketiga Percubaan PMR. Kertas Matematik.

 

Petang tu aku datang library dengan semangat baru. Aku nak belajar betul-betul. Aku nak kawan dengan Faz balik tanpa ada intention lain. Aku tak nak Faz terbeban dengan perasaan sayang aku kat dia.

 

So, sampai je kat library, aku terus pergi kat meja Faz. Aku nak say ‘hi!’ kat dia. Dari jauh lagi aku dh nampak dia dengan kepala tertunduk kat meja. Maybe letih kot, maybe nak take 5 lepas baca buku kot.

 

“Hi Faz!” Tegurku ramah.

 

Faz terus mengangkat kepalanya yang tertunduk kat meja tu lepas dengar suara aku. Terkejut aku tengok muka dia time tu, muka dia yang putih cerah jadi merah bagaikan udang yang dibakar. Rupa-rupanya dia menangis. Air mata dia mengalir deras membasahi pipi dia. Dalam pada aku terkejut dengan situasi tu, hati kecil aku berkata bahawa Faz kelihatan cukup cantik bila dia menangis. Aku terus tanya Faz dengan nada suara yang lembut…

 

“Faz, apasal awak menangis?”

“Takde apa lah San.”

 

Begitu ringkas jawapan Faz sambil terus berlalu dari meja tu. Aku tak tau dia gi mana. Maybe dia segan ngan aku coz nampak dia menangis, dan dia nak ke toilet utk membasuh muka dia kot. Aku terus duduk kat kerusi Faz lepas dia bla dari meja dia tu. Kawan-kawan dia - budak-budak sekolah Assunta pun ada sekali kat meja tu dan melihat insiden tu. Tanpa membuang masa, aku terus menyiasat Amiza untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara yang menimpa Faz.

 

“Miza, apasal Faz menangis?”

“Entahlah San, lepas habis paper maths kat sekolah tadi, aku terus story kat Faz pasal kes kau nampak nama “Aril’ kat pencil-case dia. Lepas tu aku terus bagi surat yang kau tulis semalam. Lepas dia baca surat tu, dia terus menangis tak henti-henti sampai lah sekarang.”

 

Rupa-rupanya akulah punca Faz menangis. Aku rasa bersalah yang amat sebab tulis surat tu. Dan untuk hari yang kedua berturut-turut, mood aku jadi spoil lagi. Lepas ucapkan terima kasih atas penerangan daripada Amiza tu, aku terus meninggalkan library tu. Aku nak balik rumah.

 

Sebelum amik bas untuk balik ke rumah, aku singgah dulu kat Minerva Book Store kat PJ State. Aku beli buku rujukan banyak-banyak. Lepas ni aku nak belajar kat rumah je, aku tak nak dah gi library. Aku tak nak Faz menangis setiap kali nampak aku. Biar aku je yang meninggalkan library tu, biar Faz terus belajar kat sana tanpa ada apa-apa gangguan.

 

Oh ya, sebelum aku bla dari library tu, Amiza ada bagi aku sepucuk surat, surat tu katanya daripada Faz. Aku simpan surat tu elok-elok dalam wallet aku, aku takde mood lagi nak baca. Jiwa aku rencam betul time ni, semuanya gara-gara airmata Fazrina. Nanti bila aku dah ok sikit, baru aku baca surat tu.

 

Well…the story of life is just a blink of an eye, the story of love is just hello and goodbye.

 

Let her cry...if the tears fall down like rain
Let her sing...if it eases all her pain
Let her go...let her walk right out on me
And if the sun comes up tomorrow
Let her be...let her be…

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Eksperimental

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) erk? yg the story of life tu ke isi surat dia? ke ko belum citer lagi?
    adeh, faz nangis utk kau. aah, tangisan anak remaja belasan tahun time ni. memang penuh perasaan.
    *teringat*
  • 2) oh,penah gaklah nangis psl laki cmni...

    nangis dok tepi tingkap..pastu dok kire2 windbell~:p

Cerpen-cerpen lain nukilan hassanayat

Read all stories by hassanayat