Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Eksperimental

Fazrina Cinta '96 (21) - Konklusi

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (20) - In The End
Cerpen selanjutnya:
Kata Penjual Susu

Pondok Telefon Awam 
Kelana Jaya 
1996

"Hello, Faz ada?"
"Faz ni.Siapa tu?"
"Hassan.Tengah buat apa tu?"
"Dengar lagu."
"Lagu apa?"
"Here for you."
"Oh,yang Firehouse nyanyi tu ya?"
"A`ah.Hassan dah makan?"
"Dah."
"Makan apa?"
"Maggy."
"Eh, tak elok.Nanti gemuk."
"Mana Faz tau?"
"Mestilah tau. Faz kan bakal doktor."

Dan aku akan menjadi pesakit yang setia andai Fazrina menjadi doktornya.

Perpustakaan awam
Petaling Jaya
1996

"Megat, Faz mana?"
"Faz pergi Jaya."
"Buat apa."
"Beli set geometri, esok kan ada paper maths"
"Faz datang sini balik tak?"
"Mestilah, kan barang-barang dia ada kat sini"
"Hassan, nota yang kau bagi semalam, Faz simpan lagi tau!"
"Kat mana?"
"Kat dalam pencil case dia ni"

Dan aku pun terharu bila melihat nota yang ku tulis semalam masih tersimpan rapi didalam kotak pensil Fazrina.Tetapi perasaan terharu itu bertukar menjadi keliru bila melihat tulisan yang menghiasi kotak pensil itu.

"Aril forever? Siapa Aril ni Megat?"
"Boyfriend Faz.Budak sekolah asrama. Dah lama dah dia couple dengan Faz."

Dan perasan keliru itu akhirnya bertukar menjadi sayu.

Kafeteria Abadi
Petaling Jaya
1996

"Jep, aku dah give up lah."
"Give up apa pulak ni, Hassan?"
"Aku nak lupakan Faz."
"Apasal? Dulu kan kau excited sangat nak tackle dia."
"Hari tu aku dapat tau dia dah ada boyfriend. Malas lah aku nak kacau."
"Oh.patutlah. Habis tu kau nak lupakan dia terus?"
"Tak, aku nak buat comeback!"
"Bila?"
"Lima tahun lagi.Masa tu mesti Faz dah break dengan boyfriend dia. Aku pun mesti dah berjaya dalam life aku."

Dan aku pun melupakan Fazrina buat seketika, dan berazam untuk kembali menjadi sebahagian daripada kehidupannya bila aku berjaya nanti.

Medan Selera
Petaling Jaya
1997

"Miza, macamana dengan Faz punya study?"
"Faz dah tukar aliranlah, Hassan."
"Tukar aliran?"
"A`ah. Dulu kan dia ambik aliran sains, tapi tak boleh bawak, so dia pun masuk kelas sastera."

Dan aku pun turut bersedih,hancurlah impian Fazrina untuk menjadi seorang doktor.

Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad
Petaling Jaya
1998

"Hassan, lepas SPM ni kau nak buat apa?"
"Aku nak sambung belajar, Yus?"
"Apa cita-cita kau?"
"Aku nak jadi penulis."
"Kalau macam tu, baik tak payah sambung belajar."
"Aku nak jadi seorang penulis yang ada ijazah."
"Kenapa?"
"Sebab aku tak nak masyarakat memandang rendah terhadap penulis."
"Apa pulak cita-cita kau?"
"Aku pun nak jadi penulis!"

Dan impian yang sama mengukuhkan lagi persahabatan diantara aku dan Yusneezam.

Amcorp Mall
Petaling Jaya
1999

"Eh, Hassan, kau buat apa kat sini?"
"Aku kerja la, Izwan."
"Tak sambung belajar?"
"Nak buat macamana. Apply ITM, tak dapat. Tapi aku ingat nak apply balik lah, bulan 11 nanti."
"Eloklah tu."
"Eh, kau tau tak Faz buat apa sekarang?"
"Faz kat ITM, buat Diploma In Public Administration."

Dan jarak diantara aku dan Fazrina pun mula jauh. Fazrina meniti puncak menara gading, sedang aku perlu menunggu beberapa ketika lagi untuk meniti puncak yang sama.

Tanjong Golden Village
Kuala Lumpur City Centre
1999

"Hassan, kenapa tak tulis novel ni sampai habis."
"Tak boleh, Sabrina. Saya terperangkap dalam novel saya sendiri."
"Terperangkap?"
"A`ah, untuk tulis novel tu saya terpaksa baca balik diari lama dan ingat balik apa yang terjadi di antara saya dan Faz. Dan semuanya membuat saya sedih. Kalau saya terus tulis novel ni, silap-silap saya boleh sakit jiwa."

Dan akhirnya novel itu pun terbiar begitu sahaja.

Universiti Teknologi Mara
Dungun
2000

"Bagus kau baca sajak tadi, Hassan."
"Alah,petikan gitar kau lagi best, Jep!"
"Tapi kita kalah."
"Nak buat macamana, persembahan tarian tu lagi bagus daripada persembahan kita."

Dan aku pun mula gembira kerana dalam kekusutan menghadapi buku-buku perniagaan aku masih mampu memperjuangkan kesusasteraan.

Kem Kepimpinan
Sekayu
2001

"Jika air suam ini hanya memenuhi separuh daripada gelas ini, bermakna gelas ini separuh penuh atau separuh kosong? Saya mahu awak jawab Mohamed Hassan Ayat!"
"Separuh kosong, Cik Jamal."
"Mengapa awak kata begitu?"
"Saya tak tau, saya cuma teka ."
"Awak berkata begitu kerana hidup awak penuh dengan kekosongan!"

Dan memang hidupku penuh dengan kekosongan.Dan memang aku ingin menjadi lelaki yang baru setiap kali bangkit dari tidur.

Universiti Teknologi Mara
Dungun
2001

"Hassan, cgpa kau sem lepas teruk. Kalau kau terus malas macam ni, silap-silap kau kena tendang!"
"Kalau aku kena tendang, maknanya rezeki aku bukan kat sini la, Hasnol."
"Kalau kau tak dapat belajar lagi, kau nak buat apa?"
"Aku nak jadi penulis!"

Dan yang tinggal hanyalah karya-karya untuk aku banggakan sedang prestasiku dalam pelajaran terus merosot.

Universiti Teknologi Mara
Dungun
2001

"Hassan, persembahan kita berjaya!"
"Apasal kau cakap macam tu,Zul?"
"Semua penonton senyap sekejap bila kita baca sajak! Mesti mereka tersentuh!"

Dan akulah orang yang paling bahagia kerana berjaya mendeklamasikan sajak yang ku karang sendiri. Dan ini mungkin persembahan ku yang terakhir di atas pentas di dalam Dewan Sri Sura ini.

Akedemi Seni Kebangsasan
Kuala Lumpur
2001

"Kursus apa yang awak ingin ikuti di sini, Encik Hassan?"
"Encik Rosli, saya ingin mengambil kursus penulisan, adaptasi daripada drama."
"Adakah awak rasa drama-drama yang diadaptasi akan menjadi drama-drama yang baik?"
"Sudah tentu."
"Mengapa?"
"Novel-novel yang akan diadaptasi pastinya telah diakui bermutu.Maknanya drama-drama yang akan diadaptasi pastinya mempunyai isi yang baik."

Dan aku harap ASK akan memberikan ruang untuk aku menuntut ilmu di dalam penulisan setelah aku gagal mendapat Diploma Pengajian Perniagaan di ITM. Dan gembira akhirnya bila Yus juga memohon kursus yang sama di ASK.

Spice Net
Puchong Perdana
2001

"Yus,takde customer dah kan?"
"A`ah apasal?"
"Boleh tak off line kejap?"
"Apasal?"
"Aku nak call Faz!"
"Hai, dah lima tahun tak call, apasal tiba-tiba je nak call?"
"Aku nak tahu perkembangan dia.Sayang tak dapat tengok dia membesar."

Dan Yus pun mengerti perasaan seorang sahabat.Dan aku pun kembali menghubungi Fazrina untuk mengetahui rahsia ketabahannya menghadapi kehidupan setelah cita-citanya untuk menjadi doktor tidak tercapai. Dan aku ingin menjadikan Fazrina sebagai watak utama di dalam novelku, bukan watak utama di dalam kehidupan ini kerana aku hanya kembali bersama kegagalan untuk mendapat segulung diploma, sedang Fazrina hanya tinggal satu semester lagi untuk mendapatkan diplomanya.

"Hello, Faz ke ni?"
"A`ah, siapa tu?"
"Hassan, kenal tak?"
"Sorry, I takde kawan nama Hassan. Mungkin you salah nombor."

Dan hati pun bagai dihiris sembilu.Dan lengkaplah segala kegagalanku.Dan yang tinggal hanyalah cita-cita.Dan novel tentang aku dan Fazrina lima tahun yang lalu sudah mempunyai kesudahannya.Dan surat tawaran daripada ASK ku tatap dengan mata yang berkaca.

Cerpen sebelumnya:
Fazrina Cinta '96 (20) - In The End
Cerpen selanjutnya:
Kata Penjual Susu

Share!Email

HTML:
'>
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
4.0
3 Penilai

Info penulis

Marius

Au Revoir!
hassanayat | Jadikan hassanayat rakan anda | Hantar Mesej kepada hassanayat

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya hassanayat
Hatiku Di Terengganu | 7951 bacaan
Dialog Dengan Rin | 3016 bacaan
Fazrina Cinta '96 (20) - In The End | 2055 bacaan
Fazrina Cinta '96 (19) | 2339 bacaan
Fazrina Cinta '96 (18) | 2135 bacaan
Fazrina Cinta '96 (17) | 2080 bacaan
Fazrina Cinta '96 (16) | 1986 bacaan
Fazrina Cinta '96 (15) | 2202 bacaan
Fazrina Cinta '96 (14) | 2003 bacaan
Fazrina Cinta '96 (13) | 1993 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

8 Komen dalam karya Fazrina Cinta '96 (21) - Konklusi
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik