Kapasitor Karya Kreatif Bahasa Melayu
Penulisan > Cerita Pendek > Cerpen Cinta

KASIH TAK TERJAMAH..

Cerpen sebelumnya:
Kata Penjual Susu
Cerpen selanjutnya:
Perjalanan Ke Alam Misteri v2

2 Julai 1998 - Sekolah Menengah Kebangsaan  Bandar Baru Sentosa,Rawang

Aku rimas. Terasa macam nak belasah je mamat ini. Sejak aku pindah sekolah ni, muka budak ni tak habis-habis mengekor aku. Menyampahnya !!!!! getus hati aku sambil mempercepatkan langkah.

Papa baru dinaikkan pangkat, lalu di tukarkan ke sini. Berbeza kehidupan di bandar dan kampung, namun tidak bermakna aku tidak mampu menyesuaikan diri. Alhamdullilah, sejak dari kecil,aku,angah,acik dan along diasuh dengan baik agar tidak melupakan adat resam dan cara kehidupan bermasyarakat walaupun tinggal di kawasan metropolitan Kuala Lumpur.

" cik Intan....amboi,sombongnya cik Intan ni.." tegur suara itu lagi.

Aku mempercepatkan langkah. Saat ini,aku rasa bagaikan aku ingin terbang sahaja.

"Intan..tunggu !!" Dia terus memotong aku. Aku terpaksa berhenti.

"Ko nak apa,setan ?Tak abis-abis kacau hidup aku..." sergah ku kegeraman. Dia hanya tersengih walaupun aku memanggil dia setan.

"Aku nak engkau.." jawapan dia menyakitkan hati aku. Aku terus menolak dia ke tepi dan terus berjalan menuju kelas ku. Sekejap lagi, loceng masa rehat berakhir akan berbunyi. Aku perlu segera masuk ke kelas. Sudah menjadi tabiat aku, ketika masa rehat aku akan menghabiskan masa di perpustakaan daripada beratur membeli makanan. Setiap pagi, mama akan pastikan kami makan bersama-sama. Sebagai anak seorang pegawai tentera, aku, along dan acik memang telah di asuh dengan prinsip dan peraturan. Papa seorang yang tegas namun penyayang. Mama pulak seorang suri rumah sepenuh masa. Kesibukkan papa membuatkan mama mengambil keputusan berhenti kerja sebagai seorang akauntan untuk menjaga kami empat beradik. Along Izam kini berada di UK, sedang mengikut pengajian dalam bidang perundangan di tahun terakhir. Angah dan Acik , abang kembar aku pula kini berada di INTEC sedang menjalani kursus persediaan ke Jerman dan Ukraine. Angah Ikmal akan menyambung pengajian di Ukraine dalam bidang perubatan manakala kembarnya Acik Izzat akan menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jerman.

Aku mencebik.

"Kau tengoklah nanti Cik Intan Syazzirah...kau tu dijadikan dari tulang rusukku!" jeritnya kuat hinggakan pelajar-pelajar yang lain memerhatikan kami. Aku malu!! Ada yang tersenyum sumbang,bahkan ada yang senyum mengejek. Namun aku perasaan,ada jelingan mata tajam ke arah ku.

Ya Ampun...baru form 4 la..apa ni cintan..cintan!!!! getus aku sambil meraup anak rambut yang jatuh ke muka.

 


2 Julai 2005 - Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentosa,Rawang

Aku berdebar. Kenapalah hati aku amat berdebar-debar ketika pijak di sekolah ini. Tadi gatal sangat. Time acik Izzat meng ‘offer'kan diri nak temankan aku ke sini, aku jual mahal. Konon nya cool sangat la. Ehehhe.. aku mengutuk diri sendiri!

Bangunan di sini tak berubah,walaupun telah hampir 5 tahun aku tinggalkan. Aku terus berjalan menuju ke tingkat 2, di blok B. Di sinilah kelas aku ketika mula-mula menjejakkan kaki di sekolah ini. Kelas 4 sains 1, tersusun kemas. Dekorasi nota-nota di papan kenyataan menghiasi cantik bilik darjah ini. Aku menuju ke barisan ke 3 lajur ke 2 sebelah kiri. Di sinilah tempat duduk ku dahulu. Aku duduk kembali di tempat itu.

Peristiwa di majlis jamuan perpisahan tingkatan 5 itu bermain di layar minda ku kembali.


"Lagu ini..ingin saya tujukan buat seorang gadis bernama Intan Syazzirah..." Dengan petikan gitar mengiringi nyanyian nya...hati aku tiba-tiba menjadi terharu walaupun pada awalnya, aku hampir mahu memaki hamun dia..namun segalanya berubah..malam itu....


Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati

Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi

Renungan mata bukan pandangan biasa

Bertahun andai terjalin hingga waktu ini

Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama

Semakin berputik perasaan ini

Kini baru ku sedari Selama ini kau ku sayangi

Andai bukan itu hakikatnya

Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami

Tidak dapat ku nafikan lagi

Beban rahsia kian membakar diri

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta

Mungkinkah dibiar terdampar Kasih tak kesampaian

Naluri bisik bukannya dambaan cinta

Kini baru ku sedari Selama ini kau ku sayangi

Andai bukan itu hakikatnya

Mengapa rindu yang ku rasa

Mungkin tiada ku fahami

Tidak dapat ku nafikan lagi

Beban rahsia kian membakar diri

Ikhlas ku nyatakan Kau yang ku sayangi

Kau yang ku cintai

Walau tak mampu ku miliki

Ingin ku luahkan

Mungkin satu hari

Kan terbuka pintu hati

Dapat juga kau terima

Diriku akhirnya Ikhlas ku nyatakan

Kau yang ku sayangi Kau yang ku cintai

Walau tak mampu ku miliki Ingin ku luahkan

Mungkin satu hari kan terbuka pintu hati

Dapat juga kau terima Diriku akhirnya.....

 


Umairah datang menyiku ku sambil tersenyum sinis. Aku pura-pura tidak nampak
" Bahagianya...ada orang nyanyikan lagu kat dia kan...kan...kan..." Umairah mengusik ku. Aku hanya tersenyum.

"Hazif..ko memang nak kena!" getus hati aku.


"Assalamualaikum...." Salam yang di hulurkan mengejutkan lamunan aku.

"Waalaikumsalam. Aku menjawab. Seorang lelaki berdiri di hadapan aku ini tersenyum manis sekali. Aku bertanya dalam hati sama ada aku mengenali dia atau tidak. Lagaknya, bagaikan dia mengenali aku. Namun,biar dipaksa otak ini..namun masih gagal mengingati dia. Dia berjalan menuju ke arah ku lalu menarik kerusi dan duduk dengan tenangnya di sebelah ku.

"Intan dah tak kenal saya?" Tanya nya. Barangkali muka binggungku membuatkan dia memahami apa yang bermain di minda aku. Aku menggeleng perlahan. Tidak mahu melukakan hati dia. Dia tersenyum. Ku lihat lesung pipit di sebelah kiri pipinya. Manis sekali seakan aku pernah melihat senyuman itu.

Ya..senyuman itu...senyuman yang amat aku rindui. Senyuman yang membuatkan aku kembali ke sini hari ini. Semua kerana senyuman itu.

"Intan..surat untuk kau...!" Shafiq menghulurkan sepucuk surat bersampul putih kepada ku. Aku kaget untuk mengambilnya.

"Hazif bagi! Ambil dan baca dulu Tan,even ko tak sukakan dia pun!" Shafiq, ketua kelas ku seakan memahami keadaan ku. Aku mengambil nya lalu mengucapkan terima kasih. "Intan, Hazif tue memang nakal...tapi aku tahu dia sayangkan kau ikhlas.Aku kenal dia dari kecil, Tan!" kata Shafiq sebelum berlalu.


Buat puteri hatiku, Intan Syazzirah,

Cinta di hati Hazif tak mungkin padam...biar seribu tahun Hazif perlu menanti Intan. Hazif sedar,dalam usia hingusan ini, cinta bukanlah keutamaan kerana seharusnya cita-cita lah yang kita kejar. Namun, pada Hazif, Intan lah cita-cita Hazif yang menyinari kehidupan Hazif yang kelam setelah daddy dan mummy Hazif berpisah. Hazif tak pernah percaya tentang cinta..namun, bila Hazif mengenali Intan..Hazif menjadi gila. Memuja puteri di dalam taman larangan, yang penuh tertib dan tatasusila.
Hazif tidak memaksa Intan menerima Hazif sayang...tapi, Hazif akan buktikan pada Intan. Hazif akan menjadi ‘seseorang' dan di saat itu, Hazif ingin memiliki Intan, bukan sekadar seorang kekasih..tetapi menjadi permaisuri di hati yang satu ini, menjadi ibu kepada permata kasih Hazif dan menjadi wanita yang paling bahagia.
Selepas ini, entah bila lagi kita akan berjumpa lagi. Hazif akan mengikuti daddy ke Ireland. Walaupun jauh, namun percayalah Intan sayang, Hazif tak pernah lupakan Intan. Intan sentiasa di hati Hazif...dan InsyaAllah..Hazif akan jejaki Intan walau di mana puteri hati Hazif berada kerana Hazif yakin..Intan diciptakan dari tulang rusuk kiri ini.

Jaga diri mu selalu sayang kerana Intan adalah nyawa Hazif....sampai ke temu lagi.

Maafkan Hazif andai selama ini..Hazif menyakiti Intan.

Salam Sayang,
-Tengku Shahir Hazif-


Perutusan pertama dan terakhir. Selepas itu,aku tak pernah bertemu lagi dengan dia. Ada juga aku bertanya dari kawan-kawan tentang dia..namun tak siapa tahu di mana gerangan manusia bernama Tengku Shahir Hazif Tengku Nasrun itu berada.

"Saya tak pernah lupakan Intan..."lirih suara dia.

Aku tunduk. Air mata mula bergenang di kelopak mata ku. Tahukah kau Hazif...selepas kau pergi, hati ini tak pernah ku berikan pada sesiapa. Aku kunci erat hati ini. Biarpun jauh di rantau orang,aku tak pernah melupakan kau. Sebagaimana yakinnya kau, aku dari tulang rusuk kiri mu, begitulah juga aku yakin kita akan kembali bertemu. Sebab itulah, semalam ketika papa dan mama serta abang-abang ku menjemput aku di lapangan terbang, aku bisikkan pada acik aku mahu ke sini hari ini!!! Bibir aku ingin berkata-kata, namun tersekat di celahan kerongkong. Hanya diam menemani suasana di antara kami.

"Intan Syazzirah, sudikah Intan menjadi ilham kehidupan Hazif, permaisuri di hati Hazif dan ibu kepada anak-anak Hazif.." tangan ku di pegangnya..lalu di jari manisku di sarungkan sebentuk cincin pemata satu. Pandangannya jatuh pada ku. Aku tak mampu menatapi dirinya. Aku tunduk, namun hati aku berbunga riang tak mampu ku gambarkan dengan kata-kata.


2 Julai 2007 - Kuala Lumpur

Dah beberapa bulan aku pulang ke Malaysia setelah menamatkan pengajian aku di Aussie. Aku masih menantikan surat panggilan mengajar dari universiti. Menjadi pensyarah itulah cita-cita aku sejak kecik. Aku ingin menjadi pendidik berbakti kepada bangsa,agama dan negara.
Sudah 2 tahun juga, aku telah menjadi tunangan Hazif. Namun, hubungan kami...entahlah. sukar untuk aku nyatakan. Ketika kami bertunang dahulu. Aku masih mempunyak setahun baki pengajian dan di tambah pula, aku ingin mengabiskan masa di Aussie dahulu untuk mencari pengalaman kerja, membuatkan usia pertunangan kami merangkak ke dua tahun. Hazif sangat sibuk kebelakangan ini...hinggakan ketika menjemput ku di KLIA juga dia terlewat.

Entahlah...! hati aku mengeluh ke sekian kali. Hubungan kami kebelakangan ini agak hambar. Dia semakin jarang menghubungi ku. Ketika mula bertunang, dia kerap mengunjungi ku di Aussie dan hampir saban malam menghubungi ku biar jauh di Malaysia dan aku di rantau orang. Namun, itu bukanlah halangan baginya.

Aku mencapai telepon bimbit ku di atas meja studi lalu menekan no telefon Hazif yang telah tersemat diingatan aku.

Bunyi deringan telepon panjang..namun panggilan aku tidak bersahut. Aku cuba sekali lagi...kedengaran suara halus seorang perempuan menjawab.

"erk...Assalamualaikum, Hazif ada??" aku tanya dengan sopan biarpun hati aku berdebar-debar bermain dengan persoalan. Siapakah perempuan yang menjawab telefon bimbit tunanganku.

"Hazif?he's in meeting room!"jawab perempuan itu sedikit sombong. " by the way..may I know who's on the line?maybe i can pass him message" dia bertanya kembali pada ku.

Hati aku bergetik kegeraman. Tak tengok ke nama yang tertera kat skrin telepon tue ataupun....Hazif tak simpan no aku? Otak aku mula berbisik jahat.

" nevermind...I give him call later. Thanks!" balas ku terus mematikan talian. Aku campak telefon ke atas sofa lalu turun ke bawah. Aku haus!

Aku ke dapur . ketika melintasi ruang tamu,jam menunjukkan pukul 5 petang. Langkah k uterus ku atur menghala ke ruang dapur. Acik berada di dapur sedang menuang fresh orange ke dalam cawan.

"Muncung je tue..."tegur Acik. " Air ??" Acik menghulurkan kotak fresh orange marigold kepada ku. Aku capai tanpa menjawab lalu menuangkan air ke dalam cawan di hadapan ku.

"Gaduh ngan Hazif lagi?" Tanya Acik. Aku mencebik mulut pada acik.

" dah bisu ke adik angah nie..sampai acik tanya tak jawab tue.." angah menemplak aku dari belakang. Aku dan Acik menoleh ke arah angah.

"biasalah...geramlah adik ngan Hazif tue. Tadi entah minah mana jawab telepon dia. Saja tau...malas tul nak gaduh. Tapi dia tue suka cari pasal la..."aku mula mengadu pada abang kembar ku.

Acik merangkul bahu ku...aku meletakkan kepala aku di bahu acik. Sememangnya, aku sangat rapat dengan acik berbanding angah dan along. Mungkin Along telah berkahwin, lalu membuatkan aku kurang manja dengan along.Angah pula sibuk di hospital tidak menentu masa. Hanya sekali sekala sahaja, aku mampu bertemu muka dengan nya sejak pulang. Sama sahaja cam Hazif!

"Cuba jangan ikut hati! Beralah sikit dik...Ini tak,asik gaduh je!" Acik Izzat memberi nasihat. Angah tarik kerusi duduk di hadapan aku dan acik. Manakala aku masih lagi bersandar di bahu acik.

"Iyalah adik...adik selalu je gaduh ngan Hazif. Kesian lah kat dia, cuba lah mengalah sikit. Korang tue dah nak kawin dah..."Angah pula menambah.

"alah..acik Izzat masuk lah sangat side Hazif tue. Tau la adik junior kesayangan Hazif kat German tue. Nyampah je...!" aku sengaja buat-buat merajuk ngan acik.

Aku tak pasti sama ada ia kebetulan atau suratan takdir, ketika aku tahun pertama di South Wales, Hazif menjadi junior acik ku di Fachhochschule Osnabrueck, Niedersachsen,German .Sama-sama dalam jurusan kejuruteraan mekanikal.dan dari satu kawasan perumahan yg sama di bawah satu negeri dan negara.lantas mereka menjadi sangat rapat. Ketika itu Hazif langsung tidak menunjukkan minat terhadap siswi yang dengan jelas mendambakan cintanya sampaikan di kalangan member-member mereka menanggap Hazif gay. Pada acik izzat, Hazif selalu bercerita tentang puteri pujaan hatinya. Hinggalah pada suatu cuti semester, Hazif berkunjung ke rumah kami dan terpandangkan gambar aku. Saat itu barulah di mengetahu bahawa gadis yang di puja dan di cari selama ini adalah adik kepada kawan baiknya. Lalu, melalui acik Izzat la...dia mengetahui keadaan aku. Bahkan, Acik Izzat la yang memberitahu Hazif ketika aku ingin kembali ke sekolah kami. Lalu tanpa berfikir lanjut lagi, Hazif terus melamar aku. Detik itu lah,hubungan kami yang terputus dan tak pernah terluah dengan kata-kata itu di teruskan dengan ikatan pertunangan.

Hujung minggu, Hazif menghubungi ku mengajak aku keluar makan malam. Selepas maghrib, dia tiba di rumah mengambil ku. Sementara menantikan aku siap memakai tudung, Hazif berbual dengan acik dan papa. Kalu diikutkan hati, terasa malas sangat nak keluar kerana aku tahu pastinya berakhir dengan pergaduhan seperti biasa. Dah hampir setahun, hanya pergaduhan menjadi bahan di akhiran pertemuan. Bosan,muak dan jelak! Aku sengaja melambat-lambatkan bersiap.

Setelah siap, aku turun ke ruang tamu. Dia tersenyum manis seperti biasa menyerlahkan lagi lesung pipitnya. Hati aku tertawan...seperti setiap kali aku melihat senyumannya. Namun, aku lihat dia seakan sedikit kurus berbanding lewat pertemuan sebelum ini. Bahkan,muka nya sedikit pucat.

Destinasi kami malam ini, kami ke Anggerik Deli di Shah Alam. Tempat kegemaran aku seperti biasa. Dahulu,setiap kali aku pulang cuti aku mesti ke sini. Sama ada dengan papa dan mama atau dengan abang-abang ku. Selalunya acik izzat yang menemani aku makan di sini namun setelah Hazif muncul dalam hidup aku, aku lebih banyak ke sini bersama Hazif. Suasana di Anggerik Deli sangat romantik. Dihiasi dengan lampu yang malap menaikkan lagi seri bunga yang di hias sekelilingnya . Kami memilih tempat berdekatan dengan tasik.

"Hazif ada perkara nak bincang ngan Intan. Tapi kita makan dahulu,k? Hazif order favourite Intan," aku mengangguk dengan kata-kata Hazif. Hati aku mula memainkan irama yang tidak menentu. Serius sekali bicara Hazif malam ini. Bahkan di sepanjang perjalanan tadi pun, aku tengok dia seakan resah dan banyak mendiamkan diri. Pelik namun aku tidak mahu mengambil peduli. Barangkali, dia keletihan dengan beban kerja nya.

Usai makan malam, Hazif mengajak aku pulang. Aku kehairanan. Masih menanti apa yang ingin diperkatanya. Sama seperti tadi, dia kelihatan resah. Hinggalah tiba di depan uimah ku. Aku ingin keluar dari kereta namun dia menarik tangan ku. Tangan ku di gengam erat sekai seakan ada satu bebanan yang di pikulnya. Aku pandang wajahnya. Air mukanya tampak sayu sekal. Ada garis-garis air mata ingin mengalir ke pipinya.

"Are you okkay ? " tanya ku pada Hazif. Tangan ku di lepaskan. Wajahnya di pandang ke depan. Tegas dan serious sekali.

"Intan...Hazif minta maaf. Hazif tak dapat teruskan pertunangan kita?" katanya perlahan. Namun meragut sebahagian nyawa dan nafas ku kala itu.

"Are you kidding" aku bertanya kembali meminta kepastian. Hazif diam!

Dia menggelengkan kepala. "Hazif benar-benar nk putuskan pertunangan ini. Mingu depan, Hazif suuh mmumy datang jumpa family Intan." Katanya.

Bagaikan kaca yang terhempas ke batu.Jatuh berderai. Aku terus keluar dari kereta nya belari masuk ke rumah. Ketika melintas ruang tamu,aku tidak peduli lagi sesiapa di situ.
Aku hanya ingin menangis...menangis dengan sepuas hati. Kau kejam Hazif!! Kau kejam...!!!!!jerit hati aku.

Seminggu kemudian,pihak keluarga Hazif datang memutuskan ikatan pertunangan kami. Aku masih lagi memerap dalam bilik ku menangisi cinta pertama aku. Papa dan mama tak berkata apa-apa. Angah dan Acik terus-menerus memujuk aku. Namun tiada sapa pun yang menyalahkan aku apatah lagi membangkitkan soal ini.

Setelah dua minggu putus tunang dan terperap dalam bilik tanpa makan. Hanya air menjadi pengganti kelaparan aku, aku pengsan dalam bilik. Mujur angah terdengar bunyi frame gambar yang jatuh di bilik ku. Aku di masukkan ke dalam wad kecemasan lewat petang itu kerana mengalami demam panas yang tinggi dan kekurangan nutrien dalam badan akibat tidak makan dengan baik.

Aku di tahan dalam wad dan di tempatkan dalam kelas satu dimana hanya ku seorang sahaja dalam bilik tersebut. Ini bagi memudahkan ahli keluarga aku untuk menjaga dan keluar masuk. Angah yang menguruskan kemasukkan aku di hospital tempat angah bertugas. Hari kedua aku di tahan dalam wad, Hazif datang bersama mummy dan ayah tiri nya. Badan ku sangat lemah. Namun aku tetap degil. Aku tak mahu pandang muka Hazif, lalu aku pura-pura tidur sambil menutup muka ku dengan teddy bear ku yang acik bawakkan dari rumah. Teddy itu hadiah acik ketika aku melanjutkan pelajaran di Wales, bagi menemani aku di sana. Teddy bear dan hadiah-hadiah pemberian Hazif, telah aku kemas dan simpan dalam satu kotak dan aku telah menyuruh acik memulangkan segala pemberian itu termasuklah cincin pertunangan kami biarpun pihak Hazif telah menghadiahkan cincin tue pada ku. Cuma aku rasa, aku tak sanggup lagi menyimpan cincin tuie bersama aku.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, Hazif datang melawat aku, namun, aku tidak mahu berjumpa dengan nya. Aku memerhatikan wajah kecewanya dari jauh di pujuk Angah. Aku lihat dirinya sedikit tdak terurus,cengkung dan semakin pucat. Setelah hampir seminggu berada di dalam wad, aku dibenarkan pulang ke rumah dan angah meminta aku berehat. Papa, along,kak long,acik dan angah ingin mengambil cuti selama seminggu untuk bercuti menemani ku, namun aku tidak mahu menyusahkan mereka dan hanya mahu berada di rumah. Lalu, hanya acik Izzat yang tetap bercuti seminggu untuk menemani aku.

Aku banyak berdiam diri walaupun acik sentiasa memujuk aku. Aku bukan lagi Intan Syazzirah yang ceria, banyak bercakap dan suka mengacau abang-abangnya. Aku telah mengalami transformasi menjadi pendiam dan perahsia. Tawaran mengajar di Universiti Malaya dan tawaran aku menyambung pengajian ke peringkat PhD di Venice,Italy aku terima semalam tanpa memaklumkan pada keluarga ku. Sebelum pulang ke Malaysia tempoh hari,aku dan AJ,coursemate aku di Aussie sengaja memohon untuk meyambung pengajian di Venice. Tanpa ku duga, tawaran itu tiba di saat aku berduka lara. Tawaran menjadi pensyarah di Universiti Malaya langsung tidak menarik minat ku.

Malam hujung minggu,kebiasaannya semua ahli keluarga aku berkumpul untuk makan bersama. Along yang tinggal bersama keluarga nya sendiri turut pulang membawa kak long dan anak-anaknya, si kembar sarah syariza dan farah syazrina yang comel dan baru berusia 2 tahun. Setelah makan malam, semua lepak di ruang tamu sambil berbual kosong dan bertukar cerita.

Ketika itu, aku turun ke ruang tamu bersama sepucuk surat di tangan ku. Aku duduk sebelah angah. Sejak aku di masukkan ke hospital, angah dan acik banyak menghabiskan masa bersama ku bebanding di luar bersama rakan-rakan.

"Papa...adik ada sesuatu nak bgtau.."kata ku sambil menghulu surat kepada papa. Muka papa sedikt pelik namun tetap menyambut huluran ku. Surat itu di baca, angah dan acik memandang ku. Along membelai-belai manja rambut farah di pangkuannya.

"so..?" soalan papa pada ku menyebabkan abang-abang ku semakin ke pelikkan. Mama yang duduk di sisi papa mengambil surat itu dan membacanya.

"i'm going to accept it!" jawabku. Papa mengangguk

"Napa pa??napa dik??" acik sedikit cemas. Mama menghulurkan surat kepada acik. Acik mengambil dan membaca bersama angah. Raut wajah mereka berubah,

" You going to venice?? Bila berangkat??oh...ic....." aku sedikt tersenyum melihat reaksi angah yang teruja.

"berapa lama? Ada prepation course??"Tanya along yang asalnya bertindak sebagai pemerhati.

" next year julai. Persediaan 6 bulan je..lapor diri next month,"aku jawab. Angah mengganguk-anguk.

"cogrates..'kata acik sambil memeluk ku. Aku membalas pelukkan angah sambil air mata bergenang di tubir mata. Aku perlu pergi dari sini...

 

2 Julai 2008- KLIA

Terlalu pantas masa berlalu, aku telah selesai menjalani kursus persediaan bahasa ke Italy. Kesibukkan dengan kelas persedian dan persiapan aku ke Venice, sedikit sebanyak membantu aku melupakan seketika kekusutan di fikiran ku.
Pemergian aku ke Italy, aku tak pasti berapa lama. Selain dari mencapai segengam sarjana, aku juga ingin merawat hati luka. Papa, mama,angah Ikmal,along Izam, Kak Yana dan acik Izzat menghantar aku pergi. Tidak ketinggalan si kecil farah dan sarah serta auntie Jue, mummy Hazif dan uncle Zahar,ayah tiri Hazif. Cuma Hazif tidak kelihatan. Bagus la..aku pun tak mahu jumpa dia walaupun kali terakhir. Hazif yang kejam..memungkiri janji nya pada ku.

Namun, sebenarnya aku sedang menipu diri. Ketika panggilan terakhir penumpang, acik sedang berbual di telefon. Barangkali awek dia call kot! Aku masih meninjau-ninjau kelibat Hazif. Takkan pulak aku nak Tanya pada auntie Jue. Nanti tak pasal aku di anggap masih tergilakan Hazif! Ego ku mula menyusuk mindaku. Setelah bersalam dengan semua, aku terus melangkah masuk ke dalam balai berlepas tanpa menoleh lagi ke belakang.

Selamat tinggal segalannya......selamat tinggal Hazif...kenangan....

 

2 Julai 2009 - Venice, Itali


"uit..sudah la...! Tak habis-habis dengan lagui kerispatih. Muak aku!!! "Nina menutup mp3 yang Jaja pasangkan.

" isk ko nie Na...dengki ke?aku nak feeling-feelng nie!! Lagu nie sedih tau..layan tau.."Jaja membela diri sambl terus memasangkan kembali lagu Mengenang mu nyanyian kerispatih.

"sedap apa...sedih beb. Citer pasal awek dia mati..isk..kalu aku la. Tak sanggup aku. Syam takde pun aku dah benggong kejap..eeee...simpang malaikat 44 !!" kata Jaja lagi sambil mengaitkan nama Hisyam, kawan sekelas kami yang juga teman lelaki nya. Kata-kata Jaja membuatkan aku yang tengah membaca novel karya Dr J Spencer,tersenyum geli hati.

Sejak kursus persediaan lagi, Jaja dan Nina kawan yang rapat dengan ku, kami bertambah rapat lagi bila pihak kedutaan menempatkan kami d rumah yang sama dengan keluarga angkat kami di sini. Syukur kepada Illahi, keluarga angkat kami ialah pasangan suami isteri melayu rakyat malaysia yang tiada anak dan telah lama migrasi ke sini. Jadi, kami tidaklah mempunyai masalah komunikasi jika dibandingkan dengan rakan-rakan senegara yang lain ketika mula-mula di sini.

" Sya...call for u. angkat kat atas!" ibu angkat ku memangil dari bawah.

" Baik Bu.. !" aku sudah biasa memanggil dia ibu bahkan dia juga seperti ibu ku. Melayan tak ubah bagai anak sendiri. Kebetulan nama aku hampir sama dengan arwah anaknya,Syazirah, lalu dia lebih suka memangil aku Syazzirah berbanding Intan.

"Asalamualaikum...eh acik Izzat. Sihat ? " menjawab panggilan itu. Acik izaat menjawab salam dan meminta aku kembali ke Malaysia seberaapa cepat yang boleh tanpa memberitahu sebab apa. Aku buntu, namun aku mengiyakan. Setelah menamatkan panggilan dengan acik Izzat,aku turun mendapatkan ibu,

"bu..papa suh Sya balik secepat mungkin. Kecemasan kata acik tadi !" keluarga aku dan keluarga ibu angkat aku juga saling mengenali kerana keluarga ku pernah datang melawat aku di sini.

" mungkin ada kecemasan tue. Takpe..Sya g kemas barang. Ibu call ayah suruh carikan tiket flight," suruh ibu pada ku lalu terus bergegas menghubungi ayah angkat ku di pejabatnya.

" ada orang nak minang ko tak , Sya ?"celah Jaja mengusik ku, membuatkan aku terus mencubit pipinya sebelum berlari naik ke bilik untuk mengemas. Ibu hanya menggeleg melihat perangai kami.

Aku balik ke Malaysia malam itu juga dengan flight jam 12 tengahmalam. Perjalanan mengambil masa 13 jam itu amat membosankan dan sedikit keletihan. Mujur,aku bawa bersama beberapa buku untuk menemani perjalanan ku supaya tidak lah masa itu terbuang begitu sahaja. Aku tiba di Malaysia jam 2 petang. Acik yang telah ku maklumkan menanti ku di KLIA seorang tanpa yang lain. Ini mula membuatkan hati aku tidak tenteram. Namun, riak wajah acik tenang sekali. Dalam perjalanan pulang ke rumah ku di Ara Damansara, aku dan acik tak banyak berbual. Akhirnya, aku tertidur dengan di temani alunan muzik di corong radio kereta angah.

Tiba di rumah, angah kejutkan aku. Aku bangun keluar dari kereta. Aku lihat semua ahli keluarga aku ada padahal hari itu petang jumaat. Walaupun pelik, namun aku tidak bertanyakan apa-apa. Aku bersalaman dengan ahli keluarga aku dan mama suruh aku berehat dan membersihkan diri dahulu sebelum makan bersama. Suasana di rumah agak sedikit suram dan hambar. Aku terus nak membersihkan diri dan bersiap ala kadar sebelum turun makan tengahari.

Setelah sarapan, papa dan yang lain mengajak aku duduk di ruang tamu. Aku semakin pelik dengan perangai ahli keluarga ku. Pada mulanya kami berbual kosong. Tentang ibu dan ayah angkat ku di Italy, tentang pelajaran ku. Hinggalah kata-kata along itu membuatkan aku sedikit tidak sedap hati.

" adik, ada sesuatu yang kami nak adik jumpa sebab tue kami suruh adik balik. Tapi....erm..adik baca la nie. Nanti adik paham," kata along. Acik hulurkan sepucuk surat bersampul putih. Aku tidak sedap hati.

Aku capai sampul dengan ragu-ragu. Lalu perlahan, aku membuka kandungan surat itu.

Bersih dan kemas tulisan itu, sama seperti tulisan yang aku terima 7 tahun lalu...

Buat kekasih hati ku Intan Syazzirah,

Sayang..Di kala sayang membaca warkah ini, Hazif telah berada jauh dari sini, kembali menghadap Pencipta. Namun, cinta di hati Hazif tak pernah sekali berubah. Intan, Hazif minta maaf kerana terpaksa memutuskan ikatan pertunangan kita, tapi Hazif tak mahu Intan terlalu bersedih seandainya suatu hari Hazif pergi dengan tiba-tiba. Hazif tak mampu melihat Intan menangis meratap permergian Hazif.
Intan sayang,
Saat Hazif putuskan pertunangan kita, Hazif dapat tahu Hazif di stage terakhir barah otak yang kritkal.Hazif pkir dengan memutuskan pertunangan kita, Intan dapat bahagia tanpa Hazif. Tap Hazif salah...kita sama-sama menderita, Maafkan Zif,sayang!
Maafkan Zif....
Intan...sebelum Zif pergi, Zif nak sayang tahu..hanya Intan sahaja yang berada dalam hati ini. tidak pernah ada yang lain. Maafkan Zif sayang atas apa yang Zif berlaku kejam pada Intan.
Zif harap....Intan akan bahagia walaupun Zif tiada lagi. Hazif doakan kebahagian Intan dari kejauhan. Zif harap...intan terus tersenyum walau apa pun yang berlaku d hadapan. Cinta dan hati Zif hanya pada Intan sayang.
Maafkan Zif sayang...semoga sayang bahagia!

Sekian.

Yang mencintai mu,
-Tengku Shahir Hazif-


Air mata ku tak dapat ku bendung lagi dalam menghabiskan membaca warkah itu. Pandangan aku kala itu gelap ku rasakan....teringat kembali kata-kata Jaja..

"sedap apa...sedih beb. Citer pasal awek dia mati..isk..kalu aku la. Tak sanggup aku. Syam takde pun aku dah benggong kejap..eeee...simpang malaikat 44 !!" kata Jaja

Dan bait-bait lirik itu bagaikan bergema di telinga...

Takkan pernah habis air mataku

Bila ku ingat tentang dirimu

Mungkin hanya kau yang tahu

Mengapa sampai saat ini ku masih sendiri

Adakah disana kau rindu padaku

Meski kita kini ada di dunia berbeda

Bila masih mungkin waktu berputar

Kan kutunggu dirimu ?

Biarlah ku simpan sampai nanti aku kan ada di sana

Tenanglah diriku dalam kedamaian

Ingatlah cintaku kau tak terlihat lagi

Namun cintamu abadi ?

"Hazif meninggal semalam..waktu adik dalam flight!" kata-kata acik sayup ku dengar jauh sekali.

Aku nampak bayang dia..jauh melambai aku...tenang sekali senyuman manisnya yang menyerlahkan lesung pipit. Aku terpaku...aku ingin berlari padanya...

Hazif....

"MASYAALLAH,Angah cepat angah.....!" jerit acik........

" Pa....."Angah menekan dada.sebak....!

 

Mama menangis semahu-mahunya...acik jatuh terjelupuk di atas lantai...Along cuba mencapai papa yg sudah terkulai jatuh.
__________________________________________________________

Di sebalik wajah cinta....


Satu :

"Shafiq. Ko kasi kan surat nie kat Intan, budak  kelas ko tue!" ko tak kasi..nahas ko!! aku pecahkan tayar motor ko!! " Hazif memegang kemas kolar baju sekolah Shafiq.

Shafiq hanya mampu mengangguk...


Kedua:

Are you kidding" Intan Syazzirah bertanya kembali meminta kepastian.

Hazif diam. "Aku tak kuat sayang...tolongla sayang,...buat kali terakhir katalah kau mencintai ku sepenuh hati mu. Aku ingin tahu perasaan kau pada ku intan!!! Bisik hati Hazif!!


Ketiga

" Zif, ko better datang skrang sblom adik aku pergi. Aku tak mahu tengok korang terseksa camnie.."Izzat memujuk Hazif di telefon.

"Aku tak mampu Zat. Aku sayang sangat kat dia...aku tak mahu halang kebahagiaan dia....! Aku jugak tak mampu kehilangan dia Zat. Aku terlalu cinta kan dia..." Hazif bersuara sambil mata nya liar melihat Intan Nabila yang sedang bersalamanan ngan mummy nya dan Uncle Zahar di sebalik tiang. Air mata yang bergenang di kesat perlahan.
"Maaf kan Hazif sayang...!!"

 

Keempat

"Sayang, Zif datang jemput sayang..." Dia menghulurkan tangannya pada ku sambil tersenyum.

Aku senyum...mencapai tangannya, "Awak ,jangan tinggalkan saya lagi..."

kami jalan beriringan menuju ke sudut cahaya putih yang menjemput kami kembali.......

 

Mama menangis semahu-mahunya, acik jatuh terjelupuk di atas lantai..Along cuba mencapai papa yg sudah terkulai jatuh....

Cerpen sebelumnya:
Kata Penjual Susu
Cerpen selanjutnya:
Perjalanan Ke Alam Misteri v2

Share!Email

HTML:
Rekomen!!rekomen!
Reviu rekomen!
Nilaikan karya ini
Nilaikan karya ini
Hanya pengguna berdaftar sahaja yang dibenarkan menilai karya-karya di Kapasitor. [Login]
3.0
3 Penilai

Info penulis

Putri AlyA

unpredictable...antagonist, emo, psychosis, blurrrr!
putri_alya | Jadikan putri_alya rakan anda | Hantar Mesej kepada putri_alya

Info Karya
print CETAK
hakcipta karya ini
Attribution 2.5 Malaysia
Keterangan

email EMEL
karya curang LAPORKAN
rekomen! REKOMEN!!
reviu! REVIU

lain-lain karya putri_alya
NUR III | 2324 bacaan
Sunyi | 3531 bacaan
Tetamu Senja | 8531 bacaan
Biar Jiwa | 2874 bacaan
Kepulangan Yang Dinanti | 1951 bacaan
Kopi Cinta Andalusia | 2867 bacaan
3 HATI | 2688 bacaan
Demi Cinta | 4173 bacaan
Bila Rasaku Rasamu... | 2532 bacaan
Mahkamah Dewata Raja-raja | 3640 bacaan
Lihat semua

komen dari Facebook

9 Komen dalam karya KASIH TAK TERJAMAH..
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda


Ikut kapasitor



Cerpen-cerpen berkaitan

Dari arkib cerpen Kapasitor.net


Arkib
100 Cerpen Terbaik