Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

“Mestilah Kita Jadi Kawan Baik Sampai Bila-bila Pun Sebab Kitakan Dah Berkenalan Masa Dalam Perut Ibu Masing-masing Lagi.” Persahabatan Aleya Dan Liyana Bagaikan Belangkas, Seperti Tiada Apa Boleh Memisahkan Mereka.

“Mestilah kita jadi kawan baik sampai bila-bila pun sebab kitakan dah berkenalan masa dalam perut ibu masing-masing lagi.” Persahabatan Aleya dan Liyana bagaikan belangkas, seperti tiada apa boleh memisahkan mereka.

  • 3
  • madiah
  • 16 years ago
  • 25,021
  • FREE

Aleya dan Liyana, dua kawan baik yang seperti belangkas. Ke mana sahaja mesti berdua, termasuklah cara mereka berfikir mesti sama. Namun itu semua kekal di zaman persekolahan mereka sahaja dan tidak di zaman universiti. Segalanya berubah apabila Aleya yang semakin ligat bersosial sehingga lupa janji-janji yang ditaburkan kepada dirinya dan keluarga.

 

Aleya dan Liyana adalah dua teman sejati. Mereka bersahabat sejak kecil lagi kerana mereka adalah berjiran. Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama. Begitulah juga yang digelarkan oleh penduduk-penduduk kampung di sekitarnya. Ibu bapa Aleya dan Liyana juga tidak menghalang hubungan akrab kedua-duanya kerana mereka mempunyai akal fikiran yang pintar di sekolah.

Satu hari di makmal kimia, Aleya dan liyana telah mempelajari tentang proses hidrolisis. Lalu, Aleya berkata kepada Liyana,

" Liyana, aku ada buat formula sendiri tau. Kau nak dengar?" Tanya Aleya kepada Liyana dengan bersungguh-sungguh.

Ya, ya. Aku nak dengar. Tapi, ada kaitan ke dengan apa yang cikgu ajar pasal hidrolisis ni?" Tanya Liyana.

" Eh, mestilah ada. Cuba dengar ni. Hidrolisiskan unsur-unsur katod kemarahan dengan isomer-isomer prasangka serta oksidakan monomer kasih sayang dan molekul doa untuk menghasilkan polimer persahabatan yang oktet. Hurmmm… Apa pendapat kau tentang formula yang aku reka ni ?" aju Aleya setelah dia meletakkan pensel yang digunakan untuk melakar formula yang diciptanya itu di atas sekeping kertas seperti lagak seorang yang mahir.

" Hehe.. Ada- ada sajalah kau ni Aleya. Pandai kau ubah suai formula Cikgu Amar tu. Nanti tak pasal-pasal dalam ujian, aku tak tulis formula yang Cikgu Amar ajar tu tapi tertulis pula formula yang kau ajar ni," seloroh Liyana dengan sedikit serius tetapi ada senyuman di hujung bibirnya.

" Aishh..janganlah sampai macam tu pula. Nanti Cikgu Amar soal kau siapa yang ajar formula tu, teruklah aku. Nanti bukan dia marah kau saja, aku pun mesti kena," balas Aleya setelah membayangkan sendiri apa yang bakal berlaku.

" Dah, dah. Mulalah dia bayangkan yang pelik-pelik. Tapikan Aleya, boleh tak kau janji dengan aku yang kita akan menjadi kawan baik sampailah bila-bila," Tanya Liyana kepada Aleya.

" Ok. Aku janji. Mestilah kita jadi kawan baik sampai bila-bila pun sebab kitakan dah berkenalan masa dalam perut ibu masing-masing lagi. Tapi, bezanya kau keluar seminggu lbh awal je dari aku. Tak sabar nak tengok dunia," seloroh Aleya.

" Tengok tu. Mulalah dia merepek-repek lagi tu. Hehe..You’re my best friends, Aleya," ucap Liyana sambil memeluk bahu Aleya.

"You’re my best friends too!!" ucap Aleya di telinga Liyana sambil tersenyum lebar.

Lalu mereka berjalan beriringan keluar dari makmal dengan sisa tawa yang masih ada lagi sejak tadi.

Beberapa tahun berlalu, Aleya dan Liyana melanjutkan pula pelajaran di universiti tempatan. Tetapi kini mereka tidak lagi ibarat belangkas kerana terpaksa berpisah. Seorang di utara dan seorang lagi di selatan. Namun, mereka masih lagi berhubung melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

" Tit..tit..". Telefon bimbit Liyana berbunyi menandakan ada mesej yang baru diterimanya. Lalu, Liyana membaca mesej yang diterimanya.

" Jauh itu ada jarak yang terpisah, jauh itu ada ruang yang memisah, jauh itu dua insane yang terpisah, jauh itu dua hati yang dipisah. Namun, jauh itu ada rindu yang tak sudah..(",)".

Begitulah mesej yang diterima oleh Liyana daripada Aleya. Demilian jugalah rutin mereka jika ada kelapangan, saling membalas meseh- mesej sebagai tanda memperingati sahabat yang dikasihi.

Namun, pengaruh budaya di tempat baru menyebabkan Aleya berubah sedikit sikap baiknya. Dia sudah pandai mencari teman lelaki semasa belajar walaupun sudah berjanji dengan keluarganya bahawasanya dia tidak akanb bercinta ketika sedang belajar. Namunjanji itu tinggal sekadar janji sahaja. Apatah lagi dia jauh dari keluarga. Segala-galanya dia bebas untuk lakukan tanpa kongkongan keluarga.

Disebabkan kelalaian Aleya bercinta bersama seorang lelaki, pelajarannya terabai. Selain itu, banyak wang pinjaman dan elaun yang diberikan oleh ayahnya telah aleya belanjakan bersama teman lelakinya itu. Ibarat dirasuk syaitan, Aliya langsung tidak menyedari segala perbuatannya itu jauhberbeza dengan perangai asalnya sebelum ini yang penuh dengan didikan keluarga. Sifat borosnya menjadi-jadi sehinggakan aleya semakin berani meminta tambahan eang poket yang lebih dari sepatutnya kepada keluarganya. Hal ini amat merungsingkan ayah dan ibunya.

Suatu hari, malang tak berbau. Perusahaan syarikat milik ayah aleya diisytiharkan bankrap disebabkan wang pendapatan syarikat tidak dapat menampung kos perbelanjaan yang besar oleh syarikat di samping tidak dapat melangsaikan hutang yang lapuk syarikat itu. Mendengarkan berita buruk itu, ayah Aleya diserang sakit jantung hinggga menyebabkan beliau meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Dari titik-titik hitam itu, aleya mulai sedar akan kesilapannya. Seharusnya dia membantu arwah ayahnya itu dalam membangunkan syarikat dan bukannya menambahkan bebanan kewangan yang telah dialami oleh arwah ayahnya itu. Apakan daya, nasi sudah menjadi bubur. Apapun yang aleya buat tidak dapatmengembalikan ayah yang disaynginya kerana beliau telah pergi menghadap-nya terlebih dahulu.

Bagi untuk menebus kesilapannya, Aleya telah mengubah cara hidupnya. Dia telah belajar berdikari dengan apa yang dimilikinya. Tetapi dia sangat kecewa kerana di saat hatinya sedih, teman lelakinya tiada di sisi, malah meninggalkan dirinya terkontang-kanting seorang diri. Sebelum ini dia fikir bahawa Shah akan sentiasa menemaninya di kala susah dan senang namun jangkaannya sudah nyata meleset sama sekali. Shah sememangnya mahukan kemewahan dirinya dan bukannya ikhlas terhadap dirinya. Buktinya, setelah pelbagai musibah yang melanda, Shah semakin menjauhkan diri dari Aleya dan akhirnya menghilangkan diri. Luka di hati kian parah akibat kekecewaan yang dialaminya.

Meskipun begitu, ketika dirinya susah, ada juga yang sudi menghulurkan bantuan dengan ikhlasnya. Liyan adan keluarga sangat baik hati. Mereka telah menumpangkan Aleya dan ibunya di rumah mereka disebabkan ketidakmampuan Aleya dan ibunya untuk menyewa rumah sendiri. Aleya terasa sangat malu dengan perbuatannya selama ini. Segala-galanya terlambat untuk dikembalikan semula. Hanya kepada-Nya dimohon limpah kurnia dan kemaafan.

Suatu petang aleya dan Liyana duduk di pangkin di bawah pohon ketapang yang rendang sambil menghirup suasana nyaman kampong mereka. Aleya merenung wajah Liyana dalam-dalam. Redupnya paras wajah Liyana seperti suasana yangdirasainya sekarang amat menenangkan jiwanya.

"Liyana, aku nak minta maaf banyak-banyak jika aku ada buat salah dan menyusahkan kau dan keluarga kau selama ini", kata aleya dengan sayu dan melimpahkan segala air yang bertakung di benteng matanya itu. Aleya dipeluk erat-erat seikhlas hati.

" Aleya, kau tak pernah buat silap pun pada aku. Kalau ada sekecil zarah pun aku dah tentu maafkan kau. Keluarga aku pun tak kisah kalau kau dan ibu ka uterus tinggal bersama-sama kami. Kau jangan risau ya," pujuk Liyana.

Aleya melepaskan pelukan lalu membetulkan duduknya. Matanya yang terus-terusan menggugurkan mutiara-mutiara jernih itu disekanya perlahan-lahan supaya tidak mengaburi penglihatannya yang berhadapan dengan Liyana.

" Liyana, kau sangat baik pada aku. Aku malu sangat sebab keluarga kau sangat bersederhana. Takut-takut menyusahkan pula kehadiran aku dan ibuku di sini.

" Tidak, Aleya. Aku dan keluarga tak pernah fikir macam tu. Kau tenang ya. Hurmmm…Aleya, aku ada satu cerita pendek. Kau nak dengar tak cerita ciptaan aku ni?," tingkah Liyana untuk menceriakan suasana.

" Hehe..Wah, kau pun dah pandai mencipta cerita pula ya? Bila kau belajar ni? Cepat-cepat, aku dah sedia nak dengar ni," Aleya bersuara ceria mengenangkan saat-saat mereka di alam persekolahan suatu ketika dahulu.

" Eh, adalah. Aku belajar mencipta senyap-senyap je. Macam ni ceritanya; suatu hari cinta dan kawan berjalan-jalan. Tiba-tiba, cinta terjatuh ke dalam lubang. Kenapa cinta boleh terjatuh? Hurmm.. Kerana cinta itu buta. Kenapa kawan sanggup tolong cinta? Lalu, kawan pun menjawab yang dia takkan melupakan persahabatan,"cerita Liyana dengan egala gaya dari muka sampailah ke tangan dibuatnya.

" Terima kasih Liyana. Kau telah menyedarkan aku betapa pentingnya tali persahabatan itu sebenarnya. Memang tak ternilai dengan wang ringgit. Aku akan menghargai persahabatan ini," janji Aleya.

Dan sang suria yang sedang memancarkan sinar malapnya menjadi saksi kepada janji dua sahabat itu sebelum sang bulan muncul menjalankan rutinnya.

Baca perbualan

Cerpen-cerpen Berkaitan

Semua cerpen-cerpen Umum

Cerpen-cerpen lain

Perbualan

Perbualan

Want to join the conversation? Use your Google Account

  • 1) hmmmm
    idea : boleh masuk siri kisah benar tv3 ni. hehe. plotting pun lebih kurang.
    penceritaan : agak skema, but ok je sebenarnya.
    susunan kata : baik

    :)

  • (Penulis)
    2) hehe..tq caha. mady dh lame xmengarang.ni pn cam standard spm.2 yg skema sgt 2..hope leh bg tnjuk ajr.
  • 3) nice story..
    bila bercinta kadang2 kita lupakan sahabat n kadang2 kita terpakse lupakan mereka utk jaga hati orang lain...
    sahabat sentiasa di sisi tapi kekasih tak semua akan berada di sisi...
    :-)

Cerpen-cerpen lain nukilan madiah

Read all stories by madiah